Thierry Henry Sah Gantung Kasut


Pemain lagenda Arsenal dan Barcelona, Thierry Henry mengumumkan persaraan dari karier bola sepak pada Selasa.


Thierry Henry Sah Gantung Kasut, info, terkini, berita, sukan bola sepak, Thierry Henry, legenda bola sepak,

Henry membuat pengumuman tersebut di laman Facebook miliknya sekaligus mengakhiri kariernya selama 20 tahun yang menjadi tumpuan sebagai penyerang kesayangan peminat-peminat bola sepak dunia.

Sepanjang kariernya, Thierry Henry merupakan salah seorang bintang bagi pasukan Perancis pada aksi Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah dengan menjuarainya pada tahun 1998, 2000 serta menjulang gelaran juara ketika bersama Arsenal, Monaco dan Barcelona.


Thierry Henry Sah Gantung Kasut, info, terkini, berita, sukan bola sepak, Thierry Henry, legenda bola sepak,

Malah pemain berusia 37 tahun ini juga pernah meraih trofi Piala FA (3 kali) bersama The Gunners dan Liga Juara-Juara ketika menyarung jersi Barcelona.

Aksi terakhir Henry bersama kelab New York Bulls yang disertainya pada tahun 2010 dan turut membantu pasukan itu menjulang gelaran MLS Eastern Conference sebanyak dua kali.

Pada Isnin, Henry mengesahkan dia tidak akan beraksi dengan mana-mana pasukan pada musim baharu ini, sebelum mengumumkan persaraannya.

“Selepas 20 tahun beraksi, saya mengambil keputusan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional,” jelasnya dalam kenyataan.

Pemain itu dikatakan bakal menceburi bidang baharu sebagai perunding untuk saluran Sky Sports.

Sumber : mstar.com.my

Filled Under: