Memaparkan catatan dengan label Faizal Tahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faizal Tahir. Papar semua catatan

Faizal Tahir Jinakkan Diri Untuk Jadi Penyanyi Rap

Penyanyi dan komposer Faizal Tahir akui sedang berjinak-jinak untuk menyanyi dalam genre Rap namun terlalu awal untuk fokus 100%.


Faizal Tahir Jinakkan Diri Untuk Jadi Penyanyi Rap, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, faizal tahir

Bagi dirinya tidak salah untuk mencuba kerana muzik itu adalah ‘universal’ sekaligus cabaran buat dirinya yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pemuzik Rock.

“Saya nyanyi lagu Rap ni sebab untuk anak-anak saya, kebetulan pada ketika itu saya mendapat tawaran untuk cipta lagu untuk drama kanak-kanak iaitu Super Game Boy.

 “Lagipun sebelum ini saya memang ada niat untuk cipta lagu untuk kanak-kanak, tapi tak tahu nak sumbang mana lagutersebut, jadi tawaran Astro ini merupakan platform terbaik buat saya untuk berkarya,” katanya.

Ketika ditanya adakah Faizal menjadi penyanyi Rap ini disebabkan fenomena lagu rap semakin digilai ramai selepas Joe Flizzow dan SonaOne memenangi Anugerah Juara Lagu 29.

Lantas dengan senyuman dia menjawab tiada kena mengena dengan itu, dan merasakan setiap pengkarya ada alasan tersendiri untuk menjadi ‘versatile’.

“Taklah, tak kan lah saya buat lagu Rap disebabkan trend, salah tu, terus terang saya cakap nak nyanyi rap ini bukan mudah, perlu banyakkan latihan dan minat yang mendalam.

“Mungkin ada yang cakap Faizal dah langgar prinsip nyanyian kerana sebelum ini lebih dikenali dengan lagu Rock, Balada dan Pop tetapi kalau nyanyian Rap saya diterima ramai, tak salah untuk diteruskan,” ujar faizal.

Dalam perkembangan lain, Faizal sekarang dalam proses menghasilkan single terbaru Anis Suraya dan Elizabeth Tan yang juga merupaka artis dibawah syarikat rakamannya, Faithful Music yang ditubuhkan sejak setahun lalu.

Sumber : murai

Faizal Tahir Kongsi Kisah Peribadi

Jika dibandingkan dengan artis lain yang sememangnya terus diburu gosip-gosip hangat sehingga mencetuskan kontroversi namun lain pula dengan Faizal Tahir. Bila dilihat dan diingat balik jarang sekali kita dengar cerita mengenainya. Sekian lama menyepi, baru-baru ini Faizal Tahir berkongsi perkembangan kehidupannya sebagai ketua rumah dalam keluarganya yang semakin membesar. Lebih jelas lagi kisah peribadi.


Faizal Tahir Kongsi Kisah Peribadi, info, terkini, hiburan, sensasi, faizal tahir

Mengakui menggalas tanggungjawab itu sebagai seorang suami dan lima cahaya mata bukanlah perkara mudah, Faizal bagaimanapun bersyukur kerana ia menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

    “Kehidupan harian saya sememangnya sibuk dengan kerjaya dan juga keluarga. Lagi pun tiga anak saya sudah bersekolah dan rutin harian saya menjaga mereka kalau tidak terlibat dengan kerja-kerja di studio.

    “Buat masa ini saya dan isteri menguruskan keluarga sendiri tanpa pembantu jadi itu membuatkan masa saya banyak diberikan pada keluarga.

    “Alhamdulillah, dengan adanya tanggungjawab seperti ini, saya dapat rasakan diri saya bertambah matang dan apa sahaja keputusan yang saya buat lebih rasional,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Faizal Tahir Kongsi Kisah Peribadi, info, terkini, hiburan, sensasi, faizal tahir

Tambah Faizal Tahir lagi, melihatkan keadaan anak-anak yang semakin membesar mendorong dirinya untuk berusaha lebih keras memastikan semuanya dalam keadaan yang baik.

    “Anak-anak banyak mempengaruhi saya dalam apa jua perkara yang saya lakukan.

    “Saya ni memang seorang yang sukakan kanak-kanak. Saya dan isteri sangat bersyukur dikurniakan keluarga dengan kehadiran anak-anak yang kami anggap sebagai rezeki yang tidak ternilai,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Faizal Tahir baharu sahaja tampil dengan lagu ‘Generasi Kami’ yang turut menampilkan kolaborasi bersama penerbit muzik Audi Mok, Juzzthin, Wafiey dan Datuk Jalaluddin Hassan yang juga merupakan runut bunyi bagi drama bersiri kanak-kanak, Super Game Boy.

Sumber : gosipmalaysia

Faizal Tahir Kembali Beraksi Di Pentas Dalam Konsert Ed Sheeran!

Ramai yang mahukan penyanyi Faizal Tahir kembali beraksi di pentas berskala besar menerusi aksi yang energetik di atas pentas serta gaya persembahan yang unik serta penuh karisma.


Faizal Tahir Kembali Beraksi Di Pentas Dalam Konsert Ed Sheeran!, info, terkini, hiburan, sensasi, Faizal Tahir

Nampaknya apa yang korang harapkan itu bakal menjadi kenyataan kerana Faizal Tahir bakal beraksi sebagai pembukai tirai konsert Ed Sheeran.

Sebagai mana yang korang semua tahu, penyanyi yang juga komposer British yang hebat serta disegani iaitu Ed Sheeran bakal menjayakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur.

Konsert yang dinamakan sebagai Ed Sheeran: Live In Kuala Lumpur itu bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 16 MAC 2015 ini.

So, Faizal Tahir yang kini sudah kembali dengan single baru, Assalaimualaikum ini telah dipilih sebagai penyanyi pembukaan di konsert tersebut.

Khabarnya Assalamualaikum telah mendapat sambutan yang hangat dan telah mengungguli beberapa carta radio tempatan dalam tempoh yang amat singkat.

Sumber : murai