Memaparkan catatan dengan label manchester city. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manchester city. Papar semua catatan

Man City Semakin Hampir Dapatkan Raheem Sterling

Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City percaya mereka semakin hampir untuk melengkapkan perpindaan bernilai £55 juta bagi mendapatkan Raheem Sterling, lapor akhbar Sunday People.


Man City Semakin Hampir Dapatkan Raheem Sterling, info sukan, bola sepak, Manchester City, Raheem Sterling,

Laporan itu menyebut, Ketua Eksekutif City, Ferran Soriano dan Pengarah Bola Sepak, Txiki Begiristain kini sedang berusaha mendapatkan bintang muda Liverpool itu sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Dua individu penting di City itu bertindak awal dalam mendapatkan Sterling sebelum keadaan menjadi lebih sibuk selepas liga melabuhkan tirai.

Malah mereka juga dilapor akan menjadikan Raheem Sterling sebagai pemain pertama yang akan ditandatangani apabila jendela perpindahan pemain dibuka.

Penyerang England berusia 20 tahun itu enggan melanjutkan kontraknya bersama Liverpool selepas hanya ditawarkan gaji sebanyak £100,000 seminggu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga menolak sebarang perbincangan mengenai kontrak diadakan sehingga Liga Perdana Inggeris musim ini berakhir.

Dalam usaha mendapatkan Sterling, City dilapor menawarkan gaji sebanyak £165,000 seminggu dan pemain itu akan menerima imbuhan jika berjaya membantu skuad berkenaan menjuarai liga serta memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber : mstar

Yaya Toure Dijadikan 'Kambing Hitam' Kekalahan Man City

Yaya Toure didakwa telah dijadikan 'kambing hitam' berikutan kekalahan Manchester City sejak kebelakangan ini demi menyelamatkan jawatan penting dalam skuad tersebut.


Yaya Toure Dijadikan 'Kambing Hitam' Kekalahan Man City, info sukan, bola sepak, yaya toure, Manchester city

Perkara itu didedahkan oleh ejen pemain Ivory Coast terbabit, Dimitri Seluk ketika ditemubual oleh Mirror Sport Online.

Dimitri yang berpangkalan di Monaco mendakwa, berikutan itu juga wujud spekulasi bahawa Yaya Toure akan meninggalkan City pada akhir musim ini.

Dimitri turut melabelkan Manuel Pellegrini, "dia adalah seorang jurulatih yang baik, tetapi pengurus yang lemah."

Ejen terbabit selain itu turut menyelar individu penting dalam City iaitu Pengarah Bola Sepak, Txiki Begiristain dan Ketua Eksekutif, Ferran Soriano.

"Terdapat individu cuba menyalahkan Yaya selepas apa yang berlaku terhadap City pada musim ini.

"Mereka enggan bertanggungjawab terhadap kesilapan sendiri. Saya bercakap tentang eksekutif yang telah membuang banyak wang untuk membeli pemain tetapi menyimpan mereka di bangku simpanan.

"Saya meminta maaf kepada Pellegrini kerana dia seorang jurulatih yang baik, tetapi dia juga seorang pengurus yang lemah," jelasnya.

Sumber : mstar online

Mimpi Van Gaal Jadi Kenyataan, Benam City 4-2

Mimpi Louis van Gaal menjadi realiti apabila Manchester United menang bergaya empat gol ke atas Manchester City pada aksi luar biasa di Old Trafford lewat Ahad malam.


Mimpi Van Gaal Jadi Kenyataan, Benam City 4-2, info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, manchester city, manchester united,

Sebelum itu, pemain-pemain United tersentak dengan jaringan seawal lapan minit permainan oleh Sergio Aguero.

Namun United tidak mengambil tempoh yang lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-14 oleh Ashley Young sebelum Marouane Fellaini menambah gol kedua (27’) melalui tandukan padu ke arah gol sekaligus memastikan pasukannya boleh berehat dengan tenang sebelum babak kedua bermula.

Bersambung ke separuh masa kedua, pasukan United mula menunjukkan corak permainan yang lebih kemas kepada City apabila Juan Mata berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-67.

Malah tekanan skuad Manuel Pallegrini itu semakin terasa apabila Chris Smalling menghadiahkan gol keempat kepada penyokong-penyokong setia yang memenuhi stadium minit ke-73.

Kedudukan selesa 4-1 diharap kekal sehingga ke wisel penamat, namun Aguero berjaya menambah gol kedua untuk City minit ke-89.

Dalam pada itu Van Gaal berkata, sebelum perlawanan, dia dan pemain-pemainnya ‘bermimpi’ menewaskan musuh terdekatnya itu buat julung kalinya sejak Disember 2012.

“Apa sahaja mimpi, saya tetap menganggap aksi pemain-pemain kali ini di luar jangkaan,” katanya.

Aksi kemenangan ini juga bakal  membuatkan Arsenal  berasa tergugat memandangkan hanya kelebihan satu mata (66) daripada United (65) untuk berada di kedudukan kedua. Manakala City di kedudukan keempat dengan 61 mata.


Sumber : mstar online

Rafael Benitez Ganti Manuel Pellegrini?

Bekas penjaga gol Liverpool, Pepe Reina mengesahkan bahawa Rafael Benitez bakal kembali membimbing pasukan Liga Perdana Inggeris untuk musim depan seperti yang didedahkan Daily Star.


Rafael Benitez Ganti Manuel Pellegrini? , info sukan, bola sepak, Manchester city, Manuel Pellegrini, Rafael Benitez

Bekas jurulatih Liverpool itu yang bertanggungjawab membawa Reina ke Merseyside dikatakan mempunyai hubungan baik dengan penjaga gol terbabit walaupun mereka kini berada di kelab berlainan.

Benitez sebelum ini dilapor bakal menggantikan Manuel Pellegrini sebagai jurulatih Manchester City atas pilihan pemilik kelab berkenaan yang merupakan jutawan Arab.

Khabar angin mengenai kepulangan Benitez kini menjadi tajuk utama akhbar sukan di England apabila dia tidak menyambung kontrak bersama Napoli yang bakal tamat pada akhir musim ini.

Reina juga memberitahu, Benitez dijangka akan memindahkan keluarganya ke England dalam tempoh terdekat sebelum dia menandatangani kontrak bersama kelab baharu.


Sumber : mstar online

Liga Juara-Juara: Manchester City Tersingkir

Lionel Messi mempamerkan kepintaran dan kelicikannya sebagai perancang apabila berjaya membantu Barcelona menewaskan Manchester City 1-0 pada  perlawanan kedua, peringkat 16 terakhir di Nou Camp untuk layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.
Liga Juara-Juara: Manchester City Tersingkir, info sukan, bola sepak, UEFA Champion League, Manchester city, Barcelona

Barcelona menang dengan agregat 3 -1.

Pemain Argentina itu dengan tenang mencorak gerakan mempesona apabila kakinya menggelecek bola dari untuk memperdaya lawannya dari sebelah kanan luar petak penalti sebelum meleret bola terus kepada rakannya Ivan Rakitic yang sudah menunggu di sebelah kiri depan gawang lawan.

Gol tunggal Barcelona oleh Rakitic hadir pada minit ke-31.

Pada lewat perlawanan, City nyata tidak bernasib baik apabila peluang mendapat gol sagu hati melalui sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-78 buat pertama kali gagal disempurnakan oleh Sergio Aguero.

Sumber : mstar online

Man City Pecat Pellegrini Akhir Musim?

Manchester City memberi bayangan akan memecat Manuel Pellegrini pada hujung musim ini berikutan prestasi tidak menentu pasukan berkenaan walaupun bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim lalu.


Man City Pecat Pellegrini Akhir Musim?, info sukan, bola sepak, manchester city, manuel pellegrini, sensasi, gosip

Media Sepanyol melaporkan, bayangan itu jelas apabila City didakwa telah mendapatkan persetujuan  daripada pengganti Pellegrini.


Man City Pecat Pellegrini Akhir Musim?, info sukan, bola sepak, manchester city, manuel pellegrini, sensasi, gosip

Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone merupakan sasaran utama City bagi menggantikan Pellegrini.

Malah, Simeone juga dilaporkan semakin hampir untuk disahkan sebagai pengganti Pellegrini.

Simeone menjadi perhatian kelab terkemuka dunia selepas berjaya membawa Atletico sebagai sebuah pasukan digeruni dalam saingan La Liga.

Skuad itu turut berjaya memberi tekanan kepada Real Madrid dan Barcelona untuk mengungguli takhta liga pada musim lalu.

Sumber : mstar.com.my

Pellegrini tolak dakwaan penyokong

Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini menolak dakwaan penurunan prestasi The Citizens ketika aksi dimalukan dengan kekalahan 2-0 kepada Middlesbrough dalam perlawanan Piala FA kelmarin disebabkan para pemainnya tidak bersedia menghadapi cuaca sejuk di England selepas pulang dari Abu Dhabi pada Jumaat lalu.


Pellegrini tolak dakwaan penyokong, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Manchester city, Piala FA, Manuel Pellegrini

City kembali ke England yang mengalami musim sejuk pada Jumaat lalu menaiki penerbangan selama tujuh jam selepas menghabiskan lima hari menjalani latihan dalam keadaan cuaca panas di Abu Dhabi sebelum beraksi menentang Middlesbrough di Stadium Etihad.

Sebaik tiba ke England, City hanya mempunyai tempoh 19 jam untuk membuat persediaan kembali membiasakan diri dalam keadaan musim sejuk sebelum menentang Middlesbrough.

Bagaimanapun, Pellegrini enggan mengakui latihan dalam cuaca panas di Abu Dhabi mengakibatkan para pemainnya gagal beraksi di tahap terbaik pada aksi Piala FA itu.

“Saya tidak fikir begitu. Saya tidak setuju (perubahan cuaca mempengaruhi prestasi). Orang ramai boleh berfikiran seperti itu, tetapi saya ada pendapat berbeza kerana kami mempunyai enam atau tujuh peluang untuk menjaringkan gol.

“Saya ulangi, terdapat banyak sebab berbeza yang akan mempengaruhi keputusan berlainan. Perlawanan itu perlu dianalisis,” tegas Pellegrini sambil menolak dakwaan para penyokong The Citizens mengenai penurunan prestasi akibat faktor latihan di Abu Dhabi.

“Kami tidak mempunyai masalah motivasi selepas kekalahan itu. Kami akan terus gigih berusaha dan berharap akan memenangi perlawanan di Stamford Bridge selepas ini,” tambah Pellegrini berhubung persiapan menghadapi Chelsea pada hujung minggu ini. – AFP

Man City Mula Bakal Dapatkan Wilfried Bony

Manchester City memulakan perbincangan terbuka dengan Swansea bagi mendapatkan penyerang kelab itu, Wilfried Bony pada nilai £25 juta.


Man City Mula Bakal Dapatkan Wilfried Bony, info, terkini, berita sukan, bola sepak, EPL, liga perdana inggeris, Swansea, Wilfred Bony, Manchester City

Bagaimanapun Pengerusi Swansea, Huw Jenkins pada Rabu berkata, kelab itu belum bersedia untuk melakukan sebarang perbincangan walaupun City telah menunjukkan minat.

Bony, 26, kini pulang menjalani latihan bersama skuad negaranya, Ivory Coast sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Negara Afrika.


Man City Mula Bakal Dapatkan Wilfried Bony, info, terkini, berita sukan, bola sepak, EPL, liga perdana inggeris, Swansea, Wilfred Bony, Manchester City

City kelihatan terdesak untuk mendapat tambahan penyerang selepas jenteranya seperti Sergio Aguero, Edin Dzeko dan Stevan Jovetic sedang direhatkan kerana kecederaan.

Bagaimanapun, jika Man City berjaya mendapat Bony pada tingkap pemindahan Januari ini, pemain terbabit masih tidak dapat diturunkan mengikut undang-undang kewangan Fifa.

Artikel Terdahulu : Pemilik Wigan Digantung 6 Minggu

Sumber : mstar.com.my

Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas

Tempoh pinjaman Frank Lampard di Manchester City akan berakhir pada awal Januari depan. Bagaimanapun pengurusan The Citizens berharap dapat mempertahankan pemain tengah ini kerana prestasinya yang cemerlang.


Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas, info, terkini, berita sukan, epl, manchester city, frank lampard,

Sehingga kini, pengurusan kelab itu masih lagi berunding dengan New York City FC, kelab yang dinaunginya selepas Chelsea. Bagaimanapun, keputusan itu hanya dapat diketuai selepas Hari Krismas.

Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini berkata, Lampard merupakan seorang pemain yang begitu cemerlang.

"Saya ulang lagi bahawa Frank merupakan pemain yang sangat penting. Saya amat berharap dia akan bertahan lebih lama di sini.

"Saya juga berharap rundingan dapat berjalan lancar dan kedudukan Lampard dapat dipastikan dalam beberapa hari lagi," kata Pellegrini.

Sejak dipinjaman ke Manchester City, Lampard berjaya membuat enam jaringan daripada 15 perlawanan.

Artikel Terdahulu : Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Sumber : mstar.com.my

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini dilapor mahu mendapatkan Mario Mandzukic yang benilai £25 juta pada tingkap pemindahan Januari ini sebagai persediaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic, info, sukan, epl, spekulasi, mario manzukic, manchester city


Pellegrini terdesak untuk mendapatkan Mandzukic yang merupakan penyerang Croatia dan Atletico Madrid bagi menajamkan jentera serangan City selepas mereka hanya mengharapkan kepada Sergio Aguero.

Bagaimanapun Aguero juga menerima nasib seperti Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang terpaksa direhatkan akibat mengalami kecederaan.

Aguero perlu direhatkan sehingga Januari manakala Jovetic memerlukan beberapa minggu lagi untuk kembali cergas sepenuhnya.

Tertekan dengan kehilangan penyerang utama, Pellegrini kini terpaksa menggunakan khidmat pemain tengah seperti James Milner untuk mengetuai jentera serangan.

Artikel Terdahulu : Nicol Juarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia Kali Ke-8

Sumber : mstar.com.my