Ronaldo tidak bersalah, kad kuning dibatal


Liga Sepanyol hari ini membatalkan kad kuning yang dilayangkan kepada penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sekali gus menyaksikannya terlepas penggantungan satu perlawanan, umum kelab gergasi itu. 


Ronaldo tidak bersalah, kad kuning dibatal, info sukan, bola sepak, real madrid, La Liga, Cristiano ronaldo

Penyerang sensasi kelahiran Portugal itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil selepas dikatakan sengaja merebahkan badan untuk mendapatkan penalti ketika menentang Rayo Vallecano, kelmarin. Begitupun, rakaman video mendapati Ronaldo benar-benar menerima terjahan daripada pertahanan Rayo. 

Real dalam satu kenyataan mengesahkan Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol sudah "membatalkan kad kuning yang dilayangkan pengadil." Keputusan itu bermakna Cristiano Ronaldo boleh beraksi dalam perlawanan La Liga menentang Eibar, awal pagi Ahad. Real ketika ini menghuni tangga kedua La Liga Sepanyol dan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Barcelona. 

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti sudah pun kehilangan beberapa pemain tonggak antaranya James Rodriguez dan Toni Kross akibat penggantungan. Bintang Wales,Gareth Bale pula masih bergelut dengan kecederaan. - AFP

Filled Under: