Memaparkan catatan dengan label arsenal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label arsenal. Papar semua catatan

Van Gaal Sedia Tolak Bidaan Arsenal

Louis Vaan Gaal sedia menolak bidaan Arsenal yang ingin mendapatkan Chris Smalling untuk menempuh musim depan Liga Perdana Inggeris.


Van Gaal Sedia Tolak Bidaan Arsenal , info sukan, bola sepak, arsenal, Louis Vaan Gaal, Chris Smalling, Man United

Pengendali Manchester United itu menegaskan, dia tidak akan melepaskan pemain pertahanan terbabit walaupun Arsenal cuba menyakinkan pemain itu secara berterusan.

Smalling, 25, menyertai United dari Fulham pada 2010 selepas hanya diturunkan dalam 19 perlawanan untuk kelab berkenaan.

Van Gaal memberitahu, Smalling merupakan pemain berbakat dan berjaya 'mendiamkan' Daniel Sturridge dalam perlawanan bertemu Liverpool minggu lalu.

Arsenal cuba mendapatkan Smalling dengan bidaan sebanyak £12 juta selepas kontrak pemain itu kini hanya berbaki setahun lagi.

Sumber : mstar online

Liverpool Mahukan Theo Walcott

Liverpool dilapor akan melakukan pembelian sensasi dengan mendapatkan Theo Walcott dari Arsenal selepas Raheem Sterling enggan menandatangani kontrak baharu bersama skuad tersebut.


Liverpool Mahukan Theo Walcott, info sukan, bola sepak, theo walcott, arsenal, liverpool

Tindakan membawa masuk Walcott adalah bagi menggantikan Sterling, 20, yang dilapor akan meninggalkan Liverpool.

Walcott dikatakan tidak gembira di Arsenal selepas namanya tidak disenaraikan sebagai kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan.

Namun Liverpool dilapor perlu mengekalkan jumlah gaji sebanyak £100,000 seminggu kepada Walcott jika mahu pemain itu membantu kelab berkenaan pada musim depan.

Walcott kini mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dengan Arsenal dan tempoh singkat itu dijadikan kelebihan untuk Liverpool memancing pemain berkenaan.

Liverpool mula berminat untuk mendapatkan pemain itu sejak 2013 namun terpaksa menangguh hasrat mereka berikutan baki kontrak yang masih panjang.

Bagaimanapun, kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah menjadi pengukur untuk pemain menyertai sesuatu kelab.

Sumber : mstar online

Liga Juara-Juara: Arsenal Tersingkir

Percubaa berani Arsenal untuk mencipta sejarah Liga Juara-Juara tidak menjadi kenyataan apabila kemenangan  2-0 di Stade Louis II tidak mencukupi untuk menafikan kedudukan AS Monaco di suku akhir.


Liga Juara-Juara: Arsenal Tersingkir, info, terkini, sensasi, sukan, bol sepak, UEFA Champion League, Liga Juaraa-Juara, Arsenal

Dalam perlawananan awal pagi Rabu itu, Monaco menang gol di tempat lawan walaupun keputusan seri dengan agregat 3- 3.

'The Gunners' turun ke padang dalam keadaan mereka mengetahui bahawa mereka menghadapi tugas yang agak mustahil untuk dicapai.

Kekalahan 3-1 di Emirates menyebabkan mereka berdepan tugas berat sambil menyaksikan Olivier Giroud turut menerima beberapa kritikan hebat, tetapi  penyerang Perancis itu memberikan mereka sedikit harapan apabila dia menyumbat gol pembukaan pada minit ke-36.

Sambil mengawal ketat gawang agar tidak dibolosi Monaco, 'The Gunners' berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-79 menerusi pemain gantian Aaron Ramsey.

Giroud, pada minit ke-84 mempunyai peluang yang besar untuk membawa Arsenal ke peringkat suku akhir tetapi telah dinafikan oleh Danijel Subasic.

Dalam satu lagi perlawanan Atletico Madrid yang menewaskan Bayer Leverkusen 1-0 dan mencatatkan keputusan agreagat 3-2 mara ke suku akhir bersama Monaco.

Sumber : mstar

Welbeck Hantui Van Gaal Dengan Kekalahan Man United

Danny Welbeck kembali menghantui Louis Van Gaal apabila pengurus Manchester United itu terpaksa berhadapan dengan kekalahan di Old Trafford dalam perlawanan Piala FA dengan Arsenal menerusi jaringan 1-2.


Welbeck Hantui Van Gaal Dengan Kekalahan Man United, info sukan, bola sepak, Piala FA, Arsenal, manchester united,

Welbeck yang merupakan bekas pemain Manchester United membawa Arsenal ke peringkat separuh akhir apabila membuat jaringan pada minit ke-61.

Berdasarkan kesilapan yang dibuat Antonia Valencia, Welbeck berjaya memberikan satu gol . Terdahulu, rakannya Nacho Monreal melakukan jaringan pembukaan pada minit ke-25.

Manchester United hanya memperoleh satu jaringan yang disumbangkan oleh Wayne Rooney pada minit ke-29.

Kontroversi antara Van Gaal dan Welbeck berikutan pengurus Manchester United itu menjual pemain itu kepada Arsenal pada musim panas yang lepas.

Van Gaal mendakwa Welbeck dijual kepada Arsenal kerana pemain itu tidak setanding dengan keupayaan Wayne Rooney, Robin Van Persie serta Radamel Falcao dalam menjaringkan gol.

Bagaimanapun, Welbeck menunjukkan kepada Van Gaal apakah 'kehilangannya' dalam pasukan itu akibat tindakannya sebelum ini.

Boleh dikatakan kemenangan hasil jaringan Welbeck sebagai 'membalas dendam' di atas penyingkirannya dari Manchester United.

Sumber : mstar.com.my

Ramsey, Ozil, Flamini, Giround Bakal Beraksi Ahad Ini

Menjelang perlawanan menentang Stoke City, Ahad ini, Arsenal makin yakin mampu mempamerkan aksi lebih mantap apabila beberapa pemainnya pulih daripada kecederaan.


Ramsey, Ozil, Flamini, Giround Bakal Beraksi Ahad Ini, info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, epl, arsenal, mesut ozil,

Aaron Ramsey, Mesut Ozil dan Mathieu Flamini mula menjalani latihan pada Jumaat dan ia sesuatu yang menggembirakan pengendalinya, Arsene Wenger.

Selain itu, Olivier Giround yang digantung sebelum ini juga bakal menyertai rakan sepasukannya yang lain.

"Tiga pemain sudah pulih, bagaimanapun Welbeck (Danny) masih tak dapat bermain pada Ahad ini, mungkin minggu depan.

"Giround juga dapat bermain semula selepas digantung. Jadi kami ada skuad yang lebih besar berbanding minggu lalu," katanya.

Mengenai Ozil, Wenger berkata, dia belum membuat keputusan sama ada akan menurunkan pemain yang baru pulih dari kecederaan lutut itu.

"Yang pasti Ozil sudah boleh bermain untuk perlawanan Ahad ini," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Arsene Wenger Diserang Penyokong Sendiri

Arsene Wenger diserang oleh seorang penyokong selepas Arsenal tewas 2-0 kepada Southampton di Stadium St Mary pada Khamis.

Arsene Wenger Diserang Penyokong Sendiri, info sukan, bola sepak, EPL, liga perdana inggeris, Arsenal, Arsene Wenger,

Lelaki dipercayai penyokong tegar Arsenal itu meluru ke tempat duduk barisan jurulatih Arsenal sebelum mengatakan sesuatu.

Dia juga kelihatan memarahi pengendali Arsenal itu sebelum Wenger berkata sesuatu kepadanya.

Tanpa sempat bertindak lanjut, lelaki berkenaan kemudian ditahan oleh pasukan keselamatan untuk dibawa keluar dari tepi padang.

Arsene Wenger Diserang Penyokong Sendiri, info sukan, bola sepak, EPL, liga perdana inggeris, Arsenal, Arsene Wenger,

Wenger yang sering dikritik oleh penyokong Arsenal sebelum ini mendakwa lelaki terbabit merupakan pengikut skuad Southampton.

"Dia budak muda. Saya fikir dia penyokong Southampton, secara keseluruhan dia tidak agresif. Saya tidak fikir apa yang dia katakan," jelasnya. 

Artikel Terdahulu : Gerrard Tinggalkan Liverpool

Sumber : mstar.com.my

Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech mungkin akan berhijrah ke Liverpool atau Arsenal pada musim depan, lapor ejennya, Vitor Kolar.

Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal, info, terkini, berita sukan, Petr Cech, Arsenal, Chelsea

Penghijrahan penjaga gol berpengalaman itu bakal berlaku apabila pengendali Chelsea, Jose Mourinho enggan menawarkan sebarang kontrak baharu terhadapnya.

Berikutan itu, ejen Cech membuka peluang kepada Arsenal dan  Liverpool untuk membuat tawaran kepada pemain berkenaan.

Kolar memberitahu, Cech selain itu turut ditawarkan kepada Real Madrid pada musim depan.

"Petr Cech sepatutnya berhijrah pada tingkap pemindahan Januari ini, tetapi kelab mahu dia membantu memenangi gelaran juara pada musim ini dahulu.

Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal, info, terkini, berita sukan, Petr Cech, Arsenal, Chelsea

"Saya percaya Arsenal akan membuat tawaran untuk mendapatkan Cech dan penjaga gol itu akan menerimanya," katanya.

Petr Cech kini hanya memanaskan bangku pemain simpanan apabila posisi utama tersebut diberikan kepada penjaga gol muda Thibaut Courtois.

Artikel Terdahulu : Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan

Sumber : mstar.com.my

Gol Berganda Giroud-Cazorla, Arsenal Tundukkan Newcastle 4-1

Arsenal berjaya menewaskan Newscastle United dengan jaringan 4-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London awal pagi Ahad.


Gol Berganda Giroud-Cazorla,  Arsenal Tundukkan Newcastle 4-1, info suka, liga perdana inggeris, sukan bola sepak, arsenal, newcastle
Olivier Giroud (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Santi Cazorla.
Olivier Giroud dan Santi Cazorla tampil cemerlang apabila memberikan kemenangan buat The Gunners.

Giroud dan Cazorla menjadi jaguh buat pasukan mereka selepas masing-masing menyumbangkan dua gol.

Newcastle pula hanya mampu berbalas satu menerusi jaringan Ayoze Perez pada minit ke-63.

Giroud melakukan jaringan pembukaan buat Arsenal pada minit ke-15. Gol kedua The Gunners pula pada minit ke-54 menerusi aksi Cazorla.

Setelah mengungguli 2-0, Arsenal kembali mampu meraih lebih banyak jaringan dengan pantas apabila gol kedua Giroud dicatatkan pada minit ke-58, empat minit selepas jaringan kedua.

Cazorla kemudiannya menutup mata perlawanan menerusi tendangan penalti pada minit ke-88, selepas Danny Welbeck dijatuhkan oleh Paul Dummet.

Arsenal berada tiga mata di atas Newcastle pada kedudukan keenam, tetapi hanya dua mata di belakang Manchester United yang berada di tangga ketiga.

Sumber : mstar.com.my