Zayn Malik Tampil Dengan Single Solo Terbaru

Sebelum ini, kecoh apabila dikatakan Zayn Malik Tinggalkan One Direction?  Namun, kenyataan itu adalah benar dan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik telah mendedahkan Punca Sebenar Meninggalkan One Direction. Malah, baru-baru ini desas desus mengatakan Kumpulan One Direction Bakal Berpecah?


Zayn Malik Tampil Dengan Single Solo Terbaru

Namun, yang terbaru, Zayn Malik kini tampil dengan single pertama, Pillowtalk. Video klip single terbarunya itu turut dibintangi oleh model, Gigi Hadid yang kini hangat dikatakan sebagai kekasih penyanyi dari Britain itu. Klip berkenaan menggambarkan kedua-dua selebriti itu seolah-olah berada di ‘syurga’ dan ‘medan perang’.
Zayn Malik Tampil Dengan Single Solo Terbaru

Ada yang mengatakan lagu terbabit mempuyai sedikit persamaan dengan muzik diketengahkan oleh Justin Bieber menerusi album terbaharunya, Purpose, dan nyata sekali berbeza daripada bentuk muzik ketika Malik masih bersama One Direction sebelum ini.


Zayn Malik Tampil Dengan Single Solo Terbaru

Pillowtalk ialah lagu petikan daripada album Mind of Mine yang dijadualkan menemui peminat pada Mac depan. Album itu juga, katanya, sudah hampir siap dengan sedikit saja lagi sentuhan terakhir harus dilakukan sebelum ia dipasarkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Apapun, tahniah buat Zayn Malik dan semoga single solo ini bakal menembusi industri luar negara.-gosipmalaysia

Chelsea Sasar Antoine Griezmann

Chelsea sedia membelanjakan sebanyak £60 juta untuk mendapatkan Antoine Griezmann sekiranya Eden Hazard berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) atau Real Madrid.


Chelsea Sasar Antoine Griezmann

Pemain Perancis berusia 24 tahun itu kini merupakan bintang Atletico Madrid yang menjadi pemain tengah serangan bernilai di Eropah selepas mempamerkan aksi memberangsangkan sejak dua musim lalu.

Atletico kini sedang menjalani penggantungan untuk menjual dan membeli pemain kerana melebihi limit selepas mendapatkan pemain muda bernilai.

Berikutan itu, Griezmann perlu menebus kontraknya yang bernilai £60 juta jika ingin menyertai Chelsea.

Selain itu, PSG antara pasukan yang mahukan Griezmann bagi menggantikan Zlatan Ibrahimovich yang akan meninggalkan skuad tersebut pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, Hazard menjadi pemain tengah yang lebih diberi perhatian oleh Real Madird dan PSG.

Ketua Jurulatih Real, Zinedine Zidane dikatakan meminati Hazard sejak dua musim lalu dan mahu pemain itu ke Sepanyol pada akhir musim ini.-mstar

Alexandre Pato Sah Milik Chelsea

Chelsea melengkapkan pemindahan Alexandre Pato dari kelab Brazil, Corinthians menerusi pinjaman selama semusim.


Alexandre Pato Sah Milik Chelsea

Penyerang Brazil itu bakal menjadi pemain tetap di Stamford Bridge dengan nilai £7 juta pada akhir musim sekiranya menyerlah.

Bekas pemain AC Milan itu tiba di London pada Rabu sebelum berjaya melepasi ujian perubatan dan melengkapkan urusan kontrak.

Berikutan kehadirannya, Alexandre Pato akan menjadi penyerang pilihan pengendali Chelsea, Guus Hiddink selain Diego Costa.

Chelsea selain itu turut memiliki penyerang berpengalaman seperti Loic Remy dan Radamel Falcao.

Pato, 26, berkata kepada laman web kelab itu," saya gembira kerana dapat melengkapkan pemindahan ke Chelsea. Ia adalah impian yang menjadi kenyataan. Saya akan bertemu rakan sepasukan baru untuk mengetahui cara mereka bermain. Saya tidak sabar lagi untuk bermain bersama mereka.

"Saya berterima kasih kepada Chelsea kerana menyokong karier saya. Sebagai balasan saya perlu beraksi denngan cemerlang untuk kelab dan penyokong."-mstar

Saman RM1 Juta Ciplak Jersi Baharu Skuad Kelantan

Saman RM1 juta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat pengeluar baju di negara ini jika didapati menciplak jersi rasmi baharu skuad Kelantan iaitu Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).


Saman RM1 Juta Ciplak Jersi Baharu Skuad Kelantan

Amaran keras itu diberikan pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr. Vida terhadap mereka yang cuba meniru jersi keluarannya termasuk logo rasmi atau nama produk seperti Pamoga.

Penasihat Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu memaklumkan, beliau terpaksa bertegas mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu imej syarikatnya pula tercemar jika disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Dr. Vida berkata, walaupun jersi keluarannya masih belum lagi berada di pasaran, langkah awal perlu diambil bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab daripada mungkin mahu mengambil kesempatan.

Katanya, atas alasan itu, pihaknya tidak mempamerkan jersi terbaharu PQPTRW menerusi mana-mana laman sosial seperti Facebook dan Instagram kerana tidak mahu perkara berkenaan terdedah kepada umum.

“Saya sendiri akan tampil lancar dua versi jersi dengan 20,000 helai akan dikeluarkan untuk edisi pertama sempena perlawanan pertama liga Malaysia bermula 12 Februari,” katanya yang dipetik Harian Metro.

“Jersi tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan tempat sendiri. Manakala jersi merah jambu-hitam dan biru-putih putih pula akan digunakan di tempat lawan,” katanya.

Berikutan kenyataan pengasas Qu Puteh itu, ia sekali gus menamatkan spekulasi di media sosial kononnya Dr. Vida bercanggah pendapat dengan pengurusan KAFA mengenai penggunaan warna jersi PQPTRW musim ini.

Dr. Vida dijangka hadir buat julung kali di Stadium Sultan Muhammad IV di sini untuk perlawanan persahabatan bertemu Kuala Lumpur pada 2 Februari selain sesi perkenal pemain oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam perkembangan sama, Dr. Vida akan menyarankan KAFA supaya jaring gol pintu gawang di stadium itu juga dapat ditukar daripada warna asalnya putih kepada merah jambu seperti dilakukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau mendapat ilham itu selepas agak tertarik dengan konsep di stadium pasukan JDT tersebut yang turut menukarkan warna jaring gol mereka kepada merah dan biru iaitu warna asas skuad Harimau Selatan itu.

Katanya, penukaran warna jaring gawang itu mungkin tidak salah kerana sedondon dengan stadium dan juga jersi pasukan, bahkan, bakal tampak ceria dan semangat sebaik dipancarkan dengan lampu limpah merah jambu.

“Apapun, ia bergantung kepada keputusan KAFA dan PSK (Perbadanan Stadium Kelantan) sama ada dibenarkan atau tidak penggunaan warna merah jambu untuk jaring gol, tetapi saya rasa ia tiada masalah,” jelasnya lagi.

– Agensi/Mynewshub.cc

‘Zombie La La La’ Kritikal Cari Penaja Kosmetik

Hanya tinggal beberapa hari lagi pementasan akan berlangsung, namun produksi teater Zombie La La La masih tidak dapat penajaan mana-mana pihak meskipun usaha ke arah itu telah dilakukan sejak awal Januari lalu.


‘Zombie La La La’ Kritikal Cari Penaja Kosmetik

Menurut penerbitnya, Siti Rohayah Attan, pihaknya telah mendekati dan mengadakan beberapa perbincangan dengan beberapa penaja yang dikenal pasti berpotensi, namun keputusan diterimanya amat menghampakan.

“Kebanyakan mereka hanya memberikan alasan bahawa keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu buat masa sekarang menyebabkan mereka terpaksa mengambil langkah lebih berhati-hati dalam sebarang penajaan.

“Memang diakui ekonomi masa kini tidak begitu memberangsangkan, namun kami masih berharap ada pihak sudi muncul jadi penaja utama bagi persembahan ini kerana ia mempromosikan pelancongan di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, usaha menerbitkan Zombie La La La dianggap unik kerana menampilkan tempat menarik di ibu kota seperti Zoo Negara, Muzium Negara, Dataran Merdeka, KLCC, Tugu Negara dan Putrajaya sebagai latar cerita.

Dalam masa yang sama, teater ini bertujuan mengetengahkan tentang keberkesanan produk kecantikan buatan anak tempatan yang dianggap sebagai cukup setanding dengan produk sama dibawa masuk dari luar negara.

“Justeru, saya sangat berharap akan ada syarikat kosmetik yang sudi tampil untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi membantu persembahan Zombie La La La ini khasnya dari segi kewangan.

“Melalui penajaan itu kita akan menampilkan produk tersebutlah yang berjaya mengembalikan kejelitaan dan ketampanan zombie dari seluruh dunia,” kata Siti Rohayah yang juga bertindak sebagai penulis skrip.

Tujuan beliau menumpukan penajaan kepada syarikat kosmetik kerana isi cerita teater tersebut berkaitan dengan wajah hodoh watak zombie dari beberapa negara yang mencari formula untuk cantik di Malaysia.

“Hasil pencarian tersebut, mereka akhirnya berjaya menemui formula rahsia yang dimaksudkan itu sehingga menyebabkan kesemua mereka kembali cantik dan tampan,” tegas beliau lagi.

Bagaimapun, Siti Rohayah berkata, beliau tiada halangan jika ada mana-mana syarikat atau perseorangan yang tiada kaitan dengan produk kosmetik tampil untuk menaja persembahan tersebut.

Dengan adanya penajaan tersebut ujar beliau lagi, ia secara langsung akan dapat meringankan beban tanggungan untuk kos produksi teater yang dijangka menelan belanja kira-kira RM1 juta itu.

Zombie La La La arahan A. Aris Kadir bakal dipentaskan dari 13 hingga 21 Februari ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur dengan menampilkan ramai artis terkenal tempatan selain yang dan ada nama tersendiri.

Antaranya Amar Baharin (KaptenCook), Siti Saleha (CleoPapa), Janna Nick (MeMangNak), Amy Mastura (HappyWitch), Hafreez Adam (ElviPasola), Zulin Aziz (Miss-K), Rosnan Rahman (PatihKurnia), Lim Mei Fen (LiliPoh) dan Syed Atiq Wan Long (JinAprait).

Tiket persembahan teater Zombie La La La ini yang berharga dari serendah RM37 boleh dibeli terus di kaunter Istana Budaya atau secara talian menerusi www.AirAsiaredTic.com.

Untuk mendapatkan sebarang keterangan lanjut, boleh menghubungi CTRA Production melalui talian 017-2004549/ 03-61866592/ 03-40265558. – Mynewshub

Penumpang Alami Detik Ngeri Pesawat Menjunam 24,000 Kaki

Penumpang sebuah pesawat merasai pengalaman ngeri apabila pesawat itu menjunam 24,000 kaki dalam masa hanya lima minit.


Penumpang Alami Detik Ngeri Pesawat Menjunam 24,000 Kaki

Seorang penumpang yang terkejut dengan insiden itu menceritakan detik cemas apabila pesawat Air Canada bagi penerbangan 549 mengalami masalah tekanan udara sehingga memaksa ia membuat pendaratan cemas.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan dalam penerbangan dari New Jersey ke Vancouver pada Jumaat malam.

Tekanan udara di dalam kabin yang merosot menyebabkan topeng oksigen dikeluarkan secara automatik.

Amaran kecemasan diisytiharkan dan juruterbang menurunkan pesawat secara mendadak dari paras 34,000 kaki kepada 10,000 kaki dalam masa lima minit.

Pesawat itu kemudiannya dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson Toronto.

Jurucakap Air Canada, Angela Mah berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden pesawat yang membawa 107 orang itu. - Mirror

Isteri Shah Iskandar Terpalit Skandal

Baru sahaja beberapa hari bergelar suami isteri, kini telah timbul cerita yang kurang enak didengar mengenai Sarah iaitu isteri kepada pelakon Shah Iskandar.


Isteri Shah Iskandar Terpalit Skandal

Menerusi Harian Metro, teman Cik Pang dikenali Datin W mengadu mengenai seorang pengasas produk kecantikan didakwa belum melangsaikan hutang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa peminjam, termasuk dirinya.

Individu itu dipercayai menipu ramai pihak untuk mendapatkan duit bagi memulakan bisnes produk kecantikan dengan pelbagai janji manis.

Datin W mendedahkan nama Sarah turut naik kerana dia antara pengarah urusan syarikat terbabit yang bertanggungjawab menandatangi surat perjanjian berkaitan pinjaman wang sebelum ini.

Pada masa sama, individu itu dikatakan menipu banyak pihak menggunakan gelaran kerabat yang entah dari mana munculnya.

Tambah Datin W lagi, pengasas produk itu didakwa telah direman selama seminggu pada hari pernikahan Shah dan Sarah bagi membantu siasatan mengenai penipuan gelaran diraja yang digunakan.

Katanya, pada hari bahagia Shah dan Sarah, tiada kelibat pengasas kecantikan itu pada gambar kahwin mereka walaupun hakikatnya dia antara insan terpenting dalam keluarga baru Shah Iskandar.


Isteri Shah Iskandar Terpalit Skandal

Lebih kasihan, antara yang kena kencing si pengasas kecantikan itu ialah kawan Shah Iskandar juga dan si pelakon itu tahu mengenai hal terbabit, namun seolah-olah tidak mahu membantu.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh Datin W dan rakan-rakan untuk mendapatkan semula wang mereka namun si penipu itu tebal muka. Malah telah berlaku pergaduhan kecil sehingga menyebabkan seorang mangsa penipuan cedera ketika cuba menuntut duitnya. Dengar cerita, beberapa selebriti popular pun pernah dan hampir kena tipu.

Hurmm baru jer nikah kan dah timbul cerita-cerita macam ni. Memang tak dinafikan makhluk macam ni memang wujud. So hati-hatilah apabila berurusan dengan mereka yang menabur janji manis. Janganlah cepat terjebak kerana manusia seperti ini wujud di mana-mana.-gosipmalaysia

Punca Akim Ahmad Pilih Cincin Lima Permata Untuk Stacy

Bakal mendirikan rumahtangga pada Februari ini, penyanyi Akim Ahmad baru-baru ini telah mendapatkan sebentuk cincin bertahtakan lima permata di sekelilingnya untuk diberikan kepada isterinya, Stacy AF. Lebih menarik, pilihan cincin oleh Akim itu juga mempunyai maksud tersendiri.


Punca Akim Ahmad Pilih Cincin Lima Permata Untuk Stacy

“Cincin pilihan saya ini adalah kejutan buat Stacy kerana coraknya yang berbeza dari kebiasaan. Ringkas saja bentuknya namun memberi erti yang mendalam. Corak itu dipilih bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan kami nanti”


Punca Akim Ahmad Pilih Cincin Lima Permata Untuk Stacy

“Rapuhnya tiang agama itu nanti mampu menggoyahkan rumahtangga. Saya berharap Stacy suka dengan cincin yang dipilih dan memahami maksud tersirat di sebalik pemilihan tanda cinta kami itu,” jelasnya kepada BH Online.


Punca Akim Ahmad Pilih Cincin Lima Permata Untuk Stacy

Punca Akim Ahmad Pilih Cincin Lima Permata Untuk Stacy

Akim dan Stacy juga dalam masa yang sama menjelaskan bahawa mereka kini sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahan yang akan didadakan di Sabah. Apa pun, moga segala urusan dipermudahkan belaka buat pasangan ini.-rotikaya

Bawa Lari RM400,000 : Kes Rompak Macam Dalam Drama TV

Sebuah beg berisi wang tunai RM400,000 yang baru sahaja dibawa keluar dari sebuah bank dilarikan oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di Pulau Sebang kira-kira jam 9.30 malam tadi.


Bawa Lari RM400,000 : Kes Rompak Macam Dalam Drama TV

Difahamkan, wang tersebut dikeluarkan dari bank terbabit untuk dimasukkan ke dalam van keselamatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gaja, Superintendan Mohamad Ismail Mohd Yusof, dia berasa kesal kerana setelah meneliti rakaman CCTV dia mendapati kakitangan keselamatan yang berada di lokasi kejadian tidak melepaskan tembakan ke arah suspek yang terus melarikan diri ke tempat duduk belakang sebuah pacuan empat roda jenis Hilux.

"Macam drama tapi kita akan teliti semula rakaman cctv bagi siasatan lanjut.  Bagaimanapun, enam kakitangan keselamatan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden ini.

"Suspek kita anggarkan berusia lingkungan 30an dan melarikan diri menggunakan 4x4 yang bernombor pendaftaran palsu," katanya sebagaimana lapor Sinar Online. - Siakapkeli

But Idaman Ozil Tanpa Tali Ace 16+ Purecontrol Diperkenal

Bintang Arsenal, Mesut Ozil  bakal menjadi pemain pertama menggunakan but terbaharu rekaan Adidas, ACE 16+ Purecontrol bermula 23 Januari ini.


But Idaman Ozil Tanpa Tali Ace 16+ Purecontrol Diperkenal

"Saya cuba mengunakan kesan penggunaan tali but ketika cuba menjaringkan gol dan mengawal bola sepanjang karier saya.

"Pada tahun 2014 saya menunjukkan kepada adidas bagaimana saya cuba mengikat tali but itu dengan baik agar tidak mengganggu sepakan saya, namun akhirnya tali itu hanya disumbat ke bahagian dalam.
But Idaman Ozil Tanpa Tali Ace 16+ Purecontrol Diperkenal

"Namun apabila mereka datang berjumpa saya tahun lalu dengan membawa sepasang but tanpa tali, ia seolah-olah telah mereka produk impian saya.

"Saya tidak sabar menggunakannya," jelas Ozil teruja mengenai but terbaharunya itu.

Selain Ozil, Ivan Rakitic (Barcelona) turut dipilih mencuba but ini, manakala pemain-pemain lain akan mula mencubanya pada 30 Januari.-mstar