Hina Pengadil Dan Perancis, Ibrahimovic Digantung


Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic digantung empat perlawanan pada Khamis oleh Suruhanjaya Disiplin Liga Perancis selepas didapati bersalah mengkritik pengadil perlawanan pada bulan lalu.


Hina Pengadil Dan Perancis, Ibrahimovic Digantung, info sukan, bola sepak, PSG, Ibrahimovic

Penyerang utama PSG itu dilapor hilang sabar dan mengkritik terbuka terhadap pengadil kepada media selepas pasukannya tewas 3-2 kepada Bordeaux pada 15 Mac lalu.

Ibrahimovic dikatakan telah menghina pengadil, Lionel Jeffredo dan pembantunya selain mengaitkan penghinaan itu dengan Perancis ketika ditemubual stesen TV selepas perlawanan.

Pemain yang terkenal dengan sikap angkuh itu kemudiannya meminta maaf secara terbuka apabila diminta melakukan demikian oleh menteri sukan Perancis.

Akibat pergantungan tersebut, Ibrahimovic bakal terlepas perlawanan melibatkan PSG menentang Nice, Lille, Metz dan Nantes.

Dia dijangka kembali untuk membantu skuad tersebut untuk mengharungi tiga perlawanan terakhir liga sahaja.


Sumber : mstar online

Filled Under: