Faizal Tahir Jinakkan Diri Untuk Jadi Penyanyi Rap


Penyanyi dan komposer Faizal Tahir akui sedang berjinak-jinak untuk menyanyi dalam genre Rap namun terlalu awal untuk fokus 100%.


Faizal Tahir Jinakkan Diri Untuk Jadi Penyanyi Rap, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, faizal tahir

Bagi dirinya tidak salah untuk mencuba kerana muzik itu adalah ‘universal’ sekaligus cabaran buat dirinya yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pemuzik Rock.

“Saya nyanyi lagu Rap ni sebab untuk anak-anak saya, kebetulan pada ketika itu saya mendapat tawaran untuk cipta lagu untuk drama kanak-kanak iaitu Super Game Boy.

 “Lagipun sebelum ini saya memang ada niat untuk cipta lagu untuk kanak-kanak, tapi tak tahu nak sumbang mana lagutersebut, jadi tawaran Astro ini merupakan platform terbaik buat saya untuk berkarya,” katanya.

Ketika ditanya adakah Faizal menjadi penyanyi Rap ini disebabkan fenomena lagu rap semakin digilai ramai selepas Joe Flizzow dan SonaOne memenangi Anugerah Juara Lagu 29.

Lantas dengan senyuman dia menjawab tiada kena mengena dengan itu, dan merasakan setiap pengkarya ada alasan tersendiri untuk menjadi ‘versatile’.

“Taklah, tak kan lah saya buat lagu Rap disebabkan trend, salah tu, terus terang saya cakap nak nyanyi rap ini bukan mudah, perlu banyakkan latihan dan minat yang mendalam.

“Mungkin ada yang cakap Faizal dah langgar prinsip nyanyian kerana sebelum ini lebih dikenali dengan lagu Rock, Balada dan Pop tetapi kalau nyanyian Rap saya diterima ramai, tak salah untuk diteruskan,” ujar faizal.

Dalam perkembangan lain, Faizal sekarang dalam proses menghasilkan single terbaru Anis Suraya dan Elizabeth Tan yang juga merupaka artis dibawah syarikat rakamannya, Faithful Music yang ditubuhkan sejak setahun lalu.

Sumber : murai

Filled Under: