Memaparkan catatan dengan label bola sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola sepak. Papar semua catatan

Atletico Madrid Setuju Ikat Kontrak Gameiro

Atletico Madrid telah menandatangani perjanjian bagi mendapatkan penyerang Perancis, Kevin Gameiro daripada rakannya dari kelab La Liga, Sevilla dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Atletico Madrid Setuju Ikat Kontrak Gameiro

Bagaimanapun, dilaporkan Gameiro dipindahkan dengan nilai kira-kira £28 juta.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menandatangani empat tahun perjanjian dan akan menjalani pemeriksaan perubatan di kelab itu, Sabtu.

Gameiro menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan musim lalu, tetapi tidak dipilih untuk beraksi dalam Euro 2016 bersama skuad kebangsaan.

Dia menyertai Sevilla dari Paris St-Germain pada tahun 2013.-mstar

Zlatan Ibrahimovic Tunjuk 'Taring' Dalam Aksi Pertama Bersama Man United

Zlatan Ibrahimovic percaya 'sesuatu yang besar' sedang menghampiri Manchester United selepas menunjukkan 'taring' dengan melakukan 'bicycle kick' (tendangan basikal) pada penampilan pertamanya bersama Red Devils.

Zlatan Ibrahimovic Tunjuk 'Taring' Dalam Aksi Pertama Bersama Man United

Ibrahimovic, 34, mengambil hantaran silang daripada Antonio Valencia dalam kejayaan United menewaskan Galatasaray 5-2 pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi Ahad.

Kelab Turki itu bagaimanapun bangkit untuk mendahului 2-1 hasil jaringan Sinan Gumus dan Bruma.

Tetapi United tidak memberi peluang apabila bangkit mengubah keputusan melalui Wayne Rooney  yang menjaringkan dua gol, manakala Marouane Fellaini dan Juan Mata masing-masing satu gol.

Ibrahimovic, penyerang dari Sweden ini percaya masa depan Red Devils adalah cerah lebih-lebih lagi apabila terdapat khabar yang mengaitkan kelab itu dengan perpindahan £100 juta untuk pemain tengah Juventus, Paul Pogba.

"Sesuatu yang besar bakal menghampiri kita, tahun ini akan menjadi sangat menarik.

"Katakanlah jika Pogba juga datang, ia akan menjadi sangat menarik," katanya.

Dia menambah: "Saya akan membantu pasukan sebanyak yang mungkin, melakukannya dengan segala kemahiran yang saya ada, mencipta peluang dan menjaringkan gol."-mstar

Pogba Milik Mourinho, Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Paul Pogba sekali lagi menjadi milik Manchester United selepas mencatat nilai perpindahan rekod dunia sebanyak 100 juta pound (RM535.72 juta) pada Jumaat.

Pogba Milik Mourinho, Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Selepas beberapa minggu rundingan, United bersetuju dengan bayaran besar untuk mendapatkan bintang Juventus itu sekaligus melengkapkan musim perpindahan pemain bagi skuad Jose Mourinho.

United amat teruja dengan pemain baharunya itu dan bakal mengumumkannya secara rasmi selepas Pogba melengkapkan ujian kesihatan di Los Angeles.

Pogba bakal memakai jersi nombor 6 di Old Trafford dan menjadi pemain baharu keempat di bawah bimbingan Mourinho selepas Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan Henrick Mkhitaryan.

Pogba Milik Mourinho, Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Pemain ini pernah meninggalkan United pada tahun 2012 tanpa sebarang tarikan, sebaliknya kini Pogba berjaya mencatat rekod perpindahan tertinggi dunia.

Proses perpindahan pemain tengah Perancis berusia 23 tahun ini diuruskan oleh ejennya, Mino Raiola bersama pegawai-pegawai kelab Juventus serta beberapa peguam di Turin pada Khamis petang.

United dan Juventus mencapai persetujuan untuk membayar yuran Raiola sebagai bonus sebanyak 20 peratus untuk rundingan keseluruhan bagi kedua-dua pihak.


Bagaimanapun difahamkan Juventus akan membayar cukai sebanyak 84.3 juta pound ketika proses pembayaran perpindahan dilakukan.

Sebelum ini, perpindahan Gareth Bale merupakan nilai tertinggi dibayar Real Madrid kepada Tottenham iaitu 86 juta pound pada tahun 2013 untuk mendapatkan pemain itu.

Dalam pada itu, Pogba telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan jumlah gaji 290,000 pound seminggu.

Pogba Milik Mourinho, Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Malah bonus tambahan buat Pogba sekiranya dia menyambung kontrak baharu di United dan juga jika dia berjaya memenangi anugerah Ballon d'Or.

Sebagai rekod, Pogba meninggalkan Old Trafford pada Julai 2012 selepas pengurus kelab ketika itu, Sir Alex Ferguson menolak permintaan Raiola untuk menyambung kontraknya.

Juventus ketika itu membayar hanya membayar pampasan sebanyak 800,000 pound kepada United.


Statistik permainan Pogba 2015-16:

Penampilan: 42

Gol:10

Pembantu: 12

Tempoh beraksi (minit): 3621


Senarai 10 rekod perpindahan tertinggi dunia:

1. Paul Pogba - Juventus ke Man United 100 juta pound

2. Gareth Bale - Tottenham ke Real Madrid 86 juta pound

3. Cristiano Ronaldo - Man United ke Real Madrid 80 juta pound

4. Gonzalo Higuain - Napoli ke Juventus 76 juta pound

5.Neymar - Santos ke Barcelona 72 juta pound

6. Luis Suarez - Liverpool ke Barcelona 63juta pound

7. James Rodriguez - Monaco ke Real Madrid 60 juta pound

8.Angel di Maria - Real Madrid ke Man United 60 juta pound

9.Kaka - Milan ke Real Madrid 56 juta pound

10. Kevin De Bruyne - Wolfsburg ke Man City 55 juta pound
-mstar

Chelsea Tawar €45 Juta Untuk Kalidou Koulibaly

Chelsea telah membuat tawaran bernilai €45 juta bagi mendapatkan khidmat pemain Napoli, Kalidou Koulibaly, menurut laporan.

Chelsea Tawar €45 Juta Untuk Kalidou Koulibaly

Pemain pertahanan itu adalah salah seorang daripada tulang belakang kelab dengan gelaran Partenopei yang menduduki tempat kedua saingan Serie A musim lalu tetapi mahu meninggalkan kelabnya musim panas ini.

Kini, laman web Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Chelsea telah membuat tawaran baharu bernilai €45 juta (£37.7 juta) untuk membawa Koulibaly ke Stamford Bridge.

Bagaimanapun Napoli belum memberikan sebarang tindak balas terhadap tawaran itu, di mana mereka mungkin sedang melihat beberapa alternatif lain.

Urusan perpindahan musim panas di Naples nampaknya menjadi sibuk kerana Gonzalo Higuain telah berlepas ke Juventus, manakala Arkadiusz Milik dan Corentin Tolisso sedang menghampiri perjanjian perpindahan ke San Paolo.-mstar

Juventus Benarkan Paul Pogba Ke Man United

Juventus membenarkan Paul Pogba menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan memecah rekod dunia iaitu sebanyak £92 juta - tambahan £8 juta.

Juventus Benarkan Paul Pogba Ke Man United

Dalam terma perpindahan itu juga disertakan bonus dan komisen 20 peratus untuk ejen Pogba iaitu Mino Raiola.

United sebelum ini enggan membantu Juventus dengan memberikan komisen kepada Raiola kerana telah membayar harga yang tinggi.

Bagaimanapun, Juventus memberitahu masalah itu akan diselesaikan dan Pogba akan ke Old Traffod.

Masalah yang menyebabkan ujian kesihatan Pogba disekat itu telah diselesaikan selepas perbicangan diadakan di Hotel Milan Palazzo Parigi pada Selasa.

Raiola telah bertemu Ketua Eksekutif United, Ed Woodward untuk menyelesaikan komisen bernilai £20 juta itu.

Berikutan penyelesaian tersebut, Pogba yang sedang bercuti di Miami telah memuat naik warna merah hitam putih untuk memberitahu mengenai masa depannya.

Kepulangan pemain tengah Perancis itu ke pangkuan bekas kelabnya menyaksikan dia bakal menerima gaji sebanyak £290,000 seminggu.-mstar

Juventus Dapatkan Gonzalo Higuain £76 Juta

Juventus menandatangani perjanjian bagi mendapatkan Gonzalo Higuain daripada Napoli dengan kontrak lima tahun bernilai £76 juta (RM406.07 juta).

Juventus Dapatkan Gonzalo Higuain £76 Juta

Yuran perpindahan itu akan dibayar menerusi dua ansuran, dengan pemain pasukan Argentina itu memperoleh £6.3 juta (RM33.69 juta) selepas cukai setiap tahun.

Menurut kenyataan Juventus: "Kelab Bola Sepak Juventus pada hari ini mengesahkan bahawa ia telah mendapatkan Gonzalo Higuain dengan 90 juta Euro, yang dibayar dalam dua tahun.

"Pemain itu telah bersetuju dengan kontrak selama lima tahun bersama kelab."

Sementara itu, Napoli dalam kenyataan pula berkata: "Kelab Bola Sepak Juventus membeli untuk perpindahan Gonzalo Gerardo Higuain." - Mail Online

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Bintang Barcelona, Lionel Messi menerusi imej terbaharunya tampil dengan warna rambut yang lebih ranggi iaitu platinum blonde.

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Gambar bintang bolak sepak terkemuka dunia itu dikongsikan oleh isterinya, Antonella Roccuzzo menerusi laman Instagram, baru-baru ini.

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Messi merupakan antara sebahagian pemain bola sepak yang menyertai trend mewarnakan rambut dengan rona warna terang itu.

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Antara pemain yang memiliki warna rambut yang sama seperti Messi ialah pemain Manchester City, Samir Nasri; bintang Arsenal, Aaron Ramsey; pemain tengah Real Madrid, James Rodriquez dan pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones.-mynewshub

Punca Aksi United-City Di China Batal

Pertembungan pra musim yang dinanti-nanti antara Manchester United dan Manchester City pada siri jelajah di China terpaksa dibatalkan berikutan cuaca buruk dan keadaan padang yang membahayakan pemain.

Punca Aksi United-City Di China Batal

Ia merupakan pertemuan pertama antara Jose Mourinho dan Pep Guardiola dalam tempoh tiga tahun selepas kedua-duanya masing-masing mengambil alih United dan City pada musim panas ini.

"Akibat cuaca buruk, penganjur kejohanan dan kelab terlibat memutuskan untuk membatalkan perlawanan Piala Juara Antarabangsa malam ini," tulis United di laman Twitter kelab itu.

Terdahulu Mourinho menegaskan kedua-dua pasukan itu tidak sepatutnya bertemu pada aksi persabahatan, sebaliknya perlu berentap di Old Trafford atau Etihad atau aksi final di Wembley.

"Saya rasa Beijing tidak bernasib baik kerana keadaan padang yang teruk. Keadaan pemain saya lebih penting berbanding keputusan jelajah pra musim. Saya hanya ada satu impian iaitu pemain pulang dalam keadaan selamat," katanya.

Kini, kedua-dua pasukan hanya mempunyai satu lagi perlawanan pra musim yang perlu diharungi.

City akan bertemu Borussia Dortmund pada aksi final Piala Juara Antarabangsa di Stadium Shanzhen pada Khamis manakala United pula terbang ke Gothenburg, Sweden untuk menentang Galatasaray pada Ahad.

Anak buah Guardiola akan berkunjung ke Sunderland pada aksi sepak mula Liga Perdana Inggeris, 13 Ogos depan.

United pula akan menentang Bournemouth pada keesokan harinya.-mstar

Pertemuan Pogba-Raiola Hangatkan Rundingan Man United

Paul Pogba dikatakan semakin hampir dengan perpindahannya ke Manchester United menerusi perjanjian £110 juta (RM588.75 juta).

Pertemuan Pogba-Raiola Hangatkan Rundingan Man United

Pemain tengah Perancis itu dilihat menikmati percutian di Miami bersama ejennya, Mino Raiola.

Pogba terus membuatkan semua pihak berteka-teki selepas memuat naik gambar percutian di akaun Instagramnya dengan kapsyen yang samar-samar yang mungkin dikaitkan dengan masa depannya.

Juventus hanya mahu melepaskan pemain yang berhijrah dari Manchester United pada 2012 dengan tawaran £110 juta.

Kelab Itali itu terus bertegas dengan tawaran berkenaan dan sama sekali tidak akan mengubah pendirian mereka. - Mail Online

Joe Allen Berhijrah Ke Stoke City

Stoke City melengkapkan perpindahan Joe Allen dari Liverpool menerusi kontrak selama lima tahun. Pemain tengah skuad kebangsaan Wales itu berhijrah dari Liverpool dengan perjanjian bernilai £13.5 juta (RM72.23 juta).

Joe Allen Berhijrah Ke Stoke City

Tawaran Stoke memenuhi penilaian Liverpool terhadap pemain yang masih mempunyai kontrak berbaki kurang 12 bulan.

Empat tahun lalu, Liverpool mendapatkan Allen dengan £15 juta (RM80.28 juta).

Allen memberitahu laman web kelab itu: "Saya begitu teruja sebaik sahaja mendengar hasrat kelab dan ia bukannya mudah untuk saya membuat keputusan. Saya amat terujua mengenai masa depan saya di Stoke City." - Mail Online

Juventus Sasar Nemanja Matic

Nemaja Matic menjadi sasaran utama Juventus dalam pencarian bagi menggantikan Paul Pogba. Pogba kini semakin hampir berhijrah ke Manchester Untied menerusi perpindahan yang akan memecah rekod dunia iaitu lebih £100 juta.

Juventus Sasar Nemanja Matic

Berikutan itu, Juventus akan menggunakan dana berkenaan untuk mendapatkan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain dari Napoli dan seorang pemain tengah.

Daily Mail melaporkan, Matic kini menjadi pilihan utama Massimilliano Allegri selain Moussa Sissoko yang merupakan pemain Newcastle.

Matic yang juga pemain kebangsaan Serbia tidak menjadi pilihan Chelsea untuk diturunkan dalam kesebelasan utama sejak akhir musim lalu.

Dia berhijrah ke Chelsea dari Benefica dengan yuran perpindahan bernilai £30 juta pada 2014, sebelum membantu kelab tersebut menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Matic dijangka akan dilepaskan oleh Antonio Conte selepas jurulatih kelahiran Itali itu mendapatkan N'Golo Kante dari Leicester.-mstar

Pep Guardiola Berdepan Masalah

Usaha Pep Guardiola untuk membentuk semula Manchester City berdepan masalah apabila tujuh pemain senior akan mengakhiri kontrak mereka pada musim ini.

Pep Guardiola Berdepan Masalah

Tujuh pemain bertaraf bintang itu akan meninggalkan Manchester City secara percuma pada musim depan jika mereka tidak ditawarkan kontrak lanjutan, lapor Daily Mirror.

Pemain tersebut ialah Yaya Toure, Fernandinho, Pablo Zabaleta, Gael Clichy, Jesus Navas, Bacary Sagna dan Willy Caballero.

Selain itu, pihak atasan kelab turut sedang berusaha mengurangkan pemain bukan warga England bagi memenuhi syarat Liga Perdana Inggeris yang mahukan lapan pemain tempatan daripada 25 orang yang didaftarkan.

Setakat ini, Toure berpeluang menyertai Inter Milan yang dipimpin bekas jurulatih City, Roberto Mancini.

Bagi Zabaleta pula, Roma antara kelab yang telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya sejak musim lalu.

Sevilla dilapor mahu mendapatkan Navas manakala Caballero sedia meninggalkan City.-mstar

Wijnaldum Sarung Jersi Liverpool

Liverpool berjaya mengikat Georginio Wijnaldum dari Newcastle. Newcastle mahu mengekalkan pemain tengah itu dalam kempen kejohanan pasukan tersebut tetapi enggan menolak bidaan 25 juta pound terhadap Wijnaldum.

Wijnaldum Sarung Jersi Liverpool

Pemain Belanda itu menyertai Newcastle selepas berhijrah dari PSV Eindhoven dengan nilai perpindahan dianggarkan 14.5 juta pound.

"Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan The Reds dan akan kembali beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris.

"Dia akan menyertai kelab itu dalam siri jelajah di Amerika Syarikat," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Liverpool.

Wijnaldum merupakan penjaring terbanyak Newcastle pada musim lalu dengan 11 gol, empat daripada dijaringkan ketika menundukkan Norwich 6-2.

"Saya amat seronok kerana Liverpool merupakan sebuah kelab besar dengan sejarah yang hebat. Ia sentiasa menjadi impian untuk beraksi bersama kelab besar seperti Liverpool," katanya.-mstar

Allardyce Sah Pengurus Baharu England

Sam Allardyce sah dilantik sebagai pengurus baharu skuad The Three Lions oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).

Allardyce Sah Pengurus Baharu England

Pelantikan pengurus berusia 61 tahun itu ditangguhkan berikutan rundingan pampasan oleh Sunderland pada Khamis.

Namun isu itu akhirnya berjaya diselesaikan.

"Pengurus berusia 61 tahun yang dihormati itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun dan akan mengambil alih jawatan tersebut dengan serta-merta selepas berjaya mengekalkan Sunderland dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Aksi pertama Allardyce bersama England adalah perlawanan persahabatan di Stadium Wembley pada 1 September ini.

"Pilihan sebulat suara panel pemilihan tiga jawatankuasa FA yang terdiri daripada Ketua Eksekutif FA, Martin Glenn, Pengarah Teknikal Dan Ashworth dan Pemangku Pengerusi David Gill, Allardyce tiba dengan rekod pretasi terbaik bersama pasukan yang dikendalinya dan reputasi kuat sebagai pemikir idea progresif," demikian menurut kenyataan FA itu.

Allardyce mengambil alih jawatan Roy Hodgson selepas aksi hambar England pada Euro 2016 apabila pasukan itu tewas mengejut kepada Iceland pada kelompok 16 pasukan terakhir.

Beliau turut menyatakan rasa bangga kerana dilantik sebagai pengurus England memandangkan ia merupakan peranan yang sentiasa diimpikannya.

"Bagi saya ia tugas terbaik dalam bola sepak Inggeris. Saya akan melakukan apa sahaja untuk membantu dan membawa lebih banyak kejayaan kepada England," kata Allardyce.-mstar

Ibrahimovic Sarung Jersi No 9

Zlatan Ibrahimovic akan menyarung jersi No 9 di Manchester United manakala Anthony Martial yang sebelum ini memakai jersi dengan nombor itu akan menggunakan No 11.


Ibrahimovic Sarung Jersi No 9

Penyerang Sweden itu sering memakai jersi pelbagai nombor antaranya lapan, sembilan dan 10 sepanjang kariernya.

Namun ketiga-tiga nombor itu sudah digunakan di Old Trafford.

Martial bertukar ke No 11 manakala pemain yang menggunakan nombor itu sebelum ini, Adnan Januzaj kini menggunakan No 15.

Juan Mata kekal menggunakan jersi No 8 manakala Wayne Rooney, No 10.

Ibrahomovic memuatnaik gambarnya menggunakan jersi No 9 di laman Instagram miliknya dengan kapsyen 'Saya memilih nombor 9'.

Sementara itu, pemain baharu yang dibawa masuk pada musim panas ini, Eric Bailly dan Henrikh Mkhitaryan masing-masing menggunakan jersi No 3 dan No 22.

Jersi No 6 yang masih kosong dan ia dilaporkan disimpan untuk Paul Pogba yang turut menggunakan nombor sama semasa tiba di Juventus.

Harapan penyokong United untuk melihat Ibrahimovic beraksi dengan jersi No 9 semasa Jelajah ke China tidak kesampaian apabila Jose Mourinho memberikan cuti lanjutan kepadanya selepas tamat saingan Euro 2016.

"Keputusan saya terhadap Zlatan selepas mengambil kira kajian, analisis dan perbincangan dengan kakitangan saya. Segalanya berbeza di sini... badan, fikiran dan personaliti amat berbeza. Dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri," katanya.

United akan menentang Borussia Dortmund, Manchester City dan Galatasaray di China.-mstar

Andre Gomes Sertai Barcelona

Barcelona berjaya mengikat kontrak dengan bintang Portugal, Andre Gomes dari Valencia. Perkara itu diumumkan Barcelona menerusi satu kenyataan di laman web rasmi kelab La Liga tersebut.


Andre Gomes Sertai Barcelona

"FC Barcelona dan Valencia CF mencapai persetujuan untuk membawa masuk Andre Gomes ke kelab Catalan ini.

"Gomes akan memuktamadkan perjanjian ini dan akan diperkenalkan kepada umum sebagai pemain baharu Barcelona pada minggu depan," demikian menurut kenyataan itu.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain keempat dibawa masuk ke Nou Camp menjelang musim 2016/2017.

Barcelona telah membawa masuk pemain tengah Galician, Denis Suarez dan Samuel Umtiti serta Lucas Digne untuk memperkuat jentera serangan pasukan itu.

Kelab gergasi Sepanyol itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perpindahan tersebut tetapi Marca melaporkan Gomes akan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan nilai perpindahan dianggarkan 50 juta euro.

Gomes masih mempunyai kontrak bersama Valencia sehingga 2020 dan pernah beraksi dalam 27 saingan La Liga untuk kelab itu pada musim 2015/2016.-mstar

Mario Gotze Kembali Bersama Borussia Dortmund Dengan Perjanjian £22 Juta

Borussia Dortmund mengesahkan bakal menandatangani perjanjian membawa masuk semula Mario Gotze dari Bayern Munich dengan nilai £22 juta.


Mario Gotze Kembali Bersama Borussia Dortmund Dengan Perjanjian £22 Juta

Dortmund, dalam laman web rasminya mengumumkan bahawa Gotze, yang berpindah ke Bayern pada 2013 selepas klausa pelepasan £32 juta telah bersetuju untuk kontrak sehingga 2020 dan akan melengkapkan pemindahan sebaik sahaja melepasi pemeriksaan perubatan.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu masih mempunyai baki setahun dalam kontraknya dengan Bayern selaku juara Bundesliga, tetapi dijangka berdepan masalah di Allianz Arena sebelum ini apabila diberitahu dia bukan sebahagian daripada pemain di bawah perancangan jurulatih baru, Carlo Ancelotti untuk bermain pada musim panas.

Bercakap di Facebook mengenai kepulangannya ke pangkuan kelab zaman remajanya, Gotze mendedahkan bahawa tiga tahun yang dihabiskan sebelum ini telah membantunya menjadi seorang manusia yang matang.

"Apabila saya berpindah daripada Borussia Dortmund ke Bayern Munich pada tahun 2013, ia merupakan satu keputusan yang saya sedar bahawa ia tidak akan menyembunyikan diri saya daripada apa yang ada hari ini.

"Tiga tahun kemudian, pada usia 24 tahun, saya melihat keputusan itu dengan pandangan yang berbeza.

"Saya faham bahawa ketika itu ramai peminat tidak dapat memahami keputusan saya.

"Apabila saya kembali ke tempat saya, saya mahu mencuba dan meyakinkan semua orang, terutamanya mereka yang tidak menerima saya dengan tangan terbuka, dengan persembahan saya.

"Matlamat saya adalah untuk sekali lagi bermain bola sepak saya yang terbaik. Untuk kita semua, kelab dan peminat," katanya.

Sportsmail pada Isnin melaporkan bahawa jika Gotze kembali ke Borussia Dortmund, dia perlu memenangi hati ramai peminat.

Beberapa minggu sebelum pelepasannya, 'Yellow Wall' melabelkannya dengan gelaran tidak baik di gelanggang mereka, Westfalenstadion.

Selepas mengakui bahawa langkah itu mungkin menjadi salah satu yang boleh dipersoalkan dan dia bersedia untuk memenangi semula hati orang-orang yang meraguinya, cabaran sebenarnya telah bermula sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund Hans-Joachim Watzke juga telah bercakap mengenai pemindahan itu, dan bagaimana dia selalu berfikir tentang membawa pulang Gotze.

"Saya secara peribadi amat gembira apabila Mario telah memutuskan untuk bersama Borussia Dortmund. Sejak pemergiannya pada tahun 2013, saya sentiasa berharap bahawa dia akan kembali kepada kami suatu hari nanti," katanya.

Pengerusi Bayern Munich Karl-Heinz Rummenigge juga mempunyai pandangan mengenai pemindahan Gotze.

"Rundingan sangat adil dan serius. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Borussia Dortmund, Mario, bapanya serta ejennya.

"Saya rasa pemindahan ini adalah penyelesaian yang baik untuk semua pihak," katanya.-mstar

Tiada Persetujuan Dicapai Dengan United Mengenai Pogba

Ejen Paul Pogba, Mino Raiola menafikan Manchester United bersetuju dengan sejumlah bidaan untuk mendapatkan bintang Juventus itu.


Tiada Persetujuan Dicapai Dengan United Mengenai Pogba

Laporan baru-baru ini menyebut pemain tengah Perancis itu dalam proses melengkapkan proses perpindahan ke Old Trafford yang dilaporkan bernilai 100 juta pound.

Namun ejen pemain itu menerusi Twitternya menafikan perkara tersebut.

Raiola jarang menggunakan platform media sosial dengan kenyataan berhubung Pogba merupakan tweet ke-25nya.

Sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, Pogba akan memecah rekod perpindahan dunia dengan pendapatan mingguannya dianggar bernilai 220,000 pound seminggu sekali gus menjadikannya pemain menerima bayaran gaji termahal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Malah dia juga bakal menjadi pemain menerima pendapatan tertinggi di dunia.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Juventus Giueseppe Marotta turut menafikan spekulasi tersebut.

"Tidak ada berhubung dengan Manchester United mengenai Pogba. Situasi tidak berubah sama seperti ketika saya bercakap kepada anda pada Jumaat lalu," katanya.-mstar

Zidane Sedia 'Belanja Besar' Untuk Pogba

Zidane bersedia untuk meranapkan impian Manchester United dengan mengemukakan bidaan bernilai 105 juta pound (RM554 juta) terhadap pemain Juventus, Paul Pogba.


Zidane Sedia 'Belanja Besar' Untuk Pogba

Malah, Zidane mengakui amat berminat untuk melihat pemain berusia 23 tahun itu bersama dalam skuad utama Real Madrid musim depan.

Malah kenyataan terbaharu Zidane itu merupakan berita buruk buat Jose Mourinho untuk membawa pulang Pogba ke Old Trafford.

"Adakah saya menyukai Pogba? Sudah semestinya. Dia pemain yang hebat dan setiap kelab mahu mendapatkan khimdatnya.

"Namun buat masa ini dia masih bersama Juventus dan kami sudah memiliki skuad yang besar.

"Masih ada banyak pemain yang akan menyertai pasukan ini dan dengan saingan Euro kita tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Terdahulu, United mahu merealisasikan perpindahan Pogba dengan menjadikannya sebagai pemain bola sepak pertama dibawa ke Old Trafford dengan yuran perpindahan rekod dunia bernilai 100 juta pound (RM529 juta).

Empat tahun selepas kehilangan pemain itu tanpa sebarang hasil, United kini bersedia menyalurkan sejumlah besar peruntukan kepada Mourinho.

Keluarga Glazer terdesak untuk memulihkan reputasi Red Devils sebagai kelab paling popular di Eropah apabila terlepas saingan Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.-mstar

Zidane, Perez Bergaduh Isu Odegaard

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane bergaduh dengan Presiden Florentino Perez berhubung pemain berusia 17 tahun Martin Odegaard.

Zidane, Perez Bergaduh Isu Odegaard

Zidane tidak mahu membawa bersama pemain tengah muda itu menyertai siri jelajah pra musim Real Madrid yang akan bermula di Kanada.Namun Perez mahu Odegaard ikut serta dalam jelajah itu.

Akibatnya, kedua-duanya bertelagah buat pertama kalinya sejak Zidane mengambil alih jawatan pengurus Real Madrid Januari lalu.

Perez mahu Odegaard menyertai jelajah itu kerana penglibatan skuad utama ditulis di dalam kontraknya.

Malah kehadirannya di Amerika Utara itu akan membantu Madrid mencari kelab terbaharu untuk pemain tersebut pada musim panas ini.

Walaupun Zidane bersetuju Odegaard perlu keluar secara pinjaman musim ini, beliau menentangnya menyertai jelajah pra musim apabila tiada rancangan untuk menyerapkannya dalm skuad utama Madrid musim ini.

Hamburg menunjukkan minat terhadap pemain muda itu untuk beraksi pada saingan Bundesliga musim depan dan Liverpool turut masih menaruh harapan mendapatkan khidmatnya.

Namun, Real berminat untuk menghantarnya beraksi bersama kelab lain di Sepanyol.

Madrid menandatangani kontrak bersama Odegaard pada Januari 2015 dengan harapan dia boleh menyertai skuad utama dengan segera tetapi prestasi tidak menentu bersama Castilla B, pasukan yang sebelum ini dilatih Zidane membantutkan peluang tersebut.-mstar