Derma Kasut Messi Dikecam Mesir


Hasrat bintang Barcelona, Lionel Messi untuk mendermakan sepasang but yang pernah digunakan beliau bagi tujuan amal akhirnya mendapat kecaman rakyat Mesir.


 Derma Kasut, Rakyat Mesir Kecam Messi

Semasa temubual bersama stesen televisyen dalam rancangan "Yes I Am Famous" yang disiarkan menerusi Siaran Misr MBC, pemain kebangsaan Argentina itu memberitahu hos rancangan tersebut, Mona El-Sharkawy bahawa beliau mahu mendermakan sepasang but bolanya yang akan dilelong untuk pertubuhan amal.

Namun Messi tidak menyedari bahawa di Mesir dan beberapa negara Arab lain, kasut sebenarnya boleh dikatakan simbol penghinaan dan tidak hormat.

Susulan itu, beberapa rakyat Mesir mengecam tindakan Messi dan menggunakan laman media sosial untuk menyatakan kemarahan mereka.

"Ini adalah perkara paling menjijikkan. Beliau dibayar beribu-ribu dolar tapi akhirnya beliau mendermakan kasutnya," kata @Sala77ar7ash.

"Maruah Mesir adalah lebih penting daripada kasut Messi. Ia adalah satu penghinaan terhadap Mesir," kata @sulimanahmad670.

Dalam budaya Arab, menunjukkan tapak kasut anda boleh dianggap sebagai perbuatan paling hina.

Pada 2008, wartawan Iraq, Muntasir al-Zaydi membaling kasutnya kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush sebagai tanda protes terhadap satu sidang media di Baghdad.

Kasut dianggap sebagai kotor kerana ia dikaitkan dengan kaki, bahagian paling bawah pada anggota badan.-mstar

Filled Under: