Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Nama Ronaldo Diabadikan Di Lapangan Terbang Madeira

Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira akan dinamakan sempena nama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Nama Ronaldo Diabadikan Di Lapangan Terbang Madeira

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat Presiden Madeira, Miguel Albuquerque pada Jumaat.

Keputusan untuk menamakan semula lapangan terbang itu dibuat sebagai memberi penghormatan kepada Ronaldo susulan kejayaannya membantu Portugal memenangi Euro 2016.

Proses untuk menukar nama lapangan terbang itu sudah dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis kerajaan tempatan negara berkenaan pada Khamis lalu.

Terdahulu, Ronaldo menghadiri majlis pembukaan hotel miliknya, Pestana CR7 yang terletak di Funchal dengan kerjasama Kumpulan Pestana.

Hotel tersebut mula beroperasi awal bulan ini.-mstar

TMJ Akui Miliki Pendrive Rahsia Kotor FAM

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas pihak yang berterusan mengkritik persaraan pemain JDT — Safiq Rahim, Aidil Safuan, Kunanlah Subramanian dan Amirulhadi Zainal dari pasukan negara.


TMJ Akui Miliki Pendrive Rahsia Kotor FAM

Sebelum ini TMJ telah mengeluarkan satu kenyataan yang menjelaskan perkara sebenar iaitu ianya merupakan pilihan yang dilakukan oleh para pemain tersebut, tetapi langkah persaraan  itu tetap mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Difahamkan, kesemua pemain tersebut membuat keputusan untuk bersara bukan kerana tidak sayangkan Malaysia tetapi sudah letih menyertai kem latihan yang tidak memberi sebarang manfaat kepada pasukan negara.

TMJ juga mendedahkan bahawa terdapat lebih ramai lagi pemain kebangsaan yang mahu mengambil keputusan yang sama untuk bersara, tetapi tidak berani kerana terlalu takut dengan pengurusan.

Kenyataan itu kemudian menerima kritikan pelbagai pihak yang menyoal tindakan beberapa pemain skuad kebangsaan kerana mengumumkan persaraan dalam masa yang sangat singkat.

Susulan kritikan yang dilemparkan, TMJ meminta pilihan pemain dihormati selain mengeluarkan satu kenyataan yang kini mencetuskan tanda tanya kepada semua pihak.

Bagi TMJ, pihak pengurusan seharusnya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pemain tersebut dan menghargai segala penat lelah dan sumbangan yang telah dilakukan oleh mereka, bukannya memberikan kritikan dan hentaman.

TMJ juga mendakwa baginda memiliki pendrive yang mengandungi maklumat dan aktiviti dalaman Football Association of Malaysia (FAM), ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Pendrive itu dikatakan telah diberi oleh rakan-rakan TMJ yang mempunyai kedudukan tertinggi di Kuala Lumpur dan maklumat tersebut sekaligus akan menamatkan korupsi yang telah dilakukan sepanjang 30 tahun yang lalu.

Baginda juga memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk membunuh korupsi dalam FAM kerana Malaysia memerlukan jurulatih profesional, bukannya ahli perniagaan

Menurut TMJ, dia juga mempunyai senarai orang-orang media yang selalu digunakan oleh FAM termasuk bekas-bekas pemain Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.


Tambah TMJ, mungkin kini sudah tiba masanya untuk penyokong bola sepak melihat dan menilai sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di bawah pengurusan FAM.

– MYNEWSHUB

Penyokong Turki 'Boo' Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

Penyokong bola sepak Turki bertindak menyorak 'boo' ketika ketika pemain bertafakur selama seminit terhadap mangsa serangan di Paris.

Penyokong Turki 'Boo' Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

Sebaliknya, penyokong melaungkan 'Allahu Akhbar' sebelum perlawanan persahabatan antara Turki bertemu Greece bermula di Stadium Basaksehir Fatih Terim.

Dalam perlawanan itu, Turki dan Greece terikat 0-0 sehingga perlawanan tamat.

Media barat menyifatkan tindakan penyokong Turki sebagai biadap dan tidak menghormati Greece serta Perancis.

Bagaimanapun, penyokong pula menganggap kejadian itu merupakan insiden kecil berbanding yang dilakukan negara barat terhadap negara Islam lain.

Tiada kejadian tidak diingini atau kekerasan ditimbulkan penyokong sehingga perlawanan tamat.

Perlawanan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras dan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu.-mstar

Terbuka Korea: Cabaran Malaysia Berakhir Di Suku Akhir

Cabaran Malaysia di kejohanan badminton Siri Super Terbuka Korea berakhir selepas gandingan Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong tewas di suku akhir di Gimnasium Olimpik 2, Seoul, Korea Selatan, Jumaat.


Terbuka Korea: Cabaran Malaysia Berakhir Di Suku Akhir

Pasangan veteran yang merupakan naib juara Kejohanan Dunia 2010 itu tunduk mudah di tangan beregu China, Fu Haifeng/Zhang Nan, 16-21, 12-21 dalam masa 31 minit.

Koo/Tan menempah tempat ke suku akhir selepas mempamerkan aksi cemerlang menjinakkan pilihan kelima, Chai Biao/Hong Wei dari China 21-14, 21-12 di pusingan kedua pada Khamis.

Untuk rekod, Koo/Tan sudah memenangi dua gelaran sejak kembali ke gelanggang pada Mei lepas iaitu di Cabaran Antarabangsa Sri Lanka pada Jun dan Cabaran Antarabangsa Rusia pada Julai lepas. - BERNAMA

Man United-Real Madrid Berbalah, De Gea Tunggu Kontrak Tamat

David De Gea terpaksa menunggu di Manchester United sehingga kontraknya tamat jika Real Madrid enggan membayar sebanyak £20 juta seperti yang dituntut Old Trafford.


Man United-Real Madrid Berbalah, De Gea Tunggu Kontrak Tamat

Dua kelab gergasi Eropah itu kini sedang berbalah mengenai yuran pemindahan De Gea.

Penjaga gol United itu yang mahu ke Real untuk musim depan kini mempunyai baki kontrak selama setahun.

Madrid dilaporkan enggan membayar lebih daripada £13 juta kepada United manakala Old Trafford menganggap nilai De Gea lebih daripada itu.

Louis van Gaal yang kini mempunyai penjaga gol berpengalaman, Victor Valdes akan ditugaskan untuk mengambil alih tempat De Gea pada musim depan.- mstar

Kelab Bola Brazil, Fifa Saman Neymar

Kelab bola sepak Brazil, Santos menfailkan saman bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) terhadap pemain utama Barcelona, Neymar Jr kerana melanggar kontrak perpindahan ke Barcelona sehingga membawa kepada peletakan jawatan presiden Barcelona, Sandro Rosell.


Kelab Bola Brazil, Fifa Saman Neymar, info, terkini, sukan, bola sepak, barcelona, Neymar

Presiden Santos, Modesto Roma berkata, pasukannya memfailkan saman terhadap Barcelona, Neymar, bapanya serta firma pemasaran Sport e-Marketing.

"Santos percaya bahawa Barcelona, Neymar dan syarikatnya melanggar kontrak pemindahan dan oleh itu, menuntut gantirugi," jelas Roma dalam satu kenyataan.

Tindakan untuk memfailkan saman timbul apabila pihak berkuasa Brazil mula menjalankan penyiasatan mengenai dakwaan berlakunya rasuah sukan bola sepak, selain penahanan pegawai atasan Fifa.

Pihak berkuasa Sepanyol memberitahu, Barcelona dituduh menipu cukai selepas melakukan pembayaran yuran perpindahan Neymar ke kelab itu, yang pada mulanya dimaklumkan cuma 57.1 juta Euro (RM227 juta), sebaliknya mencecah hampir 100 juta Euro (RM399 juta).

Rosell meletak jawatan tahun lalu selepas timbul dakwaan itu. Pengganti Rosell, Josep Maria Bartomeu serta kelabnya akan dibicarakan atas tuduhan melakukan penipuan cukai dengan menandatangani pemindahan Neymar.- mstar

Nazmi Mungkin Dihantar Pulang Walau Mohon Maaf

Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee masih mempertimbangkan untuk menghantar Mohd Nazmi Faiz Mansor pulang jika didapati bersalah walaupun sudah memohon maaf.


info, terkini, berita, sukan, bola sepak, Nazmi faiz

Pemain tengah skuad kebangsaan itu bertindak meludah pemain Timor Leste Filipe Oliviera pada perlawanan pembukaan bagi kumpulan B di Sukan SEA, Sabtu lalu. Malaysia menang tipis 1-0.

Kim Swee yang berang dengan insiden kad merah melibatkan Nazmi Faiz itu berkata, dia akan menunggu keputusan daripada jawatankuasa tatatertib bola sepak Sukan SEA sebelum membuat keputusan untuk menghantar Nazmi pulang ke Malaysia.

"Ia perbuatan yang memalukan untuk melakukan perkara seperti itu dan saya telah memberitahu Nazmi bahawa perkara ini masih belum selesai.

"Kami perlu menunggu keputusan daripada jawatankuasa tatatertib untuk menentukan hukuman yang akan dijatuhkan ke atasnya dalam masa beberapa hari lagi.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa saya mungkin akan menghantarnya pulang atau mendenda Nazmi dan saya juga memberitahunya supaya bersedia dengan apa-apa tindakan yang akan dikenakan," kata Kim Swee selepas sesi latihan pasukannya di Stadium Bukit Gombak.

Akibat kad merah yang diterima, Nazmi kini digantung dua perlawanan.

Walau bagaimanapun dia tetap menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukannya seperti biasa pada Ahad.

"Saya akan menunggu keputusan daripada jurulatih serta jawatankuasa tatatertib dan saya akan menerima apa-apa tindakan yang akan dibuat akibat perbuatan saya itu," kata Nazmi lagi.

Sementara itu, pemain berusia 20 tahun itu berkata, tindakan yang membuatkan dia dibuang padang itu merupakan reaksi spontan selepas menerima terjahan Filipe.

"Saya akan meludah ke mukanya sekiranya saya benar-benar mahu melakukannya tetapi saya tidak buat sedemikian kerana itu bukanlah niat saya.

"Insiden ini akan menjadi pengajaran buat saya dan saya berharap akan menjadi pemain yang lebih baik selepas ini.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan sepasukan kerana mereka terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 orang," kata pemain Selangor itu.- mstar

David De Gae Bakal Tinggalkan United

Pengganti David De Gea sudah dikenal pasti, kata pengendali Manchester United, Louis Van Gaal. Beliau menjelaskan, beberapa pemain sudah diintai untuk menggantikan De Gea jika penjaga gol pasukan itu memutuskan untuk meninggalkan United.


David De Gae Bakal Tinggalkan United, info, sukan, bola sepak,

Kontrak pemain kebangsaan Sepanyol itu akan tamat pada musim hadapan tetapi De Gea masih belum menandatandangi kontrak baharu yang telah ditawarkan.

Van Gaal berkata, dia tidak pasti sama ada pemain berusia 24 tahun itu akan kekal bersama United, tetapi menjelaskan rancangan sudah diatur sekiranya pemain tersebut membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab lain.

"Kami telah menyenaraikan penjaga gol yang mampu menggantikan De Gea sebagai persediaan," kata Van Gaal.

Menurut laporan di Sepanyol, De Gea merancang untuk menyertai pasukan Real Madrid.

Perbincangan kontrak bersama De Gea yang menyertai United pada 2010 telah dimulakan pada awal musim dan baru-baru ini Van Gaal menyatakan United telah menawarkan gaji lumayan kepada penjaga gol utama mereka untuk kekal di Old Trafford.

"Kami mahu dia kekal di sini dan saya harap dia bersetuju dengan kontrak baharu yang ditawarkan," katanya.

Van Gaal menegaskan hanya De Gea sahaja yang boleh membuat keputusan mengenai masa depannya.

"Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam perbincangan ini dan pihak yang paling penting adalah pemain tersebut.

"Keputusan bukan terletak di tangan Manchester United, atau saya tetapi kami mahu dia menandatangani kontrak baharu.

"Dia perlu bersetuju dengan kontrak baharu dan mempunyai perasaan untuk kekal bersama United tetapi saya tidak tahu kenapa dia masih belum menandatandangi kontrak yang ditawarkan," katanya lagi.

Van Gaal telah membelanjakan lebih 150 juta pound bagi tujuh pemain baharu musim ini dan Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward berkata, kelab itu akan aktif dalam musim perpindahan akan datang.

Terdapat spekulasi mengenai kelab tersebut yang cuba mendapatkan khidmat penyerang Tottenham, Harry Kane atau pemain Real Madrid, Gareth Bale pada musim hadapan.

Bagaimanapun, Van Gaal menyangkal spekulasi tersebut. - mstar

Kelab Terkemuka Dunia Berlumba Dapatkan Paul Pogba

Manchester City dan Chelsea tetap bersaing untuk mendapat Paul Pogba meskipun pemain itu telah menolak tawaran gaji lumayan dari Paris Saint-Germain (PSG).


Kelab Terkemuka Dunia Berlumba Dapatkan Paul Pogba, info, terkini, berita, sukan, Paul Pogba

Selain itu, Real Madrid turut menghantar Zinedine Zidane sebagai wakilnya untuk berbincang dan memikat Pogba manakala Barcelona membuat penawaran secara senyap.

Daily Mail Online melaporkan, pemain tengah Juventus berusia 22 tahun itu telah ditawarkan gaji sebanyak £210,000 seminggu oleh PSG sebelum ini, namun telah bintang muda Perancis terbabit menolaknya.

Artikel Terdahulu : Juventus Tundukkan Real Madrid


Bagaimanapun, Juventus dikatakan memberi 'lampu hijau' kepada ejen pemain berkenaan, Mino Raiola untuk meneruskan perbincangan mengenai pemindahan bernilai £58 juta.

Untuk mendapatkan Pogba, City dilapor perlu menjual pemain sedia ada supaya tidak menyalahi undang-undang kewangan Fifa (FFP).

Pemain yang dijangka meninggalkan City ialah James Milner kerana dilapor akan ke Liverpool.


Sumber : mstar

Chong Wei Digantung Lapan Bulan

Difahamkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei digantung lapan bulan berhubung kes doping.

Namun, berita baiknya apabila hukuman itu diambil kira bermula dari 30 Ogos dan beliau layak bermain semula pada 1 Mei.


Chong Wei Digantung Lapan Bulan, info, terkini, sukan, badminta, Lee Chong Wei, berita.

Oleh itu, Chong Wei dapat bersaing dalam tiga kejohanan utama yang akan datang iaitu Piala Sudirman di Dongguan dari 10-17 Mei, Sukan SEA di Singapura pada Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada Ogos.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman rasmi pada 3 petang Isnin di pejabat beliau di Putrajaya.

Pada 11 April lalu, Chong Wei terbang ke Asmterdam bersama peguannya Mike Morgan dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagi sesi pendengaran rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama tiga ahli panel bebas.

Bagaimanapun selepas lapan jam sesi pendengaran itu, BWF gagal membuat keputusan pada hari yang sama.

Bekas pemain No.1 dunia ini berdepan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana gagal melepasi ujian doping sewaktu menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu.

Sampel air kencing Chong Wei didapati positif menggunakan bahan terlarang, dexamethasone.

Sumber : mstar online

Eden Hazard Dipilih Sebagai Pemain Terbaik PFA

Bintang Chelsea, Eden Hazard dipilih sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional(PFA) manakala Harry Kane memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik.

Eden Hazard Dipilih Sebagai Pemain Terbaik PFA, info, terkini, sukan, bola sepak, eden hazard, chelsea

Hazard menjadi pilihan utama bagi anugerah ini selepas menunjukkan prestasi terbaik dalam membantu Chelsea yang semakin hampir untuk memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

Pada musim lalu pemain kelahiran Belgium itu dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik dan musim ini prestasinya berada di kemuncak dengan menjaringkan 13 gol dan turut menjadi pembantu jaringan gol.

Hazard,24, mengetepikan saingan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane manakala penjaga gol Manchester United, David De Gea berada di tempat ketiga.

Kemenangan Hazard itu tidak menjadi kejutan apabila pihak media sudah menjangkakan kemenangan penyerang The Blues itu sebelum keputusan diumumkan, malah dia menjadi pemain pertama Belgium meraih gelaran ini.

Dalam pada itu, bintang muda England, Kane mengetepikan saingan penyerang Liverpool, Philippe Coutinho untuk menerima anugerah Pemain Muda Terbaik PFA selepas turut tersenarai dalam Kesebelasan Utama Terbaik PFA.

Kane dipilih sebagai pemain muda terbaik apabila mengumpul 20 gol musim ini dan merupakan pemain Spurs ketiga dalam masa empat tahun menerima anugerah tersebut selepas Kyle Walker pada 2012, dan Gareth Bale pada 2013.

Sementara itu, kapten pasukan Liverpool, Steven Gerrard dan bekas rakan sepasukannya di England, Frank Lampard yang akan berhijrah Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS) menerima Anugerah Merit PFA.

Senarai Pemenang:

Pemain Terbaik: Eden Hazard (Chelsea)

Pemain Muda Terbaik: Harry Kane (Tottenham Hotspur)

Pemain Wanita Terbaik: Ji So-yun (Chelsea)

Pemain Muda Wanira Terbaik: Leah Williamson (Arsenal)

Sumber : mstar online

Rozaimi Mahu Balas Kepercayaan OKS

Penyerang Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman mahu membalas kepercayaan yang diberikan Datuk Ong Kim Swee kepada beliau dengan segera kembali kepada prestasi asalnya untuk membantu skuad muda negara. Walaupun sebelum ini dilanda kecederaan panjang dan jarang beraksi, nama penyerang berusia 23 tahun itu antara 29 pemain yang disenaraikan dalam skuad Harimau Muda. 


Rozaimi Mahu Balas Kepercayaan OKS, info, terkini, sukan, bola sepak, Rozaimi, Ong Kim Swee

Malah, Kim Swee sebelum ini menyifatkan Rozaimi sebagai watak utama dalam Harimau Muda yang mampu mengetuai cabaran pasukan ke Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun depan. “Saya berterima kasih kepada Datuk Ong (Kim Swee) kerana memberi saya kepercayaan, saya janji akan lakukan yang terbaik dan berusaha keras untuk membantu pasukan negara,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. 

Rozaimi berkata, kecederaan yang dialaminya hampir pulih sepenuhnya dan hanya memerlukan sedikit waktu lagi untuk cergas kembali kepada prestasi asal. “Keadaan saya bertambah baik selepas mengikuti program pemulihan dengan FAM dan saya mula berasa selesa apabila beraksi di padang,” katanya. Rozaimi kini kembali ke Kota Kinabalu untuk berlatih bersama skuad Sabah yang akan melayan kunjungan PKNS di Stadium Likas, malam esok. 

Pernah dinobat antara 10 pemain terbaik Asia oleh ESPN pada tahun 2012, Rozaimi merupakan antara nama yang disebut-sebut mampu membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi dalam arena bola sepak. Dalam perkembangan lain, Rozaimi kemungkinan besar akan berada di bangku simpanan skuad Badak apabila pasukan berkenaan melayan kunjungan PKNS, malam esok. 

Ketua Jurulatih, Mike Mulvey berkata, kehadiran pemain berbakat itu sesuatu yang positif buat pasukan, namun tidak mahu tergesa-gesa untuk menurunkan beliau pada perlawanan esok. “Dia (Rozaimi) tidak bersama pasukan agak lama, dia juga menghabiskan tiga minggu untuk berlatih bersama Harimau Muda dan ianya bagus untuk kita. 

“Bagaimanapun, Rozaimi kembali menyertai kita sejak Isnin lalu dan sebelum ini dia juga ada bermain selama 45 minit bersama skuad muda negara, kita juga menerima laporan yang sangat ‘kuat’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)…dia mungkin akan berada dalam bangku simpanan sekiranya melengkapkan latihan minggu ini,” katanya. 

Sumber : sayangsabah

Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia

Louis Van Gaal dilaporkan akan terus berbelanja besar untuk mendapatkan pemain terbaik dunia pada akhir musim ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan Manchester United.


Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia, info, terkini, sukan, bola sepak, MAnchester United, Louis Van Gaal

Berikutan itu jurulatih kelahiran Belanda terbabit akan mendapatkan pemain muda berbakat dan bintang dunia mengikut polisi yang ditetapkan United.

Dailymail Online melaporkan, United kini menyenaraikan pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels, 26, sebagai sasaran utama, diikuti dengan bekas pemain mudanya yang kini berada di Juventus, Paul Pogba.


Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia, info, terkini, sukan, bola sepak, MAnchester United, Louis Van Gaal

Selain itu, Van Gaal dilapor akan meneruskan usahanya mendapatkan Kevin Strootman, 25, dari Roma selepas menangguhnya selama setahun akibat kecederaan lutut yang dialami pemain terbabit.


Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia, info, terkini, sukan, bola sepak, MAnchester United, Louis Van Gaal

Keinginan United untuk mendapatkan pemain kebangsaan Wales yang berada di Real Madrid pula kelihatan kabur apabila, Gareth Bale menegaskan untuk kekal di kelab terkaya dunia itu.


Louis Van Gaal Sedia 'Borong' Bintang Dunia, info, terkini, sukan, bola sepak, MAnchester United, Louis Van Gaal

Van Gaal selain itu turut mensasarkan pertahanan tengah Barcelona, Dani Alves untuk memperkuatkan benteng skuadnya yang rapuh pada musim ini.

Bagaimanapun usaha bekas jurulatih Barcelona akan diketahui selepas Liga Perdana Inggeris musim ini melabuhkan tirainya


Sumber : mstar online

Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah

Juara bertahan Real Madrid akan bertemu dengan finalis tahun lalu Atletico Madrid di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.


Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah, info, sukan, bola sepak, Liga Juara-Juara Eropah , Piala Eropah , PSG , Bayern Munich , Monaco , Juventus , Real Madrid , Barcelona , Atletico Madrid , Porto

Dalam undian yang berlangsung pada Jumaat di Nyon, Switzerland itu, Paris Saint-Germain telah diundi untuk bertemu Barcelona manakala Porto menentang Bayern Munich dan juara Itali, Juventus menentang Monaco.

Untuk pertama kalinya dalam tempoh satu dekad, tiada pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berjaya mara ke peringkat ini dalam pertandingan bolasepak paling berprestij di dunia selain Piala Dunia.

Berdasarkan undian tersebut, jadual kesemua perlawanan di peringkat suku akhir adalah seperti berikut;

14 April - Atletico Madrid lwn Real Madrid; Juventus vs Monaco

15 April - PSG lwn Barcelona; Porto lwn Bayern Munich

21 April - Barcelona lwn PSG; Bayern Munich lwn Porto

22 April - Real Madrid lwn Atletico Madrid; Monaco lwn Juventus


Sumber : mstar online

Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai

Kelab bola sepak terkenal England, Liverpool mengesahkan bahawa pasukan itu akan melakukan lawatan jelajah ke Malaysia pada Julai depan sebagai sebahagian daripada persiapan pra-musim.


Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai, info, terkini, berita, sukan, liverpool


Stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia melaporkan, juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 19 kali itu dijadual akan menentang skuad kesebelasan utama pasukan kebangsaan Malaysia pada 24 Julai nanti.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Liverpool ke Malaysia sejak 2011 lalu, apabila kelab The Reds tersebut menewaskan pasukan tuan rumah 6-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang sesak dibanjiri lebih 80,000 peminat.

Pihak pengurusan kelab England itu termasuk kakitangan latihan dari Yayasan Liverpool FC turut datang untuk mendekati masyarakat menerusi acara-acara khas komuniti tempatan bersama penyokong kelab di Malaysia.

Kehadiran mereka pada 2011 lalu pernah mencetuskan fenomena apabila stadium keramat di Kuala Lumpur itu bertukar seumpama lautan merah dibanjiri ramai peminat selain gema lagu rasmi Liverpool, You’ll Never Walk Alone.Pada 12 Februari lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kelab bimbingan Brendan Rodgers itu dijadual menentang skuad Harimau Malaya pada akhir Julai.


Liverpool Sah Ke Malaysia Lawan Harimau Malaya 24 Julai, info, terkini, berita, sukan, liverpool
Gambar Hiasan


The Reds yang masih mengekalkan rekod tanpa bolos sepanjang perlawanan liga kali ini; sekali gus mencipta sejarah rekod sama pada 1972 lalu, tetapi masih di belakang Manchester City di posisi kedua dengan beza 4 mata.

Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa kelab Liverpool itu dirancang berlangsung di Kuala Lumpur dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tidak bertindih dengan Piala Asia Barclays di Singapura.

Kejohanan dwitahunan sejak 2003 itu diadakan pada 15 dan 18 Julai di Stadium Nasional, Kallang melibatkan perlawanan antara pasukan kebangsaan Singapura dengan Arsenal, Everton dan Stoke City. – Agensi

Sumber : mynewshub

Liga Juara-Juara: Arsenal Tersingkir

Percubaa berani Arsenal untuk mencipta sejarah Liga Juara-Juara tidak menjadi kenyataan apabila kemenangan  2-0 di Stade Louis II tidak mencukupi untuk menafikan kedudukan AS Monaco di suku akhir.


Liga Juara-Juara: Arsenal Tersingkir, info, terkini, sensasi, sukan, bol sepak, UEFA Champion League, Liga Juaraa-Juara, Arsenal

Dalam perlawananan awal pagi Rabu itu, Monaco menang gol di tempat lawan walaupun keputusan seri dengan agregat 3- 3.

'The Gunners' turun ke padang dalam keadaan mereka mengetahui bahawa mereka menghadapi tugas yang agak mustahil untuk dicapai.

Kekalahan 3-1 di Emirates menyebabkan mereka berdepan tugas berat sambil menyaksikan Olivier Giroud turut menerima beberapa kritikan hebat, tetapi  penyerang Perancis itu memberikan mereka sedikit harapan apabila dia menyumbat gol pembukaan pada minit ke-36.

Sambil mengawal ketat gawang agar tidak dibolosi Monaco, 'The Gunners' berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-79 menerusi pemain gantian Aaron Ramsey.

Giroud, pada minit ke-84 mempunyai peluang yang besar untuk membawa Arsenal ke peringkat suku akhir tetapi telah dinafikan oleh Danijel Subasic.

Dalam satu lagi perlawanan Atletico Madrid yang menewaskan Bayer Leverkusen 1-0 dan mencatatkan keputusan agreagat 3-2 mara ke suku akhir bersama Monaco.

Sumber : mstar

Radamel Falcao Tinggalkan Manchester United

Radamel Falcao bakal meninggalkan Manchester United pada akhir musim ini apabila kelab itu dilapor akan membawa masuk dua penyerang baharu menerusi pembelian mega.


Radamel Falcao Tinggalkan Manchester United, info, terkini, sukan, bola sepak, Man united, Radamel Falcao

Pengendali United, Louis van Gaal dilapor akan membelanjakan sebanyak £150 juta untuk mendapatkan penyerang berkenaan serta menjimatkan £50 juta bagi membeli Falcao.

Falcao yang dipinjam dari AS Monaco sepatutnya menjadi milik United pada akhir musim ini, namun berikutan aksi tidak memberangsangkan, kelab tersebut terpaksa membatalkan hasrat mereka.
Radamel Falcao Tinggalkan Manchester United, info, terkini, sukan, bola sepak, Man united, Radamel Falcao

Penyerang Colombia yang menerima gaji sebanyak £265,000 seminggu itu hanya menjaringkan empat gol pada musim ini dan tidak menjadi pilihan Van Gaal walaupun Robin van Persie mengalami kecederaan.

Berikutan itu, Falcao kini menjadi buruan kelab gergasi Itali, Juventus yang sedia mendapatkan pemain itu pada jendela pemindahan Julai.

Sumber : mstar

Bekas Kekasih Dakwa Sanchez Benar Rakan Rakam Aksi Seks

Bekas kekasih bintang Arsenal, Alexis Sanchez mendakwa dia meninggalkan pemain bola berkenaan selepas Sanchez membenarkan rakannya merakamkan aksi mereka melakukan hubungan seks di rumah bintang berkenaan.


Bekas Kekasih Dakwa Sanchez Benar Rakan Rakam Aksi Seks, info, sukan, sensasi, gosip, alexis sanchez

Valentina Roth berkata, keadaan itu menyebabkan hubungan mereka musnah selepas Roth mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Menurut Roth, dia amat marah dengan Sanchez dan menyifatkan lelaki itu sebagai tidak matang.

“Mungkin dia menyangka perbuatan itu sebagai satu jenaka namun apa dia rasa jika perkara sama dilakukan terhadap ibu atau adik perempuannya,’’ kata Roth

Roth dan Sanchez bertemu dalam satu parti di Chile.

Dalam pada itu, pengurusan Sanchez masih belum mengulas mengenai dakwaan Roth itu.


Sumber : mynewshub

Punca Pengadil Liga Super dilayangkan Kad Kuning oleh pemain

Aksi Lucu Pengadil Liga Super Dilayangkan Kad Kuning Jadi Viral. Dikongsikan status yang dipetik dari Johor The Photoshooterz yang kini menjadi viral di laman sosial.


Punca Pengadil Liga Super dilayangkan Kad Kuning oleh pemain, info, terkini, sensasi, sukan, bola sepak,

Pertama kali dalam sejarah pengadilan apabila pemain melayangkan kad kuning kepada pengadil perlawanan, insiden melucukan ini berlaku apabila pengadil perlawanan tercicir kad kuning beberapa kali sepanjang perlawanan sebentar tadi.


Punca Pengadil Liga Super dilayangkan Kad Kuning oleh pemain, info, terkini, sensasi, sukan, bola sepak,

Punca Pengadil Liga Super dilayangkan Kad Kuning oleh pemain, info, terkini, sensasi, sukan, bola sepak,

Aksi bersahaja Kunalan dan Safiq Rahim yang ingin memulangkan kad tersebut di lihat seolah seperti layangan kad kuning di berikan kepada pengadil.


Punca Pengadil Liga Super dilayangkan Kad Kuning oleh pemain, info, terkini, sensasi, sukan, bola sepak,

Sementara itu dalam perlawanan antara PDRM dan Selangor, pemain Selangor Hadi Yahya di lihat melayangkan kad kuning kepada pengadil akibat tidak mampu menahan pergaduhan di antara kedua-dua pasukan.

Sumber : c2sini.blogspot.com

Remaja Real Madrid Pemain Paling Muda Beraksi UCL

Bintang remaja Real Madrid, Martin Odegaard bakal muncul sebagai pemain paling muda beraksi dalam saingan Liga Juara-juara Eropah jika diturunkan pada perlawanan kedua pusingan kalah mati pada Selasa depan.


Remaja Real Madrid Pemain Paling Muda Beraksi UCL, info, terkini, sukan, bola sepak, real madrid, martin Odegaard

Dalam perlawanan pada Selasa ini Real Madrid yang berbekalkan dua gol bakal menentang semula kelab dari Jerman, Schalke.

Odegaard, 16, dilapor bakal memecah rekod bekas pemain Chelsea dan Newcastle, Celestine Babayaro yang mewakili Anderlecht ketika berusia 16 tahun dan 87 hari.

Setakat ini, nama Odegaard telah disenaraikan di kalangan 25 pemain Real Madrid yang akan membantu kelab itu menentang Schalke.

Jika pemain kelahiran Norway itu diturunkan pada perlawanan berkenaan, nilainya bakal meningkat mendadak selain masa depan yang lebih baik.


Sumber : mstar.com.my