Pelakon Marshanda Dikecam Teruk!


Ketika ini, Marshanda merupakan salah seorang artis yang sering menjadi perhatian media mahupun masyarakat umum. Ia disebabkan kes-kes kontroversi yang terjadi pada bintang sinetron Bidadari itu sepanjang 2014.


Pelakon Marshanda Dikecam Teruk!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Artis indonesia

Sejak itu (kontroversi), Marshanda atau lebih dikenali sebagai Caca ini mula kehilangan peminatnya. Keputusan Marshanda untuk menanggalkan tudung selepas bercerai dengan Ben Kasyafani menjadi salah satu sebab dirinya tidak disukai peminat dan disebabkan itu Peminat Gelar Marshanda Munafik!

Lebih parah, setiap kali Marshanda memuat naik gambar di laman Instagramnya, dia akan dikecam teruk oleh golongan haters (pembenci).


Terbaharu, Marshanda dikecam teruk apabila memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya sedang melakukan yoga dengan seorang jurulatih lelaki. Gambar itu juga menunjukkan Marshanda mengenakan baju yang  tidak berlengan dan sedikit terdedah.


Tidak menghiraukan kritikan yang diterima, Marshanda memuat naik sekeping lagi gambar dirinya sedang melakukan yoga.

Pelakon Marshanda Dikecam Teruk!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Artis indonesia

Selepas memuat naik gambar kedua itu, haters berlumba-lumba menulis komen yang tidak menyukai perbuatannya itu. Salah satu komennya berbunyi: ‘“Aduh dahulu ditutup-tutup, sekarang dibuka-buka. Kasihan’.

Semoga Marshanda kekal istiqamah selepas ini sekiranya ingin kembali bertudung.


Sumber : gosipmalaysia

Filled Under: