Chelsea Menang Ke Atas Stoke City

Chelsea berjaya meraih tiga mata menjadikannya terus kukuh pada kedudukan Liga Perdana Inggeris selepas menang ke atas Stoke City menerusi jaringan 2-0.


Chelsea Kemenangan Ke Atas Stoke City, info sukan, bola sepak, epl, liga perdana inggeris, chelsea, stoke city

Walaupun sebagai pasukan tetamu di Stadium Britannia di Stoke, Britain pada awal pagi Selasa, Chelsea terus mendominasi permainan.

The Blues mengungguli jaringan pembukaan ketika perlawanan baharu sahaja berlangsung dua minit.

John Terry berjaya menjaringkan gol tanpa dapat dihalang oleh penjaga gawang Stoke City, Asmir Begovic.

Bagaimanapun, Stoke sebenarnya bukannya tidak mempunyai peluang kerana mereka mampu mengancam pertahanan Chelsea beberapa kali. Namun barisan belakang The Blues tampil sempurna.

Keunggulan Chelsea bertambah pada minit ke-78 apabila Cesc Fabregas meskipun membuat jaringan agak lewat.

Kemenangan ini menjadikan Chelsea kukuh pada kedudukan teratas dengan memperoleh 42 mata menerusi 17 perlawanan. Sementara itu, Stoke jatuh pada kedudukan ke-13 dengan 19 mata.

Artikel Terdahulu : Jadual Liga Perdana Inggeris

Sumber : mstar.com.my

Jadual Liga Perdana Inggeris

Berikut merupakan jadual Liga Perdana Inggeris minggu ini yang akan berlangsung pada hari jumaat malam. 9 perlawanan akan berlangsung yang bermula seawal 8.45 malam.

 jadual Liga Perdana Inggeris, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Liga Perdana Inggeris, EPL

Jumaat

Chelsea lwn West Ham - 8.45 malam

Burnley lwn Liverpool - 11 malam

Manchester United - Newcastle United - 11 malam

Leicester City lwn Tottenham - 11 malam

West brom lwn Manchester City - 11 malam

Everton lwn Stoke City - 11 malam

Sunderland lwn Hull City - 11 malam

Swansea City lwn Aston Villa - 11 malam

Srystal Palace lwn Southampton - 11 malam

Sabtu

Arsenal lwn QPR - 1.30 pagi

Artikel Terdahulu : Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal

Sumber : mstar.com.my

Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech mungkin akan berhijrah ke Liverpool atau Arsenal pada musim depan, lapor ejennya, Vitor Kolar.

Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal, info, terkini, berita sukan, Petr Cech, Arsenal, Chelsea

Penghijrahan penjaga gol berpengalaman itu bakal berlaku apabila pengendali Chelsea, Jose Mourinho enggan menawarkan sebarang kontrak baharu terhadapnya.

Berikutan itu, ejen Cech membuka peluang kepada Arsenal dan  Liverpool untuk membuat tawaran kepada pemain berkenaan.

Kolar memberitahu, Cech selain itu turut ditawarkan kepada Real Madrid pada musim depan.

"Petr Cech sepatutnya berhijrah pada tingkap pemindahan Januari ini, tetapi kelab mahu dia membantu memenangi gelaran juara pada musim ini dahulu.

Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal, info, terkini, berita sukan, Petr Cech, Arsenal, Chelsea

"Saya percaya Arsenal akan membuat tawaran untuk mendapatkan Cech dan penjaga gol itu akan menerimanya," katanya.

Petr Cech kini hanya memanaskan bangku pemain simpanan apabila posisi utama tersebut diberikan kepada penjaga gol muda Thibaut Courtois.

Artikel Terdahulu : Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan

Sumber : mstar.com.my

Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan

Hujan lebat semalaman di Tenom dan Beaufort, Sabah mengakibatkan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan berikutan banjir.


Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan, info, terkini, berita, bencana banjir, mangsa banjir

Walaupun keadaan cuaca bertambah baik dan paras air surut setakat pukul 10 pagi Selasa, namun kebanyakan penduduk masih bimbang hujan lebat bakal berlaku pada sebelah petang.

Paras air di Sungai Padas dan Empangan Pangi di Beaufort naik pada tahap berbahaya dan melimpat pada awal pagi Selasa.

Pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Affendy Ramin berkata, seramai 14 orang dari Kg Tenom Lama dipindahkan dan dihantar ke tempat perlindungan sementara di Dewan Sri Antanom yang terletak berdekatan dengan kampung itu.

"Sejumlah 46 keluarga dengan 128 orang dari beberapa kampung di Beaufort turut dipindahkan dan dihantar ke Dewan Baru Beaufort," katanya.

Kebanyakan jalan di Beaufort masih ditenggelami air tetapi boleh dilalui banyak kenderaan.

"Kami memantau keadaan banjir dan akan mengemaskini keadaan itu dari semasa ke semasa," kata Mohd Affendy.

Artikel Terdahulu : Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Selama 5 Tahun Jaga Anak

Sumber : mstar.com.my

Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Selama 5 Tahun Jaga Anak

Penjawat awam wanita akan dibenarkan untuk memohon cuti tanpa gaji sehingga lima tahun bagi menjaga anak angkat atau anak tiri mereka dibawa satu peraturan yang berkuatkuasa bermula 1 Januari depan.


Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Selama 5 Tahun Jaga Anak , info, terkini, berita, sensasi,

“Peraturan baharu itu adalah untuk memberikan lebih waktu ibu bersama anak walaupun mereka bukan ibu kandung kanak-kanak itu,” kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Tan Sri Zabidi Zainal.

Beliau berkata mereka yang menjaga kanak-kanak tersebut secara berterusan selama dua tahun yang disebut sebagai de facto juga layak memohon cuti tanpa gaji selama lima tahun yang boleh diambil secara berterusan atau sebahagian antara anak pertama dan anak-anak yang lain.

Manfaat tersebut hanya diberikan kepada mereka yang melahirkan anak dan berhasrat memberikan penjagaan yang lebih baik untuk bayi mereka termasuk penyusuan badan.

Di bawah peraturan yang diperkenalkan pada 2007, ibu kandung dibenarkan untuk mengambil cuti tanpa gaji selepas menamatkan cuti bersalin dengan gaji selama 90 hari.

Mohamad Zabidi menyatakan tanpa mengira bilangan anak yang perlu mereka jaga, manfaat tersebut tidak akan dilanjutkan melebihi lima tahun bagi golongan tersebut.

Sekiranya kakitangan mengambil cuti tanpa gaji selama lima tahun secara berterusan untuk anak pertama, dia tidak lagi mendapat manfaat ini untuk anak-anaknya yang lain.

Jika ibu memilih untuk hanya menggunakan tempoh dua tahun daripada lima tahun yang diberikan untuk anak pertamanya, wanita tersebut mempunyai baki tiga tahun lagi untuk digunakan terhadap anak-anak yang lain pada masa hadapan.

“Tempoh yang digunakan oleh mereka untuk cuti tanpa gaji tidak akan diambil kira apabila kami mengira faedah persaraan mereka,” kata Mohamad Zabidi.

Beliau mengingatkan bahawa mereka yang memohon untuk mendapatkan cuti tanpa gaji mungkin kehilangan senioriti mereka.

Artikel Terdahulu : Keputusan PT3 Hancur, Ibu Bapa Salahkan Menteri

Sumber : katakcomel.my

Keputusan PT3 Hancur, Ibu Bapa Salahkan Menteri

Beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) telah meluahkan ketidak puasan dan menyatakan pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur.


Keputusan PT3 Hancur, Ibu Bapa Salahkan Menteri, info, terkini, sensasi, berita,

Ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz menyatakan perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut.

“Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?

“Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” katanya.

Tambahnya, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.

Seorang lagi ibu kepada pelajar yang menduduki peperikasaan PT3, Fatimah Jais menyifatkan dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat.

“Ibu bapa seperti diperbodohkan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.

“Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” luahnya.” ujarnya.

Artikel Terdahulu : Astro Jawab Dakwaan Haramkan Perkataan Islam

Sumber : katakcomel.my

Astro Jawab Isu Haramkan Penggunaan Perkataan Islam

Ini adalah jawapan dari pihak ASTRO berhubung isu haramkan penggunaan perkataan ISLAM untuk permohonan baru langganan perkhidmatan mereka.

Astro Jawab Isu Haramkan Penggunaan Perkataan Islam, info, terkini, berita, sensasi,

Jawapan pihak ASTRO isu haramkan penggunaan perkataan ISLAM – Jawapan copy paste yang ada di hampir kesemua pertanyaan menerusi page mereka. Pihak ASTRO menjelaskan, mereka kononnya melindungi data peribadi individu.

Petikan penuh adalah sebagaimana dibawah:

Hai —–. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan untuk memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu. PDPA umumnya mengklasifikasikan data peribadi ke dalam dua kategori: data peribadi umum dan data peribadi sensitif. Data peribadi sensitif termasuk data tentang kepercayaan agama seseorang. Astro tidak bertujuan untuk mengumpul atau memproses data peribadi sensitif pelanggan-pelanggan kami. Astro hanya memerlukan data peribadi umum seperti nama, alamat pemohon dan IC No untuk memproses permohonan bagi perkhidmatan kami. Kami memohon maaf atas sebarang salah tafsir atau salah faham. ^arya

Setakat ini itu sahaja yang ada. Harap ASTRO peka dengan isu ini dan jelaskan dengan sebaiknya.

Artikel Terdahulu : Adik Ini Menangis Kerana Harimau Malaya


Sumber : ammboi.com

Foto Adik Ini Menangis Kerana Harimau Malaya

Pada malam sabtu yang lalu telah berlangsung perlawanan akhir piala AFF Suzuki Cup 2014 yang menyaksikan skuad harimau Malaya tewas kepada Thailand dengan agregat 4-3. Piala yang hampir pasti menjadi milik kita akhirnya jatuh ke tangan Thailand pada saat-saat akhir perlawanan.


Foto Adik Ini Menangis Kerana Harimau Malaya, info, terkini, sensasi, AFF Suzuki 2014,

Tidak dapat dinafikan semua penyokong Malaysia kecewa tapi itulah lumrah bola sepak. Namun apa yang lebih menyentuh hati kami ialah foto seorang kanak-kanak menangis ekoran kekalahan skuad kebangsaan.

Foto yang dimuatnaik oleh Hannan Manan di laman Instagram miliknya itu diambil semasa perlawanan akhir Malaysia menentang Thailand di Bukit Jalil tempoh hari. Menurut Hannan, anak saudaranya yang bernama Danish begitu bersemangat untuk menyaksikan perlawanan itu.


Foto Adik Ini Menangis Kerana Harimau Malaya, info, terkini, sensasi, AFF Suzuki 2014,

    Dia sangat teruja dan begitu bersemangat untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Thailand. Apabila kami mengambil tempat duduk di dalam stadium, dia mula mengikuti chant-chant Ultras Malaya

Namun semuanya berubah pada 10 minit terakhir perlawanan apabila Thailand mula menjaringkan gol pertama mereka. Menurut Hannan, Danish mula menangis kerana sedar mustahil untuk skuad kebangsaan menjaringkan gol lagi.


AFF Suzuki 2014, Foto Adik Ini Menangis Kerana Harimau Malaya, info, sensasi, terkini,

Jangankan adik Danish, kami yang menonton perlawanan itu pun turut terkejut dan kecewa selepas Thailand jaringkan gol.

Apa-apa pun kami salute dan respect dekat semangat yang ditunjukkan oleh adik Danish ni. Bukan senang sebenarnya nak jumpa kanan-kanak yang betul-betul menjiwai dan bersemangat macam adik Danish.

Artikel Terdahulu : Beberapa Jalan Di Gua Musang Tidak Boleh Dilalui

Sumber : ohbulan.com

Beberapa Jalan Di Gua Musang Tidak Boleh Dilalui

Jalan Besar dan Jalan Pekan Lama di Bandar Gua Musang dilaporkan tidak boleh dilalui semua kenderaan berikutan air Sungai Chinda melimpah disebabkan hujan lebat sejak semalam.


Beberapa Jalan Di Gua Musang Tidak Boleh Dilalui, info, terkini, berita, bencana banjir, terengganu,

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah, berkata jalan ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Beliau berkata, sehubungan itu pengguna yang mahu ke Kota Bharu diminta melalui Jalan Persiaran Raya.

Antara jalan lain yang ditutup kepada kenderaan ialah Jalan Chiku-Aring, Jalan Kampung Batu Papan, Jalan Pekan Lama dan Jambatan Kampung Kerinting berikutan limpahan Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Ketil.

Kedaan itu menyebabkan lebih 200 penduduk di lima buah kampung berpindah sejak pukul 7 pagi tadi.

Saiful Bahri berkata, kampung berkenaan ialah Kampung Batu Papan, Kampung Kuala Nerus, Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir, Kampung Chiku 7 dan Kampung Limau Kasturi yang penduduknya kini berpindah ke pusat pemindahan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah, Mohd Yusalmi Yusoff berkata pihaknya sudah membuat persiapan untuk membantu perpindahan mangsa banjir di kampung terbabit. – BERNAMA

Artikel Terdahulu : Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Jatuh Dari Tingkat 9 Flat

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Jatuh Dari Tingkat 9 Flat

Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun maut setelah terjatuh dari tingkat sembilan, Flat Taman Bukit Angkasa, Jalan Bukit Angkasa, Pantai Dalam, di sini Isnin.


Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Jatuh Dari Tingkat 9 Flat, info, terkini, berita, ngeri

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, kanak-kanak itu dipercayai pergi ke balkoni untuk mengambil seliparnya namun terjatuh akibat tergelincir.

“Ketika kejadian ibu mangsa difahamkan tiada di rumah kerana sedang bekerja. Mangsa yang merupakan anak tunggal, tinggal bersama ibunya. Ibu dan bapanya sudah bercerai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

“Siasatan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.- BERNAMA

Artikel Terdahulu : Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Penjawat Awam Bersyarat

Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Penjawat Awam Bersyarat?

Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam 2015? Boleh Tetapi Bersyarat! : Jikalau dibandingkan dengan pembayaran bonus 2014 yang akan dibayar Januari 2015 ini, kalangan penjawat awam telah mengimpikan agar kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan awam dilakukan dengan kadar segera. Setuju?


Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Penjawat Awam Bersyarat?, ITP 2015, info, terkini, berita,


Masakan tidak, kali terkahir semakan kenaikan kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) kali terakhir dilakukan pada tahun 2015. yang mana :

Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam VS Kenaikan 2015?
  • Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 44 adalah kepada RM210.00 sebulan
  • Manakala kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 adalah RM180

Sekarang ini sudah pun menuju ke akhir tahun 2014, dan bakal menginjak ke tahun 2015 tidak lama sahaja lagi. Kadar elaun yang diberikan “tetap utuh dan masih tidak berganjak” setelah sekian lama…..
  •         Pada ketika itu harga rumah berapa?
  •         Sekarang pula harga rumah berapa kali kenaikan?
  •         Bagaimana pula sewa di bandar-bandar besar?
  •         Masih relevankah dengan kos sara hidup sekarang ini?

Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Penjawat Awam Bersyarat?, ITP 2015, info, terkini, berita,


Berita terkini dan terbaru Berita Semasa semak dari persdidangan Dewan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan melakukan semakan kenaikan Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan kerajaan dengan bersyarat :

        Syaratnya, jikalau dana dan kewangan kerajaan Malaysia berada dalam keadaan stabil

Insyaallah….Mudahan-mudahan dipermudahkan harapan besar 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia sekarang ini. Amin

Berita Semasa tidaklah mengatakan yang mana kerajaan malaysia mesti menampung kos sewa dan tempat tinggal kakitangan kerajaan sehingga 100%. Tidak begitu. tetapi sekurang-kurangnya biarlah angka itu munasabah dan relevan pada hari ini. Anda semak pada tahun 2005 yang pada ketika harga rumah masih lagi “aman-aman sahaja” masih lagi stabil. Sedangkan realitinya kenaikan harga rumah dan kadar sewa mula melonjak tinggi sejak tahun 2009 sehinggalah sekarang. Munasabahkah kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan awam?

Diharapkan kerajaan Malaysia & JPA pertimbangkan juga kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) mengikut lokasi.

P/S : Dalam realiti dan cabaran hidup sekarang, prihatin sahaja tidak cukup. Yang penting tindakan dan prestasi. 1.4 juta kakitangan awam sedang daripada jauh dan dekat menilai prestasi anda sekarang ini. Buktikan…

Di bawah ini pekeliling kenaikan kadar elaun rumah yang JPA  semak sekitar 9 tahun lepas….

Artikel Terdahulu : Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015

Sumber : beritasemasa.com.my

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015

Tahniah, kepada perodua Malaysia! Seperti biasa Perodua meneruskan tradisinya mengeluarkan facelift untuk model – model kereta Perodua mereka apabila kali ini tiba giliran kereta perodua Myvi 2015 baru ditawarkan untuk anda dengan direka semula bagi memberikan nafas baru sekaligus memastikan Perodua Myvi terus relevan di Malaysia.


Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015

Gambar dan foto terkini new facelift Perodua MYvi 2015 baru ini telah tersebar pada ketika ini yang mana kelihatan lebih garang daripada model kereta Perodua Myvi yang sebelum ini.

Bagaimana pula dengan tawaran harga Perodua MYvi 2015 baru?

Rata-rata tinjauan Berita Semasa setakat ini, ramai kalangan pemilik Perodua Myvi berpuas hati dengan spesifikasi kereta yang dimiliki dan digunakan mereka ketika ini.
  •         Kereta kecil
  •         Ruang dalam besar dan selesa. Jikalau anak 3 orang masih lagi selesa untuk jalan jauh
  •         Spare part pun banyak. Senang untuk dicari dan ditukar ganti
  •         Penggunaan minyak petrol masih lagi ditahap yang menjimatkan jikalau kena cara pemanduannya (*subjektif)
  •         Parking pun mudah terutamanya golongan wanita
  •         Anda bersetuju?

Cuma Berita Semasa harapkan harga dan price bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru lebih berpatutan dan munasabah sesuai dengan sokongan rakyat Malaysia selama ini. Mungkin?
New Facelift Perodua MYvi 2015 Baru : Senarai Penambaikan & Penambahan Spec?

Nampaknya bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru kali ini ada sedikit sebanyak perubahan untuk beberapa spesifikasi kecil termasuklah :
  •         Reka bentuk lampu yang baru
  •         Rekebantuk gril
  •         Tawaran warna pilihan baru, biru
  •         dilengkap dengan tayar aloi
  •         Rebentuk meter juga diperbaharui
  •         Tempat duduk juga telah disaluti dengan kulit
  •         Sentuhan yang lebih sporty pada stereng
  •         Perodua malaysia telah menambah butang mod Econ seperti mana yang ada model kereta perodua Axia
  •         di bahagian belakang, terdapat sedikit perubahan yang mana bumper belakang dan rekebantuk skir tampak lebih rendah

P/S : Sekali pandang kelihatan bumper Myvi 2015 seiras Honda Jazz. Apa pula kata anda?

PP/S : Tertanya-tanya juga Berita Semasa, apa pulanya grill radiator sebesar itu? Untuk “drag race”? Sesuaikah dengan keadaan habuk, kotoran dan keadaan cuaca di Malaysia?
Gambar Perodua Myvi 2015 Baru

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015


Sumber : beritasemasa.com.my

Ronaldo Abadikan Tugu Dirinya Di Kampung Halaman

Lisbon : Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo membuktikan dia menghargai pencapaian membanggakan dirinya dalam bidang bola sepak apabila membina tugu di kampung halamannya.


Ronaldo Abadikan Tugu Dirinya Di Kampung Halaman, info, terkini, Cristiano Ronaldo, sensasi, info sukan,
Ronaldo berdiri di sebelah tugu dirinya di kampungnya, Fuchal kepulauan Portugal.
Bintang Real Madrid itu pulang ke kampung halamannya, Funchal di Kepulauan Madeira, Portugal, untuk melancarkan tugu dirinya setinggi 3.4 meter yang diukir sebagai sebahagian muzium peribadinya.

"Ia adalah saat yang istimewa, untuk memiliki tugu sendiri," kata Ronaldo ketika majlis itu sambil ditemani keluarga, sanak saudara dan ribuan peminatnya.

Ibu kepada bekas pemain Manchester United itu, Dolores Aveiro berkata: "Ronaldo tidak pernah melupakan asal usulnya."


Ronaldo Abadikan Tugu Dirinya Di Kampung Halaman, info, terkini, Cristiano Ronaldo, sensasi, info sukan,
Ronaldo bergambar bersama anak lelaki tunggalnya di hadapan tugu di kampung halamannya.

Turut dipamerkan adalah trofi yang dimenanginya termasuk dua gelaran Ballon d'Or yang dimenanginya buat pertama kali pada 2008, selain tahun lalu dan berada dalam senarai terakhir daripada tiga calon untuk menjuarainya tahun ini.

Pemain terbaik dunia itu kembali ke kepulauan Portugal itu dari Marrakech, Maghribi selepas membantu Real menjulang Piala Dunia Kelab, Ahad.

Kapten kebangsaan Portugal itu merekodkan 17 gol semusim dalam Liga Juara-Juara Eropah bersama Real musim lepas selain memenangi Decima, gelaran ke-10 Eropah buat kelab itu.


Ronaldo Abadikan Tugu Dirinya Di Kampung Halaman, info, terkini, Cristiano Ronaldo, sensasi, info sukan,

Ronaldo turut menerima anugerah atas kecemerlangannya daripada pihak berkuasa Madeira, Miguel Mendonça (dua dari kanan) ketika pulang ke kampung halamannya.

Artikel Terdahulu : Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014

Sumber : mstar.com.my

1,600 'Panda' Curi Tumpuan Di Dataran Merdeka

Kehadiran 1,600 'panda' di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di sini pada Ahad menarik perhatian warga kota dan pelancong yang mengunjungi Dataran Merdeka sempena cuti sekolah dan cuti hujung minggu.


1,600 'Panda' Curi Tumpuan Di Dataran Merdeka, info, terkini, berita, sensasi,

Patung berbentuk panda dalam pelbagai aksi yang dipamerkan di atas jalan itu menjadi simbol kepada anggaran bilangan haiwan itu di dunia bagi meneruskan survival dalam habitat liar.

Ia merupakan sebahagian daripada 'Siri Jelajah Dunia 1,600 Panda', yang kini berlangsung di Malaysia mulai hari ini hingga 25 Jan 2015 bagi menyedarkan orang ramai tentang ancaman kepupusan haiwan berkenaan.

Ketika melancarkan acara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata siri jelajah itu akan singgah di 15 lokasi di Malaysia termasuk Dataran Putrajaya, Batu Caves di Selangor, Menara Condong Teluk Intan di Perak dan Bangunan Stadthuys di Melaka.

Menurutnya acara itu boleh memupuk kesedaran orang ramai terutama golongan muda berhubung pemuliharaan alam sekitar dan kebajikan haiwan secara pendekatan yang kreatif dan artistik.

"Anda boleh melihat anak-anak muda begitu berminat dalam acara hari ini dan saya gembira pameran ini melibatkan lokasi ikonik lain di negara ini," kata Mah merujuk kepada kehadiran golongan muda di acara berkenaan sambil mengambil gambar dengan patung panda.

Menurut firma perunding pemasaran bersepadu Faster Advertising Group, yang menganjur siri jelajah itu di Malaysia, acara itu diadakakan dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan artis arca terkenal Perancis, Paulo Grangeon.

Sejak 2008, pameran itu dianjurkan di beberapa lokasi seperti di Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Taiwan dan Hong Kong.
Malaysia merupakan lokasi ketiga pameran 1,600 panda itu berlangsung di rantau Asia.

Orang ramai boleh memiliki 1,600 patung panda itu sebagai 'anak angkat', secara dalam talian di laman facebook 1,600-pandas-MY, dengan membayar RM150 seunit mulai 12 Januari depan.

Artikel Terdahulu : Puteri Umno Kecam Kedai Permainan Diskriminasi Pekerja Bertudung

Sumber : mstar.com.my

Puteri Umno Kecam Kedai Permainan Diskriminasi Pekerja Bertudung

Pergerakan Puteri Umno mengecam tindakan sebuah kedai permainan terkemuka di ibu negara yang bersikap diskriminasi terhadap pekerja wanita bertudung.


Puteri Umno Kecam Kedai Permainan, info, terkini, berita, sensasi, Datuk Rosyam Nor

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan kedai permainan itu menunjukkan masih terdapat golongan berfikiran sempit terhadap mereka yang memakai tudung dan ia bertentangan dengan hak asasi seorang Muslim.

"Alasan tidak diterima bekerja sebab bertudung atau arahan membuka tudung jika ingin bekerja adalah hanya alasan dangkal yang tiada kena mengena dengan tahap pencapaian seorang pekerja," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau mengulas luahan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor menerusi laman Twitter mengenai sebuah kedai permainan terkemuka yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di premis itu pada Khamis lepas.

Mas Ermieyati berkata, tindakan dan pemikiran itu wajar dikikis dan menuntut kedai terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media kerana ia melibatkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Artikel Terdahulu : Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014

Sumber : mstar.com.my

Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014

Juara Piala Dunia Kelab milik Real Madrid selepas menumpaskan San Lorenzo, 2-0 pada Ahad, sekali gus merangkul gelaran keempat untuk tahun ini.


Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014, info, terkini, sukan, berita, real madrid, Piala Juara Kelab Dunia

Sebelum ini, Real dinobatkan sebagai pemenang Liga Juara-Juara, Copa del Rey dan Piala Super Eropah.

Kemenangan ke atas kelab Argentina itu melengkapkan kecemerlangan Real musim ini, termasuk pencapaian sebagai pendahulu La Liga dengan satu mata mengatasi musuh ketat, Barcelona dengan kelebihan satu lagi perlawanan.

Kejayaan Real dalam perlawanan itu hasil jaringan pemain pertahanan, Sergio Ramos dan Gareth Bale, masing-masing pada minit ke-37 dan enam minit ketika perlawanan memasuki separuh masa kedua, menewasakan penjaga gol, Torrico.

Bagaimanapun, Real hampir menambah luka San Lorenzo tetapi dua lagi cubaan yang dilakukan Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo tersasar dari gawang lawan.

Artikel Terdahulu : Sanggup Langgar Motosikal Sebab Rebut Pam Minyak

Sumber : mstar.com.my

Video Sanggup Langgar Motosikal Sebab Rebut Pam Minyak

Sebuah video tersebar di media sosial yang mana menunjukkan sikap seorang pemandu kereta yang sanggup melanggar sebuah motosikal hanya kerana berebut pam minyak di sebuah stesen minyak.


Video Sanggup Langgar Motosikal Sebab Rebut Pam Minyak, info, terkini, berita, video, sensasi,

Melihat kepada video tersebut, motosikal itu memasuki petak isi minyak pada masa yang sama dengan kereta itu. Setelah itu, penunggang motosikal terus ke kaunter untuk pembayaran.

Mungkin kerena berang dengan penunggang motosikal itu, kereta tersebut telah melanggar motosikal itu dengan menggunakan gear reverse dan terus meninggalkan stesen minyak itu.

Bagaiamanapun lokasi kejadian tidak dapat dikenalpasti.


Tidak tahu lah apa yang bermain di fikiran mereka berdua, lebih-lebih pemandu kereta tersebut yang sanggup bertindak sedemikian.


Sumber : siakapkeli.com.my

Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota

LAHAD DATU : Seorang anggota tentera maut, 2 kritikal dan 11 parah setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah trak pengankut 3 tan yang terbalik ke dalam sebuah parit di Jalan Tengah Nipah, dekat Kampung Biuang, semalam.


Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota , info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, Lahad Datu

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.45 pagi itu dilaporkan trak itu membawa 23 anggota daripada 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Cenderawasih dalam wilayah Esscom untuk rondaan.

Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota , info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, Lahad Datu

Anggota tentera yang meninggal adalah arwahyarham  Koperal Farouk Bahar, 29, dari Yong Peng, Johor dipercayai meninggal dalam semasa daa perjalanan ke Hospital akibat kecederaan parah di tubuhnya.


Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota , info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, Lahad Datu

Jenazah mangsa telah diterbangkan menggunakan helikopter Nuri ke Hospital Tawau untuk dibadeah siasat dan anggota lain yang terlibat telah di rawat di Hospital Lahad Datu dan dilaporkan stabil. - Siakapkeli.com.my

Berikut adalah ringkasan kejadian kemalangan tersebut.

1) 0855H - Konvoi bergerak dari Kem Cenderawasih untuk ke Sandakan bagi pelaksanaan Ex PASAK 1 di bawah kelolaan MK ESSCOM. Konvoi seramai 2 x Peg dan 71 x LLP yang diketuai oleh Kapt Mohammad Faezi bin Ruslan (3011379) dengan menggunakan 1 x D-Max dan 3 x Trak 3 Ton.

2) 1052H - Kapt Faezi telah menghubungi PS3 Gerak MK Bgd ESSCOM, Kapt Aliff Nadzri bin Ridzuan (3009811) memaklumkan 1 x Trak 3 Ton, no daftar ZC 2421 telah terbabas kira-kira 4 KM dari dari Pekan Lahad Datu di kawasan Batu 5, Kg Sungai Nipah, Lahad Datu.

3) 1055H - Kapt Aliff memaklumkan kejadian kepada Komander Op Daratan, Kol Abdul Halim bin Ismail (3003508).

4) 1100H - Kejadian dimaklumkan kepada Peg Mem 5 RRD yg berpengkalan di Kem JPG Lahad Datu untuk tindakan awal. Anggota yang cedera di bawa ke Hospital Lahad Datu untuk menerima rawatan dengan ambulans.

Status meninggal/cedera.
Meninggal - 1 x LLP
Cedera kritikal - 2 x LLP
Cedera parah - 6 x LLP
Cedera ringan - 14 x LLP

Butir-butir anggota yang meninggal adalah seperti berikut.

1. Nama: 1143866 Kpl Mohd Farouk bin Bahar (Pen Ket Seksyen)

2. Pasukan: 17 RAMD (Para), Terendak.

3. TMT: 14 Jun 2004 (10 tahun 6 bulan).

4. TTP: 17 Jun 2019 (15 thn).

5. T/Lahir: 5 Dis 1985 (29 tahun)

6. Waris 1: Habibah binti Rantau (ibu).

7. Waris 2 : Bahar bin Mustafa (ayah) - 0127524126

8. Ins Kelompok: 15 unit (261983)

9. Alamat: No 4, Jln Utama 10, Taman Utama, 83700 Yong Peng, Johor.

10. Ringkasan kejadian

Pada 201050H Dis 14, di kawasan Batu 5, Kg Sungai Nipah, Lahad Datu, 1x 3 Trak Ton yang dipandu oleh 1171843 Pmd Watson AK Usin dilaporkan hilang kawalan selepas memotong 1x lori.


Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota , info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, Lahad Datu

Sewaktu pemandu cuba menstabilkan kenderaan tersebut, tayar kiri belakang kenderaan tersebut dilaporkan telah terkeluar dari bahu kiri jalan dan terseret menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas di seberang kanan jalan. Anggota yang terlibat kemalangan adalah seperti berikut.

1) Laporan awal kemalangan yang melibatkan anggota ops daratan khas.

Anggota terlibat:
1. 1130869 Sjn Kamaryuslizam bin Yusoff
2. 1143564 Kpl Mohammad Amir bin Zakaria
3. 1175388 Pbt Muhammad Azrul Nazmi bin Muhammad.
4. 1174284 Pbt Mohd Suhaiman Akram bin Mohd Shukri.
5. 1174483 Pbt Mohd Nazirul Mubin bin Mohd Zakaria.
6. 1174875 Pbt Mohd Nur Firdaus bin Nurdin
7. 1168254 LKpl Mohd Khairul Zamir bin Safri.
8. 1175065 Pbt Shahrul Adib bin Ghazali
9. 1129423 Sjn Mohd Yusoff bin Abd Ghani.
10. 1143866 Kpl Mohd Farouk bin Bahar - Meninggal di tempat kejadian.
11. 1175342 Pbt Muhammad Hadri Hafis bin Othman.
12. 1174666 Pbt Muhammad Zarin bin Mohd Zabidi.
13. 1174715 Pbt Muhammad Faiz bin Mohd Faizol.
14. 1173384 Pbt Nik Mohd Haikal Syakir bin Nik Subardi.
15. 1128791 LKpl Azlan bin Ahmad.
16. 1174525 Pbt Mohd Romzi bin Jemali.
17. 1124132 SSjn Syamsuddin bin Hashim.
18. 1142190 Kpl Wan Mohd Azraey bin Wan Rosli.
19. 1175075 Pbt Syed Muhamad Nasrul bin Syed Jaafar.
20. 1141413 Kpl Mohd Syafaril bin Mohd Sabri.
21. 1120277 Kpl Mohamad Zaki bin Awang.
22. 1128939 Kpl Kamarudin bin Muhamad.
23. 1171843 Pmd Watson ak Usin.

- Anggota yang terlibat kemalangan telah dihantar ke hospital lahad datu untuk mendapat rawatan susulan.

11. Tindakan Pasukan:

a. Maklumat awal telah dimaklumkan kepada Peg Mem 17 RAMD.

b. Mendapatkan maklumat lanjut berkenaan status anggota yang menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

c. Lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian kemalangan tersebut.

Artikel Terdahulu : Kemalangan Dalam Terowong SMART, Warga Britain Maut


Sumber : Siakapkeli.com.my

Kemalangan Dalam Terowong SMART, Warga Britain Maut

Seorang lelaki warga Britain maut dan seorang guru wanita cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) di sini, semalam.


Kemalangan Dalam Terowong SMART, Warga Britain Maut, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan, SMART

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan berkata dalam kejadian kira-kira 4.50 pagi itu, mereka dipercayai dalam perjalanan menghala ke ibu negara.

“Kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar dinding terowong itu,” katanya dalam kenyataan dalam satu kenyataan.
MENARIK – Terowong MRT Bawah Tanah Di Bukit Bintang Siap

Beliau berkata warga Britain itu, Thomas George, 22, cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala guru wanita berumur 25 tahun itu, yang memandu kereta berkenaan, cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Markandan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, dua lelaki maut dalam nahas membabitkan sebuah lori tiga tan dan kereta di Kilometer 47 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Batang Kali, Hulu Selangor pada kira-kira 2.20 pagi Ahad.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor berkata pemandu lori itu dikatakan keluar dari simpang secara mengejut dan mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira Aeroback gagal mengawal kenderaannya.

“Pemandu kereta itu, yang turut dinaiki lima penumpang lelaki, gagal mengawal kenderaan lalu merempuh bahagian belakang lori berkenaan sebelum kedua-dua kenderaan terbabas dan terbalik di bahu jalan.

“Pemandu dan seorang penumpang kereta itu yang masing-masing berumur 20 dan 15 tahun maut di tempat kejadian manakala empat penumpang lain cedera dan kini dirawat di Hospital Selayang,” katanya ketika dihubungi Ahad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkepli Bedin ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

Puting beliung landa Sabak Bernam

Menurut sumber dari BH Online, fenomena itu melanda kawasan sawah di tujuh kampung di daerah ini, kira-kira jam 5.40 petang membabitkan Kampung Parit Lapan Gambut, Kampung Parit Satu Barat, Kampung Parit Dua SHD, Kampung Panchang Bedena, Kampung Parit Empat SHD, Kampung Parit Enam dan Kampung Sungai Nipah Baroh.


Puting beliung landa Sabak Bernam, info, terkini, berita, sabak bernam, puting beliung,

Menurut, Komander Operasi Kanan Bomba Selangor, Mohd. Hissam Sidik, berkata pihaknya bagaimanapun tidak menerima sebarang maklumat mengenai kerosakan rumah dan harta benda serta kecederaan yang dialami penduduk kampung ekoran kejadian itu.

“Setakat ini, kejadian dipercayai hanya berlaku di kawasan lapang dan tidak membabitkan rumah penduduk kampung.

“Bomba juga akan terus memantau sekiranya menerima maklumat kejadian ini kembali berulang,” katanya.

Artikel Terdahulu : Sekitar International Motocycle Festival di Bukit Jalil


Sumber : bm.therakyatpost.com

Foto Sekitar International Motocycle Festival di Bukit Jalil

Sekitar International Motocycle Festival di Bukit Jalil Hujung minggu lalu telah berlangsungnya acara motosikal terbesar iaitu International Motorcycle Festival Malaysia 2014 (IMF) yang mengambil tempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari Jumaat sehingga Ahad. 


 International Motocycle Festival di Bukit Jalil, info, terkini, berita, sukan motorsikal, bukit jalil, IMF


 IMF yang dianjurkan oleh DMEO Exhibit Sdn Bhd dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, festival motosikal ini merupakan festival motosikal terbesar di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. 

 International Motocycle Festival di Bukit Jalil, info, terkini, berita, sukan motorsikal, bukit jalil, IMF

Selain 250 gerai yang terdapat di tapak festival merangkumi pelbagai jenama motosikal terkenal sehinggalah kepada aksesori motosikal. IMF turut dimeriahkan lagi dengan acara yang menyaksikan penunggang motosikal profesional melakukan 'stunt' yang nyata memukau pengunjung yang hadir. 

IMF turut dimeriahkan lagi dengan perlumbaan EnduroCross dan SuperMoto Race yang menampilkan pelumba-pelumba antarabangsa dan juga tempatan. Kepada anda yang tidak berkesempatan untuk pergi ke IMF, apa kata tengok gambar-gambar sekitar festival berlangsung baru-baru ini. 


 International Motocycle Festival di Bukit Jalil, info, terkini, berita, sukan motorsikal, bukit jalil, IMF




















































Artikel Terdahulu : Kisah Pakcik Jaja Aiskrim Biaya Pengajian Phd

Sumber : tupai.com.my