Paul Pogba 'Mengganas' Di Itali


Bekas pemain muda Manchester United, Paul Pogba terus menaikkan nilai dirinya apabila muncul wira Juventus ketika menewaskan Sassuolo 1-0 dalam saingan Serie A pada Isnin.


Paul Pogba 'Mengganas' Di Itali, info sukan, bola sepak, Juventus, Series A, Pogba

Hasil jaringan Pogba bukan sahaja membuktikan ketajaman penyudahnya, tetapi turut membawa Juventus selesa dengan kelebihan 11 mata di persada liga.

Jaringan pemain berusia 21 tahun yang menjadi buruan kelab gergasi dunia itu hadir ketika perlawanan berbaki lapan minit untuk ditamatkan.

Paul Pogba 'Mengganas' Di Itali, info sukan, bola sepak, Juventus, Series A, Pogba

Dengan kejayaan itu, Juventus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan kedua liga apabila seri dengan Roma pada perlawanan sebelum ini.

"Perlawanan ini sangat mencabar, saya tidak boleh melakukan banyak perkara. Saya hanya mampu meneruskan usaha untuk menjadi pemain terbaik," jelas Pogba.

Sumber : mstar.com.my

Filled Under: