Video: Lelaki Dipercayai Anggota Tentera Belasah Rakan

Seorang lelaki dibelasah kerana di katakan mencuri telefon bimbit milik rakannya. Berdasarkan rakaman video yang tersebar di media sosial kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah kem tentera berdasarkan susun atur katil dan baju seragam yang tergantung di bilik tersebut.


Video: Lelaki Dipercayai Anggota Tentera Belasah Rakan

Namun tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian ini berlaku.



Anggota Tentera Belasah Rakan Kerana Dakwaan... by suaratv2014


Melalui rakaman berdurasi 1:30 saat itu, dua orang lelaki yang berbadan sasa itu dilihat membelasah rakannya yang sedang duduk diatas katil.

Manakala rakan-rakan mereka yang lain hanya memerhatikan sahaja pergaduahn tersebut.

“Mana, mana barangnya, bikin malu saja kau ni” jerit lelaki itu sambil menumbuk mangsa itu.

“Tidak, saya tidak ambil” jawab mangsa yang dipukul itu sambil menangis.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan itu, lelaki tersebut turut menendang dan melakukan ‘flying kick’ terhadap mangsa.

“Aku tak kira kalau kau mati, bikin malu!” ujar lelaki lagi.
“Betul saya tak ambil telefon kau Mike” uajr mangsa itu sambil merayu agar rakannya itu berhenti dari terus memukulnya.

Berdasarkan dialek yang dituturkan, mereka dipercayai berasal dari Sabah.

Bagaimanapun SuaraTV , gagal menghubunggi pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk pengesahan lanjut.

Para pengguna Facebook mengutuk tindakan itu yang disifatkan sebagai tidak berperikamanusian itu smabil menggesa agar pihak berkuasa segera melakukan siasatan. -SuaraTV
 

Che Ta Dedah Gaji Bulanan Sebagai Pelakon

Umum tahu, industri hiburan negara kita tidaklah sebesar mana. Oleh kerana itu, bukan semua yang menceburinya akan berjaya dan memperoleh pendapatan lumayan.


Che Ta Dedah Gaji Bulanan Sebagai Pelakon

Ada yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan ada juga yang sekali borong dapat makan setahun. Ia sudah tentu bergantung kepada populariti mereka.

Namun ianya berbeza dengan pelakon Rozita Che Wan atau dikenali juga dengan panggilan Che Ta. Beliau berpendapat menjadi pelakon boleh menghadiahkan kehidupan yang mewah dan terjamin.

Katanya, sepanjang tujuh tahun berada dalam bidang seni, seseorang itu perlu bijak merancang dengan hasil pendapatan yang diperoleh seperti mana yang dia telah lakukan.

Terbuka untuk berkongsi pendapatannya, Che Ta dengan mudah mampu memperoleh RM60,000 sebulan hanya dengan menjadi pelakon. Itu tak termasuk bayaran menjadi duta produk dan sebagainya.

“Itu hanya berlakon sahaja tanpa ditambah dengan pendapatan yang diperolehi daripada iklan. Jika ditambah, saya tidak akan menafikan bahawa jumlahnya akan menjadi lebih daripada itu. Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,” luah Rozita penuh jujur dalam program hlive! Apa Kata Malaysia?.

Maka tidak hairanlah peminat seringkali disajikan dengan gambar-gambar Che Ta bercuti ke luar negara dan juga gambar-gambar koleksi beg tangannya yang mencecah ribuan ringgit. Pelakon kelahiran Kedah itu juga mengakui mempunyai keinginan untuk memiliki hartanah di London.

“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki. Bagi mereka yang sentiasa tidak berpuas hati dan hanya mahu bersikap negatif, itu terpulang pada diri masing-masing,” kata pengacara program bual bicara, Primadona itu panjang lebar tanpa selindung.-ammboi

10 Kapal Makhluk Asing Berterbangan Di Jepun?

Video yang merakamkan 10 objek pelik berterbangan di ruang udara Osaka ini telah mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.


10 Kapal Makhluk Asing Berterbangan Di Jepun?

Menerusi rakaman video amatur oleh seorang individu di bandar pelabuhan Jepun ini, rata-rata netizen mendakwa objek berkenaan adalah kapal yang dimiliki oleh makhluk asing.

Sahih atau tidak dakwaan itu, masih tiada bukti kukuh yang dapat merungkai bahawa 10 objek bercahaya itu adalah kapal makhluk asing.

To start watching : click show video button

Kejadian ini dikatakan sama dengan peristiwa yang pernah berlaku di London semasa sebuah konsert berlansung di Hyde Park.

Penonton konsert itu mendakwa ternampak objek bercahaya yang sama di awan sebelum hilang beberapa saat kemudian.-mynewshub

Rusia Guna Kuasa Veto Sekat Tribunal MH17

Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghalang dan menyekat tribunal daripada membicarakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine.


Rusia Guna Kuasa Veto Sekat Tribunal MH17

Laporan siasatan awal yang diketuai pihak penyiasatan Belanda mendapati senjata yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat berkenaan dipercayai milik puak pemisah pro-Rusia.

Keputusan hasil siasatan menyeluruh hanya akan diketahui Oktober ini.

Pemimpin dari Malaysia, Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine sebelum ini telah mendesak Presiden Rusia Vladimir Putin agar tidak menggunakan sebarang kuasa veto untuk menghalang tuntutan tribunal tersebut.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte sebelum ini turut mendesak Putin agar tidak menghalang tuntutan tribunal demi mencari keadilan buat kesemua 298 nyawa yang terkorban dalam tragedi pada 17 Julai tahun lalu.

Rusia yang merupakan lima ahli tetap dalam Majlis Keselamatan bersama Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan China mempunyai kuasa veto untuk menolak resolusi tersebut.-mynewshub

Sheera Iskandar Bakal Nikah Gantung Dengan Chef, Ogos Ini

Kelihatan sepi seketika daripada muncul mana-mana produk baru di kaca televisyen dan layar perak, pelakon Sheera Iskandar akhirnya mengesahkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama seorang Chef, Doul Harun pada Ogos depan.


Sheera Iskandar Bakal Nikah Gantung Dengan Chef, Ogos Ini

Bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi drama Halimah Jonggang ini memaklumkan dia dan pasangannya memilih bernikah gantung terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis persandingan mereka yang dijangka berlangsung awal tahun depan.

“Sebenarnya pihak lelaki terlebih dahulu datang merisik saya pada Mei lalu dan berbincang mahu bertunang pada Ogos depan.

“Tetapi entah bagaimana pada Ramadan baru-baru ini, tiba-tiba sahaja kedua-dua belah pihak setuju untuk kami terus bernikah sahaja dan tidak perlu membazir mengadakan majlis tunang bulan depan.

“Malah majlis itu akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja kerana ianya hanya nikah gantung dan kami akan menjemput pihak media dan rakan-rakan yang rapat pada majlis kami nanti sahaja,” ujarnya.

Bercerita mengenai detik perkenalan dengan bakal suaminya itu, Sheera memberitahu dia dan Doul telah kenal sejak 4 tahun lalu namun mula menjadi akrab awal tahun ini.-mynewshub

Mimi (ONE) Akui Nikah Pensyarah Mei Lalu Atas Permintaan Bapa

Setelah beberapa bulan, penyanyi yang sinonim dengan rambut berwarna merah dari kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi akhirnya mengakui telah selamat bergelar isteri kepada seorang pensyarah, Mohd Firdaus Hajar sejak 16 Mei lalu.


Mimi (ONE) Akui Nikah Pensyarah Mei Lalu Atas Permintaan Bapa

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, majlis pernikahan tersebut sepatutnya berlangsung pada November depan namun disegerakan atas permintaan bapanya.

“Saya minta maaf. Ketika itu saya belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapa tidak mengizinkan. Keputusan untuk bernikah segera adalah permintaan ayah,” katanya kepada Harian Metro.


Mimi (ONE) Akui Nikah Pensyarah Mei Lalu Atas Permintaan Bapa

Namun ternyata Allah SWT lebih menyayangi bapa Mimi yang meninggal dunia akibat barah hati dan pendarahan dalam perut pada 28 Mei lalu iaitu selepas 12 hari penyanyi itu diijab kabulkan.

Jelas Mimi, hingga hari ini dia dan suami masih belum menjalani kehidupan sebagai suami isteri kerana tidak tinggal sebumbung.


Mimi (ONE) Akui Nikah Pensyarah Mei Lalu Atas Permintaan Bapa

Pasangan ini bakal melangsungkan majlis persandingan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 7 November ini.-mynewshub

MH370: Lokasi Penemuan Serpihan Konsisten Dengan Analisis Data - JACC

Pihak berkuasa Australia berkata lokasi penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion, timur lautan Hindi, konsisten dengan analisis data bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.


MH370: Lokasi Penemuan Serpihan Konsisten Dengan Analisis Data - JACC


"Sekiranya serpihan yang ditemui di Pulau Reunion itu disahkan milik MH370, ia akan konsisten dengan analisis data bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Serpihan tersebut akan diteliti pakar untuk mengenal pasti asal-usulnya. Malaysia bertanggungjawab dalam siasatan dan menguruskan pemeriksaan tersebut dengan bantuan Boeing," kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) dalam satu kenyataan pada Khamis.

To start watching : click show video button


JACC juga berkata sebarang bukti penemuan terbaharu akan digunakan untuk terus memperbaiki usaha pencarian pesawat tersebut.

Pulau Reunion adalah sebuah kepulauan di Perancis yang terletak di Lautan Hindi, kira-kira 175 kilometer (km) dari barat daya kepulauan Mauritius manakala 900km dari Madagascar, di luar pantai timur Afrika.-mstar

Nieyl Hidap Ketumbuhan Di Payudara, Rahim

Penyanyi Nieyl (Mentor) memberitahu dia terpaksa mengawal pemakanan selepas dikesan menghidap ketumbuhan pada bahagian payudara dan rahim beberapa tahun lalu.


Nieyl Hidap Ketumbuhan Di Payudara, Rahim

Bagaimanapun, Nieyl atau Nuriylia Jailani, 31, berkata, doktor sudah mengesahkan bahawa ketumbuhan tersebut bukanlah kanser, sebaliknya bonjolan biasa yang boleh dirawat.

"Saya tidak boleh makanan seperti ayam, ikan sardin, soya dan beberapa makanan lain yang boleh mengalakkan pertumbuhan kanser kerana risiko untuk mendapat kanser cerah.

"Setakat ini doktor beritahu ketumbuhan ini tidak bahaya dan jauh daripada kanser, ia masih boleh dirawat lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Nieyl, ketumbuhan tersebut tidak menyakitkan, namun boleh membesar jika dia mengambil makanan yang dilarang oleh doktor.

Sementara itu, tambah wanita ini, dia juga tidak digalakkan untuk membuang bonjolan itu menerusi pembedahan kerana risiko untuk penyakit itu tumbuh kembali lebih tinggi.

"Ia tidaklah sakit dan tidak menganggu aktiviti harian saya, tetapi kalau saya makan ayam, saya akan rasa sendiri ia membengkak.

"Saya ada juga bertanya doktor sama ada perlu atau tidak untuk buat pembedahan membuangnya, doktor menasihatkan lebih baik untuk buat rawatan dari luar kerana jika dibuang ia akan tumbuh semula," ujarnya.

Dalam pada itu, Nieyl menasihatkan agar kaum wanita lebih perihatin dan sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan agar tidak terlambat mengetahui tentang tahap kesihatan masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Nieyl berkata, dia kini sibuk mempromosikan lagu terbaharunya bersama Sabhi Sadhi berjudul Kisah Kita.

Lagu itu merupakan single terbaharunya selepas tiga tahun menyepikan diri dari industri seni tanah air.

"Tiga tahun saya tiada single baharu, kesempatan itu juga saya ambil untuk beri perhatian kepada keluarga dan anak Damia Dazma Shah yang kini sudah berusia enam tahun.

"Alhamdulillah, lagu Kisah Kita semakin diminati dan sudah mencecah sejuta penonton di YouTube. Sekarang saya sedang mencari bahan untuk single akan datang pula," katanya.

Selain itu juga, Nieyl juga aktif dengan perniagaan tudung jenamanya sendiri Just Nieyl yang boleh didapati secara atas talian dan di bazar-bazar tertentu.
Nieyl merupakan naib juara rancangan Mentor musim kedua terbitan TV3 pada 2006.-mstar

Man City Bersaing Dengan Chelsea Dapatkan John Stones

Pertahanan Everton, John Stones yang menjadi sasaran Chelsea kini turut diminati oleh Manchester City apabila kelab itu ingin melakukan bidaan lebih tinggi.


Man City Bersaing Dengan Chelsea Dapatkan John Stones

Chelsea sebelum ini melancarkan bidaan sebanyak £26 juta untuk mendapatkan Stones tetapi ditolak Everton.

Bagaimanapun ketika The Blues ingin melakukan bidaan kedua, City menyatakan hasrat untuk turut membida pemain terbabit.

Dalam perebutan itu, Everton pula menegaskan untuk tidak menjual pemain pertahanan berusia 21 tahun tersebut jika tidak mengikut pemintaan yang dikehendaki.

Kelab itu akan hanya sedia melepaskan Stones jika terdapat pasukan yang sedia membayar sebanyak £34 juta.

Disebalik perebutan itu, City kini melahirkan keyakinan akan dapat membawa Stones ke Etihad tanpa memikirkan jumlah yuran pemindahan bagi memastikan satu skuad mantap dapat disediakan untuk saingan liga musim depan.-mstar

Man United Tewas 0-2 Kepada PSG

Jelajah pramusim Manchester United ke Amerika Syarikat berakhir dengan kekecewaan apabila pasukan itu tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) di Chicago pada pagi Khamis.


Man United Tewas 0-2 Kepada PSG

Anak didik Louis van Gaal turun berdepan juara liga Perancis itu selepas menang dalam tiga perlawanan sebelum ini termasuk ke atas Barcelona.

Kesebelasan utama United yang menyaksikan gandingan dua pemain tengah berpengalaman iaitu Michael Carrick dan Bastian Schweinsteiger gagal menyumbang gol kepada pasukan itu, sebaliknya bolos dalam tempoh 10 minit.

Gol PSG hadir menerusi Matuidi pada minit ke-25 dan Zlatan Ibrahimovic (minit ke-34), manakala jaringan tunggal United hasil sentuhan Juan Mata tidak dikira kerana telah Offside.

Dalam pada itu Daily Mail Online melaporkan United perlu melepaskan penjaga golnya, David de Gea atau mengikat kontak baru secepat mungkin.

Hal ini kerana portal berita itu menyifatkan kekalahan berkenaan sebagai sebahagian daripada aksi De Gea yang tidak menyerlah.

Penjaga gol Sepanyol itu dikatakan tidak bertindak dengan tepat apabila menghadapi situasi ketika Matuidi menjaringkan gol pertama PSG.

Berikutan itu juga Van Gaal bertindak memasukkan Johnstone untuk babak kedua.

Bagaimanapun penjaga gol kedua berjaya memastikan gawang United tidak dibolosi disamping aksi mantap Matteo Darmian dalam mengawasi barisan pertahanan.

Dalam perlawanan seterusnya United akan bertemu Tottenham Hotspurs bagi membuka tirai Liga Perdana Inggeris pada 8 Ogos.-mstar