Faizal Tahir Kembali Beraksi Di Pentas Dalam Konsert Ed Sheeran!


Ramai yang mahukan penyanyi Faizal Tahir kembali beraksi di pentas berskala besar menerusi aksi yang energetik di atas pentas serta gaya persembahan yang unik serta penuh karisma.


Faizal Tahir Kembali Beraksi Di Pentas Dalam Konsert Ed Sheeran!, info, terkini, hiburan, sensasi, Faizal Tahir

Nampaknya apa yang korang harapkan itu bakal menjadi kenyataan kerana Faizal Tahir bakal beraksi sebagai pembukai tirai konsert Ed Sheeran.

Sebagai mana yang korang semua tahu, penyanyi yang juga komposer British yang hebat serta disegani iaitu Ed Sheeran bakal menjayakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur.

Konsert yang dinamakan sebagai Ed Sheeran: Live In Kuala Lumpur itu bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 16 MAC 2015 ini.

So, Faizal Tahir yang kini sudah kembali dengan single baru, Assalaimualaikum ini telah dipilih sebagai penyanyi pembukaan di konsert tersebut.

Khabarnya Assalamualaikum telah mendapat sambutan yang hangat dan telah mengungguli beberapa carta radio tempatan dalam tempoh yang amat singkat.

Sumber : murai

Filled Under: