Punca Utama Sharifah Sakinah Keguguran

Takziah kami ucapkan kepada pelakon terkenal, Sharifah Sakinah yang telah mengalami keguguran baru-baru ini. Bagaimanapun pasangan romantis ini menganggap bahawa mungkin tiada rezeki lagi untuk mereka memiliki anak serta redha dengan ketentuan Ilahi.

Punca Utama Sharifah Sakinah Keguguran

“Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan redha. Suami, Aliff Adha turut berperasaan sama,” katanya kepada Berita Harian.

Menurutnya lagi, walaupun bayi yang dikandung beliau hanya dipinjamkan dalam tempoh yang begitu singkat, tetapi ia cukup memberi kenangan indah bagi pasangan ini.

Sementara itu, beliau juga dimaklumkan oleh doktor bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan berhubung kejadian malang yang menimpa dirinya.

Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana ingin meneruskan pengajian didalam kursus kecerdasan di luar negara.

Namun, tambahnya jika sudah ditakdirkan mereka mendapat anak dalam masa yang terdekat, beliau terima dengan hati terbuka.-rotikaya

Faye Kusairi Minta Elly Mazlein Tarik Balik Tuduhan

Jika sebelum ini Elly Mazlien pernah mengeluarkan satu kenyataan mengaitkan seorang pelakon muda, Faye Kusairi sebagai punca penceraian beliau dan bekas suami, Azmi Hatta. Terbaru, Faye menafikan sekerasnya tuduhan itu serta meminta Elly untuk tampil menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepadanya.
Faye Kusairi Minta Elly Mazlein Tarik Balik Tuduhan

“Dia tidak meminta maaf pun dan tidak menjawab permintaan saya itu, tetapi apabila dia cakap tidak menuduh siapa-siapa maksudnya saya bukanlah puncanya”

“Niat saya cuma ingin melindungi keluarga daripada cemuhan masyarakat dan menegakkan kebenaran yang saya bukan punca kes cerainya itu. Hal lain pula, anda perlu bertanya dengan peguam saya. Buat masa ini, saya belum ada masa untuk berjumpa atau berbincang dengan peguam lagi. Saya akan fikirkannya nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, tambahnya lagi keadaan Elly yang sedang sedih dan tertekan setelah apa yang berlaku, lebih-lebih lagi didalam tempoh berpantang mungkin membuatkannya senang dipengaruhi oleh orang lain sehingga menuduhnya sebagai punca penceraian mereka.

Faye Kusairi didalam kenyataan yang sama turut memberi tempoh selama dua bulan kepada Elly untuk menarik balik tuduhan yang dianggap sebagai fitnah kepadanya. Namun jika Elly gagal berbuat demikian, beliau tidak akan teragak-agak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu.

Sementara itu apabila ditanyakan sejauh mana hubungan yang terjalin diantara beliau dan Azmi, Faye menjawab bahawa ia hanyalah sekadar hubungan profesional diantara seorang pelakon dan seorang pengarah di lokasi penggambaran drama dan tidak lebih daripada itu.-rotikaya

Foto Baju Peribadi Siti Nurhaliza Yang Dilelong Dengan Harga Serendah Rm100

Berita baik buat peminat Siti Nurhaliza dan juga pengumpul tegar barangan peribadi selebriti kerana penyanyi ini mengambil keputusan untuk menjual semula lebih 50 helai pakaian yang pernah digayakannya sebeum ini.
Foto Baju Peribadi Siti Nurhaliza Yang Dilelong Dengan Harga Serendah Rm100


“Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat. Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya”

“Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Siti, sejak dia mula membuka akaun Instagram untuk menjual koleksi pakaiannya itu, memang ramai peminat yang membeli untuk dijadikan koleksi mereka. Untung kepada siapa yang beli kerana menurut Siti, kebanyakan baju yang dijual masih berada dalam keadaan baik dan hanya dipakai sekali atau dua pada majlis-majlis tertentu.-rotikaya

Faktor Scha al-Yahya Belum Sedia Mengacara Bersama Suami

Pelakon dan pengacara terkenal, Scha al-Yahya akui masih belum bersedia untuk digandingkan bersama suami tersayang, Awal Ashaari yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara hebat. Baginya, Awal mempunyai kelas dan gaya tersendiri sebagai pengacara yang boleh membuatkan dirinya berasa tenggelam.
Scha al-Yahya Belum Sedia Mengacara Bersama Suami


“Bagi saya, Awal pengacara yang sangat bagus. Dia sentiasa bijak dan peka mengenai isu sekeliling. Malah sebelum mendapat tugasan bagi mana-mana acara yang dihoskan, dia akan mendapatkan info-info terlebih dahulu. Sebab itu saya bimbang jika sepentas dengannya, saya akan tenggelam,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, apabila bercakap mengenai gandingan mereka, Scha akui pernah menolak tawaran untuk mengacarakan sebuah program bersama Awal kerana masih belum bersedia. Tetapi jelasnya jika beliau mendapat tawaran yang sama lagi selepas ini, mungkin ianya boleh dipertimbangkan.

Dalam perkembangan terbaru, Scha akan kembali ke bidang pengacaraan bersama pelakon terkenal, Shaarnaz Ahmad dalam sebuah program terbitan Astro yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Bercakap mengenai perkara itu, Scha berpendapat bahawa peluang yang diberikan itu tepat pada masanya memandangkan anak perempuan beliau yang sudah besar.-rotikaya

Ejen Mula Bincang Perpindahan Yaya Toure Dengan Kelab Lain

Merasakan kliennya tidak dihargai oleh Manchester City seperti yang sepatutnya, ejen kepada pemain Yaya Toure memulakan langkah dengan berkomunikasi dengan beberapa kelab untuk berbincang tentang kemungkinan perpindahan.


Ejen Mula Bincang Perpindahan Yaya Toure Dengan Kelab Lain

Ejen Toure, Dimitri Seluk, sebelum ini pernah memberi peringatan kepada City bahawa jika kontrak baharu untuk Toure tidak disepakati secepat mungkin, Seluk akan mula berbincang dengan kelab lain.

Kontrak Yaya Toure dengan City berbaki setahun lagi dan masa depan pemanin itu menjadi tanda tanya kerana bermula musim depan, City akan dilatih oleh Pep Guardiola, orang yang pernah melepaskannya dari Barcelona.

Setakat ini City masih belum memberikan tawaran kontrak baharu untuk Toure. Tidak mahu menunggu, Seluk memilih untuk mencari kelab baharu untuk kliennya.

"Mulai sekarang kami mula berbincang dengan beberapa kelab lain tentang kepindahan Yaya pada musim panas," kata Seluk memetik The Sun.

"City tidak melakukan apa-apa yang wajar. Yaya telah memberikan segala-galanya untuk mereka dan kami tidak merasakan situasi ini adalah cara yang tepat untuk menunjukkan betapa mereka menghargai dirinya," kata Seluk.

Toure, 32 tahun, musim ini telah tampil dalam 39 perlawanan bersama City dan menyumbang lapan gol.-mstar

Derma Kasut Messi Dikecam Mesir

Hasrat bintang Barcelona, Lionel Messi untuk mendermakan sepasang but yang pernah digunakan beliau bagi tujuan amal akhirnya mendapat kecaman rakyat Mesir.


 Derma Kasut, Rakyat Mesir Kecam Messi

Semasa temubual bersama stesen televisyen dalam rancangan "Yes I Am Famous" yang disiarkan menerusi Siaran Misr MBC, pemain kebangsaan Argentina itu memberitahu hos rancangan tersebut, Mona El-Sharkawy bahawa beliau mahu mendermakan sepasang but bolanya yang akan dilelong untuk pertubuhan amal.

Namun Messi tidak menyedari bahawa di Mesir dan beberapa negara Arab lain, kasut sebenarnya boleh dikatakan simbol penghinaan dan tidak hormat.

Susulan itu, beberapa rakyat Mesir mengecam tindakan Messi dan menggunakan laman media sosial untuk menyatakan kemarahan mereka.

"Ini adalah perkara paling menjijikkan. Beliau dibayar beribu-ribu dolar tapi akhirnya beliau mendermakan kasutnya," kata @Sala77ar7ash.

"Maruah Mesir adalah lebih penting daripada kasut Messi. Ia adalah satu penghinaan terhadap Mesir," kata @sulimanahmad670.

Dalam budaya Arab, menunjukkan tapak kasut anda boleh dianggap sebagai perbuatan paling hina.

Pada 2008, wartawan Iraq, Muntasir al-Zaydi membaling kasutnya kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush sebagai tanda protes terhadap satu sidang media di Baghdad.

Kasut dianggap sebagai kotor kerana ia dikaitkan dengan kaki, bahagian paling bawah pada anggota badan.-mstar

Punca Pele Saman Syarikat Samsung RM169 Juta

Lagenda bola sepak Brazil, Pele memfailkan saman sebanyak 21 juta pound (RM169 juta) terhadap syarikat gergasi elektronik Korea Selatan selepas mendakwa menggunakan imej menyerupai wajahnya dalam sebuah iklan.

Punca Pele Saman Syarikat Samsung RM169 Juta

Menurut writ saman yang difailkan di sebuah Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Chicago, iklan tersebut yang dikeluarkan dalam New York Times tidak mendapat kebenaran Pele.

Iklan tersebut memaparkan wajah seorang lelaki berkulit hitam yang menyerupai Pele.

Terdapat satu gambar kecil yang menunjukkan seorang pemain bola sepak membuat aksi sepakan gunting seperti yang pernah dilakukan Pele.

Pele, 75, atau nama penuhnya Edson Arantes do Nascimento disifatkan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Beliau membantu Brazil memenangi Piala Dunia pada 1958 dan 1970 serta menjaringkan gol pada dua aksi final kejohanan tersebut.

Samsung dipercayai menggunakan iklan tersebut selepas rundingan untuk menggunakan imej Pele bagi mempromosikan produk keluarannya gagal mencapai kata sepakat pada 2013.

Bintang sensasi itu kini banyak memperolehi pendapatan menerusi lantikan sebagai duta produk.

Aduan itu juga mengatakan iklan Samsung akan menjejaskan nilai hak Pele sebagai duta dan mengelirukan pengguna bahawa beliau menyokong produk keluaran syarikat tersebut.

Selain menuntut ganti rugi, peguam Pele berkata beliau mahu mengelak penyalahgunaan imejnya pada masa hadapan.

Tuntutan saman itu difailkan oleh Pemilikan Pele IP LLC yang memiliki hak tanda dagangan dan publisiti bekas bintang dunia tersebut.

Peguam Pele, Frederick Sperling turut pernah mewakili bekas bintang bola keranjang Chicagi Bulls, Michael Jordan.-mstar

Ladang Kelapa Sawit Diserbu Gara-Gara Kambing Bakar 'Harga Rakyat'

Warung Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara yang terletak di Jalan Kasim, Meru, Klang sering diserbu pelanggan, terutama pada waktu tengah hari dan hari cuti.

Ladang Kelapa Sawit Diserbu Gara-Gara Kambing Bakar 'Harga Rakyat'

Semuanya gara-gara kambing bakarnya yang dihidangkan bersama kuah kicap, sambal belacan dan nasi putih.

Pemilik warung, Supriyadi Sukadi, 43, berkata beliau tidak mempunyai sebarang rahsia dalam menyediakan makanan yang dijual, sebaliknya berkata beliau sentiasa ikhlas dan menawarkan hanya yang terbaik untuk pelanggan.

Bagaimanapun, beliau mengakui menggunakan resipi turun-temurun keluarganya dari Indonesia untuk menyediakan sambal dan kuah kicap, juga dalam memastikan daging kambingnya lembut, tidak kering dan tidak berbau.

Selain set kambing bakar yang dijual pada harga RM9, menu lain yang ditawarkan adalah ayam penyet, lele penyet, bakso dan sup tulang.

Warung yang mula dibuka pada Januari 2015 ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 12 malam.-mstar

Punca Zamani Tidak Kahwin Didedahkan

Vokalis kumpulan Slam, Zamani akui dirinya masih tidak berpunya dan dalam masa yang sama menafikan status beliau yang tidak berkawhin kerana kecewa dan tidak move on dengan kisah cinta lama.
Punca Zamani Tidak Kahwin Didedahkan


“Tiada istilah kecewa dalam hidup saya walaupun pernah beberapa kali putus cinta. Sebagai manusia biasa saya ada keinginan untuk berkahwin, tetapi mungkin belum tiba masanya”

“Tetapi saya tidak menolak sekiranya memang sudah ditakdirkan saya berkahwin. Saya serahkan semuanya kepada qada’ dan qadar,” jelasnya menerusi portal Astro Gempak selain menyatakan keinginannya untuk berkahwin tetapi haruslah menerima dirinya seadanya.

Merungkai kembali cerita lama, pada awal tahun lepas setelah Zamani ditahan atas tuduhan salah guna dadah, komposer terkenal Saari Amri yang juga rapat dengan Zamani telah memuatnaik status berkaitan dengan Siti Nurhaliza namun Siti enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.-rotikaya

Guna Mercun Letup Mesin Deposit Tunai

Sebuah bank yang terletak di kawasan agak sunyi di Pantai Jerjak nyaris mengalami kerugian apabila sebuah mesin deposit tunai diletupkan menggunakan mercun buatan sendiri.


Guna Mercun Letup Mesin Deposit Tunai

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, kejadian kira-kira jam 3.45 pagi tadi itu disedari penduduk di kawasan perumahan itu yang terkejut mendengar letupan kuat dan kemudiannya menghubungi polis.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, terdapat taburan pasir dihadapan pintu masuk dan juga kawasan hadapan mesin deposit tunai bank berkenaan.

“Polis turut menjumpai sekeping besi penutup mesin deposit tunai yang tercabut dipercayai terkena bahan letupan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek menggunakan sejenis bahan letupan yang dipercayai mercun buatan sendiri jenama pipe bom.

“Kita sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek berseorangan yang menaiki motosikal itu memasuki kawasan bank berkenaan lalu meletakkan sebuah kotak di salah sebuah mesin deposit tunai.

Selepas beberapa saat, berlaku letupan menyebabkan pintu dan penutup mesin deposit tunai tercabut,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun gagal memecahkan mesin berkenaan. – Sinar Harian Online