Mas Anizan bukan madu saya - Lynn Alkhaired


Bekas aktres, Sharifah Haslinda, 43 yang kini lebih mahu dikenali dengan nama Lynn Alkhaired menegaskan bahawa pelakon lama era 90an, Mas Anizan bukan madunya seperti yang pernah tersebar sebelum ini.


Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Cerita ini timbul apabila Mas Anizan berkahwin kali kedua dan selamat melahirkan anak perempuan pada 7 November tahun lalu. Sebelum ini pun, suami Lynn iaitu Datuk Seri Reezal Merican dikatakan sudah berkahwin kali ketiga secara senyap-senyap dengan Mas.

Bagaimanapun Reezal yang juga ahli politik menafikan perkara itu dan memberitahu beliau hanya ada dua orang isteri.


Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

"Mas memang bukan madu saya. Semua yang timbul hanya spekulasi. Saya secara peribadi menyukainya. Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya selain mempunyai hati yang baik.

Sesama wanita saya mendoakan supaya kehidupan rumah tangganya dirahmati dan bahagia.

"Saya tidak mengenalinya secara rapat tetapi tahu menerusi kawan baik beliau iaitu Zarina Zainuddin. Saya harap selepas ini tak ada lagi yang membangkitkan hal ini kerana ia memang tak benar," kata kakak kepada Sharifah Sakinah itu.

Lynn yang sudah berhenti berlakon kira-kira 10 tahun kini lebih menumpukan perhatian kepada rumah tangganya. Perkahwinannya bersama Reezal dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.


Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Selain rumah tangga, Lynn juga aktif dalam bidang kecergasan seperti Sharifah Sakinah. Malah beliau sebenarnya meminati dunia kecergasan sejak kecil lagi. Sekitar 1989, Lynn sudah berjinak-jinak ke gim selain pernah membuka gim selama lima tahun.

Sejak setahun lalu, Lynn membuka Muayfit Fitness Sdn Bhd yang beroperasi di Ritze Perdana Commercial Centre, Damansara Perdana (www.muayfit.com). Pada 27 Mac ini Lynn turut menganjurkan seminar Muayfit dengan mengundang pemain Muay Thai dari New Zealand bernama Genah Fabian.


Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Mas Anizan, Lynn Alkhaired, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Selain Lynn dan Sakinah, Sharifah Shahira juga turut menceburi dunia seni. Cuma Lynn saja yang memilih untuk tidak aktif berbanding dua beradik yang lain. Drama Salina di TV3 antara yang paling mengingatkan Lynn kepada peminatnya.

Menerusi drama itu Lynn bergandingan dengan Ako Mustapha dan Fahrin Ahmad. Drama Lembah Emas adalah cerita pertama menampilkan Lynn sebagai teraju utama di samping Sidi Oraza.

Sumber : bharian

Filled Under: