Beberapa Jalan Di Gua Musang Tidak Boleh Dilalui


Jalan Besar dan Jalan Pekan Lama di Bandar Gua Musang dilaporkan tidak boleh dilalui semua kenderaan berikutan air Sungai Chinda melimpah disebabkan hujan lebat sejak semalam.


Beberapa Jalan Di Gua Musang Tidak Boleh Dilalui, info, terkini, berita, bencana banjir, terengganu,

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah, berkata jalan ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Beliau berkata, sehubungan itu pengguna yang mahu ke Kota Bharu diminta melalui Jalan Persiaran Raya.

Antara jalan lain yang ditutup kepada kenderaan ialah Jalan Chiku-Aring, Jalan Kampung Batu Papan, Jalan Pekan Lama dan Jambatan Kampung Kerinting berikutan limpahan Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Ketil.

Kedaan itu menyebabkan lebih 200 penduduk di lima buah kampung berpindah sejak pukul 7 pagi tadi.

Saiful Bahri berkata, kampung berkenaan ialah Kampung Batu Papan, Kampung Kuala Nerus, Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir, Kampung Chiku 7 dan Kampung Limau Kasturi yang penduduknya kini berpindah ke pusat pemindahan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah, Mohd Yusalmi Yusoff berkata pihaknya sudah membuat persiapan untuk membantu perpindahan mangsa banjir di kampung terbabit. – BERNAMA

Artikel Terdahulu : Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Jatuh Dari Tingkat 9 Flat

Filled Under: