Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Kali Kedua


Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin dilaporkan telah ditangkap khalwat kali kedua dengan lelaki sama, Shahrizam Abdullah pada pagi Sabtu.


Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Kali Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, puteri mardiana


Pelakon berusia 34 tahun itu ditangkap bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai E-Jump, kira-kira jam 4.00 pagi di USJ 1, Subang Jaya.

Menurut laporan Astro Gempak, mereka ditangkap di kediaman isteri E-Jump, Nor Hasni Md. Hashim.


Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Kali Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, puteri mardiana

Nor Hasni yang mengesahkan berita penangkapan terbabit menjelaskan, “Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah.”

Sebelum ini, Putri Mardiana dan E-Jump pernah ditangkap khalwat pada Disember tahun lalu selepas didapati berdua-duaan di kediaman pelakon itu yang terletak di Ukay Perdana.


Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: