Rafael Ucap Terima Kasih Kepada United Selepas Tandatangani Kontrak Bersama Lyon

Rafael da silva akan melengkapkan perpindahannya ke Lyon minggu ini selepas pihak Ligue 1 mengesahkan pemain pertahanan tersebut telah lulus pemeriksaan perubatan dan menandatangani perjanjian empat tahun.

Rafael Ucap Terima Kasih Kepada United Selepas Tandatangani Kontrak Bersama Lyon


Pemain antarabangsa Brazil membuat penampilan lebih 150 kali ketika bersama Manchester United sejak tiba di kelab itu pada tahun 2008, tetapi pengambilan pemain bek kanan baru, Matteo Darmian telah membuatkan dia berhijrah dari Old Trafford ke Lyon.

Perpindahan itu menyaksikan Lyon membayarnya dengan jumlah yang tidak didedahkan, namun di rantau ini pemain berusia 25 tahun itu dipercayai dibayar sebanyak €3.5 juta.

Awal hari ini, Rafael menulis kata-kata perpisahan penuh emosi kepada United, di Twitter.

Rafael keluar dari Old Trafford tiga tahun selepas adik kembarnya Fabiowas dipinjamkan kepada QPR.

Fabio kembali ke Manchester, tetapi mendapati peluang terhad di bawah David Moyes dan menandatangani perjanjian bersama Cardiff City pada Januari 2014.-mstar

Pedro Mampu Bawa Man United Kejar Kejuaraan EPL

Manchester United bakal menjadi pencabar Liga Perdana Inggiers (EPL) jika berjaya mendapatkan penyerang pantas seperti Pedro, kata Louis Van Gaal.


Pedro Mampu Bawa Man United Kejar Kejuaraan EPL

United yakin akan dapat membawa Pedro ke Old Trafford selepas menyelesaikan pemindahan Angel Di Maria ke Paris Saint-Germain (PSG).

Van Gaal juga percaya mampu memberi tempat kepada Pedro sekiranya penyerang Barcelona itu menyertai skuad berkenaan.

"Barcelona mempunyai pemain pantas seperti Messi dan Neymar - mereka juga mempunyai Pedro. Kami perlu bersaing untuk itu.

"Kami mampu memenangi gelaran liga jika dapat membeli pemain yang kreatif dan pantas. Kami perlu menambah baik skuad ini.

"Pencabar kami, Chelsea mempunyai pemain yang kreatif dan pantas seperti Eden Hazard, Willian dan Oscar," katanya.-mstar

Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi

Zaman sekarang ni kalau gaji RM3000 pun boleh dikira cukup-cukup makan je. Tak tahu lah nak saving macam mana. Nak buat simpanan untuk kahwin la, untuk belanja seharian, duit sewa kereta, rumah.. Eh macam-macam lagi lah! Lagi-lagi bila ada GST ni. Lagi teruk la gamak nya..


Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi

Baru-baru ni Saiful Nang berada di Sweden dan kongsi pengalaman di sana. Menurut Saiful Nang, rakyat di Sweden pun memang melenting dek kerana GST ni. Iya lah, kalau nak ikutkan diorang punya peratusan GST lagi tinggi beberapa kali ganda. Tapi orang kat sana tetap tak bising sangat nak bayar tax.. Nak tahu kenapa?


Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi


    Orang kat Sweden ni pun bising juga pasal tax. Income tax dia sampai 45%. Dapat gaji separuh gomen ambik. Dah lah macam tu…GST sampai 24%!! Kalau di Malaysia yang 6% pun dah rusuhan. Income tax 20% pun ramai cilok. TAPI SWEDISH TETAP TAK GADUH SANGAT bayar tax.

    Kenapa?


Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi

Kerana education terbaik dunia dia dari kecil sampai universiti semua FREE. Public transport mereka bagus dan murah, barang makan murah, highway free, jalanraya cantik, insuran kesihatan tak perlu kerana healthcare dia lagi baik dari private hospital kita. Tidaklah sampai datang hari ini utk temujanji dengan pakar lagi 15 bulan baru jumpa. Pencuri tak ramai kerana yang jobless pun dapat gaji berdasarkan 70-80% gaji terakhir mereka. Tak ada sebab orang nak pecah rumah orang lain. Lagi yang mereka tak marah sangat, menteri-menteri dan PM dia orang biasa sahaja. Tak kaya mana pun macam PM Uganda yang banyak jet.


Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi

Lupa satu lagi. Ni gambar saya dengan kawan saya tengah highway ada accident. Tengok lane kosong ni kenapa tak ada orang menyelit potong queue? Kerana accident ni jauh di depan. Kami berhenti dalam 15 minit dalam 1 barisan supaya bila accident tu buka 1 lorong sahajapun, traffic dah surai. Kalau kita buka 1 lorong bahagian kosong ni mesti penuh sampai tempat accident. Lepas tu nak masuk 1 lorong semua taknak bagi jalan. Kanan kata kiri potong queue, kiri kata kanan potong queue. Last-last benda boleh settle 10 minit jala 2 jam tak selesai lagi. Buatlah highway barang 50 lorong pun. Yang penting ialah sikap yang perlu disekolahkan.

Bukan kata mereka bagus semua. Tapi bukankah nak dijadikan contoh kita kenang yang baik sahaja dan yang buruk kita diam-diam nanti balik jadikan sempadan. Apapun, syukurlah Uganda masih aman. Nama saya Saiful Nang…saya sayang Uganda.-ohbulan

David Luiz Tak Sabar Bermain Dengan Angel Di Maria

David Luiz masih menganggap Angel di Maria sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia dan tidak sabar untuk bermain dengannya sebaik sahaja urusan pemindahan dari Manchester United ke Paris St Germain (PSG) selesai.


David Luiz Tak Sabar Bermain Dengan Angel Di Maria

Selepas beberapa hari rundingan, kemelut tentang penghijrahan Di Maria nampaknya hampir berakhir.

Jurulatih PSG Laurent Blanc pada Khamis berkata bahawa pemain tengah dari Argentina itu semakin 'dekat' untuk menyertai pasukannya.

Laporan di Perancis mendakwa PSG akan membayar United sebanyak 65 juta euro (£46 juta) bagi pemain berusia 27 tahun itu, yang gagal untuk terus bersama di Manchester.

Walaupun terpaksa bergelut dalam Liga Perdana musim lalu, Luiz percaya Di Maria masih salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia dan sebab itu dia tidak sabar untuk bermain bersama bekas rakan sepasukannya, Benfica sekali lagi.

"Di Maria akan menjadikan kita lebih kuat, pasti," kata pemain pertahanan PSG itu selepas kemenangan 2-0 kelab itu ke atas United di Chicago pada Khamis.

"Saya berharap dapat melihatnya (di PSG). Dia adalah seorang sahabat yang baik, seorang pemain yang hebat, dan dalam setiap pasukan yang dia bermain, dia membuat perbezaan.

"Dia menolong di bahagian pertahanan, dia tahu bagaimana untuk membantu dan menjaringkan gol.

"Saya bermain dengannya di Benfica ketika berat badannya 70 kilogram," katanya sambil ketawa kecil.

"Ia adalah satu perkara besar dapat bermain dengannya dan lebih utama apabila melihat peningkatannya, dan bagaimana dia telah menjadi seorang pemain yang hebat. Ia akan menjadi satu keseronokan bermain dengannya sekali lagi."

United menganggap mereka telah berjaya merampas kuasa utama dengan menandatangani Di Maria dari Madrid musim panas lalu dengan harga £59.7 juta.

Dia dipilih sebagai Pemain Terbaik dalam final Liga Juara-Juara ketika Real Madrid menang ke atas Atletico Madrid beberapa bulan sebelum itu dan dinamakan dalam pasukan Piala Dunia kejohanan itu tidak lama kemudian.

Video: Lelaki Dipercayai Anggota Tentera Belasah Rakan

Seorang lelaki dibelasah kerana di katakan mencuri telefon bimbit milik rakannya. Berdasarkan rakaman video yang tersebar di media sosial kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah kem tentera berdasarkan susun atur katil dan baju seragam yang tergantung di bilik tersebut.


Video: Lelaki Dipercayai Anggota Tentera Belasah Rakan

Namun tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian ini berlaku.



Anggota Tentera Belasah Rakan Kerana Dakwaan... by suaratv2014


Melalui rakaman berdurasi 1:30 saat itu, dua orang lelaki yang berbadan sasa itu dilihat membelasah rakannya yang sedang duduk diatas katil.

Manakala rakan-rakan mereka yang lain hanya memerhatikan sahaja pergaduahn tersebut.

“Mana, mana barangnya, bikin malu saja kau ni” jerit lelaki itu sambil menumbuk mangsa itu.

“Tidak, saya tidak ambil” jawab mangsa yang dipukul itu sambil menangis.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan itu, lelaki tersebut turut menendang dan melakukan ‘flying kick’ terhadap mangsa.

“Aku tak kira kalau kau mati, bikin malu!” ujar lelaki lagi.
“Betul saya tak ambil telefon kau Mike” uajr mangsa itu sambil merayu agar rakannya itu berhenti dari terus memukulnya.

Berdasarkan dialek yang dituturkan, mereka dipercayai berasal dari Sabah.

Bagaimanapun SuaraTV , gagal menghubunggi pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk pengesahan lanjut.

Para pengguna Facebook mengutuk tindakan itu yang disifatkan sebagai tidak berperikamanusian itu smabil menggesa agar pihak berkuasa segera melakukan siasatan. -SuaraTV
 

Che Ta Dedah Gaji Bulanan Sebagai Pelakon

Umum tahu, industri hiburan negara kita tidaklah sebesar mana. Oleh kerana itu, bukan semua yang menceburinya akan berjaya dan memperoleh pendapatan lumayan.


Che Ta Dedah Gaji Bulanan Sebagai Pelakon

Ada yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan ada juga yang sekali borong dapat makan setahun. Ia sudah tentu bergantung kepada populariti mereka.

Namun ianya berbeza dengan pelakon Rozita Che Wan atau dikenali juga dengan panggilan Che Ta. Beliau berpendapat menjadi pelakon boleh menghadiahkan kehidupan yang mewah dan terjamin.

Katanya, sepanjang tujuh tahun berada dalam bidang seni, seseorang itu perlu bijak merancang dengan hasil pendapatan yang diperoleh seperti mana yang dia telah lakukan.

Terbuka untuk berkongsi pendapatannya, Che Ta dengan mudah mampu memperoleh RM60,000 sebulan hanya dengan menjadi pelakon. Itu tak termasuk bayaran menjadi duta produk dan sebagainya.

“Itu hanya berlakon sahaja tanpa ditambah dengan pendapatan yang diperolehi daripada iklan. Jika ditambah, saya tidak akan menafikan bahawa jumlahnya akan menjadi lebih daripada itu. Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,” luah Rozita penuh jujur dalam program hlive! Apa Kata Malaysia?.

Maka tidak hairanlah peminat seringkali disajikan dengan gambar-gambar Che Ta bercuti ke luar negara dan juga gambar-gambar koleksi beg tangannya yang mencecah ribuan ringgit. Pelakon kelahiran Kedah itu juga mengakui mempunyai keinginan untuk memiliki hartanah di London.

“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki. Bagi mereka yang sentiasa tidak berpuas hati dan hanya mahu bersikap negatif, itu terpulang pada diri masing-masing,” kata pengacara program bual bicara, Primadona itu panjang lebar tanpa selindung.-ammboi

10 Kapal Makhluk Asing Berterbangan Di Jepun?

Video yang merakamkan 10 objek pelik berterbangan di ruang udara Osaka ini telah mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.


10 Kapal Makhluk Asing Berterbangan Di Jepun?

Menerusi rakaman video amatur oleh seorang individu di bandar pelabuhan Jepun ini, rata-rata netizen mendakwa objek berkenaan adalah kapal yang dimiliki oleh makhluk asing.

Sahih atau tidak dakwaan itu, masih tiada bukti kukuh yang dapat merungkai bahawa 10 objek bercahaya itu adalah kapal makhluk asing.

To start watching : click show video button

Kejadian ini dikatakan sama dengan peristiwa yang pernah berlaku di London semasa sebuah konsert berlansung di Hyde Park.

Penonton konsert itu mendakwa ternampak objek bercahaya yang sama di awan sebelum hilang beberapa saat kemudian.-mynewshub

Rusia Guna Kuasa Veto Sekat Tribunal MH17

Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghalang dan menyekat tribunal daripada membicarakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine.


Rusia Guna Kuasa Veto Sekat Tribunal MH17

Laporan siasatan awal yang diketuai pihak penyiasatan Belanda mendapati senjata yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat berkenaan dipercayai milik puak pemisah pro-Rusia.

Keputusan hasil siasatan menyeluruh hanya akan diketahui Oktober ini.

Pemimpin dari Malaysia, Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine sebelum ini telah mendesak Presiden Rusia Vladimir Putin agar tidak menggunakan sebarang kuasa veto untuk menghalang tuntutan tribunal tersebut.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte sebelum ini turut mendesak Putin agar tidak menghalang tuntutan tribunal demi mencari keadilan buat kesemua 298 nyawa yang terkorban dalam tragedi pada 17 Julai tahun lalu.

Rusia yang merupakan lima ahli tetap dalam Majlis Keselamatan bersama Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan China mempunyai kuasa veto untuk menolak resolusi tersebut.-mynewshub

Sheera Iskandar Bakal Nikah Gantung Dengan Chef, Ogos Ini

Kelihatan sepi seketika daripada muncul mana-mana produk baru di kaca televisyen dan layar perak, pelakon Sheera Iskandar akhirnya mengesahkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama seorang Chef, Doul Harun pada Ogos depan.


Sheera Iskandar Bakal Nikah Gantung Dengan Chef, Ogos Ini

Bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi drama Halimah Jonggang ini memaklumkan dia dan pasangannya memilih bernikah gantung terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis persandingan mereka yang dijangka berlangsung awal tahun depan.

“Sebenarnya pihak lelaki terlebih dahulu datang merisik saya pada Mei lalu dan berbincang mahu bertunang pada Ogos depan.

“Tetapi entah bagaimana pada Ramadan baru-baru ini, tiba-tiba sahaja kedua-dua belah pihak setuju untuk kami terus bernikah sahaja dan tidak perlu membazir mengadakan majlis tunang bulan depan.

“Malah majlis itu akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja kerana ianya hanya nikah gantung dan kami akan menjemput pihak media dan rakan-rakan yang rapat pada majlis kami nanti sahaja,” ujarnya.

Bercerita mengenai detik perkenalan dengan bakal suaminya itu, Sheera memberitahu dia dan Doul telah kenal sejak 4 tahun lalu namun mula menjadi akrab awal tahun ini.-mynewshub

Mimi (ONE) Akui Nikah Pensyarah Mei Lalu Atas Permintaan Bapa

Setelah beberapa bulan, penyanyi yang sinonim dengan rambut berwarna merah dari kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi akhirnya mengakui telah selamat bergelar isteri kepada seorang pensyarah, Mohd Firdaus Hajar sejak 16 Mei lalu.


Mimi (ONE) Akui Nikah Pensyarah Mei Lalu Atas Permintaan Bapa

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, majlis pernikahan tersebut sepatutnya berlangsung pada November depan namun disegerakan atas permintaan bapanya.

“Saya minta maaf. Ketika itu saya belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapa tidak mengizinkan. Keputusan untuk bernikah segera adalah permintaan ayah,” katanya kepada Harian Metro.


Mimi (ONE) Akui Nikah Pensyarah Mei Lalu Atas Permintaan Bapa

Namun ternyata Allah SWT lebih menyayangi bapa Mimi yang meninggal dunia akibat barah hati dan pendarahan dalam perut pada 28 Mei lalu iaitu selepas 12 hari penyanyi itu diijab kabulkan.

Jelas Mimi, hingga hari ini dia dan suami masih belum menjalani kehidupan sebagai suami isteri kerana tidak tinggal sebumbung.


Mimi (ONE) Akui Nikah Pensyarah Mei Lalu Atas Permintaan Bapa

Pasangan ini bakal melangsungkan majlis persandingan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 7 November ini.-mynewshub