Memaparkan catatan dengan label gempar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gempar. Papar semua catatan

Dilahirkan Dengan Empat Tangan Dan Empat Kaki

Ribuan penganut Hindu seluruh India telah berkunjung ke bandar kecil ini di negeri Jharkand, timur India, untuk melihat sendiri seorang bayi yang dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki. Mereka yakin bahawa bayi itu sebagai jelmaan Dewa Ganesha.


Dilahirkan Dengan Empat Tangan Dan Empat Kaki, info, terkini, berita, sensasi, gempar

Dewa Ganesha merupakan salah satu dewa ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan dalam agama Hindu. Dewa Ganesha dijelmakan dalam susuk berkepala gajah dan bertangan empat.

Menurut doktor bayi tersebut adalah pasangan kembar siam yang tidak menjadi yang mempunyai masalah dalam pertumbuhan semasa di dalam kandungan.

Seorang pengunjung Kuntalesh Pandey yang datang melawat bayi ini memberitahu media tempatan, dia datang sejauh 115 kilometer untuk melihat bayi itu.


Dilahirkan Dengan Empat Tangan Dan Empat Kaki, info, terkini, berita, sensasi, gempar

“Apabila saya menerima gambar bayi berkenaan daripada seorang rakan, saya tidak mempercayainya dan mungkin ia adalah muslihat photoshop. Tetapi apabila dia mengesahkan ia benar, saya terus datang,” katanya kepada Mirror.

Hingga kini, keadaan ibu dari bayi tersebut, Ureda Khatun, belum diketahui. Bayi itu bukan yang pertama dilahirkan demikian.

Tahun lalu, seorang budak yang lahir dengan ‘ekor’ sepanjang suku meter mengumumkan dia mahu menjalani pembedahan membuangnya, walaupun disembah sebagai Tuhan.

Sumber : Siakapkeli.my

Video Bapa Undur Kereta, Anak Merangkak Di Lantai!

Sering kali kita mendengar berita mengenai kanak-kanak dilanggar akibat kecuaian ibu bapa sewaktu mengalihkan kereta.


Video Bapa Undur Kereta, Anak Merangkak Di Lantai!, info, terkini, berita, gempar

Perkara ini sememangnya akan meninggalkan trauma yang teruk buat ibu bapa terbabit kerana boleh dikatakan kebanyakan punca kes-kes seperti ini adalah kelalaian mereka sendiri.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bawah, memaparkan keadaan cemas seorang bayi merangkak di depan rumah sewaktu bapanya sedang mengundur kenderaan.

Di permulaan video, dapat dilihat satu keluarga memasuki kereta untuk keluar. Tanpa disedari, pintu rumah tidak ditutup dengan sempurna.


Ini membuatkan bayi yang berada dalam rumah dapat keluar dan pantas merangkak menuju ke pintu pagar yang terbuka.

Pada masa sama, kereta sedang diundur untuk keluar dari rumah tersebut.

Beberapa pemuda di depan pintu pagar kelihatan memaklumkan sesuatu membuatkan kereta dihentikan pemandu.

Kelihatan, si ibu meluru keluar dalam keadaan cemas lalu  terus meninjau ke bahagian bawah kereta. Kesemua penghuni rumah yang lain juga berkejar keluar panik waktu ini!

Dapat dibayangkan bagaimana lajunya degupan jantung si ibu waktu itu? Jom saksikan.





Sebagai peringatan kepada semua, pastikan anak anda lebih-lebih lagi yang masih kecil sentiasa berada di kawasan selamat dan di bawah pemantauan kerana malang sememangnya tak berbau!

Sumber : mynewshub

Lelaki Bunuh Diri Di Aeon Bukit Tinggi, Klang

Gempar… seorang lelaki dalam keadaan paling sadis dipercayai membunuh diri selepas jatuh dari tingkat 3, Aeon Bukit Tinggi, Klang.


Lelaki Bunuh Diri Di Aeon Bukit Tinggi, Klang, info, terkini, berita, gempar

Gambar kejadian ini dikongsi di Facebook Daily Traffic Report didakwa dikirim oleh seorang sumber yang berada di tempat kejadian.


Lelaki Bunuh Diri Di Aeon Bukit Tinggi, Klang, info, terkini, berita, gempar

Manakala seorang lagi saksi mendakwa adik mangsa yang turut berada di tempat kejadian menangis dan meraung-raung melihat keadaan abangnya.

Jelas saksi, adik mangsa menyatakan abangnya menghidap penyakit misteri yang dipercayai angkara buatan orang.

Lelaki Bunuh Diri Di Aeon Bukit Tinggi, Klang, info, terkini, berita, gempar

Tambahnya, sebelum kejadian abangnya kelihatan normal namun entah kenapa secara tiba-tiba abangnya berlari naik ke tingkat atas dan terjun daripada bangunan pasar raya berkenaan.

Orang ramai yang terkesima dengan kejadian itu turut mengerumuni mangsa sebelum ketibaan pihak polis dan ambulans.

Mangsa dilaporkan mengelupur kesakitan hinggakan kepala dan mukanya berlumuran darah dipercayai akibat hentakan yang kuat.

Bagaimanapun, kami sendiri tidak dapat memastikan sama ada mangsa berjaya diselamatkan ataupun tidak.

Sumber : mynewshub