Piala Thomas: Malaysia Juara Kumpulan C Tewaskan Korea Selatan

Malaysia mencapai matlamatnya untuk menjadi juara Kumpulan C selepas menewaskan Korea Selatan 3-2, pada pusingan akhir Piala Thomas peringkat kumpulan di Pusat Sukan Kunshan, Selasa.


Piala Thomas: Malaysia Juara Kumpulan C Tewaskan Korea Selatan

Pasukan Malaysia mencatat kemenangan melalui ketiga-tiga pemain perseorangan, yang menyumbangkan tiga mata manakala strategi negara untuk meraih mata awal menerusi beregu gagal.

Datuk Lee Chong Wei memulakan kutipan mata dengan menewaskan Son Wan-ho 21-18, 21-15.

Seterusnya, pasangan beregu negara Koo Kien Keat-Goh V Shem telah ditewaskan oleh gandingan Nombor 1 dunia Lee Yong-dae-Yoo Yeon-seong 16-21, 11-21.
Bagaimanapun, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bangkit semula pada perlawanan seterusnya dengan menewaskan Lee Dong-keun 21-17, 21-15.


Pasangan Korea Selatan tidak mahu mengalah dan berjaya mengutip mata kedua mereka, sekali gus mengikat kedudukan 2-2 melalui Kim Ki Jung-Kim Sa-rang dengan menewaskan satu lagi pasangan beregu negara Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong 21-14, 24-22.

Namun, pemain berpengalaman negara Chong Wei Feng mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan penentu dengan memberikan mata kemenangan, menewaskan Jeon Hyeok-jin 21-16, 21-16 dalam perseorangan ketiga.

Malaysia, yang sebelum ini menewaskan England 4-1 dan Jerman 5-0, akan bersaing di peringkat kalah mati untuk menentukan empat pasukan pilihan utama.-mstar

Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan

Seorang jurulatih dan pelatih penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terselamat selepas pesawat latihan Aermacchi MB339CM terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Serum, Pekan dekat sini, tengah hari Selasa.


Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan

Pesawat yang berpangkalan di TUDM Kuantan itu dilaporkan terhempas akibat kerosakan teknikal semasa mangsa menjalani latihan penerbangan.

Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Operasi Pahang Ashrul Rezal Asbar berkata pelatih penerbangan Leftenan Mohd Hakimi Hairi patah kaki manakala jurulatih, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi tidak mengalami sebarang kecederaan.


Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan

"Kedua-dua mereka telah diambil oleh helikopter tentera pada pukul 1.37 tengah hari sejurus selepas kejadian itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.


Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.52 tengah hari sebelum satu jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan bergegas ke tempat kejadian.


Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan

Ashrul Rezal berkata ketika anggota bomba sampai di lokasi, kedua-dua mangsa telah keluar daripada pesawat dan berada di tempat kejadian.




"Pesawat berkenaan didapati rosak dan remuk di bahagian hadapan akibat terjunam di kawasan sawah padi," katanya.

Kedua-dua mangsa dilaporkan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), untuk mendapat rawatan lanjut.-mstar

(4 Video & 14 Gambar) Pesawat Terbesar Didunia , Antonov 225 Mendarat Di KLIA

Peswat terbesar di dunia, Antonov 225 Mriya telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8 pagi tadi.


Antonov 225 Mendarat Di KLIA

Pesawat difahamkan membawa muatan generator elektrik seberat 117 tan dan mendarat di KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir Perth, Australia.

Sebelum mendarat di KLIA, pesawat seberat 640 tan berkenaan yang dilengkapi enam enjin dan 42 tayar telah singgah di Republik Czech, India dan Turkmenistan terlebih dahulu.


Antonov 225 Mendarat Di KLIA

Pesawat buatan Ukraine tersebut dilaporkan mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.

Selain itu, panjang sayap pesawat tersebut juga adalah kira-kira 88 meter.

Kali terakhir pesawat besar ini mendarat di KLIA adalah pada tahun 2007 lalu.

Orang ramai telah berkumpul ditepi lapangan terbang sejak awal pagi tadi untuk menyaksikan pesawat berkenaan mendarat. - Siakapkeli

Gambar dan Video Pesawat Terbesar Dunia Di KLIA Disini

Budak 10 Tahun Berjaya Kalahkan Kepintaran Albert Einstein

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mendapat perhatian dunia apabila dikatakan mempunyai kepintaran melebihi ahli fizik terkenal, Albert Einstein.


Budak 10 Tahun Berjaya Kalahkan Kepintaran Albert Einstein

Ini berikutan, Nishi Uggalle dinobatkan sebagai kanak-kanak paling muda di Britain yang berjaya mencatatkan markah tertinggi dalam ujian IQ Mensa baru-baru ini.

Nishi mendapat memperoleh markah 162 mata untuk bahagian pertama ujian Mensa yang lebih dikenali sebagai Cattell III B dan mencatat 142 mata untuk bahagian kedua, Culture Fare Scale.


Budak 10 Tahun Berjaya Kalahkan Kepintaran Albert Einstein

Pencapaian Nishi yang meraih dua mata lebih tinggi daripada Einstein itu sekali gus mengejutkan ramai.

Sementara itu, bapa Nishi iaitu Neelanga meluahkan rasa syukur mendapat anak sepintar tersebut.

“Kami tahu dia sangat berbakat, Dia mula membaca dan boleh menulis sejak kecil. Selain itu, dia sangat pintar dalam matematik.

“Sebagai bapa, saya tidak mahu bakatnya dipersiakan, namun perlulah seimbang dengan zaman kanak-kanaknya,” ujarnya.

Nishi dan keluarganya tinggal di Manchester setelah berpindah dari Sri Lanka pada tahun 2015.-mynewshub

Aksi Wanita Kencing Dalam Lif Dirakam CCTV

Lagi kisah warga China buat onar… Sebuah kamera rakaman litar tertutup (CCTV) baru-baru ini telah merakam aksi menjengkelkan seorang wanita yang bertindak membuang air kencing dalam sebuah lif.


Aksi Wanita Kencing Dalam Lif Dirakam CCTV

Melalui pemerhatian CCTV itu, wanita berbaju merah jambu itu dilihat melondehkan seluarnya dan kemudian mengambil posisi seolah-olah hendak membuang air kecil.

Selepas 10 saat berada dalam posisi mencangkung, lantai lif berkenaan dilihat basah dan berair. Kemudian wanita itu segera berdiri dan memakai semula seluarnya lalu bergegas keluar setelah pintu lif terbuka.

Difahamkan aksi tidak ‘bertamadun’ itu dirakam, di sebuah pusat membeli-belah Mandarin Plaza, Hong Kong, kira-kira jam 3 petang, pada Rabu lalu.

Video yang dimuat naik di laman sosial itu sekali gus menjadi viral dan mencetuskan kemarahan netizen.

“Orang yang berpelajaran tidak akan membuat tindakan sebegitu,” katanya seorang netizen yang enggan dikenali.

Walaupun ada segenlintir masyarakatnya yang mengutuk aksi itu, namun cerita atau berita kurang enak dari warga negara komunis ini bukan lagi sesuatu yang pelik.

Terdahulu, Mynewshub ada menerbitkan artikel berkaitan pelancong republik itu berkunjung ke Jepun tetapi tidak menjaga tingkah laku dan menghormati orang lain.

Malah akhbar Business Insider juga telah melabelkan warga China sebagai pelancong paling pengotor di dunia kerana gemar buang sampah merata-rata dan kencing di tempat awam dalam satu tinjauan yang dilakukan terhadap warga republik itu.-mynewshub

Nad Zainal Kongsi Gambar Kehamilan Di Media Sosial

Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal yang dikhabarkan telah hamil dengan usia kehamilannya mencecah 18 minggu. Menerusi laman sosialnya, beliau turut berkongsi gambarnya yang kelihatan manis sekali berbaju kurung biru yang menampakkan perutnya yang semakin membesar.
Nad Zainal Kongsi Gambar Kehamilan Di Media Sosial


Melalui perkongsian gambar tersebut, rata-rata peminat Nad mula membanjiri laman sosial pelakon itu dengan ucapan tahniah dengan berita gembira itu malah ada juga diantara mereka meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan anak pertama selebriti kesayangan mereka itu.


Sebelum ini Nad ada memberitahu bahawa dirinya masih belum bersedia mendedahkan berita kehamilannya itu kepada umum, selain itu dalam masa yang sama beliau juga turut tidak memberi sebarang maklum balas mengenai desas-desus yang telah tersebar itu kepada pihak media.

Apa pun, semoga kesihatan Nad dan bayi terjaga dengan baiknya dan diharapkan segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNya. Pasti kehadiran bayi pertama ini dapat menceriakan lagi kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini.-rotikaya

Hafiz Suip Bergelar Suami Nureffy Sekali Lafaz

Penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz Suip selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Nureffy Jasreel Abdullah pada Sabtu.


Hafiz Suip Bergelar Suami Nureffy Sekali Lafaz

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Kasdinata Fauzi kira-kira pukul 10.30 pagi tadi di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Suip, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120 kepada Nureffy, 23 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Pullman Kuching.-mstar

Hafiz Suip, Nureffy Kongsi Gambar Pra Perkahwinan

Bakal bergelar suami isteri pada esok (14 Mei), Hafiz Suip dan juga tunangnya, Nureffy turut berkongsikan beberapa keping gambar pra perkahwinan mereka yang sungguh manis bagai pinang dibelah dua di laman sosial masing-masing.


Hafiz Suip, Nureffy Kongsi Gambar Pra Perkahwinan


Tidak ada apa yang lebih menggembirakan peminat Hafiz melainkan melihat selebriti kesayangan mereka mendirikan rumahtangga. Malah sebelum ini, Hafiz sendiri turut risau apabila bakal isterinya itu diserang demam denggi.


Hafiz Suip, Nureffy Kongsi Gambar Pra Perkahwinan

Siti Nordiana Teringin Bersuami Lagi

Walaupun ada pihak pernah mempersoalkan kelewatan jodohnya yang belum tiba, Siti Nordiana tidak pernah cepat melatah. Setelah enam tahun bergelar ibu tunggal, beliau kini kelihatan lebih terbuka untuk membicarakan soal personaliti bakal suami yang diidamkannya.
Siti Nordiana Teringin Bersuami Lagi


“Nak cari pengganti bukan senang sebab Nana jenis susah jatuh cinta. Susah hendak cakap, mungkin dia lelaki baik tetapi tidak sesuai dengan kita. Hendak cari yang sesuai agak sukar. Kalau boleh, biarlah dia seorang yang manis, penyabar, mendidik Nana dan anak”


“Dia perlu membuatkan Nana menghormati dia. Hendak jadi ketua, kenalah ada ciri-ciri pemimpin. Lamaran itu kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak ada. Itu hanya gosip tetapi yang datang meminang itu tidak ada lagi,” katanya kepada Projek MMO berhubung perkara itu.

Malah bagi dirinya, bukanlah sudah terbiasa hidup berseorangan bersama anak-anak cuma perasaan bersedia belum ada untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Katanya lagi, bukan senang untuk menjadi seorang isteri, ia memerlukan persediaan dari segi mental juga.-rotikaya

'Kasut Emas' Tidak Bermakna Jika Barca Gagal Jadi Juara - Suarez

Ketika bersama Liverpool musim 2013/14 Luis Suarez pernah mendapat anugerah 'Kasut Emas' namun kelab itu gagal menjadi juara Liga Perdana Inggeris dan dia tidak mahu situasi yang sama berulang ketika dia bersama Barcelona.


'Kasut Emas' Tidak Bermakna Jika Barca Gagal Jadi Juara - Suarez

Liverpool tidak mampu menjadi juara liga kerana prestasi yang merosot dalam beberapa perlawanan terakhirnya dan gelaran juara akhirnya diraih Manchester City.

Tahun ini, situasi yang hampir sama berulang dengan pemain Uruguay ini mendahului senarai penjaring terbanyak La Liga dengan 37 gol, lebih empat gol berbanding Ronaldo.

Dalam masa yang sama Barca berada di puncak liga menjelang perlawanan terakhir mereka dengan 88 mata, hanya lebih satu mata di atas Real Madrid.

Ini menunjukkan Suarez hampir mendapat anugerah Kasut Emas tetapi kali ini dia lebih fokus untuk membawa Barca meraih gelaran juara.

Barca harus menang ke atas Granada dalam perlawanan terakhir mereka minggu ini walau apa pun keputusan yang dicatatkan Madrid ketika menentang Deportivo La Coruna.

Jika Barca kalah atau seri, Madrid berpeluang menjadi juara.

"Saya gembira dapat membantu pasukan, tetapi menang Kasut Emas tidak akan memberi sebarang makna jika kami gagal menjadi juara liga," kata Suarez memetik Soccerway.

"Saya memenangi Kasut Emas di Liverpool tapi kami gagal menjadi juara liga.

"Saya sangat bangga dengan apa yang saya lakukan, tapi pujian harus diberikan kepada semua pemain," katanya.-mstar