Memaparkan catatan dengan label La Liga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label La Liga. Papar semua catatan

Ronaldo tidak bersalah, kad kuning dibatal

Liga Sepanyol hari ini membatalkan kad kuning yang dilayangkan kepada penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sekali gus menyaksikannya terlepas penggantungan satu perlawanan, umum kelab gergasi itu. 


Ronaldo tidak bersalah, kad kuning dibatal, info sukan, bola sepak, real madrid, La Liga, Cristiano ronaldo

Penyerang sensasi kelahiran Portugal itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil selepas dikatakan sengaja merebahkan badan untuk mendapatkan penalti ketika menentang Rayo Vallecano, kelmarin. Begitupun, rakaman video mendapati Ronaldo benar-benar menerima terjahan daripada pertahanan Rayo. 

Real dalam satu kenyataan mengesahkan Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol sudah "membatalkan kad kuning yang dilayangkan pengadil." Keputusan itu bermakna Cristiano Ronaldo boleh beraksi dalam perlawanan La Liga menentang Eibar, awal pagi Ahad. Real ketika ini menghuni tangga kedua La Liga Sepanyol dan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Barcelona. 

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti sudah pun kehilangan beberapa pemain tonggak antaranya James Rodriguez dan Toni Kross akibat penggantungan. Bintang Wales,Gareth Bale pula masih bergelut dengan kecederaan. - AFP

Pergaduhan Pelik Pemain Barcelona-Celta Vigo

Kemenangan tipis 1-0 Barcelona ketika menentang Celta Vigo dicemari dengan insiden paling pelik musim ini.

Barcelona membuka tirai jaringan pada minit ke-73 menerusi tandukan Jeremy Mathieu sebelum berlaku  perbalahan di antara Fabian Orellana dan pemain tengah Barcelona Sergio Busquets apabila Busquets dilihat seperti membuang masa di akhir minit perlawanan.


Pergaduhan Pelik Pemain Barcelona-Celta Vigo, info sukan, bola sepak, La Liga, Barcelona, Celta Vigo

Orellana menunjukkan reaksi marah kepada pengadil sebelum mengambil segenggam rumput dan membaling ke arah Busquets.


Busquets yang terkenal dengan lakonan di atas padang meneruskan tabiatnya itu dengan menjatuhkan diri dan memegang mukanya walaupun rumput yang dibaling itu jelas terkena pada bahagian belakang lehernya.


Pergaduhan Pelik Pemain Barcelona-Celta Vigo, info sukan, bola sepak, La Liga, Barcelona, Celta Vigo

Pengadil perlawanan, Inaki Vicandi Garrido yang melihat insiden tersebut melayangkan kad merah kepada Orellana.

Pasukan kendalian Luis Enrique mempertahankan kedudukan sehingga ke akhir perlawanan untuk memperoleh tiga mata penting selepas musuh tradisi mereka, Real Madrid menang bergaya 9-1 ke atas Granada, Ahad.


Sumber : mstar online

Real Madrid Tewas Mengejut Kepada Athletic Bilbao

Real Madrid terus merekodkan prestasi hambar bagi musim 2015 apabila tewas mengejut 1-0 kepada Athletic Bilbao dalam aksi La Liga di Stadium San Mames, awal pagi Ahad.


Real Madrid Tewas Mengejut Kepada Athletic Bilbao, info sukan, bola sepak, la liga, real madrid

Pasukan tuan rumah memperoleh gol tunggalnya menerusi Aritz Aduriz pada minit ke-26 selepas mendapat hantaran lintang Mikel Rico.

Real bagaimanapun memperbaiki rentak permainan pada separuh masa kedua namun gagal memecah kebuntuan sehingga wisel penamat.

Ia adalah kemenangan bermakna buat Athletic yang merekod kemenangan pertama ke atas juara Eropah itu sejak lima tahun lalu.

Kekalahan tersebut adalah yang ketiga bagi Real dalam 11 perlawanan La Liga.
Malah ia juga membuka laluan kepada Barcelona untuk memintas pasukan itu dengan perbezaan satu mata di puncak liga sekiranya menang ke atas Rayo Vallecano pada perlawanan malam Ahad.

"Saya fikir masalah yang sedang kita hadapi kini agak jelas. Ia bukan masalah di benteng pertahanan tetapi jentera serangan.

"Kami gagal merobek pertahanan lawan sama seperti perlawanan sebelum ini. Kami hanya mampu meledak satu gol itu pun menerusi penalti daripada dua perlawanan," kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.

Athletic pula dilihat bersemangat tinggi untuk mara ke final bagi saingan Copa del Rey pada pertengahan minggu ini apabila bertemu Barcelona untuk kali ketiga dalam tempoh tujuh tahun.

Sumber : mstar.com.my

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres

Fernando Torres mengecap nikmat kemenangan ke atas Real Madrid selaku pemain Atletico Madrid selepas juara La Liga itu membenam musuh tetangganya 2-0 pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi.

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres, info, sukan, bola sepak, la liga, torres
Gaya pemain baharu Atletico Madrid, Fernando Torres ketika membuat penampilan pertama bersama kelab itu dalam perlawanan Piala Raja Sepanyol menentang Real Madrid, awal pagi tadi. - Foto Reuters


Gol Atletico dijaringkan Raul Garcia menerusi penalti pada minit ke-58 sebelum tandukan Jose Gimenez pada minit ke-76 mengesahkan kemenangan tuan rumah dengan Torres sekadar menampilkan persembahan biasa ketika beraksi buat kali pertama bersama Atletico sejak dipinjamkan dari AC Milan.

Kedua-dua kelab yang mencipta kejayaan besar musim lepas ini akan bertemu sekali lagi pada timbal balik yang dijadualkan di Santiago Bernabeu pada 15 Januari ini.

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres, info, sukan, bola sepak, la liga, torres

Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Atletico Madrid pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Piala Raja Sepanyol di Vicente Calderon, awal pagi tadi. - Foto Reuters

"Kami memiliki peluang. Jelas Atletico mempunyai kelebihan namun di tempat sendiri, apa saja boleh berlaku. Ia tidak memihak kepada kami namun kami akan cuba yang terbaik," kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti.

Kekalahan menyaksikan Real tumbang buat kali kedua berturut-turut pada permulaan kempen 2015 selepas melakar 22 perlawanan tanpa kalah.

Pengurus Atletico, Diego Simeone enggan mengatakan kelebihan kini terletak di tangan pasukannya.

"Kami mempunyai rasa hormat yang banyak terhadap Real Madrid. Mereka memiliki jurulatih yang hebat, skuad yang hebat dan perlawanan ini jelas belum berakhir."

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres, info, sukan, bola sepak, la liga, torres

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pengendali menampilkan perencanaan berbeza dengan Ancelotti meninggalkan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo di bangku simpanan manakala Simeone membuat tujuh penukaran daripada skuad yang menewaskan Levante 3-1, awal minggu ini. - AFP

Sumber : bharian.com.my

Cristiano Ronaldo Akan Tamatkan Karier Di Real Madrid

Cristiano Ronaldo tidak akan pulang ke Manchester United, sebaliknya akan menamatkan kariernya di Real Madrid.

Ejen pemain terbabit, Jorge Mendes memberitahu, pemain terbaik dunia dari Portugal itu akan mengakhiri karier pemakai jersi nombor tujuh di Real seperti Raul dan Alfredo De Stefano.


Cristiano Ronaldo Akan Tamatkan Karier Di Real Madrid, info, sukan bola sepak, LA Liga, Cristiano Ronaldo,

Katanya, tindakan itu merupakan satu penghormatan tertinggi bagi pemain bola sepak seperti Ronaldo yang berjaya mengharungi detik manis dalam sukan berkenaan pada tahun ini.


"Saya kenal dia sejak berusia 15 tahun, sehingga sekarang kami masih bersembang hampir setiap hari. Bila saya di Madrid, kami selalu berjumpa dan hubungan kami semakin akrab.

"Saya percaya Ronaldo akan mengakhiri kariernya di Real Madrid. Dia gembira berada di kelab itu, malah bakal mencipta lebih banyak sejarah lagi selepas ini," jelasnya.


Cristiano Ronaldo Akan Tamatkan Karier Di Real Madrid, info, sukan bola sepak, LA Liga, Cristiano Ronaldo,

Pada musim ini, Ronaldo telah menjaringkan sebanyak 32 gol untuk Los Blancos, termasuk 25 dalam La Liga.

Pemain berusia 29 tahun itu yang dianugerahkan Ballon d'Or pada Januri lalu bakal menerimanya buat kali kedua pada tahun depan.

Artikel Terdahulu : Alexis Sanchez Diperbodoh Rakan Senegara

Sumber : mstar.com.my



La Liga : Barcelona Hanya Mampu Seri 0-0 Temu Getafe

Barcelona hilang cengkaman mengejar Real Madrid selepas sekadar seri 0-0 ketika menentang Getafe dalam saingan La Liga Sepanyol, awal pagi tadi.


La Liga, Barcelona Hanya Mampu Seri 0-0 Temu Getafe, info sukan, barcelona, getafe, info sukan, bola sepak

Pencapaian hambar itu bererti mereka ketinggalan empat mata belakang pendahulu dan musuh tradisi mereka itu.

Real berlepas ke kejohanan Kelab Piala Dunia di Maghribi selepas kemenangan 4-1 ke atas Almeria pada Jumaat untuk merakamkan kemenangan ke-20 berturut-turut.

Barca yang dijangka mampu merapatkan jurang itu sebaliknya bergelut ke atas lawan yang lebih bertahan di Coliseum.

Penyerang pelawat, Lionel Messi gagal menyudahkan beberapa peluang untuk menambah gol ke-13 La Liga, musim ini.

Bintang Argentina itu nyaris hadir meledakkan gawang lawan pada minit ke-52 hasil sepakan percuma tetapi usahanya terkena palang. – AFP