Memaparkan catatan dengan label manchester united. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manchester united. Papar semua catatan

Man United Buat Tawaran Baharu Kepada Valencia Dapatkan Otamendi

Manchester United dilaporkan mengemukakan tawaran kepada Valencia untuk mendapatkan pemain Nicolas Otamendi.


Manchester United, info sukan, bola sepak, Man United, Otamendi,

Malah, jumlah yang ditawarkan kepada pemain kelahiran Argentina itu agak luar biasa.

Penampilan Otamendi pada musim 2014/2015 begitu memberangsangkan sekali gus mengangkat kedudukan Valencia.

Pemain berusia 27 tahun itu sering kali menjadi pilihan utama pengurus, Nuno Espirito Santo buat pasukan itu yang kini berada pada posisi keempat La Liga Sepanyol.

Artikel Terdahulu : Paul Pogba Jadi Rebutan Kelab Besar


Hal itu membuatkan Manchester United sebelum ini mengemukakan tawaran setinggi 25 juta euro (RM101.24 juta).

Namun, Valencia yang mendapatkan pemain dari Porto pada harga 12 juta euro (RM48.6 juta) menolak tawaran tersebut.

Bagaimanapun, Manchester United kembali dengan tawaran baharu yang lebih hebat dengan anggaran 50 juta euro (RM202.52 juta).

Tawaran yang luar biasa itu membuatkan Valencia tidak mampu menolak tawaran Manchester United sekiranya Otamendi memilih untuk berhijrah ke Old Trafford.

Ini kerana jumlah sebesar itu merupakan harga yang tertera dalam syarat dalam kontrak bersama Valencia bagi melepaskan Otamendi.

Sumber : mstar

Manchester United Muktamad Perjanjian Dapatkan Ilkay Gundogan

Manchester United dilaporkan memuktamadkan perjanjian untuk mendapatkan pemain tengah Borussia Dortmund, Ilkay Gundogan.


Manchester United Muktamad Perjanjian Dapatkan Ilkay Gundogan, info sukan, bola sepak, Ilkay Gudogan, Manchester united

Portal Mirror melaporkan pemain tengah Jerman itu mengadakan rundingan bersama United tahun lepas dan beberapa kali dikaitkan dengan perpindahannya ke Old Trafford.

Satu perjanjian sebelum ini gagal dimeterai dengan Gundogan berikutan kecederaan yang dialami pemain itu.

Bagaimanapun, United tidak mempedulikan tentang masalah kesihatan Gundogan dan sedang memuktamadkan perpindahan buat musim panas ini.

Kontrak Gundogan bersama Dortmund akan tamat pada akhir musim depan dan kelab Jerman itu mahu mengelakkan keadaan di mana pemain meninggalkannya secara percuma sebagaimana yang berlaku kepada Robert Lewandowski.

Arsenal dan Manchester City juga dikaitkan dengan pemain berusia 24 tahun itu tetapi tidak dapat menandingi perjanjian yang dibuat United.

Pengurus United, Louis van Gaal tidak menyembunyikan hasratnya untuk memperkukuhkan skuadnya pada musim panas ini bagi merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris. - MIRROR

Mimpi Van Gaal Jadi Kenyataan, Benam City 4-2

Mimpi Louis van Gaal menjadi realiti apabila Manchester United menang bergaya empat gol ke atas Manchester City pada aksi luar biasa di Old Trafford lewat Ahad malam.


Mimpi Van Gaal Jadi Kenyataan, Benam City 4-2, info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, manchester city, manchester united,

Sebelum itu, pemain-pemain United tersentak dengan jaringan seawal lapan minit permainan oleh Sergio Aguero.

Namun United tidak mengambil tempoh yang lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-14 oleh Ashley Young sebelum Marouane Fellaini menambah gol kedua (27’) melalui tandukan padu ke arah gol sekaligus memastikan pasukannya boleh berehat dengan tenang sebelum babak kedua bermula.

Bersambung ke separuh masa kedua, pasukan United mula menunjukkan corak permainan yang lebih kemas kepada City apabila Juan Mata berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-67.

Malah tekanan skuad Manuel Pallegrini itu semakin terasa apabila Chris Smalling menghadiahkan gol keempat kepada penyokong-penyokong setia yang memenuhi stadium minit ke-73.

Kedudukan selesa 4-1 diharap kekal sehingga ke wisel penamat, namun Aguero berjaya menambah gol kedua untuk City minit ke-89.

Dalam pada itu Van Gaal berkata, sebelum perlawanan, dia dan pemain-pemainnya ‘bermimpi’ menewaskan musuh terdekatnya itu buat julung kalinya sejak Disember 2012.

“Apa sahaja mimpi, saya tetap menganggap aksi pemain-pemain kali ini di luar jangkaan,” katanya.

Aksi kemenangan ini juga bakal  membuatkan Arsenal  berasa tergugat memandangkan hanya kelebihan satu mata (66) daripada United (65) untuk berada di kedudukan kedua. Manakala City di kedudukan keempat dengan 61 mata.


Sumber : mstar online

Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia

Louis Van Gaal dilaporkan akan terus berbelanja besar untuk mendapatkan pemain terbaik dunia pada akhir musim ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan Manchester United.


Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia, info, terkini, sukan, bola sepak, MAnchester United, Louis Van Gaal

Berikutan itu jurulatih kelahiran Belanda terbabit akan mendapatkan pemain muda berbakat dan bintang dunia mengikut polisi yang ditetapkan United.

Dailymail Online melaporkan, United kini menyenaraikan pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels, 26, sebagai sasaran utama, diikuti dengan bekas pemain mudanya yang kini berada di Juventus, Paul Pogba.


Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia, info, terkini, sukan, bola sepak, MAnchester United, Louis Van Gaal

Selain itu, Van Gaal dilapor akan meneruskan usahanya mendapatkan Kevin Strootman, 25, dari Roma selepas menangguhnya selama setahun akibat kecederaan lutut yang dialami pemain terbabit.


Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia, info, terkini, sukan, bola sepak, MAnchester United, Louis Van Gaal

Keinginan United untuk mendapatkan pemain kebangsaan Wales yang berada di Real Madrid pula kelihatan kabur apabila, Gareth Bale menegaskan untuk kekal di kelab terkaya dunia itu.


Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia, info, terkini, sukan, bola sepak, MAnchester United, Louis Van Gaal

Van Gaal selain itu turut mensasarkan pertahanan tengah Barcelona, Dani Alves untuk memperkuatkan benteng skuadnya yang rapuh pada musim ini.

Bagaimanapun usaha bekas jurulatih Barcelona akan diketahui selepas Liga Perdana Inggeris musim ini melabuhkan tirainya


Sumber : mstar online

Radamel Falcao beri bayangan tinggalkan MU

Penyerang Manchester United, Radamel Falcao memberi bayangan dia mungkin meninggalkan kelab gergasi Inggeris itu penghujung musim ini untuk mencari lebih peluang beraksi di atas padang.


Radamel Falcao beri bayangan tinggalkan MU, info sukan, bola sepak, radamel falcao, Manchester united

Begitupun, pemain yang dipinjam dari kelab Monaco itu berkata, dia masih komited bersama skuad bimbingan Louis van Gaal itu.

Peledak utama Colombia itu terlepas aksi Piala Dunia di Brazil, tahun lepas akibat kecederaan lutut dan kehadirannya ke Old Trafford dilihat tidak membantu meningkatkan kariernya selepas banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.

"Saya fikir semua pemain bola sepak perlu bermain dan gembira untuk bermain. Saya komited 100 peratus dengan kelab, masih ada lapan perlawanan yang perlu diharungi (Liga Perdana Inggeris) dan apa saja boleh berlaku," kata Falcao kepada stesen radio Colombia, Radio Caracol.


"Jadi selepas kejuaraan berakhir, saya pasti akan menilai kembali, melakukan analisis dan memutuskan apa yang terbaik buat saya," kata pemain berusia 29 tahun itu yang cukup prolifik ketika beraksi bersama Porto, Atletico Madrid dan Monaco sebelum berdepan kecederaan ligamen lutut 14 bulan lalu.

"Jelas saya perlu mencari tempat di mana saya berpeluang terus bermain dan boleh bermain."

Falcao ketika ini berada di Bahrain bagi mengharungi perlawanan persahabatan menjelang Copa America.

Selain itu, Colombia juga dijadual menentang Kuwait pada Isnin.

Falcao dalam pada itu berkata dia menghormati penuh keputusan Van Gaal dan masih memiliki 'kepercayaan dan harapan' segala-galanya akan berubah buatnya di United sebelum musim ini berakhir.

Begitupun katanya, beberapa kelab gergasi lain sudah pun menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

"Panggilan datang setiap hari, jadi dengan itu saya perlu kekal bertenang, namun saya kekal berhubung dengan mereka, orang yang sentiasa berurusan dengan situasi ini," katanya mengenai laporan media yang mengaitkannya dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris lain.

"Saya berhutang kepada Manchester United ketika ini, saya masih percaya dan berharap kerana banyak perkara boleh berlaku dalam baki perlawanan selepas ini," kata Falcao yang mengakui sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan sejak menjalani pembedahan lutut, Januari tahun lepas.

"Saya akan terus bertarung sehingga penamat di Manchester United," katanya. - Reuters


Sumber : bharian

David De Gea Tolak Tandatangani Perjanjian Baharu Dengan United

Penjaga gol dari Sepanyol, David De Gea menolak untuk menandatangani perjanjian baharu di Old Trafford dan akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.


David De Gea Tolak Tandatangani Perjanjian Baharu Dengan United, info sukan, bola sepak, Manchester united, Sepanyaol, David De Gea

Manchester United sedang menghadapi 'senario terburuk' apabila De Gea enggan menyambung kontrak baharu.

United kini bimbang akan kehilangan penjaga gol berusia 24 tahun itu jika dia tidak lagi beraksi pada musim panas ini.

Isu kontrak De Gea dilihat sebagai satu detik mendebarkan buat Manchester United dalam perancangan masa depan.

Menurut sumber dalaman United, isu tersebut menjadi senario terburuk yang dialami kelab itu.

"Tidak ada sebarang petunjuk bahawa De Gea akan menandatangani kontrak baharu dan dalam masa yang sama keputusan itu akan dibuatnya tidak lama lagi.

"Apabila kontrak pemain itu memasuki 12 hingga 18 bulan terakhir, nilai pemain mula turun dengan mendadak.

"Ada yang mengatakan De Gea bernilai £50 juta, tetapi itu tidak realistik memandangkan beliau hanya akan menandatangani dengan satu kelab sahaja."

Minat Real Madrid terhadap pemain itu membuatkan United cuba untuk mendapatkan bekas penjaga gol Atletico Madrid bagi lanjutan jangka panjang.

Pada Disember lalu, Sunday Mirror Sport mendedahkan United akan membuat taruhan kepada De Gea sebagai penjaga gol negara itu bagi liga juara-juara Eropah.

Sumber : mstar online

Man United Berusaha Dapatkan Ronaldo, Bale

Manchester United dilapor berminat untuk mendapatkan dua bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale yang bernilai £165 juta pada akhir musim ini.


Man United Berusaha Dapatkan Ronaldo, Bale , info sukan, bola sepak, manchester united, real madrid

Berikutan itu, United kini sedang bersiap sedia untuk merealisasikan pemindahan mega itu yang menjadi usaha Louis van Gaal dalam mendapatkan pemain bertaraf bintang.

Penulis Sky Sport, Graham Hunter dipetik berkata, United kini sedang bekerja keras untuk mencapai persetujuan daripada kedua-dua pemain termasuk kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

"United berfikir mereka mempunyai peluang dan kelebihan untuk membeli Ronaldo.

"Pada pendapat saya, kita perlu tunggu dan lihat kerana Ronaldo mungkin akan bersetuju untuk pulang ke United.

"Kedua-dua kelab di Manchester (termasuk Manchester City) akan cuba melakukan perkara sama, mereka akan cuba mendapatkan Bale juga," jelasnya.

Menurut laporan Daily Express, Ronaldo dan Bale boleh dibeli oleh United dengan nilai sebanyak £165 juta.
Sumber : mstar

Welbeck Hantui Van Gaal Dengan Kekalahan Man United

Danny Welbeck kembali menghantui Louis Van Gaal apabila pengurus Manchester United itu terpaksa berhadapan dengan kekalahan di Old Trafford dalam perlawanan Piala FA dengan Arsenal menerusi jaringan 1-2.


Welbeck Hantui Van Gaal Dengan Kekalahan Man United, info sukan, bola sepak, Piala FA, Arsenal, manchester united,

Welbeck yang merupakan bekas pemain Manchester United membawa Arsenal ke peringkat separuh akhir apabila membuat jaringan pada minit ke-61.

Berdasarkan kesilapan yang dibuat Antonia Valencia, Welbeck berjaya memberikan satu gol . Terdahulu, rakannya Nacho Monreal melakukan jaringan pembukaan pada minit ke-25.

Manchester United hanya memperoleh satu jaringan yang disumbangkan oleh Wayne Rooney pada minit ke-29.

Kontroversi antara Van Gaal dan Welbeck berikutan pengurus Manchester United itu menjual pemain itu kepada Arsenal pada musim panas yang lepas.

Van Gaal mendakwa Welbeck dijual kepada Arsenal kerana pemain itu tidak setanding dengan keupayaan Wayne Rooney, Robin Van Persie serta Radamel Falcao dalam menjaringkan gol.

Bagaimanapun, Welbeck menunjukkan kepada Van Gaal apakah 'kehilangannya' dalam pasukan itu akibat tindakannya sebelum ini.

Boleh dikatakan kemenangan hasil jaringan Welbeck sebagai 'membalas dendam' di atas penyingkirannya dari Manchester United.

Sumber : mstar.com.my

PSG Mahukan Di Maria Jika United Lamar Lavezzi

Manchester United dilapor telah menyertai persaingan bersama beberapa kelab lain untuk mendapatkan pemain tengah PSG, Ezequiel Lavezzi.


PSG Mahukan Di Maria Jika United Lamar Lavezzi, info sukan, Manchester united, PSG, Ezequiel Lavezzi, bola sepak

Di antara kelab tersebut, Liverpool dilaporkan antara pasukan yang sedang giat berusaha mendapatkan pemain Argentina itu.

Bagaimanapun, United mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan Lavezzi jika kelab itu sedia menyerahkan Angel Di Maria.

Hal ini kerana, PSG sedia melepaskan pemain terbabit jika United bersetuju menyerahkan bekas pemain Real Madrid terbabit.

Media Perancis melaporkan, tidak menjadi sesuatu yang mustahil untuk Di Maria ke PSG pada musim depan berdasarkan prestasinya yang semakin dikritik penyokong.

Malah pemain terbabit juga seakan tidak gembira berada di United ketika ini.

Sumber : mstar.com.my

MU Sedia RM654 Juta Sambar Muller dan Pogba

Manchester United bersiap sedia membelanjakan wang £122 juta (RM654 juta) untuk menyambar Thomas Muller dari Bayern Munich dan Paul Pogba dari Juventus.


MU Sedia RM654 Juta Sambar Muller dan Pogba, info sukan, berita, bola sepak, Manchester United
Muller bakal berhijrah ke MU dengan bayaran gaji berlipat ganda.

Pada Isnin, media melaporkan, pasukan The Red Devils itu sudah bersedia memulakan era ‘Galactico’ selepas pemiliknya menyatakan kesediaan menambah peruntukan kewangan bagi mengukuhkan lagi skuad bimbingan Louis van Gaal itu.

Isyarat itu semakin kuat apabila Angel di Maria menandatangani perjanjian yang memerlukan MU berbelanja hampir £60 juta (RM322 juta) bagi mengikat pemain kebangsaan Argentina itu.

Satu lagi nama yang disebut-sebut bakal menguatkan skuad van Gaal ialah pemain Real Madrid, Gareth Bale.

Pemerhati berkata, pemain yang teratas diingini van Gaal nampaknya ialah Muller yang baru-baru ini ditawarkan kepada Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta (RM241 juta).

Pogba pula, di sebalik harga £77 juta (RM413 juta) dituntut Juventes terus menjadi buruan ketika prestasinya dianggap sebagai mindfield pertahanan terbaik Eropah ketika ini.

Selain MU, Pogba turut diintai Paris Saint Germaine dan Chelsea.

Sumber : mstar.com.my

Man United Benam Liverpool 3-0

Manchester United mendominasi permainan ketika menewaskan Liverpool 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Ahad malam.


Man United Benam Liverpool 3-0, info sukan, bola sepak, Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Liverpool,

Anak buah Louis van Gaal itu terus mengasak pasukan pelawat sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan.

Gol pertama United hadir melalui Wayne Rooney seawal minit ke-12.

Namun pada minit ke-17 kapten Liverpool, Steven Gerrard cuba menyamakan kedudukan, namun tersasar.

Bekas pemain Chelsea, Juan Mata menambah satu lagi gol untuk United pada minit ke-40 menerusi tandukan selepas menerima hantaran silang dari Ashley Young.

Sementara itu, pada separuh masa kedua, pengurus The Reds Brendan Rodgers melakukan percaturan baharu Liverpool selepas melihat barisan serangan sebelum ini tidak menjadi apabila Adam Lallana digantikan dengan penyerang sensasi Mario Balotelli.

Pemain-pemain United terus mengasak kubu lawan dan usaha mereka berhasil dengan jaringan ketiga melalui Robin van Persi pada minit ke-71.

Pada minit ke-78, Rooney dikeluarkan dan digantikan dengan penyerang Colombia, Radamel Falcao.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat permainan biarpun Liverpool cuba menyerang kubu pertahanan United.

Kemenangan tersebut sekaligus mengukuhkan kedudukan United di tangga ketiga liga dengan  31 mata, di belakang Manchester City (36) dan pendahulu, Chelsea dengan 39 mata.

Senarai Pemain :

Manchester United : De Gea; Valencia, Jones, Evans, Young; Carrick, Fellaini, Mata; Rooney, van Persie, Wilson. Subs: Lindegaard, McNair, Blackett, Herrera, Fletcher, Januzaj, Falcao.

Liverpool : Jones; Skrtel, Lovren, Johnson; Moreno, Henderson, Allen, Gerrard; Coutinho, Lallana, Sterling. Subs: Mignolet, Toure, Lambert, Lucas, Can, Balotelli, Markovic.

Sumber : mstar.com.my

Van Persie Bukan Penyerang Terbaik, Tapi Bertuah

LouisVan Gaal mengakui Robin Van Persie bukan penyerang yang baik ketika ini tetapi sekadar mendapat 'tuah'.


Van Persie Bukan Penyerang Terbaik, info, terkini, sukan bola sepak, liga perdana inggeris, robin van persie, manchester united

Hal ini kerana, meskipun tidak mempamerkan karektor seorang penyerang bertaraf dunia, namun van Persie masih mampu menghasilkan dua gol ketika Manchester United menewaskan Southampton 2-1 minggu lalu.


Van Persie Bukan Penyerang Terbaik, info, terkini, sukan bola sepak, liga perdana inggeris, robin van persie, manchester united

Van Gaal berkata, Van Persie 'bertuah' kerana penyerang pinjaman, Radamel Falcao terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan.

"Saya gembira apabila Van Persie dapat menjaringkan dua gol, tetapi sebenarnya dia masih tidak bermain dengan baik.

"Jika dibandingkan dengan pemain lain, Van Persie bertuah buat masa ini kerana Falcao mengalami kecederaan.

"Walaupun masih ada dua pemain seperti Wayne Rooney dan James Wilson, tetapi Rooney mempunyai bakat istimewa untuk bermain di semua posisi manakala Wilson terlalu muda dan perlu mempamerkan lebih keyakinan," jelasnya.

Sumber : mstar.com.my