MIG Syarikat Produksi Pertama Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia


Metrowealth International Group (MIG) bakal menjadi syarikat penerbitan filem pertama yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.


MIG Syarikat Produksi Pertama Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Ketua Pegawai Ekskutif MIG, David Teo berkata, pihaknya sedang dalam proses permohonan penyenaraian dan bakal menawarkan sebahagian sekuritinya untuk dijual kepada orang awam menerusi Tawaran Awam Permulaan (IPO).

"MIG mahu melangkah setapak lagi dalam empayar yang dibina sebelum ini demi perkembangan perniagaan dan pertumbuhan syarikat dalam menjadi terbaik bukan sahaja di Malaysia tetapi peringkat global.

"Jika permohonan tersebut berjaya MIG bakal menjadi syarikat penerbitan filem pertama yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia," katanya kepada mStar Online.
MIG Syarikat Produksi Pertama Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia
David mempunyai pelbagai perancangan untuk MIG.

Dalam pada itu, David berkata, pihaknya mensasarkan proses berkenaan akan mengambil masa selama enam bulan sebelum diluluskan selepas membuat permohonan itu pada September lalu.

Jelas David lagi, pihaknya optimis dengan langkah berkenaan dalam membawa syarikat itu ke peringkat global selain membawa masuk pelabur baharu dalam menerbitkan lebih banyak filem bermutu tinggi.

"Sepatutnya proses IPO mengambil masa setahun tetapi saya sasar dalam masa enam bulan MIG akan dapat disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

"MIG tidak mahu terus berada di tahap sama dan melihat penyenaraian itu nanti akan memberi banyak faedah terutamanya dalam membawa pelabur masuk untuk penerbitan filem tempatan dan antarabangsa.

"Pelbagai perancangan telah diatur namun buat masa ini pihak MIG akan fokus kepada proses mendapatkan IPO terlebih dahulu," ujarnya.
MIG Syarikat Produksi Pertama Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia
Ibu pejabat MIG.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan industri filem tempatan, David berkata, dia berbangga dengan pencapaian Polis Evo yang menjadi bukti ada perubahan dan harapan biarpun sebelum ini kutipan agak lembab.

Malah David berharap, filem terbitan terbaharu MIG iaitu Badi mendapat sambutan dan sokongan daripada penonton selepas melihat kejayaan Polis Evo dan Jwanita.

Badi arahan Eyra Rahman itu membariskan pelakon seperti Adiba Yunus, Azwan Kombos, Hanif Safuan, Rashidah Jaafar, Sharisa Haris dan Navilya Husna.

Ia mula ditayangkan di pawagan bermula 15 Oktober.-mstar

Filled Under: