Video Yuna Peluk Usher Terus Dikritik


Akibat dikritik teruk oleh peminat yang tidak senang dengan tindakan beliau memeluk rakan duetnya, Usher ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, di Philadelphia, Amerika Syarikat, baru-baru ini, Yuna tampil membidas kritikan itu dengan menyatakan bahawa kehadirannya didalam industri bukan untuk memuaskan hati semua orang.
Video Yuna Peluk Usher Terus Dikritik

“Khas untuk anda semua yang buat saya trending hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda jugalah yang mahu bergambar dengan saya”


“Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh. Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara berkenaan.

Semalam, sebuah video menunjukkan Yuna yang sedang menyanyikan lagu hits, Crush bersama Usher menjadi trending apabila pada penghujung persembahan mereka, Yuna dan Usher telah berpelukan. Gara-gara kejadian itu, ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan penyanyi itu sebagaimana beliau adalah seorang wanita bertudung.


Pada masa yang sama, disebabkan video itu juga para peminat Yuna mula bertelagah sesama sendiri. Ada diantaranya berpendapat bahawa kejadian itu berlaku secara tidak sengaja. Ada yang membuat teori bahawa, Yuna terpaksa memeluk Usher hanya kerana ingin menghormati selebriti antarabangsa itu yang pada awalnya ingin memeluknya.-rotikaya

Filled Under: