Memaparkan catatan dengan label kontroversi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kontroversi. Papar semua catatan

Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014

Baru sahaja memenangi Artis Paling Kontroversi ABPBH 2014 bagi kategori online, nampaknya Sharnaaz Ahmad tidak mengambil masa yang lama untuk mencipta kontroversi baru.


Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Sharnaaz ahmad

Mana tidaknya, fesyen yang dikatakan menyerupai pakaian tentera Sharnaaz Ahmad dan kekasih hati Anis Al Idrus pada ABPBH semalam dianggap tidak bersesuaian dan menjadi perdebatan peminat, malah ada anggota  pasukan keselamatan yang turut memberikan komen.

Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Sharnaaz ahmad


Pada masa sama, pingat yang diletakkan pada pakaian Sharnaaz turut menjadi persoalan netizen. Menurut mereka, rupa bentuk pingat tersebut menyerupai salah satu pingat tertinggi bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji.


hiburan, info, kontroversi, sensasi, sharnaaz ahmad, Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014, terkini,

hiburan, info, kontroversi, sensasi, sharnaaz ahmad, Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014, terkini,

Patutlah jadi persoalan sebab pingat tersebut bukan calang-calang pingat, hanya dikurniakan kepada Anggota Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform di Malaysia.




Sharnaaz bagaimanapun melalui post terbarunya di Instagram telah pun memohon maaf kepada pihak yang berkenaan sekiranya fesyen yang digayakan mengundang kemarahan.

Iyalah mana peminat tak persoalkan, tema semarakkan cinta tapi fesyen yang digayakan menyerupai pakaian badan beruniform. Mungkin cintakan negara? Apa-apa pun tahniah Sharnaaz!

Sumber : ohbulan

Mamat Exist Ditahan Positif Dadah?

Seorang penyanyi lelaki berusia 36 tahun telah ditahan kerana didapati positif dadah. Menurut Harian Metro, penyanyi tersebut telah mendapat tempat ketiga di dalam program realiti terbitan sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini. 


Mamat Exist Ditahan Positif Dadah?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Mamat Exist

Berdasarkan informasi tersebut, rata-rata mengandaikan bahawa penyanyi tersebut ialah Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist yang telah mendapat tempat ketiga di dalam Gegarvaganza.

Sebelum ini, pengurus yang menaikkan nama Mamat iaitu Mie telah memaklumkan yang penyanyi tersebut menghilangkan diri kerana gelap mata akibat duit yang dimenanginya dalam program GegarVaganza. Mamat telah ditahan polis 9 malam tadi, selepas ujian air kencing positif Amphetamine. Mamat kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.


Mamat Exist Ditahan Positif Dadah?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Mamat Exist

Agak menyedihkan apabila perkara ini berlaku ketika Mamat telah menaikkan namanya kembali. Sepatutnya Mamat harus bersyukur dengan peluang kedua yang diterimanya. Nampaknya masih tidak insaf lagi. Sama-samalah kita nantikan perkembangan lanjut kes ini.


Sumber : beautifulnara

Mas Anizan bukan madu saya - Lynn Alkhaired

Bekas aktres, Sharifah Haslinda, 43 yang kini lebih mahu dikenali dengan nama Lynn Alkhaired menegaskan bahawa pelakon lama era 90an, Mas Anizan bukan madunya seperti yang pernah tersebar sebelum ini.


Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Cerita ini timbul apabila Mas Anizan berkahwin kali kedua dan selamat melahirkan anak perempuan pada 7 November tahun lalu. Sebelum ini pun, suami Lynn iaitu Datuk Seri Reezal Merican dikatakan sudah berkahwin kali ketiga secara senyap-senyap dengan Mas.

Bagaimanapun Reezal yang juga ahli politik menafikan perkara itu dan memberitahu beliau hanya ada dua orang isteri.


Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

"Mas memang bukan madu saya. Semua yang timbul hanya spekulasi. Saya secara peribadi menyukainya. Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya selain mempunyai hati yang baik.

Sesama wanita saya mendoakan supaya kehidupan rumah tangganya dirahmati dan bahagia.

"Saya tidak mengenalinya secara rapat tetapi tahu menerusi kawan baik beliau iaitu Zarina Zainuddin. Saya harap selepas ini tak ada lagi yang membangkitkan hal ini kerana ia memang tak benar," kata kakak kepada Sharifah Sakinah itu.

Lynn yang sudah berhenti berlakon kira-kira 10 tahun kini lebih menumpukan perhatian kepada rumah tangganya. Perkahwinannya bersama Reezal dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.


Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Selain rumah tangga, Lynn juga aktif dalam bidang kecergasan seperti Sharifah Sakinah. Malah beliau sebenarnya meminati dunia kecergasan sejak kecil lagi. Sekitar 1989, Lynn sudah berjinak-jinak ke gim selain pernah membuka gim selama lima tahun.

Sejak setahun lalu, Lynn membuka Muayfit Fitness Sdn Bhd yang beroperasi di Ritze Perdana Commercial Centre, Damansara Perdana (www.muayfit.com). Pada 27 Mac ini Lynn turut menganjurkan seminar Muayfit dengan mengundang pemain Muay Thai dari New Zealand bernama Genah Fabian.


Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Selain Lynn dan Sakinah, Sharifah Shahira juga turut menceburi dunia seni. Cuma Lynn saja yang memilih untuk tidak aktif berbanding dua beradik yang lain. Drama Salina di TV3 antara yang paling mengingatkan Lynn kepada peminatnya.

Menerusi drama itu Lynn bergandingan dengan Ako Mustapha dan Fahrin Ahmad. Drama Lembah Emas adalah cerita pertama menampilkan Lynn sebagai teraju utama di samping Sidi Oraza.

Sumber : bharian

Jawapan Nor Hasni Tuduhan Putri Mardiana Isu Diperangakap

Seperti yang dijanjikan, inilah penjelasan daripada isteri Ejump (bukan bekas isteri seperti yang ditulis oleh Putri Mardiana) terhadap dakwaan Putri Mardiana yang menyatakan dia memerangkap pelakon tersebut buat kali kedua dengan suaminya. 


Jawapan Nor Hasni Tuduhan Putri Mardiana Isu Diperangakap, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, putri mardiana, Ejump

Untuk makluman, isteri Ejump bernama Nor Hasni, masih belum bercerai dengan suaminya. Kes mereka masih lagi dalam perbicaraan. Banyak fakta-fakta menarik yang didedahkan oleh Nor Hasni tentang penangkapan khalwat Putri Mardiana kali kedua ini. Terkejut juga dibuatnya.


Paling menarik ialah fakta Putri Mardiana dan Ejump ditangkap khalwat kali kedua di atas katil di dalam bilik tidur Nor Hasni. Pergh!!! Parah sungguh. Kalau itu yang dinamakan perangkap, tak tahula nak cakap apa. Malah, selepas tangkapan pertama dilakukan, Putri Mardiana dan Ejump terus tinggal bersama seperti pasangan suami isteri. Tulis Nor Hasni menerusi Facebooknya:-

Jawapan Nor Hasni Tuduhan Putri Mardiana Isu Diperangakap, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, putri mardiana, Ejump

Jelas Nor Hasni lagi:-

Jawapan Nor Hasni Tuduhan Putri Mardiana Isu Diperangakap, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, putri mardiana, Ejump

Lebih menyedihkan, Putri Mardiana menerusi laman Facebooknya telah menggelar Nor Hasni sebagai kerbau tua. Tidak mahu diambil kesempatan, Nor Hasni juga memberi jawapan kepada semua kata-kata Putri Mardiana di Galaxy TV9.

Jawapan Nor Hasni Tuduhan Putri Mardiana Isu Diperangakap, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, putri mardiana, Ejump
Jawapan Nor Hasni Tuduhan Putri Mardiana Isu Diperangakap, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, putri mardiana, Ejump


Rasanya semua orang boleh tahu siapa bersalah dan siapa yang benar di dalam hal ini. Tak perlulah tegakkan benang yang basah. Takkan nak tunggu kena tangkap khalwat sejuta kali baru nak insaf? Kalau duit dah cukup, hati memang cinta, ajak je lah si Ejump tue kahwin. Takut-takut Putri Mardiana pun kena main dengan Ejump. Kalau dah sampai kena tangkap atas katil, takkanlah tak tahu buat apa. Mana maruah sebagai seorang ibu dan wanita? Sedih!!!

Sumber : beautifulnara

Pelakon Marshanda Dikecam Teruk!

Ketika ini, Marshanda merupakan salah seorang artis yang sering menjadi perhatian media mahupun masyarakat umum. Ia disebabkan kes-kes kontroversi yang terjadi pada bintang sinetron Bidadari itu sepanjang 2014.


Pelakon Marshanda Dikecam Teruk!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Artis indonesia

Sejak itu (kontroversi), Marshanda atau lebih dikenali sebagai Caca ini mula kehilangan peminatnya. Keputusan Marshanda untuk menanggalkan tudung selepas bercerai dengan Ben Kasyafani menjadi salah satu sebab dirinya tidak disukai peminat dan disebabkan itu Peminat Gelar Marshanda Munafik!

Lebih parah, setiap kali Marshanda memuat naik gambar di laman Instagramnya, dia akan dikecam teruk oleh golongan haters (pembenci).


Terbaharu, Marshanda dikecam teruk apabila memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya sedang melakukan yoga dengan seorang jurulatih lelaki. Gambar itu juga menunjukkan Marshanda mengenakan baju yang  tidak berlengan dan sedikit terdedah.


Tidak menghiraukan kritikan yang diterima, Marshanda memuat naik sekeping lagi gambar dirinya sedang melakukan yoga.

Pelakon Marshanda Dikecam Teruk!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Artis indonesia

Selepas memuat naik gambar kedua itu, haters berlumba-lumba menulis komen yang tidak menyukai perbuatannya itu. Salah satu komennya berbunyi: ‘“Aduh dahulu ditutup-tutup, sekarang dibuka-buka. Kasihan’.

Semoga Marshanda kekal istiqamah selepas ini sekiranya ingin kembali bertudung.


Sumber : gosipmalaysia

Shahrol Shiro Sudah Bertunang Dengan Pengurus Peribadinya?

Terkejut juga membaca tulisan Miss J semalam di Pancaindera. Mana tidaknya, penulis ruangan terkenal itu melaporkan yang Shahrol daripada kumpulan Shiro telah pun selamat bertunang. Amboi senyap-senyap sungguh. 


Shahrol Shiro Sudah Bertunang Dengan Pengurus Peribadinya?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, pelawak, shahrol Shiro

Tambah menarik, Shahrol dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan pengurus peribadinya. Lagi sekali amboi sambil bekerja sempat ngorat. Hehehe.

Jika benar berita pertunangan ini, jutaan tahniah diucapkan kepada Shahrol Shiro. Memang sesuai sangat berkahwin dengan pengurus peribadi. Ke mana-mana pun dapat ikut. Pilihan yang amat tepat. 

Nanti kalau nak nikah, jangan lupa jemput terutama kepada peminat kumpulan Shiro. Tak sabar nak tengok Shahrol bersanding atas pelamin. Tahniah!!! Sumber Utusan Malaysia.

Dafi Mengamuk Kerana Rozita Che Wan

Hubungan Dafi dan Rozita Che Wan sememangnya akrab dan rapat bagaikan adik-beradik. Apatah lagi Rozita Che Wan bernaung di bawah syarikat LOL (Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh Dafi dan sahabatnya Afeeq.


Dafi Mengamuk Kerana Rozita Che Wan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, dafi, rozita che wan, che ta

Baru-baru ini dikatakan Dafi telah memarahi peminat yang memperlekehkan pemakaian Rozita Che Wan.

Ada yang menegur malah mengecam dan mempersenda Che Ta kerana memakai seluar jeans koyak baru-baru ni walhal Che Ta ada pakai 2 lapis.

Jom baca komen Dafi di instagram milik Rozita Che Wan ini:

Dafi Mengamuk Kerana Rozita Che Wan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, dafi, rozita che wan, che ta





Sumber : hotlips Corner

Dituduh Lesbian, Apa Jawapan Zara Zya?

Hidup dalam industri hiburan tanah air bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana ada sahaja gosip dan cerita-cerita hangat yang terpaksa dihadapi oleh seorang insan yang bergelar anak seni.


Dituduh Lesbian, Apa Jawapan Zara Zya?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zara zya

Itulah yang kini terpaksa dihadapi oleh aktres Zara Zya yang mula terkenal menerusi Love You Mr Arrogant.

Selepas digosipkan kononnya menjalin hubungan cinta dengan pasangannya dalam drama itu iaitu Azlee Khairi, Zara Zya kini berdepan pula dengan cerita bahawa dia sebenarnya mencintai kaum sejenis.

Pemilik nama sebenar Zainurul Razia Bte Mohd Zainuddin itu dituduh seorang lesbian kerana jarang dilihat berdampingan dengan lelaki. Namun apa pula kata aktres ini?

Sambil tergelak, Zara Zya memberitahu akhbar Berita Harian yang dia sebenarnya sudah lama mengetahui tuduhan tersebut tetapi enggan mengambil kesah.

Katanya, dia merasakan modal cerita sebegini sudah lapuk kerana orang yang membangkitkan cerita tersebut sengaja mereka cerita kerana dia tidak mempunyai kekasih. Zara Zya akui yang dia masih mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki dan waras untuk berfikir perkara yang hakiki.

Tambah Zara, sebelum ini pun hanya kerana dia mempunyai pengurus yang berperwatakan tomboi, ada pula yang menuduh dia mempunyai hubungan dengan pengurusnya.

Setakat ini, Zara menjelaskan di masih solo. Mengakui usianya kini mencecah 30 tahun, Zara berkata dia masih tertunggu-tunggu jika ada yang datang meminang. Tapi sejujurnya Zara berkata dia tidak akan mencari kerana dia yakin jodoh akan dating sendiri.

Tegas Zara lagi, jika dia ke acara hiburan tertentu pun bukan untuk mencari jodoh atau menggatal. Sebaliknya dia ingin mencari rezeki dan timbul niat untuk mencari rumah kerana sehingga kini dia masih menyewa.

Dalam perkembangan lain, selain drama Dan Calonnya Adalah musim kedua, Zara juga akan muncul dengan drama Hidayahmu Ramadan untuk slot Samarinda TV3 sempena Ramadan nanti.


Sumber : murai

Foto Ciuman Hangat Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair

Wah… Jika hari tu kita tengok foto Eina Azman dan suami bercium, kemudian foto kakak Dafi dan suami pula kiss dalam air, hari ini kita pergi ke international level pula!


Foto Ciuman Hangat Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Ashraf Sinclair, BCL, Bunga CInta Lestari

Siapa lagi kalau tak lain tak bukan pasangan sensasi, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Tapi, memang sekarang ni babak kissing kena upload di Instagram ye?


Rupa-rupanya ciuman manja Bunga Citra Lestari kepada Ashraf Sinclair ini adalah untuk meraikan kemenangan mereka dalam kategori ‘Most Fashionable Couple‘ dalam Insert Fashion Awards (IFA).

Tahniah kami ucapkan buat mereka! Cuma, agaknya lepas ni siapa pula nak kissing-kissing dalam Instagram.

Sumber : ohbulan

Erra Fazira Dan Shahir AF Bercinta?

Setelah membuat pengakuan Erra Fazira Kini Dah Berpunya?, nama Shahir AF dikaitkan sebagai jejaka bertuah yang berjaya mencuri cinta pelakon jelita tersebut. Namun tiada sebarang kenyataan tentang percintaan dikeluarkan oleh kedua-duanya.


Erra Fazira Dan Shahir AF Bercinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, erra fazira, shahir AF

Mungkin tidak mahu percintaan gagal di tengah jalan, Erra Fazira tetap berahsia tentang identiti lelaki yang kini bergelar kekasihnya itu. Yang penting lelaki tersebut bukanlah ahli perniagaan seperti yang digembar-gemburkan.

Dalam kenyataan sebelum ini Erra Fazira akui mempunyai “teman tapi mesra”. Namun tidak pernah memberitahu siapa jejaka tersebut.

    “Mengenai Shahir, saya tak pernah mengiyakan atau menidakkan. Malah tak ada istilah berpatah balik kawan dengan Shahir semula. Hakikatnya saya masih berkawan dengan insan yang saa. Cuma orangnya rahsia.”

    “Status sekarang kami saling mengenali. Siapa orangnya biarlah rahsiakan dulu sebab kami setakat berkawan buat masa ini. Sebelum ini kecoh orang kata saya rapat dengan ahli perniagaan tapi gosip itu tak betullah.” Kata Erra.

    “Tiada ahli perniagaan yang intim dalam hidup saya sekarang. Saya tak kenal pun dengan mana-mana ahli perniagaan seperti yang kecoh diperkatakan sebelum ini. Rasa tak seronok apabila cerita bukan-bukan yang keluar sedangkan lelaki yang sebenar adalah orang lain.”


Erra Fazira Dan Shahir AF Bercinta?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, erra fazira, shahir AF

Kalau betul ‘kawan’ lelaki tersebut adalah Shahir pun apa salahnya kan? Shahir pun hensem, muda dan memang sedap mata memandang. Sesuai la dengan Erra Fazira yang masih gorgeous. Satu hari nanti pasti identiti lelaki tersebut akan terbongkar jua. Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu sahaja.

Sumber : gosipmalaysia

Peminat Berbalah Isu Ainul Aishah Disangka Berbikini

Masihkah anda ingat kepada Ainul Aishah, seorang pelakon yang pernah membintangi filem Nana Tanjung dan juga drama Spa Qisitina satu ketika dahulu? Pelakon ini telah diserang peminat gara-gara gambarnya didakwa berbikini yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya ketika bercuti di Boracay baru-baru ini.


Peminat Berbalah Isu Ainul Aishah Disangka Berbikini, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, ainul aishah

Namun jika dilihat secara teliti, sebenarnya gambar tersebut merupakan pantulan (yang diubah melalui aplikasi telefon pintar) dan Ainul juga turut menerangkan perkara berkenaan (mirror apps) di samping turut melayan kritikan di Instagram yang menghentamnya.


Peminat Berbalah Isu Ainul Aishah Disangka Berbikini, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, ainul aishah

Bagaimanapun perkara tersebut tetap menjadi perbalahan di kalangan peminatnya kerana gambar yang dikongsikan Ainul jika sekali imbas memang seperti menampakkan dirinya berbikini. Jika dua kali imbas, anda akan rasa gambar tersebut sedikit pelik.

Bagaimanapun, bagi tidak mengeruhkan keadaan, Ainul telah memuatnaik gambar keseluruhan baju yang dipakainya ketika itu demi menjelaskan situasi sebenar. Kami tidak mahu kata apa-apa, cuma tertanya-tanya siapa pula selepas ini agaknya yang bakal muncul dengan gambar berani mati?
Peminat Berbalah Isu Ainul Aishah Disangka Berbikini, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, ainul aishah

Peminat Berbalah Isu Ainul Aishah Disangka Berbikini, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, ainul aishah

Peminat Berbalah Isu Ainul Aishah Disangka Berbikini, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, ainul aishah

Peminat Berbalah Isu Ainul Aishah Disangka Berbikini, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, ainul aishah

Sumber : rotikaya

Abby Abadi Sudah Bernikah?

Desas-desus mengenai perhubungan Abby Abadi dan Ustaz Khairul Azli bukanlah satu berita yang baru. Malah, Abby juga sebelum ni seakan-akan memberi petunjuk beliau bakal berkahwin  apabila memuat naik beberapa foto gubahan hantaran.


Abby Abadi Sudah Bernikah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, abby abadi

Terbaru,  Abby dan Ustaz Khairul dilaporkan sudah sah bergelar suami dan isteri apabila lelaki tersebut memuat naik gambar menghulurkan senaskah Al- Quran kepada seorang wanita mirip Abby dengan bait penuh rasa cinta kepada seseorang.

Perkara tersebut nampaknya benar apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai @dijayamin telah mengiyakan pertanyaan peminat mengenai status Abby dan Ustaz Khairul.


Abby Abadi Sudah Bernikah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, abby abadi

    Alhamdulillah mereka sekarang pasangan suami isteri.. semoga kebahagiaan milik mereka.

Jika berita ini benar, maka ini adalah perkahwinan kali ke tiga buat Abby. Terdahulu, bekas penyanyi kumpulan Elite ini pernah mendirikan rumah tanggan bersama aktor Norman Hakim dan di kurniakan tiga orang cahaya mata sebelum bercerai.  Kemudian, Abby telah bernikah dengan jejaka lebih muda daripada beliau iaitu Noor Farhan  di Thailand dan bercerai juga tidak sampai setahun kerana berlakunya salah faham diantara mereka.

Kalau benar Abby Abadi sudah bernikah kami ucapkan tahniah. Semoga pernikahan kali ini kekal sehingga akhir hayat. Harapnya Abby dan Ustaz Khairul dapat bersabar dan bertolak ansur jika timbulnya masalah. Kesian kepada anak-anak Abby yang  sering melihat ibunya derita kerana lelaki sebelum ini bukan?

Sumber Berita: my artis

Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Kali Kedua

Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin dilaporkan telah ditangkap khalwat kali kedua dengan lelaki sama, Shahrizam Abdullah pada pagi Sabtu.


Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Kali Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, puteri mardiana


Pelakon berusia 34 tahun itu ditangkap bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai E-Jump, kira-kira jam 4.00 pagi di USJ 1, Subang Jaya.

Menurut laporan Astro Gempak, mereka ditangkap di kediaman isteri E-Jump, Nor Hasni Md. Hashim.


Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Kali Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, puteri mardiana

Nor Hasni yang mengesahkan berita penangkapan terbabit menjelaskan, “Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah.”

Sebelum ini, Putri Mardiana dan E-Jump pernah ditangkap khalwat pada Disember tahun lalu selepas didapati berdua-duaan di kediaman pelakon itu yang terletak di Ukay Perdana.


Sumber : mynewshub.cc

Zizan Razak Perjelas Isu Hubungan Istimewa

Pelakon Zizan Razak menjelaskan tiada sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin seperti khabar angin yang tersebar.



Zizan, 31,berkata, hubungan rapat tersebut hanya berkaitan dengan urusan kerja semata-mata, malah telah menganggap wanita itu sebagai kakaknya sendiri.

"Saya tidak tahu bagaimana gosip seperti jni boleh tersebar dan saya anggap ia sebagai sesuatu yang mengarut dan kelakar.

"Hubungan kami hanya atas dasar kerja kerana dia pengurus dan bos saya sahaja, malah, juga saya anggap dia sebagai seorang kakak," ujarnya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Cicakman 3 di Cathay Cineleisure, di sini, malam Selasa.


Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin mempunyai hubungan istimewa dengan wanita tersebut.

Sementara itu, Zizan berkata, perkara tersebut merupkan fitnah yang mambuatkan dia agak tertekan untuk berhadapan media.

Jelasnya, kemesraan mereka telah disalah tafsir oleh pihak tertentu.

"Saya tidak tahu ini fitnah jenis apa dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Saya juga harap pihak media memberi saya bernafas untuk menjawab isu ini," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan dengan kekasihnya Emma Maembong, Zizan berkata, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan tentang itu.

Sementara itu, ditanya tentang kegagalannya untuk hadir di tayangan media filem Werewolf Dari Bangladesh pada 26 Februari lalu, Zizan berkata isu itu sudah diselesaikan.

Katanya, dia sudah bertemu dan meminta maaf kepada pengarah Mamat Khalid tentang perkara yang berlaku itu.

"Perkara itu sudah selesai dan saya sudah bertemu dengan Mamat Khalid untuk meminta maaf kerana tidak dapat hadir pada tayangan itu.

"Saya bukan segaja untuk berbuat demikian terutama dalam mempromosi filem lakonan saya sendiri. Ini sahaja sumber rezeki saya dan saya perlu buat yang terbaik,"Bagaimanapun, tentang alasan itu biar saya dan dia sahaja yang tahu," ujarnya.

Sumber : mstar.com.my

Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram

Memang bikin panas sebuah blog hiburan apabila memuat naik gambar Hanez Suraya bersama sebuah kereta dengan kaspyen ‘bakal berkahwin, Hanez Suraya terima audi‘. Perkara tersebut dianggap bahan jenaka bagi blog hiburan RotiKaya namun bagi Hanez Suraya sendiri perkara tersebut bukannya suatu jenaka dan boleh menimbulkan fitnah terhadap dirinya.


Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hanez suraya

Sebelum ini penulis ada terbaca sebuah artikel di sebuah laman hiburan yang Hanez Suraya mendapat kereta Audi sebagai hadiah perkahwinan. Hati terus meronta-ronta untuk membacanya, betul ke dengan gosip tersebut. Bila dah terjah rupanya dapat kereta mainan, boleh pula mereka salah tafsirkan. Kesian pula dengan selebriti yang bernama Hanez Suraya. Humm ‘Hanez Suraya Dan Romie Percepat Tarikh Kahwin‘ bakal bernikah pada 14 Mac nanti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Sebelum ini pasangan ‘Hanez Suraya Dan Romie Bertunang‘ telah ‘Undang Pelbagai Komen Negatif’ dari pelbagai pihak.

Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hanez suraya

    “Jangan seronok sgt sampai boleh menjadi 1 bahan fitnah ya.. Ini x kelakar!!”

Kalau dahulu ramai yang bengang dan tidak berpuas hati dengan Hanez Suraya kerana mempunyai skandal dengan suami orang, kini giliran Hanez Suraya bengang dengan mereka yang tidak bertangungjawab kerana cuba memfitnah dirinya. Mungkin bagi mereka perkara tersebut hanya gurauan semata-mata namun bagi Hanez Suraya sendiri ianya boleh mencemarkan nama baiknya. Mungkin Hanez Suraya kini tidak mahukan kontroversi sebelum berkahwin dan cuba membersihkan namanya daripada industri hiburan kerana sebelum ini nama Hanez Suraya tercalit pelbagai kontroversi yang kurang enak didengar.

Selepas ini untuk mana-mana blog hiburan harus lah peka dengan setiap maklumat yang bakal disebarkan takut nanti mengguris perasaan mereka yang tidak bersalah. Isskkk, dah la tidak lama lagi Hanez Suraya bakal melangsungkan perkahwinan dan ‘Hanez Suraya Pilih WanPa Untuk Baju Kahwin‘. Semua dah tidak sabar melihat Hanez Suraya menjadi ratu sehari, jangan stress sangat tau nanti hilang pula seri pengantin.
Hanez Suraya Bengang Dengan Blog Hiburan Di Instagram, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hanez suraya

Rasanya dengan perkara ini boleh menaikkan nama Hanez Suraya kembali kalau tidak pasti ramai telah melupakan selebriti yang pernah popular suatu ketika dulu . Melonjakkan kembali nama Hanez suraya itu adalah tujuan sebenar blog-blog hiburan, tanpa mereka rasanya nama Hanez Suraya tidak lagi disebut dalam industri hiburan.

Sumber : gosipmalaysia.com