Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres


Fernando Torres mengecap nikmat kemenangan ke atas Real Madrid selaku pemain Atletico Madrid selepas juara La Liga itu membenam musuh tetangganya 2-0 pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi.

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres, info, sukan, bola sepak, la liga, torres
Gaya pemain baharu Atletico Madrid, Fernando Torres ketika membuat penampilan pertama bersama kelab itu dalam perlawanan Piala Raja Sepanyol menentang Real Madrid, awal pagi tadi. - Foto Reuters


Gol Atletico dijaringkan Raul Garcia menerusi penalti pada minit ke-58 sebelum tandukan Jose Gimenez pada minit ke-76 mengesahkan kemenangan tuan rumah dengan Torres sekadar menampilkan persembahan biasa ketika beraksi buat kali pertama bersama Atletico sejak dipinjamkan dari AC Milan.

Kedua-dua kelab yang mencipta kejayaan besar musim lepas ini akan bertemu sekali lagi pada timbal balik yang dijadualkan di Santiago Bernabeu pada 15 Januari ini.

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres, info, sukan, bola sepak, la liga, torres

Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Atletico Madrid pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Piala Raja Sepanyol di Vicente Calderon, awal pagi tadi. - Foto Reuters

"Kami memiliki peluang. Jelas Atletico mempunyai kelebihan namun di tempat sendiri, apa saja boleh berlaku. Ia tidak memihak kepada kami namun kami akan cuba yang terbaik," kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti.

Kekalahan menyaksikan Real tumbang buat kali kedua berturut-turut pada permulaan kempen 2015 selepas melakar 22 perlawanan tanpa kalah.

Pengurus Atletico, Diego Simeone enggan mengatakan kelebihan kini terletak di tangan pasukannya.

"Kami mempunyai rasa hormat yang banyak terhadap Real Madrid. Mereka memiliki jurulatih yang hebat, skuad yang hebat dan perlawanan ini jelas belum berakhir."

Atletico benam Real Madrid, langkah kanan Torres, info, sukan, bola sepak, la liga, torres

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pengendali menampilkan perencanaan berbeza dengan Ancelotti meninggalkan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo di bangku simpanan manakala Simeone membuat tujuh penukaran daripada skuad yang menewaskan Levante 3-1, awal minggu ini. - AFP

Sumber : bharian.com.my

Filled Under: