Pelakon Kamal Adli akhirnya mengakui dia kini dalam proses sedang mengenali hati budi Emma Maembong.
Malah Kamal Adli berkata Emma Maembong merupakan satu-satunya wanita yang paling rapat dengannya.
"Kami memang berkawan dan saya boleh katakan dia teman wanita yang paling rapat buat masa sekarang ni. Segala masalah kami kongsi bersama.
"Saya boleh katakan fasa sekarang adalah kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Namun apa yang kan berlaku akan datang saya tidak berani untuk berkata apa-apa lagi," katanya.
Kamal ditemui media ketika hadir menemani Emma Maembong di acara pertunjukan koleksi Raya Melinda Looi di Kota Damansara semalam.
Kamal diminta mengulas selepas sekeping gambar mereka kelihatan mesra tersebar di laman sesawang baru-baru ini.
Pun begitu, Kamal menegaskan dia bukan lah punca keretakan hubungan Emma dan pelawak Zizan Razak sebaliknya mula berkawan rapat setelah pelakon wanita itu kembali single.
"Saya tahu ramai buat tuduhan saya punca keretakan hubungan mereka sebelum ini tetapi ia sama sekali tidak benar kerana kami mula rapat setelah masing-masing mengalami kekecewaan dalam percintaan,"jelasnya.- murai