Primadona Neng Yatimah koma

Primadona veteran, Neng Yatimah, 91, ibu mentua Allahyarham Datuk Mustapha Maarof dilaporkan koma di Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura, sebentar tadi.


Primadona Neng Yatimah koma, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, Neng Yatimah

Pelakon era 1940-an dan 1950-an itu dikatakan mengalami sesak nafas serta tekanan darah rendah setibanya di Johor Bahru dan dikejarkan ke hospital, lewat petang tadi.

Neng berada di Kuala Lumpur, Isnin lalu, bagi menghadiri upacara pengebumian menantunya diikuti majlis tahlil, malam semalam.

Azlynna yang juga anak Allahyarham Mustapha berkata, neneknya mengadu sakit dan dikejarkan ke hospital sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Neng Yatimah atau nama sebenarnya, Buntat Ahmad, membintangi beberapa filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Rachun Dunia, Seri Mersing dan Laila Majnun serta pernah membintangi filem Ibu bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Artikel Terdahulu : Salammusik Tambat Hati Peminat Muzik Eropah

Sumber : hmetro.com.my

Salammusik Tambat Hati Peminat Muzik Eropah

Tahun lalu, Salammusik berjaya menambat hati peminat muzik di sekitar Eropah untuk mengenali muzik mereka sekali gus memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.


Salammusik Tambat Hati Peminat Muzik Eropah, info, terkini, hiburan, sensasi, Salammusik

Persembahan mereka di Magneet Festival di Amsterdam, Belanda mendapat perhatian peminat di sana, malah turut mendapat liputan akhbar di negara itu.

Selain itu, Salammusik yang dianggotai Salam (vokal), Eyza Bahra (vokal), Tip (vokal), Talal Zahnan (keyboard), M Irhas (trumpet), Bulya (dram), Firdaus Aziz (trumpet), Ferdaus Nadzir (bass), Ammar Habir (gitar) dan Kamal Razali (gitar) turut mengadakan persembahan di United Kingdom, Belgium dan beberapa negara lain di Eropah.

Ternyata, pemergian mereka yang ketika itu mendapat tajaan daripada banyak pihak berbaloi kerana ia membuka peluang untuk Salammusik menjayakan beberapa festival muzik di Belanda pada tahun ini.

Meledak di arena muzik tempatan sejak 2010, Salammusik sememangnya berada di kelas tersendiri. Muzik reggae dengan sentuhan hip hop menjadikan mereka antara band yang menarik perhatian di sini.



Sumber : hmetro.com.my

Wang Kertas Pelik RM50 & RM100 Tersebar

Beberapa hari kebelakangan ini, laman sosial Facebook jadi medan perkongsian foto not terbaharu bagi matawang Ringgit Malaysia bernilai RM50 dan RM100.


Wang Kertas Pelik RM50 & RM100 Tersebar, info, terkini, berita, BNM, sensasi

Melalui muat naik dan perkongsian para pengguna, foto not terbaharu itu menunjukkan nilai RM50 berwarna biru dan jingga serta memaparkan imej beberapa bangunan ikonik Malaysia seperti KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Kuala Lumpur.

Namun, ramai tertanya-tanya dan meragui kesahihan foto ini terutama bagi nilai matawang RM100 yang disaluti warna emas pada keseluruhan not.

Memetik laporan The Rakyat Post, not RM50 dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Bhd sebagai memperingati Sukan Komenwel pada 1998.

Not sah tersebut dikeluarkan lebih kepada item koleksi bagi pengumpul not matawang dan dihasilkan pada kuantiti terhad iaitu sebanyak 500,000 unit sahaja. Ia dijual pada harga RM80 bagi setiap keping.

Uniknya, not tersebut memiliki tandatangan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don.

Tak hairanlah, nilainya dikatakan telah meningkat pada harga RM500 bagi setiap helai not.

Namun demikian, not RM100 yang kini dijual melalui beberapa platform jualan dalam talian antaranya ‘www.mudah.com‘ pada harga RM35 – RM40 sekeping didapati TIDAK SAH.


Wang Kertas Pelik RM50 & RM100 Tersebar, info, terkini, berita, BNM, sensasi

Menurut sumber dipercayai, pihak BNM telah mengesahkan tak pernah mengeluarkan apa-apa not seumpama itu.

Sumber yang enggan dikenali itu menambah, tindakan memasarkan not palsu adalah melanggar undang-undang kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

BNM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.


Artikel Terdahulu : Belon Udara Di Turki Jatuh, Rakyat Malaysia Parah

Sumber : mynewshub.cc

Belon Udara Di Turki Jatuh, Rakyat Malaysia Parah

Seorang pelancong maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kemalangan belon udara panas yang membawa pelancong dari China dan Malaysia di Turki, awal hari ini, lapor BBC.


Belon Udara Di Turki Jatuh, Rakyat Malaysia Parah, info, terkini, sensasi, berita, Turki

Belon tersebut jatuh ketika melalui Lembah Gubercinlik, di wilayah Nevsehir kira-kira 8.15 pagi waktu tempatan ketika sekumpulan pelancong tersebut sedang bersiar-siar.

Namun, punca kejadian masih belum diketahui.

Pihak berkuasa dan paramedik dikejarkan ke tempat kejadian selepas saksi melihat kejadian itu.

Menurut laporan media Turki, pelancong China yang maut dikenali sebagai Tang Yi, sementara rakyat Malaysia yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kesemua mangsa dirawat di hospital berdekatan.


Sumber : SHarian Online

1 Suspek Geng Mamak Ditembak Mati, 3 Ditangkap

Seorang penjenayah dipercayai anggota Geng Mamak ditembak mati malam tadi manakala tiga lagi diberkas dalam dua operasi berasingan baru-baru ini.


1 Suspek Geng Mamak Ditembak Mati, 3 Ditangkap, info, terkini, sensasi, berita, geng mamak, penjenayah
Sudah banyak kali buat onar, ini adalah gambar fail seorang anggota Geng Mamak yang berjaya ditembak mati polis, 25 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata suspek bernama Muhammad Asharaf Jamaluddin, 24, ditembak mati di sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar ketika berbalas tembakan dengan polis pada pukul 9.30 malam.

“Polis ditembak bertalu-talu oleh suspek sewaktu serbuan di rumah tersebut. Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu kes samun di Kamunting dan dia dipercayai pemandu kenderaan penjenayah yang merempuh dan menyebabkan kematian anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Bagan Serai pada Mei lepas,” katanya di Ipoh hari ini.

Beliau berkata di rumah tersebut, polis turut merampas antaranya sepucuk pistol Colt .45 semi automatik, beberapa butir peluru, pelbagai plat nombor pendaftaran kenderaan, parang, golok, empat jaket berlambang polis, empat lencana integriti Jabatan Kastam, 72 telefon bimbit dan sejumlah kunci kenderaan mewah.

Seorang lagi suspek geng itu yang berusia 37 tahun dan berasal dari Kampung Stesen, Kuala Kangsar ditangkap ketika Ops Cantas Khas di Lenggong pada pukul 11.30 pagi pada 14 Disember lepas apabila polis mengesan sebuah kenderaan yang disyaki.

Mohd Dzuraidi berkata lelaki yang didapati positif dadah itu mempunyai 20 rekod jenayah lampau antaranya samun, pecah rumah dan curi kenderaan selain mempunyai lapan rekod yang dikehendaki di Perak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Subaru Impreza, 1 vest polis, sejumlah kunci kenderaan mewah dan pemotong besi.

Selain itu seorang lelaki berusia 50 tahun juga berasal dari Kampung Stesen yang dipercayai anggota Geng Mamak masih direman sehingga Jumaat ini bersama-sama teman wanitanya yang berusia 33 tahun, katanya.

Beliau berkata pasangan itu ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Desa, Kampung Tawas di sini pada pukul 6.20 petang 6 Disember lepas dan polis turut merampas dua buah kereta iaitu jenis Proton Perdana dan Honda Civic, 1 vest polis dan peralatan pecah rumah.

“Suspek lelaki yang positif dadah itu mempunyai 25 rekod jenayah lampau seperti samun, pecah rumah, serta rekod dikehendaki di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka manakala wanita yang berasal dari Sungai Siput itu juga positif dadah,” katanya.

Mohd Dzuraidi berkata tahanan reman kedua-duanya dilanjutkan lagi daripada 14 Disember sehingga 19 Disember ini bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam.

Beliau berkata polis kini sedang mencari Mohd Sharif Abu Bakar, 52, dan Nazrulhizam Mohamad Ramli, 35, bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan menghubungi polis.

Mohd Dzuraidi berkata sejak tiga bulan kebelakangan ini, Geng Mamak dikesan melakukan pelbagai jenayah terancang seperti samun, pecah rumah dan curi kenderaan mewah.

“Masih terdapat Geng Mamak, kita akan terus memburu mereka. Geng ini dikesan menyamar sebagai polis dan anggota kastam. Kita percaya Geng Mamak sedang merekrut anggota mereka yang baharu,” katanya.

Beliau berkata bagi tahun 2014 sehingga Disember, sebanyak 24 kes dipercayai dilakukan kumpulan tersebut di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kelantan.

“Pihak JSJ Perak menubuhkan pasukan petugas untuk memburu dan menumpaskan kumpulan ini. Setakat ini hasil daripada maklumat awam dan siasatan, kita menangkap beberapa suspek yang kesemuanya merupakan anggota Geng Mamak yang aktif,” katanya. – Bernama

Punca Thailand Benam Harimau Malaya 2-0

Dua gol pada babak kedua membantu Thailand mendapatkan modal selesa menewaskan Malaysia 2-0 dalam final pertama, Piala AFF Suzuki di Bangkok, malam ini.


hailand Benam Harimau Malaya 2-0, inf sukan, bola sepak, berita, sensasi, Piala AFF Suzuki 2014

Selepas buntu pada babak pertama, tuan rumah bangkit lebih garang untuk merakamkan kemenangan dengan gol daripada Charyl Chappuis pada minit ke-71 dan Kroekrit Thaweekarn pada minit ke-86 di Stadium Rajamangala yang penuh sesak dengan penonton.


hailand Benam Harimau Malaya 2-0, inf sukan, bola sepak, berita, sensasi, Piala AFF Suzuki 2014
Riak kecewa tergambar di wajah pemain Harimau Malaya usai perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand yang berakhir dengan kekalahan 2-0.



Kini, Harimau Malaya pimpinan Dollah Salleh harus mengilhamkan kemenangan dalam final kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

THAILAND
Kawin Thammasatchanan (kapten), Narubodin Weerawatnodom, Suttinan Phukhom, Tanaboon Kesarat, Peerapat Notchaiya, Mongkol Thosakrai (Deeprom P), Charyl Chappuis, Sarach Yooyen (Lahso A), Kroekrit Thaweekarn, Chanathip Songkrasin, Adisak Kraisorn

MALAYSIA
Farizal Marlias, S Kunanlan, Shukor Adan (kapten), Fadhli Shas, Zubir Azmi, Azammuddin Akil, Safiq Rahim, Badhri Radzi (Baddrol Bakhtiar), Amri Yahyah (Safee Sali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha.

PENGADIL: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)

Artikel Terdahulu : Foto Peha Gebu Syana Sofya Jadi Viral

Sumber : berita harian

Foto peha gebu Dyana Sofya di Persidangan DAP viral di FB

Beberapa keping foto Dyana Sofya yang agak daring diambil dari sudut depan sedang berlegar-legar di laman Facebook.


Foto peha gebu Dyana Sofya di Persidangan, info, terkini, sensasi, berita, Dyana Sofya, Persidangan Parti DAP 2014

Foto berkenaan diambil ketika Persidangan Parti DAP 2014.

Di dalam foto berkenaan, Dyana hanya mengenakan uniform putih rasmi DAP dengan skirt pendek atas lutut.


Foto peha gebu Dyana Sofya di Persidangan, info, terkini, sensasi, berita, Dyana Sofya, Persidangan Parti DAP 2014

Beberapa netizen menawarkan diri untuk memeliki hati beliau, dengan niat untuk membimbing. Malah ada juga yang berfikiran lebih terbuka dengan mengatakan inilah gaya orang muda sekarang berpolitik.

Artikel Terdahulu : Baru 5 Tahun, Ayan Qureshi Pakar IT Termuda Di Dunia

Sumber : pilihan-anda.blogspot.com

Baru 5 Tahun, Ayan Qureshi Pakar IT Termuda Di Dunia

Percaya atau tidak, Ayan Qureshi yang baru sahaja berusia 5 tahun ini merupakan pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah termuda di dunia!


Ayan Qureshi Pakar IT Termuda Di Dunia, info, terkini, berita, sensasi, Ayan Qureshi, Pakar IT Termuda Dunia

Budak lelaki pintar ini mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan oleh syarikat perisian komputer terkenal, Microsoft.

Malah lebih mengejutkan, kanak-kanak ini lulus dengan cemerlang sehingga memperoleh sijil Profesional Bertauliah Microsoft yang biasanya diduduki oleh calon yang terdiri daripada graduan dewasa.


Ayan Qureshi Pakar IT Termuda Di Dunia, info, terkini, berita, sensasi, Ayan Qureshi, Pakar IT Termuda Dunia

Kanak-kanak cilik berbakat dari Coventry, England ini membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan dikemukakan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan.

Bapanya, Qureshi, telah memperkenalkan komputer kepada Ayan sejak dia berumur 3 tahun lagi.


Ayan Qureshi Pakar IT Termuda Di Dunia, info, terkini, berita, sensasi, Ayan Qureshi, Pakar IT Termuda Dunia

Melihat minat anaknya terhadap komputer, Qureshi telah membina sendiri sebuah makmal komputer bagi pembelajaran anaknya.

Menurut ayahnya, walaupun Ayan meminati permainan komputer, dia juga sangat meminati mekanisma yang terdapat dalam perkomputeran.


Ayan Qureshi Pakar IT Termuda Di Dunia, info, terkini, berita, sensasi, Ayan Qureshi, Pakar IT Termuda Dunia


Adalah tidak mudah untuk mengajar tentang komputer di usia muda, namun bapa Ayan seorang yang optimis kerana percaya usahanya pasti akan membuahkan hasil.

Ternyata, telahannya kini jadi kenyataan.

Anak anda juga boleh menjadi seperti Ayan Qureshi, tetapi syarat pertama mestilah pandai membaca dulu..


Sumber : mynewshub.cc