Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan

Tujuh Pulau Di Sabah Bakal Jadi Kawasan Larangan

Sekurang-kurangnya tujuh pulau di Sabah sedang diteliti untuk diwartakan sebagai kawasan larangan dalam usaha untuk memperkukuhkan sistem keselamatan bagi membanteras jenayah rentas sempadan.


Tujuh Pulau Di Sabah Bakal Jadi Kawasan Larangan, info, terkini, berita, sabah,

Ia juga bertujuan untuk membendung masalah kebanjiran pendatang asing di pantai timur Sabah itu.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dollah meninjau beberapa pulau sekitar perairan Semporna iaitu Bohey Dulang, Terumbu Sibangkat, Pulau Selakan, Mantabuan, Pom-Pom, Sibuan dan Maiga serta diberi penerangan mengenai isu keselamatan.

Borhan ditemani Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun.

"Pasukan keselamatan percaya tujuh pulau itu digunakan oleh penjenayah rentas sempadan sebagai lokasi utama mereka untuk melakukan kegiatan penculikan, penyeludupan atau membawa masuk pendatang asing," kata Abdul Rashid.

Terdapat kira-kira 360 pulau di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dengan 83 daripadanya terletak di Semporna.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga pengerusi majlis keselamatan negeri bersetuju dengan cadangan agar beberapa pulau tertentu diwartakan sebagai kawasan larangan selepas satu kajian dijalankan.

Esszone meliputi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Tawau.

Sumber : mstar online

Amaran air merah masih berkuatkuasa

Jabatan Perikanan Sabah masih menguatkuasakan amaran air merah atau Red Tide yang melanda di sekitar perairan Tuaran, ekoran keadaan cuaca panas yang memungkin kepada faktor kejadian itu. 


Amaran air merah masih berkuatkuasa, info, terkini, berita, sabah,

Sehubungan itu, Pengarah Perikanan negeri, Datuk Rayner Stuel Galid berkata, orang ramai terus dinasihatkan agar tidak memakan dan menjual kerang-kerangan. “Kejadian Laut Merah yang dikesan di perairan Tuaran itu dijangka merebak ke daerah-daerah lain di Sabah,” katanya kepada SayangSabah, di sini hari ini. 

Menurutnya, amaran tersebut terus dilanjutkan sekiranya keadaan cuaca panas ini berterusan, namun amaran itu bergantung dengan keadaan cuaca panas sekarang. Sebelum ini, jabatan berkenaan telah mengesahkan amaran kejadian air merah (Cochlodinnium polykrikoides) pada awal bulan Februari. 

Kejadian Air merah itu dikesan di perairan sekitar Tanjung Badak, Trayong dan Karambunai. Kejadian laut merah itu berlaku disebabkan oleh pengeluaran racun daripada plankton yang beracun. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah


Gambar Lelaki Tua Ditarik Kerbau Ke Hospital Dorong Jalan Raya Dibina Segera

Gambar di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki tua separuh lumpuh ditarik oleh seekor kerbau ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan perubatan di daerah utara Pitas, Sabah, telah mendorong tindakan pembinaan segera akses jalan masuk.


Gambar Lelaki Tua Ditarik Kerbau Ke Hospital Dorong Jalan Raya Dibina Segera, info, terkini, berita, sensasi, pitas, sabah
Bojong Mokiling diangkut oleh 'kereta kerbau' dari Kampung Niatang menuju ke jalan utama di Pitas.
 
 
Nasib penduduk Kampung Niatang mendapat perhatian apabila gambar lelaki tua berusia kira-kira 70 tahun, Bojong Mokiling, berbaring di atas sekeping papan sambil ditarik seekor kerbau melalui jalan berbatu dan berlumpur dari sebuah perkampungan terpencil ke jalan utama.

Menantu lelaki itu, Albert madin berkata 'kereta' itu adalah satu-satunya bentuk pengangkutan yang dapat digunakan untuk keluar dari kampung kerana mereka tidak dapat mendapatkan bantuan pemilik kenderaan 4WD untuk membawa keluar Bojong dari kampung yang terletak kira-kira 1.5km dari jalan utama Pitas.

"Bapa mertua saya lumpuh dan memerlukan rawatan. Keadaannya semakin buruk jadi kami mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital. Kami tidak mempunyai pilihan melainkan menggunakan apa sahaja bentuk pengangkutan kerana tidak ada kenderaan 4WD," katanya.

Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail, yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, ketika dihubungi berkata beliau akan mendapatkan kelulusan segera daripada Kementerian Pembangunan Infrastruktur untuk membina jalan bagi kemudahan penduduk kampung yang terjejas.

"Saya sudah melawat kampung itu dengan pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya. Kita akan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan kelulusan bagi pembinaan jalan," kata Bolkiah.

Beliau berkata kampung itu tidak diwartakan di bawah daerah Pitas, kerana terdapat hanya kira-kira enam buah rumah dengan kira-kira 50 penduduk tinggal di kawasan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata langkah segera akan diambil untuk membina jalan raya.

Perkampungan yang terletak di Pitas itu terletak pada jarak 15km dari hospital Pitas, kira-kira 60km dari hospital Kota Marudu dan kira-kira 135km dari hospital Kudat.

Pitas terletak kira-kira 250km dari Kota Kinabalu.

Netizen menggesa kerajaan bertindak dengan segera untuk membantu penduduk Kampung Niatang selepas gambar Bojong menjadi viral.

Sumber : mstar.com.my

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut hingga 25 Januari

Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa ke-12 mulai 10 Januari hingga 25 Januari ini.


Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut hingga 25 Januari, info, terkin, berita, sabah

Penguatkuasaan perintah berkurung bagi fasa ke-11 di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna akan berakhir esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata perintah berkurung itu dilanjutkan susulan risikan mendapati kumpulan penjenayah rentas sempadan masih merancang untuk masuk ke negeri ini.

"Ini kerana risikan kita mendapati kumpulan penjenayah sentiasa merancang untuk masuk ke negeri ini selain maklumat mendapati mereka menyasarkan beberapa tempat termasuk balai polis dan stesen minyak," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah, di sini sebentar tadi.

Penguatkuasaan bagi fasa ke-12 ini mulai jam 7 malam hingga 5 pagi, sama seperti sebelum ini.

Sumber : bharian.com.my

Polis temui rangka manusia dalam lori dekat Keningau

Kehilangan seorang lelaki sejak setahun lalu terjawab apabila polis menemui rangka manusia dalam sebuah lori di kawasan semak di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis dekat sini, petang tadi.


Polis temui rangka manusia dalam lori dekat Keningau, info, terkini, berita, keningau, sabah,

Rangka berkenaan dipercayai milik Sharif Marsuki, 28, yang meninggal dunia hampir setahun lalu selepas lori dipandunya terhumban ke dalam gaung di laluan itu tanpa ada sesiapa menyedarinya.

Polis mendapat maklumat mengenai penemuan rangka itu pada jam 3.55 petang daripada beberapa lelaki yang juga pemilik tanah berkenaan ketika menebas semak di kawasan terbabit.

Difahamkan, tengkorak dan rangka itu ditemui pada bahagian tempat duduk pemandu lori terbabit di kawasan semak, iaitu di bawah bukit kira-kira 30 meter daripada jalan utama.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata siasatan lanjut berdasarkan nama syarikat yang tertera pada pintu lori berkenaan, polis berjaya mengesan ahli keluarga mangsa di Kampung Masjid Keningau, di sini.

"Ibu mangsa memaklumkan anaknya sudah lama tidak pulang dan tiada khabar berita sejak Januari 2014.

"Laporan orang hilang juga tidak dibuat oleh keluarga sehinggalah dimaklumkan oleh pihak polis hari ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Douglas berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa gagal mengawal lori dipandunya sebelum terbabas ke dalam gaung dan meninggal dunia.

Artikel Terdahulu : Arsene Eenger Diserang Peyokong Sendiri

Sumber : bharian.com.my

Dua maut, tiga cedera nahas dekat Penampang

Dua maut manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Bulatan Sigar dekat Donggongon di sini, pagi tadi.


 Dua maut, tiga cedera nahas dekat Penampang, info, terkini, berita, kemalangan jalan raya, nahas jalan raya, sabah, penampang

Kemalangan pada kira-kira jam 11.45 pagi itu membabitkan dua motosikal, sebuah pacuan empat roda serta sebuah lori treler.

Difahamkan, dua mangsa yang meninggal dunia adalah penunggang dan pembonceng motosikal, masing-masing lelaki dan wanita.

Tiga mangsa yang cedera termasuk seorang dilaporkan parah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.49 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

Artikel Terdahulu : Dibunuh Bapa Tiri dan Kulit Muka Disiat

Sumber : bharian.com.my