Breaking News

Recent Posts Load More

Friday, October 24, 2014

Punca Mario Balotelli Disiasat Polis

Penyerang Liverpool, Mario Balotelli buat hal lagi dan kali ini disiasat polis Manchester kerana mengugut seorang wanita yang merakam gambar Ferrari F12 Berlinetta miliknya.

Ferrari F12 Berlinetta, Maroi Balotelli, Liverpoo, info, terkini, berita sukan, bloa sepak, sensasi, kontroversi,

Pada Khamis, polis dihubungi pada pukul 3 petang dan bergegas ke sebuah rumas di Wythenshawe. Kejadian itu berlaku ketika pemain itu melawat ibunya, Rose Barwuah.

Polis dikatakan menyiasat tindakan Balotelli yang mengancam dan mendesak wanita itu supaya berhenti merakam gambar kenderaan bernilai £240,000 itu.


Ferrari F12 Berlinetta, Maroi Balotelli, Liverpoo, info, terkini, berita sukan, bloa sepak, sensasi, kontroversi,

Berdasarkan laporan wanita berkenaan, Balotelli dikatakan mendekati anak perempuan wanita itu yang merakam gambar kereta merah yang dibawa dari Itali itu.

Jurucakap polis berkata: "Kami menyiasat laporan mengenai ugutan yang berlaku di Wythenshawe. Pegawai polis akan mendapatkan keterangan semua pihak yang berkaitan."

Sementara itu, Kelab Bolasepak Liverpool berkata, pihaknya tidak akan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sehingga fakta sebenar mengenainya diperoleh.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Balotelli didapati bertukar-tukar baju bersama pemain pertahanan Real Madrid, Pepe ketika kekalahan Liverpool 3-0 di Anfield.

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Read More

Punca Jantung Pelakon Syafie Naswip Berhenti

Pelakon Syafie Naswip mendedahkan mempunyai alahan terhadap buah limau apabila mengalami jantung berhenti selepas memakan buah tersebut.

Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 22, berkata, kejadian tersebut berlaku tiga tahun lalu akibat terlalu teringin untuk memakan buah itu bersama garam sehingga membuatkan dia dikejarkan ke hospital.


Punca Jantung Pelakon Syafie Naswip Berhenti, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, syafie naswip


"Saya tahu saya ada alahan terhadap makanan laut dan bila makan badan rasa panas dan gatal-gatal. Namun, tidak sangka buah limau juga menjadi alahan yang sama.

"Lebih teruk, selepas saya memakan buah limau dengan garam badan jadi panas dan ketika di klinik doktor beritahu jantung saya berhenti dan terus dibawa ke hospital. Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku," ujarnya kepada mStar Online.

Syafie berkata demikian ketika diminta menceritakan beberapa perkara tentangnya yang tidak diketahui umum.

Tambah Syafie, sejak kejadian tersebut, dia dinasihatkan agar tidak memakan buah tersebut bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang.

Syafie berkata, kebiasaanya jika dia terlalu teringin untuk makan makanan laut dia akan memberitahu kepada rakan-rakannya agar bersedia untuk membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan suntikan segera.

"Kadang-kadang memang saya akan makan sahaja makanan tersebut, tetapi awal-awal saya akan beritahu pada rakan-rakan yang ada agar bawa saya ke klinik jika saya ada tanda-tanda alahan itu," ujarnya.

Selain itu, Syafie mengakui dia seorang 'kaki bangku' iaitu tidak pandai bermain bola sejak kecil lagi.

Bagaimanapun, katanya, dia sering berpura-pura pandai jika disuruh melakonkan adegan bermain bola.

"Sejak kecil saya memang kaki bangku, saya tidak campur dengan orang bermain bola di sekolah dulu, tetapi jika disuruh berlakon saya buat sahaja, walhal hakikatnya saya takut.

"Kalau ada kawan-kawan yang ajak main saya akan duduk di tepi gol sahaja untuk tunggu bola kerana saya takut diketawakan," ujarnya.

Sementara itu, pelakon ini juga mendedahkan mempunyai tabiat suka mengira duit berulang kali jika ingin membeli sesuatu barang di kedai.

Katanya, dia akan mengeluarkan duit lebih daripada nilai barang yang hendak dibelinya dan kira banyak kali sebelum benar-benar menyerahkan duit itu kepada juruwang.

"Saya suka kira duit banyak kali sebelum bayar, jika barang tersebut berharga RM500 saya akan keluarkan lebih dan sentiasa kira sehingga benar-benar buat keputusan untuk membeli barang tersebut,

"Sebelum bayar saya akan suruh kawan saya pula kira duit tersebut agar tidak berlaku kesalahan," ujarnya.

Selain itu,bercerita tentang pengalaman tidak boleh dilupakan, lelaki yang popular dengan filem Mukhsin ini juga mendedahkan pernah didenda kerana membawa seluar dalam ke sekolah.

Katanya, perkara tersebut terjadi apabila dia terlupa untuk mengeluarkan seluar dalam selepas mandi di kolam renang.

"Saya sering pergi berenang selepas waktu sekolah, jadi saya akan bawa seluar dalam lebih dan satu hari itu saya terlupa untuk keluarkan daripada beg sekolah.

"Keesokan harinya di sekolah pula ada pemeriksaan dan cikgu menganggap saya buat perkara yang tidak betul," ujarnya.

Baca : Video Lara alana secara live

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Read More

Video Lara alana secara live


Video Lara alana secara live, info, terkini, sensasi, hiburan, lara alana, anak pasangan awal dan scha,

Sebelum ni portal MediaHiburan ada mengeluarkan beberapa foto sesi bergambar diantara pasangan suami isteri, Awal Ashaari dengan Scha al Yahya berserta anak sulung mereka, Lara Alana.

Kali ini secara live aka langsung anda boleh menyaksikan gelagat Lara Alana ketika sesi berkenaan. Nak lebih gambar, boleh lah dapatkan majalah ini di pasaran sekarang.



Sumber : izyan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Read More

Liyana Jasmay, keluarga ke England (17 gambar)


Liyana Jasmay, keluarga ke England, info, terkini, liyana jasmay, sensasi,
Beberapa hari yang lalu, Liyana Jasmay serta suaminya dan anak sulung mereka, Sofia Arissa yang berusia 6 bulan telah pergi bercuti ke beberapa buah bandar sekitar England.

Beberapa keping gambar yang sempat dimuatnaik oleh Liyana melalui laman sosial Instagram miliknya. Bahagia sungguh keluarga ini kan. Jom layan.

Liyana Jasmay, keluarga ke England, info, terkini, liyana jasmay, sensasi,
Liyana Jasmay, keluarga ke England, info, terkini, liyana jasmay, sensasi,


Baca : Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014 

Sumber : izyan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Read More

Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014

Nampaknya sudah rasmi tiada kumpulan Jozan (Johan + Zizan) di dalam musim baru Maharaja Lawak Mega 2014.


Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014

Zizan pula mengesahkan penyertaannya bersama kumpulan Jambu (Yus + Tauke) menubuhkan kumpulan baru iaitu Virus.

Namun begitu, ramai peminat Jozan mendesak mahukan penjelasan sebenar kenapa Johan tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014.

Mereka, peminat setia mahukan Jozan di pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Ketiadaan Jozan menyebabkan ramai tertanya-tanya apa puncanya.

Mungkin kalau Johan dan Zizan memberitahu apa puncanya maka peminat setia ini akan berpuas hati dan terus meyokong Virus. Namun mereka berdua hanya senyap dan ini menimbulkan tanda tanya.

Jom baca komen peminat Jozan:

Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014


Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014
Peminat Desak Penjelasan Kenapa Jozan Tidak Sertai MLM 2014, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM 2014


Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Read More
Subscribe
Labels
Popular Posts

Subscribe Via Email