Rakaman video aksi tidak senonoh seorang lelaki melancap di kawasan tempat letak kereta tersebar di laman sosial.
Lelaki tersebut dilihat amat asyik dengan ‘kerjanya’ sambil membiarkan pintu kenderaannya terbuka separuh.
Menurut sumber, insiden yang menjijikkan itu berjaya dirakam di Kuantan, namun tidak diberitahu lokasi yang tepat.
Difahamkan, sekumpulan gadis itu pada mulanya ingin meletakkan kereta di kawasan berkenaan, bagaimanapun terperanjat sejurus melihat aksi lelaki tersebut yang ‘giat dengan kerjanya’.
Salah seorang dari saksi sempat merakam perbuatan tidak bermoral lelaki itu.
“Eeii Bodohnya. Kenapa dia macam tu? Astaghfirullahalazim. Ana suka tengok ini. Dia pakai kopiah beb! Takkanlah Melayu?
“Eeii! Sanggapnya! Damn! Eii! Kenapa tak tutup pintu?!” kata salah seorang gadis berkenaan.
Parah… memang parah kalau dah jadi sampai macam ini.
Entah apa sudah jadi dengan nilai maruah dan malu buat lelaki tersebut.- mynewshub