Memaparkan catatan dengan label Cristiano Ronaldo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cristiano Ronaldo. Papar semua catatan

Ronaldo Hadiahkan Diri Sendiri Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport

Cristiano Ronaldo meraikan dirinya sendiri selepas Portugal berjaya menjuarai Piala Eropah 2016 dengan membayar £1.7 juta bagi mendapatkan kereta sport paling mewah di jalan raya, Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport.
Ronaldo Hadiahkan Diri Sendiri Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport

Bintang Real Madrid itu mengalami kekecewaan selepas tidak dapat meneruskan permainan dalam perlawanan akhir Isnin lalu kerana mengalami kecederaan dan terpaksa menonton rakan-rakannya bermain dari luar padang.

Bagaimanapun Portugal tetap membawa pulang trofi dan gelaran juara apabila berjaya menewaskan tuan rumah, Perancis 1-0.

Ronaldo kini, yang sedang berada di Ibiza untuk bercuti bersama keluarganya, telah membuat keputusan untuk 'mengubat' kekecewaan serta meraikan kejayaan pasukannya itu dengan membeli sebuah kereta 'sport' mewah untuk dirinya.

Kereta model 16.4 Grand Sport berwarna hitam itu, adalah jenis kereta paling mewah dalam kumpulannya yang pernah dikeluarkan oleh Bugatti. Ia dipercayai berharga £1.7 juta, dengan hanya 450 buah dikeluarkan di seluruh dunia.

Ia dikatakan mampu meluncur di jalan raya pada kelajuan dari 0 hingga 100 km/jam dalam masa 2.6 saat dengan 'top speed' yang mencapai 410.4 km/jam.

Ronaldo memaklumkan mengenai pembeliannya itu di akaun Instagramnya dan menulis: 'The Animal telah tiba.'

Ronaldo Hadiahkan Diri Sendiri Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport

Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport telah menambah koleksi kereta Ronaldo.

Sebelum ini dia memiliki kereta Lamborghini Aventador LP 700-4, Ferrari 599 GTO, Porsche Cayenne Turbo, Mercedes-Benz C220 CDI, Bugatti Veyron, dan Aston Martin DB9.-mstar

Keadaan Rumah Cristiano Ronaldo Yang Tidak Pernah Didedahkan

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo membenarkan peminatnya menerokai kediaman mewah pemain berkenaan apabila ia didedahkan dalam satu filem selepas ini.


Keadaan Rumah Cristiano Ronaldo Yang Tidak Pernah Didedahkan


Kediaman pemain Real Madrid bernilai £4.8 juta itu terletak di La Finca, Pozuelo de Alarcon – iaitu kawasan kejiranan elit dan turut berjiran dengan bintang Real yang lain iaitu Gareth Bale serta Zinedine Zidane.

Berikutan itu, seorang jurugambar sukan dibenarkan merakam sudut kediaman serba mewah itu seperti di bilik tidur, ruang tamu, tandas, taman dan padang mini untuk anak Ronaldo bermain bola sepak.

Kediaman yang terletak di atas tanah seluas 8,600 kaki persegi itu menyaksikan sebuah bangunan dibina untuk bilik Ronaldo selain lapan bilik tidur – salah satunya merupakan tempat menyimpan trofi dan barangan lain.

Ketua pasukan Portugal itu turut menyifatkan bilik tidur merupakan kawasan paling penting dalam hidupnya dan berikutan itu ia dibina dan dihias pada tahap mewah dan selesa.”Saya meluangkan masa separuh hari di sini untuk mendapatkan mood lebih baik dan berehat secukunya,” jelasnya kepada jurugambar berkenaan.-newmalaysianpost

Cristiano Ronaldo Perkenal Minyak Wangi Legacy

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo tampil memperkenalkan minyak wangi keluarannya yang diberi nama Legacy.


Cristiano Ronaldo Perkenal Minyak Wangi Legacy

Pemain Real Madrid itu melancarkan minyak wangi tersebut pada Rabu disamping model yang melambangkan keistimewaan lelaki.

Ronaldo turut berkongsi video pendek mengenai minyak wangi Legacy di instragram miliknya.

Pemain skuad Portugal itu turut berharap Legacy mampu memberi aroma yang akan membantunya menjaringkan gol pertama untuk musim ini.

Cristiano Ronaldo Perkenal Minyak Wangi Legacy

Bekas pemain Manchester United itu masih gagal menggegarkan jaring lawan pada musim ini dengan permulaan Real Madrid yang agak hambar.

Malah dia turut gagal membantu Portugal ketika bertemu Albania baru-baru ini.-mstar

Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah membeli sebuah pangsapuri mewah bernilai RM79 juta ($18.5 juta) yang terletak di tengah-tengah New York. 


Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Pemain Real Madrid yang disenarai sebagai atlit menerima bayaran tertinggi di dunia oleh Forbes telah membeli kediaman seluas 2,509 kaki persegi di tingkat lima Menara Trump, lapor New York Post.


Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Rekaan pangsapuri eksklusif itu merupakan ilham daripada sebuah novel yang kemudian direalisasikan oleh taikun hartanah Itali, Alessandro Proto - rakan kongsi Donald Trump.


Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Akhbar Amerika Syarikat (AS) itu turut mengaitkan bahawa Ronaldo bakal mengakhiri karier di negara berkenaan sebagai pemain bola di MLS.


Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Ronaldo yang mempunyai aset di banyak negara dilaporkan belum mempunyai teman wanita selepas berpisah dengan model, Irina Shayk.

Pemain Portugal itu juga terkenal sebagai seorang penderma khususnya kepada Palestin dan badan bebas yang membantu negara Islam berkenaan.-mstar

Christiano Ronaldo Derma RM27 Juta Kepada Mangsa Gempa Bumi Nepal

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang merupakan seorang dermawan dilaporkan menghulurkan bantuan sebanyak £5 juta (RM27 juta) kepada mangsa gempa bumi Nepal.


Christiano Ronaldo Derma RM27 Juta Kepada Mangsa Gempa Bumi Nepal, info, terkini, berita, sensasi, cristiano ronaldo

Menurut syarikat penerbitan Perancis, So Foot, Ronaldo menghulurkan sejumlah besar wang kepada sebuah organisasi kemanusiaan sedunia, 'Save The Children'.

'Save the Children' merupakan salah satu pertubuhan amal utama yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi Nepal yang berlaku bulan lalu sehingga mengorbankan seramai 7,000 mangsa.

Tambahnya lagi, Ronaldo, 30, turut menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter pada bulan lalu untuk mendorong peminat menghulurkan bantuan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mangsa bencana.

Ronaldo, yang juga merupakan seorang bintang kelab ternama Sepanyol, Real Madrid mencipta sejarah sebagai seorang dermawan, disamping prestasinya yang kurang melakukan kesalahan semasa di padang.

Pada tahun lalu, Ronaldo dilaporkan menghulurkan sumbangan berjumlah €60,000 (RM241 ribu) untuk membiayai pembedahan otak kanak-kanak lelaki berusia 10 bulan.

Bintang Portugis tersebut mempamerkan prestasi cemerlang demi pasukannya pada pertengahan minggu lalu walaupun menanggung kekalahan tipis 2-1 kepada Juventus dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Ronaldo membatalkan hasrat pemain lawan, Alvaro Morata untuk melakukan serangan pembukaan namun sepakan penalti yang disempurnakan Carlos Tevez menjadikan kelab Itali tersebut mendahului kemenangan pusingan pertama untuk memudahkan perlawanan pusingan kedua di Bernabeu minggu hadapan.

Disamping itu, tandukan jarak-dekat Ronaldo di Turin merupakan tandukan ke-54 pada musim ini.


Sumber : mstar

Ronaldo Penentu Kemenangan Real Madrid

Kegemilangan Cristiano Ronaldo kembali menjadi penentu kemenangan Real Madrid apabila berjaya menewaskan Malaga dengan 3-1 di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol.


Ronaldo Penentu Kemenangan Real Madridin, info sukan, bola sepak, cristiano ronaldo

Gol pembukaan diraih oleh Sergio Ramos pada minit ke-24 memberikan skor 1-0 buat Real Madrid.

Ronaldo membantu kepada gol pembukaan itu apabila memberikan umpan yang dipergunakan dengan baik oleh Ramos di gawang Malaga.

Ronaldo gagal meraih gol menerusi penalti yang diperoleh Real Madrid selepas James Rodriguez dijatuhkan oleh Samu Castillejo.

Bagaimanapun, James menambah mata buat pasukan itu menerusi sepakannya di luar kotak penalti, hanya berselang dua minit iaitu pada minit ke-69 selepas menerima bola dari Ronaldo.

Malaga mampu memperkecilkan jarak ketinggalan mereka apabila pemainnya, Juanmi Jiménez menjaringkan gol pada minit ke-71.

Ronaldo yang berusaha untuk meraih gol di sepanjang permainan akhirnya mampu dilakukannya pada minit akhir.

Sepakan padunya dari jarak dekat selepas menerima umpan daripada Javier Hernandez pada menit ke-90+2 berhasil mengakhiri perlawanan Malaga dengan skor 3-1.

Pasukan di bawah bimbingan Carlo Ancelotti itu kini mengumpulkan 76 mata, ketinggalan dua mata dengan Barcelona.

Sumber : mstar online

Ronaldo tidak bersalah, kad kuning dibatal

Liga Sepanyol hari ini membatalkan kad kuning yang dilayangkan kepada penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sekali gus menyaksikannya terlepas penggantungan satu perlawanan, umum kelab gergasi itu. 


Ronaldo tidak bersalah, kad kuning dibatal, info sukan, bola sepak, real madrid, La Liga, Cristiano ronaldo

Penyerang sensasi kelahiran Portugal itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil selepas dikatakan sengaja merebahkan badan untuk mendapatkan penalti ketika menentang Rayo Vallecano, kelmarin. Begitupun, rakaman video mendapati Ronaldo benar-benar menerima terjahan daripada pertahanan Rayo. 

Real dalam satu kenyataan mengesahkan Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol sudah "membatalkan kad kuning yang dilayangkan pengadil." Keputusan itu bermakna Cristiano Ronaldo boleh beraksi dalam perlawanan La Liga menentang Eibar, awal pagi Ahad. Real ketika ini menghuni tangga kedua La Liga Sepanyol dan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Barcelona. 

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti sudah pun kehilangan beberapa pemain tonggak antaranya James Rodriguez dan Toni Kross akibat penggantungan. Bintang Wales,Gareth Bale pula masih bergelut dengan kecederaan. - AFP

Ronaldo Jaringkan Gol Ke-300 Untuk Real Madrid

Nampaknya  macam Cristiano Ronaldo tidak boleh berhenti menjaringkan gol. Dalam perlawanan yang menyaksikan Real Madrid menewaskan Rayo Vallecano 2-0, Ronaldo menanduk masuk golnya yang ke-300 buat Real.


Ronaldo Jaringkan Gol Ke-300 Untuk  Real MAdrid, info sukan, bola sepak, real madrid, cristiano ronaldo


Kemenangan tersebut membolehkan Real merapatkan jurang hanya kepada empat mata dengan pendahulu liga, Barcelona dengan hanya tinggal baki lapan perlawanan sahaja lagi untuk diharungi.

Hanya hujung minggu lalu, Real Madrid membuli pasukan kerdil, Granada 9-1 dengan Ronaldo sahaja menyumbat lima biji gol.

> Cristiano Ronaldo menjaringkan golnya yang ke-300 untuk Real Madrid

> Pemain Portugis itu mencatat angka tersebut dalam hanya 288 perlawanan mewakili Real

> Dia kini sedang mengejar rekod Alfredo Di Stefano yang menyumbat 307 gol dan Raul 323 gol

> Tapi Barcelona masih mendahului La Liga

> Kemenangan Real letakkan mereka hanya empat mata di belakang Barca

Real terdesak untuk menundukkan Rayo selepas mereka mengetahui Barcelona berjaya menumpaskan Almeria 4-0 di tempat sendiri.

Jika Real tidak menang, jurang mata akan menjadi tujuh.

Sementara itu statistik menunjukkan Ronaldo telah menjaringkan 99 gol di bawah pengurus Carlo Ancelotti dalam hanya 89 perlawanan.

Gol yang ke-300 jaringan pemain berusia 30 tahun ini telah meletakkannya hanya kurang tujuh gol sahaja lagi untuk menyamai rekod penyerang legenda Real, Di Stefano yang telah menjaringkan 307 gol dalam 396 perlawanan untuk kelab tersebut.

Ronaldo juga kini hanya kekurangan 23 gol sahaja lagi untuk menyamai rekod Raul yang mencatatkan 323 gol dalam 741 perlawanan mewakili Real.

Dengan rekod jaringannya yang cemerlang, Ronaldo dilihat tiada masalah untuk memecahkan kedua-dua rekod berkenaan dalam tempoh setahun dari sekarang untuk mencatatkan namanya sebagai legenda baru Real Madrid.

Dia kini telahpun mencatatkan rekod sebagai pemain ketiga selepas Raúl (323) dan Alfredo Di Stéfano (307) untuk mencatatkan 300 jaringan gol untuk Real.

Apa yang membezakan dia dengan mereka berdua ialah, Ronaldo hanya memerlukan 288 perlawanan untuk mencatatkan rekod berkenaan sedangkan Raúl 741 perlawanan dan Di Stéfano 396.


Sumber : mstar online

Real Menang Besar, Ronaldo Ledak Lima Gol

Cristiano Ronaldo menjaringkan lima gol ketika membantu Real Madrid menewaskan Granada 9-1 di Santiago Bernabeu, malam Ahad.


Real Menang Besar, Ronaldo Ledak Lima Gol, info sukan, bola sepak, real madrid, Cristiano ronaldo,

Pasukan kendalian pengurus Carlo Ancelotti membuka jaringan awal menerusi jaringan Gareth Bale pada minit ke-25.

Lima minit kemudian, Ronaldo menjaringkan gol kedua sebelum menambah dua lagi gol pada minit ke-36 dan 38.

Real Madrid terus melancarkan serangan pada babak kedua apabila Karim Benzema meledak dua gol masing-masing pada minit ke-52 dan 56.

Ronaldo mengekalkan prestasi terbaiknya apabila menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-54 dan 89.

Granada berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-74 menerusi jaringan Robert Ibanez.

Namun, kesilapan Diego Mainz yang menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-83 memberi kelebihan kepada Real untuk melakar kemenangan penuh bermakna di gelanggang sendiri.

Ia adalah kemenangan besar Real pada aksi La Liga musim ini.


Sumber : mstar online

Messi Pemain Bola Terkaya Dunia, Atasi Ronaldo

Majalah bola sepak Perancis mengumumkan Lionel Messi sebagai pemain bola terkaya 2014 sekali gus mengatasi pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.


Messi Pemain Bola Terkaya Dunia, Atasi Ronaldo, info sukan, bpla sepak, Cristiano ronaldo, Lionel Messi


Majalah terkemuka itu menyenaraikan 20 pemain yang menerima bayaran tertinggi dan bintang Barcelona itu mengungguli carta tersebut dengan nilai 48 juta pound (RM262 juta)

Pemenang anugerah FIFA Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo menduduki tangga kedua dengan nilai 40 juta pound (RM 218 juta).

Neymar, 23, menduduki tangga ketiga dengan nilai kekayaan mencecah 27 juta pound (RM 147 juta) diikuti rakan senegara, Thiago Silva, Robin Van Persie, dan pemain termahal dunia, Gareth Bale.
 
Messi mengungguli carta tersebut buat kali kelima selama enam tahun.

Ini merupakan kali ke-17 majalah tersebut membuat penilaian tentang jumlah pendapatan pemain bola sepak.

Jumlah wang yang diterima oleh Messi merupakan hasil gabungan kontrak baru yang diterima bernilainya bernilai 3 juta pound sebulan (RM16 juta) di Barcelona dan 21 juta pound (RM114 juta) setelah menjadi duta kepada syarikat penerbangan Turki dan juga Adidas.

Nilai wang yang diterima oleh bintang Portugal juga meningkat kepada 10 juta pound (RM54 juta) berikutan kerjayanya sebagai model dan mempunya jenama pakaian sendiri di luar padang.


Sumber : mstar online

Cristiano Ronaldo berdepan tindakan akibat gaya raikan gol

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkemungkinan dikenakan tindakan atas sambutannya ketika menjaringkan gol penyamaan pada pertembungan 'Clasico' La Liga menentang seteru utama Barcelona, awal pagi Isnin lepas.


Cristiano Ronaldo berdepan tindakan akibat gaya raikan gol, info sukan, bola sepak, Cristiano ronaldo,

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Liga Bola Sepak Profesional Sepanyol (LFP), Javier Tebas ketika Real tewas dalam perlawanan itu dengan 2-1.

Meskipun bukan kali pertama meledak gol di Nou Camp, Ronaldo yang juga pemain terbaik dunia tampil di depan penyokong Barcelona sejurus menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31 dan meminta mereka supaya bertenang.

Kapten Portugal itu yang sering menjadi mangsa cemuhan penyokong lawan sebelum ini pernah mencipta kontroversi apabila mengoyakkan jersinya sejurus menyempurnakan sepakan penalti ketika final Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Atletico Madrid, musim lepas.

"Kami perlu berhati-hati dengan gerak tubuh provokatif yang dilakukan pemain apabila dia menjaringkan gol atau apa juga provokatif atau perbuatan yang mampu membangkitkan keganasan di kalangan penonton," kata Tebas.

"Ia perlu dihukum, bermula daripada denda kepada penggantungan. Kami akan menilai perkara ini."

Berikutan kematian seorang penyokong pasukan Deportivo La Coruna akibat pergaduhan sebelum perlawanan La Liga November lepas, badan induk bola sepak Sepanyol ketika ini sedang mencari untuk melumpuhkan sebarang tindakan oleh pemain atau penyokong yang boleh ditafsirkan sebagai provokatif. - Reuters


Sumber : bharian

Ronaldo Penjaring Terbanyak Dalam Liga Juara-Juara Eropah

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain kelahiran Portugal itu menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain lain teruatam selepas dua jaringan yang dihasilkannya pada perlawanan kedua ketika menentang kelab Schalke dalam pusingan ke-16 Liga Juara-juara Eropah.


Ronaldo Penjaring Terbanyak Dalam Liga Juara-Juara Eropah, info sukan, bola sepak, cristiano ronaldo, Liga Juara Juara Eropah

Ronaldo menjaringkan dua gol yang ke-77 dan 78 kali dalam liga Eropah dan meletakkan beliau sebagai penjaring gol terbanyak selepas bekas pemain Real Madrid, Raul sebanyak 77 jaringan dan pemain Barcelona, Lionel Messi dengan 76 jaringan.

Pemain Kebangsaan Portugal tersebut kini mencapai kedudukan yang setaraf dengan musuh ketatnya, Messi dimana jaringan kedua-dua pemain ini mencatatkan rekod Liga Juara-juara Eropah dengan 75 jaringan gol bagi setiap pasukan dalam kejuaraaan termasyhur Eropah.

Sementara itu, Filippo Inzaghi menduduki tempat keempat dengan 70 jaringan diikuti oleh Andriy Shevchenko (67 jaringan), Gerd Muller dan Ruud Van Nistelrooy (62 jaringan), Thierry Henry dan Henrik Larsson (59 jaringan) dan Eusebio (56 jaringan). - dailymail

Sumber : mstar

Cristiano Ronaldo Kekal Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia

Biarpun telah menjangkau usia 30 tahun, Cristiano Ronaldo masih mampu bertahan untuk terus mencipta nama sebagai pemain bola sepak terkaya di dunia dengan kekayaan peribadi mencecah sehingga £152 juta meninggalkan musuh ketatnya, Lionel Messi hanya mencatatkan £145 juta.


Cristiano Ronaldo Kekal Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia , info, terkini, sensasi, berita, info sukan, cristiano ronaldo,

Prestasi cemerlang Cristiano pada 2014 menjadi inspirasi kepada kejayaan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-juara Eropah dan pada masa sama memenangi anugerah Ballon d'Or.

Kekayaan peribadinya semakin bertambah dan meletakkan jurang yang besar antara pemain Barcelona dan Argentina tersebut.

Difahamkan, Ronaldo dan Messi merupakan pemain terkaya dan mendapat bayaran lebih tinggi berbanding pemain bola sepak professional yang lain, menurut Goal.com Rich List pada Khamis.

Tajaan serta gaji dan bonus menyebabkan mereka menjadi pemain yang memperoleh jumlah bayaran tertinggi dan diikuti oleh Neymar Jr. yang tersenarai di tempat ketiga dalam kekayaan peribadi sebanyak £97.9 juta.

Pemain kelab Perancis, Paris Saint-German (PSG) yang juga merupakan penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic memiliki kekayaan peribadi sebanyak £76.1 juta.

Kedudukan seterusnya diikuti oleh pemain Manchester United, Wayne Rooney yang merupakan pemain Liga Perdana Inggeris menerima gaji tertinggi  dengan kekayaan peribadi mencecah £74.6 juta.

Bagi bintang Brazil, Kaka, pula menghuni tempat keenam dalam senarai tersebut dengan kekayaan sebanyak  £69.6 juta sejak memulakan kariernya bersama kelab Orlando City dalam Major League Soccer diikuti oleh Samuel Eto'o (£63.1 juta), Raul (£61.6 juta) dan Ronaldinho (£ 60,2 juta).

Bekas pemain tengah England, Frank Lampard yang kini mewakili Manchester City memperoleh kekayaan peribadi sebanyak £58 juta.

Manakala, bagi pemain Liga Perdana Inggeris yang lain dalam kelompok 20 teratas adalah Rio Ferdinand (£52.2 juta), Steven Gerrard ( £46.4 juta) dan John Terry (£ 40.6 juta).

Sementara itu, Yaya Toure (£44.9 juta) dan Sergio Aguero (£ 42 juta) merupakan antara pemain Manchester City yang menduduki kelompok 20 pemain bola sepak terkaya di dunia. 


Sumber : mstar.com.my

Ronaldo Umumkan Perpisahan dengan Irina Shayk

Bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengumumkan, hari ini bahawa dia sudah putus hubungan dengan teman wanita lamanya dan peragawati Russia, Irina Shayk.


Bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo, info sukan, irina Shayk, sensasi, gossip,

"Selepas berkenalan lima tahun, perhubungan saya dengan Irina Shayk sudah berakhir," kata Ronaldo dalam kenyataan bertulis yang dihantar secara eksklusif kepada The Associated Press.

"Kami percaya ia adalah cara terbaik untuk kami berdua untuk membuat keputusan ini." - AP

Cristiano Ronaldo Akan Tamatkan Karier Di Real Madrid

Cristiano Ronaldo tidak akan pulang ke Manchester United, sebaliknya akan menamatkan kariernya di Real Madrid.

Ejen pemain terbabit, Jorge Mendes memberitahu, pemain terbaik dunia dari Portugal itu akan mengakhiri karier pemakai jersi nombor tujuh di Real seperti Raul dan Alfredo De Stefano.


Cristiano Ronaldo Akan Tamatkan Karier Di Real Madrid, info, sukan bola sepak, LA Liga, Cristiano Ronaldo,

Katanya, tindakan itu merupakan satu penghormatan tertinggi bagi pemain bola sepak seperti Ronaldo yang berjaya mengharungi detik manis dalam sukan berkenaan pada tahun ini.


"Saya kenal dia sejak berusia 15 tahun, sehingga sekarang kami masih bersembang hampir setiap hari. Bila saya di Madrid, kami selalu berjumpa dan hubungan kami semakin akrab.

"Saya percaya Ronaldo akan mengakhiri kariernya di Real Madrid. Dia gembira berada di kelab itu, malah bakal mencipta lebih banyak sejarah lagi selepas ini," jelasnya.


Cristiano Ronaldo Akan Tamatkan Karier Di Real Madrid, info, sukan bola sepak, LA Liga, Cristiano Ronaldo,

Pada musim ini, Ronaldo telah menjaringkan sebanyak 32 gol untuk Los Blancos, termasuk 25 dalam La Liga.

Pemain berusia 29 tahun itu yang dianugerahkan Ballon d'Or pada Januri lalu bakal menerimanya buat kali kedua pada tahun depan.

Artikel Terdahulu : Alexis Sanchez Diperbodoh Rakan Senegara

Sumber : mstar.com.my



Ronaldo Abadikan Tugu Dirinya Di Kampung Halaman

Lisbon : Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo membuktikan dia menghargai pencapaian membanggakan dirinya dalam bidang bola sepak apabila membina tugu di kampung halamannya.


Ronaldo Abadikan Tugu Dirinya Di Kampung Halaman, info, terkini, Cristiano Ronaldo, sensasi, info sukan,
Ronaldo berdiri di sebelah tugu dirinya di kampungnya, Fuchal kepulauan Portugal.
Bintang Real Madrid itu pulang ke kampung halamannya, Funchal di Kepulauan Madeira, Portugal, untuk melancarkan tugu dirinya setinggi 3.4 meter yang diukir sebagai sebahagian muzium peribadinya.

"Ia adalah saat yang istimewa, untuk memiliki tugu sendiri," kata Ronaldo ketika majlis itu sambil ditemani keluarga, sanak saudara dan ribuan peminatnya.

Ibu kepada bekas pemain Manchester United itu, Dolores Aveiro berkata: "Ronaldo tidak pernah melupakan asal usulnya."


Ronaldo Abadikan Tugu Dirinya Di Kampung Halaman, info, terkini, Cristiano Ronaldo, sensasi, info sukan,
Ronaldo bergambar bersama anak lelaki tunggalnya di hadapan tugu di kampung halamannya.

Turut dipamerkan adalah trofi yang dimenanginya termasuk dua gelaran Ballon d'Or yang dimenanginya buat pertama kali pada 2008, selain tahun lalu dan berada dalam senarai terakhir daripada tiga calon untuk menjuarainya tahun ini.

Pemain terbaik dunia itu kembali ke kepulauan Portugal itu dari Marrakech, Maghribi selepas membantu Real menjulang Piala Dunia Kelab, Ahad.

Kapten kebangsaan Portugal itu merekodkan 17 gol semusim dalam Liga Juara-Juara Eropah bersama Real musim lepas selain memenangi Decima, gelaran ke-10 Eropah buat kelab itu.


Ronaldo Abadikan Tugu Dirinya Di Kampung Halaman, info, terkini, Cristiano Ronaldo, sensasi, info sukan,

Ronaldo turut menerima anugerah atas kecemerlangannya daripada pihak berkuasa Madeira, Miguel Mendonça (dua dari kanan) ketika pulang ke kampung halamannya.

Artikel Terdahulu : Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014

Sumber : mstar.com.my