Fattah Amin lebar sayap ke bidang nyanyian


Pelakon popular Fattah Amin melebarkan sayapnya apabila kini mula menceburi bidang nyanyian apabila telah melancarkan single terbarunya berjudul "Hero Untukmu" nyanyi bersama Sherry Ibrahim dan RJ.


Fattah Amin lebar sayap ke bidang nyanyian, info, terkini, hiburan, sensasi, Fattah Amin

"Nyanyian adalah minat saya kerana sebelum ini tidak diberi peluang untuk mengetengahkan bakat yang ada dan ini merupakan peluang yang diberi oleh syarikat pengurusan baru untuk mengetengahkan bakat saya.

"Ia sesuatu perkara yang bagus dan saya rasa ia juga peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana sampai bila hendak berlakon kerana bakat yang ada harus diketengahkan," katanya kepada mStar.


Fattah Amin lebar sayap ke bidang nyanyian, info, terkini, hiburan, sensasi, Fattah Amin

Tambah pelakon berusia 25 tahun itu lagi, dia harus mengembangkan bakat yang ada pada dirinya dan tidak hanya bergantung kepada satu-satu perkara sahaja.

"Kadangkala kita tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada diri sendiri sehinggalah ada orang lain akan mencungkil bakat yang ada pada kita.


Fattah Amin lebar sayap ke bidang nyanyian, info, terkini, hiburan, sensasi, Fattah Amin

"Pihak pengurusan baru telah memberi kepercayaan keapda bakat yang saya ada untuk digilap supaya menjadi seorang penyanyi."

Sumber : tupai

Filled Under: