Welbeck Hantui Van Gaal Dengan Kekalahan Man United


Danny Welbeck kembali menghantui Louis Van Gaal apabila pengurus Manchester United itu terpaksa berhadapan dengan kekalahan di Old Trafford dalam perlawanan Piala FA dengan Arsenal menerusi jaringan 1-2.


Welbeck Hantui Van Gaal Dengan Kekalahan Man United, info sukan, bola sepak, Piala FA, Arsenal, manchester united,

Welbeck yang merupakan bekas pemain Manchester United membawa Arsenal ke peringkat separuh akhir apabila membuat jaringan pada minit ke-61.

Berdasarkan kesilapan yang dibuat Antonia Valencia, Welbeck berjaya memberikan satu gol . Terdahulu, rakannya Nacho Monreal melakukan jaringan pembukaan pada minit ke-25.

Manchester United hanya memperoleh satu jaringan yang disumbangkan oleh Wayne Rooney pada minit ke-29.

Kontroversi antara Van Gaal dan Welbeck berikutan pengurus Manchester United itu menjual pemain itu kepada Arsenal pada musim panas yang lepas.

Van Gaal mendakwa Welbeck dijual kepada Arsenal kerana pemain itu tidak setanding dengan keupayaan Wayne Rooney, Robin Van Persie serta Radamel Falcao dalam menjaringkan gol.

Bagaimanapun, Welbeck menunjukkan kepada Van Gaal apakah 'kehilangannya' dalam pasukan itu akibat tindakannya sebelum ini.

Boleh dikatakan kemenangan hasil jaringan Welbeck sebagai 'membalas dendam' di atas penyingkirannya dari Manchester United.

Sumber : mstar.com.my

Filled Under: