Man City Semakin Hampir Dapatkan Raheem Sterling


Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City percaya mereka semakin hampir untuk melengkapkan perpindaan bernilai £55 juta bagi mendapatkan Raheem Sterling, lapor akhbar Sunday People.


Man City Semakin Hampir Dapatkan Raheem Sterling, info sukan, bola sepak, Manchester City, Raheem Sterling,

Laporan itu menyebut, Ketua Eksekutif City, Ferran Soriano dan Pengarah Bola Sepak, Txiki Begiristain kini sedang berusaha mendapatkan bintang muda Liverpool itu sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Dua individu penting di City itu bertindak awal dalam mendapatkan Sterling sebelum keadaan menjadi lebih sibuk selepas liga melabuhkan tirai.

Malah mereka juga dilapor akan menjadikan Raheem Sterling sebagai pemain pertama yang akan ditandatangani apabila jendela perpindahan pemain dibuka.

Penyerang England berusia 20 tahun itu enggan melanjutkan kontraknya bersama Liverpool selepas hanya ditawarkan gaji sebanyak £100,000 seminggu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga menolak sebarang perbincangan mengenai kontrak diadakan sehingga Liga Perdana Inggeris musim ini berakhir.

Dalam usaha mendapatkan Sterling, City dilapor menawarkan gaji sebanyak £165,000 seminggu dan pemain itu akan menerima imbuhan jika berjaya membantu skuad berkenaan menjuarai liga serta memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber : mstar

Filled Under: