Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan anak didiknya, Alexis Sanchez menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding musim pertama bersama kelab itu.
Pemain skuad kebangsaan Chile itu menyertai Arsenal dari Barcelona pada Julai 2014 dan menghasilkan 25 gol dalam semua perlawanan pada musim lalu.
Walaupun mengalami kesukaran pada awal musim ini namun pemain berusia 26 tahun itu berupaya meraih lima gol dalam dua perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris.
"Pada awalnya dia mengalami kesukaran selepas bermain di Copa Amerika. Bagaimanapun, dia sekarang sudah mendapatkan kembali tahap prestasinya yang terbaik, malah lebih baik daripada sebelum itu," kata Wenger.
"Permainannya secara keseluruhan sememangnya luar biasa. Dia bekerja keras untuk pasukannya," tambahnya.-mstar