Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut hingga 25 Januari


Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa ke-12 mulai 10 Januari hingga 25 Januari ini.


Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut hingga 25 Januari, info, terkin, berita, sabah

Penguatkuasaan perintah berkurung bagi fasa ke-11 di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna akan berakhir esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata perintah berkurung itu dilanjutkan susulan risikan mendapati kumpulan penjenayah rentas sempadan masih merancang untuk masuk ke negeri ini.

"Ini kerana risikan kita mendapati kumpulan penjenayah sentiasa merancang untuk masuk ke negeri ini selain maklumat mendapati mereka menyasarkan beberapa tempat termasuk balai polis dan stesen minyak," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah, di sini sebentar tadi.

Penguatkuasaan bagi fasa ke-12 ini mulai jam 7 malam hingga 5 pagi, sama seperti sebelum ini.

Sumber : bharian.com.my

Filled Under: