Video Bapa Undur Kereta, Anak Merangkak Di Lantai!


Sering kali kita mendengar berita mengenai kanak-kanak dilanggar akibat kecuaian ibu bapa sewaktu mengalihkan kereta.


Video Bapa Undur Kereta, Anak Merangkak Di Lantai!, info, terkini, berita, gempar

Perkara ini sememangnya akan meninggalkan trauma yang teruk buat ibu bapa terbabit kerana boleh dikatakan kebanyakan punca kes-kes seperti ini adalah kelalaian mereka sendiri.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bawah, memaparkan keadaan cemas seorang bayi merangkak di depan rumah sewaktu bapanya sedang mengundur kenderaan.

Di permulaan video, dapat dilihat satu keluarga memasuki kereta untuk keluar. Tanpa disedari, pintu rumah tidak ditutup dengan sempurna.


Ini membuatkan bayi yang berada dalam rumah dapat keluar dan pantas merangkak menuju ke pintu pagar yang terbuka.

Pada masa sama, kereta sedang diundur untuk keluar dari rumah tersebut.

Beberapa pemuda di depan pintu pagar kelihatan memaklumkan sesuatu membuatkan kereta dihentikan pemandu.

Kelihatan, si ibu meluru keluar dalam keadaan cemas lalu  terus meninjau ke bahagian bawah kereta. Kesemua penghuni rumah yang lain juga berkejar keluar panik waktu ini!

Dapat dibayangkan bagaimana lajunya degupan jantung si ibu waktu itu? Jom saksikan.





Sebagai peringatan kepada semua, pastikan anak anda lebih-lebih lagi yang masih kecil sentiasa berada di kawasan selamat dan di bawah pemantauan kerana malang sememangnya tak berbau!

Sumber : mynewshub

Filled Under: