Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas dilanggar bas dari belakang dan melanggar pula kereta di depan di Plaza Tol Juru, arah utara, Bukit Mertajam, 6 petang tadi.
Kereta dinaiki dua lelaki itu remuk teruk menyebabkan mereka tersepit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Penguasa Bomba Kanan II Ismail Nor berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian pada 6.12 petang sebelum membantu mengeluarkan mangsa.
Katanya, mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan pihaknya beberapa minit kemudian.
“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dirawat,” katanya.-eksidenz