Lana Nodin Kongsi Gambar Mesra Pra Perkahwinan

Bakal mendirikan mahligai cinta bersama pilihan hati, Mohd Daud McKienzie, pada 15 Mei ini, Lana Nodin telah berkongsikan beberapa gambar mesra pra perkahwinan mereka di laman Instagram miliknya.


Lana Nodin Kongsi Gambar Mesra Pra Perkahwinan, info, terkini, hiburan, sensasi, Lana Nordin

Ternyata pasangan ini sudah tidak sabar untuk menjadi suami isteri dan kami lihat kemesraan yang terjalin ketika sesi fotografi juga bukanlah dibuat-buat dan kelihatan sangat neutral sekali.

Lana Nodin Kongsi Gambar Mesra Pra Perkahwinan, info, terkini, hiburan, sensasi, Lana Nordin

Sebelum ini Lana Nordin pernah memberitahu bahawa dia bakal berangkat ke Amerika Syarikat selepas berkahwin dan ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan di sana, tambahan pula suaminya itu mempunyai kenalan dalam bidang tersebut.


Lana Nodin Kongsi Gambar Mesra Pra Perkahwinan, info, terkini, hiburan, sensasi, Lana Nordin

Lana Nodin Kongsi Gambar Mesra Pra Perkahwinan, info, terkini, hiburan, sensasi, Lana Nordin


Apa-apa pun semoga perkahwinan Lana dan juga Daud bakal beroleh bahagia sehingga ke akhir hayat dan kami pasti ramai peminat Lana sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan ini.

Lagi Foto Lana dan Daud Disini

Sumber : rotikaya

Bukti Jelas Kamal Adli & Emma Maembong Kini Sedang Bercinta

Sebelum ini, bukan sahaja Kamal Adli malah Emma Maembong sendiri menafikan bahawa mereka kini sedang bercinta namun beberapa keping gambar yang kami terima hari ini bagaikan menjawab persoalan tersebut.


Bukti Jelas Kamal Adli & Emma Maembong Kini Sedang Bercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Kamal sendiri sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia turut bersimpati terhadap Emma kerana tidak henti-henti dicemuh peminat kerana rapat dengannya malah dalam masa yang sama turut mengeluarkan kenyataan – masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius – mengenai hubungan mereka.


Bukti Jelas Kamal Adli & Emma Maembong Kini Sedang Bercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong, kamal adli

Mungkin juga Kamal dan Emma sudah bersedia untuk membuka kisah baru di antara mereka sebab itu mereka tidak kisah untuk keluar berdua sedangkan mereka sendiri sedia maklum pasti akan ada mata memerhati. Apa pun, semoga hubungan yang terjalin bakal membawa bahagia kepada pasangan ini.

Lagi Gambar Emma dan Kamal Adli Disini

Sumber : rotikaya

Kes Curi Kereta: Kononnya Tersilap Kereta!

Kelmarin, orang ramai telah berjaya menangkap seorang lelaki yang cuba mencuri sebuah kereta di Dataran Tasek Kluang.


Kes Curi Kereta: Kononnya Tersilap Kereta! , info, terkini, berita, curi kereta

Kejadian berlaku apabila seorang pesara kerajaan yabg berusia awal 60-an hendak berjoging dalam sekitar jam 9 pagi di tempat letak kenderaan di taman rekreasi itu.

Munurut sumber,  sebelum memecah masuk kereta mangsa dan menanggalkan kunci stereng, suspek dikatakan kelihatan berdekatan dengan kereta tersebut.


Tindakan yang mencurigakan itu disedari beberapa orang awam dan diperhatikan. Suspek dilihatkan berlegar-legar berdekatan kereta tersebut di tempat letak kereta.

Suspek juga dikatakan berlegar-legar bersama set walkie-talkie di kawasan sekitar and tiba-tiba hilang tak dapat dikesan. Ini menyebabkan orang ramai terus melakukan pemeriksaan.

Kes Curi Kereta: Kononnya Tersilap Kereta! , info, terkini, berita, curi kereta

Orang ramai terus melakukan pemeriksaan dari satu kereta ke satu kereta sehingga menjumpai suspek yang berada di dalam sebuah kereta Proton Wira yang sedang asyik mencuba membuka kunci stereng tersebut. Selepas suspek sedar akan kehadiran awam, suspek terkejut dan cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya apabile telah dikepung orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Suspek dikatakan memberi alasan yang tidak masuk akal yang mengatakan dia tersilap masuk kereta selepas bersiar-siar bersama keluarga. Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Kluang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Mohd Noor Mohamad mengatakan suspek berjaya ditangkap hasil daripada kerjasama orang ramai.

Beliau juga memaklumkan yang polis sedang menyiasat latar belakang suspek yang mungkin mempunyai rekod jenayah yang boleh dikaitkan dengan bebrapa kes kecurian di sekitar Kluang atau sebaliknya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.




Artikel Terdahulu : Video Bukti Ahli Familia Myvi Club Terlibat Dalam Perlumbaan
Sumber : oomedianetworkdot

3 Saksi Tampil Ceritakan Kemalangan Ragut Nyawa 3 Beranak

Tidak dinafikan, ramai netizen yang mahu perkara ini disiasat sebelum menuduh 6 pemandu Myvi yang juga ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) berlumba secara haram di lebuh raya Duke sehingga menyebabkan 3 beranak maut dalam kemalangan.


3 Saksi Tampil Ceritakan Kemalangan Ragut Nyawa 3 Beranak, Familia Myvi Club (FMC), info, terkini, berita, sensasi,

Tampil pula dua orang saksi yang mendakwa mereka berada di tempat kejadian dan menyaksikan di depan mata sendiri di mana mangsa tercampak keluar dari kereta.

"Ini gambar asal. Saya ada masa kejadian.Jangan nak tegakkan benang yang basah. Jangan cakap Myvi ni tak berlumba. Nyaris pemandu tak kena belasah dengan ahli keluarga mangsa yang meninggal. Sampai nenek dan emak mangsa datang ke tempat kejadian. Mak mangsa pengsan di situ melihat anaknya meninggal dunia di tempat kejadian. Terima kasih," kata Hafiz Zulkifli.



3 Saksi Tampil Ceritakan Kemalangan Ragut Nyawa 3 Beranak, Familia Myvi Club (FMC), info, terkini, berita, sensasi,

Di bawah pula kenyataan dari saksi kedua bernama Muhammad Zaki.

"Salam, saya saksi kejadian dan telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Keluarga itu tercampak keluar depan mata saya dan bayi itu.. Sungguh saya tak boleh terima hakikat. Aku tak nak cerita banyak, biar polis buat kerja. Tapi cukup ada video dan bukti-bukti selainnya. Mahkamah Allah ada, jangan risau.

"Cerita dia bermula apabila saya dekat Tol Ayer Panas, tapi menghala ke Exit Gombak. Memang budak-budak Myvi ini berlumba atas jalan tu. Selang 10 saat, saya dah nampak Pajero itu berpusing terbalik dan semua tercampak keluar. Dua buah kereta FMC terlibat, tetapi selebihnya (4 ahli FMC) berhenti dan selepas itu hilang.

"Saya nampak bayi itu tercampak keluar. Allahu.. agak-agaknya apa perasaan aku? Nak menipu lagi ke?," katanya.


3 Saksi Tampil Ceritakan Kemalangan Ragut Nyawa 3 Beranak, Familia Myvi Club (FMC), info, terkini, berita, sensasi,

3 Saksi Tampil Ceritakan Kemalangan Ragut Nyawa 3 Beranak, Familia Myvi Club (FMC), info, terkini, berita, sensasi,

Saksi kedua turut menceritakan detik-detik selepas kemalangan.


3 Saksi Tampil Ceritakan Kemalangan Ragut Nyawa 3 Beranak, Familia Myvi Club (FMC), info, terkini, berita, sensasi,

 Dan yang terbaru, satu video telah viral dilaman sosial didakwa video rakaman kereta Myvi terlibat dalam perlumbaan.

 

Sumber : thehypemedia

Shah Jaszle, Hanis Husna Kini Suami Isteri

Tahniah kami ucapkan kepada Shah Jaszle dan juga Hanis Husna kerana telah bergelar suami isteri. Shah Jaszle dilihat memuatnaik gambar Hanis berpakaian lengkap dengan kapsyen ringkas, finally!!!.


Shah Jaszle, Hanis Husna Kini Suami Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi

Selain itu, dalam masa yang sama, isterinya itu turut memuat naik gambar yang sama di akaun Instagramnya dan kedua-dua mereka mendapat ucapan tahniah yang tidak henti-henti daripada kenalan rapat dan juga peminat.


Shah Jaszle, Hanis Husna Kini Suami Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi

Apa-apa pun, semoga ikatan sah yang terjalin di antara Shah Jaszle dan Hanis Husna bakal membawa sinar kebahagiaan kepada keluarga kecil ini, till Jannah.

Sumber : rotikaya

Gambar Megan Fox Dengan Rambut ‘Blonde’ Yang Super Hot

Bintang Hollywood, Megan Fox sememangnya aktres yang sangat menawan dan seksi di mata setiap lelaki.


Gambar Megan Fox Dengan Rambut ‘Blonde’ Yang Super Hot, info, terkini, hiburan, sensasi, Megan Fox

Baru-baru ini, dalam sesi penggambaran filem Teenage Mutant Ninja Turtles 2, Megan dilihat muncul dengan gaya rambut terbaru.

Pelakon yang asalnya memiliki rambut brunette itu kelihatan sangat menawan dengan potongan rambut bob yang diwarnakan blonde.
Gambar Megan Fox Dengan Rambut ‘Blonde’ Yang Super Hot, info, terkini, hiburan, sensasi, Megan Fox

Tapi hakikatnya, Megan Fox hanya memakai rambut palsu untuk filem itu, dia masih lagi mengekalkan warna rambut brunette.

Tak sabar rasanya nak tengok aksi Megan dalam filem itu tak lama lagi..
Gambar Megan Fox Dengan Rambut ‘Blonde’ Yang Super Hot, info, terkini, hiburan, sensasi, Megan Fox

Gambar Megan Fox Dengan Rambut ‘Blonde’ Yang Super Hot, info, terkini, hiburan, sensasi, Megan Fox

Sumber : mynewshub

Boy Iman Hangat Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong?

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai pelakon Boy Iman selepas menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk kepadanya. Tup-tup muncul berita bahawa Boy Iman atau nama sebenarnya Nurul Iman dikatakan sedang hangat bercinta dengan kakak kepada aktres Emma Maembong. 


Boy Iman Hangat Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Boy Iman, Effa Maembong

A photo posted by DBI (@boyiman_) on
A photo posted by DBI (@boyiman_) on
Seperti semua maklum, adik-beradik Emma Maembong memang cantik-cantik dan comel-comel belaka. Menerusi laman Instagram Boy Iman dan Effa Maembong, masing-masing dilihat sering meluangkan masa bersama dan senang untuk mendedahkan hubungan yang terjalin. Boy Iman yang sudah pun berumah tangga, pernah mendedahkan bahawa isterinya telah menfailkan penceraian di mahkamah dan mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung. 


Boy Iman Hangat Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Boy Iman, Effa Maembong

Boy Iman Hangat Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Boy Iman, Effa Maembong

Menurut Boy Iman, punca rumah tangganya goyah disebabkan perniagaan yang diuruskan olehnya mengalami kerugian tahun lalu. Bagaimanapun sejauh mana cinta yang sedang terjalin dengan Effa Maembong ini akan pergi, dan apakah rumah tangga Boy Iman dapat diselamatkan… tidaklah dapat kami pastikan. Sumber : mynewshub

Miley Cyrus Warnakan Bulu Ketiak Merah Jambu

Penyanyi yang popular dengan lagu Wrecking Ball, Miley Cyrus yang suka melakukan perkara pelik telah mewarnakan bulu ketiaknya dengan warna pink! 

Melalui Instagram penyanyi dan pelakon itu telah memuat naik hasil mewarna bulu ketiaknya hari ini. 


Miley Cyrus Warnakan Bulu Ketiak Merah Jambu, info, terkini, hiburan, sensasi, Miley Cyrus, Artis Bollywood,

A photo posted by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

A photo posted by Miley Cyrus (@mileycyrus) on
Macam kelakar pun ada, agaknya ‘meroyan’ selepas putus cinta dengan bekas teman lelakinya baru-baru ini kot. Mungkin dengan warnakan bulu ketiaknya, ia dapat buat Miley rasa lega dan seronok. 
A photo posted by Miley Cyrus (@mileycyrus) on
Tak kisahlah apa yang dia mahu lakukan, asalkan anda tak meniru dan buat perkara senonoh macam dia sudahlah.. 

Sumber : mynewshub

Man City Semakin Hampir Dapatkan Raheem Sterling

Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City percaya mereka semakin hampir untuk melengkapkan perpindaan bernilai £55 juta bagi mendapatkan Raheem Sterling, lapor akhbar Sunday People.


Man City Semakin Hampir Dapatkan Raheem Sterling, info sukan, bola sepak, Manchester City, Raheem Sterling,

Laporan itu menyebut, Ketua Eksekutif City, Ferran Soriano dan Pengarah Bola Sepak, Txiki Begiristain kini sedang berusaha mendapatkan bintang muda Liverpool itu sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Dua individu penting di City itu bertindak awal dalam mendapatkan Sterling sebelum keadaan menjadi lebih sibuk selepas liga melabuhkan tirai.

Malah mereka juga dilapor akan menjadikan Raheem Sterling sebagai pemain pertama yang akan ditandatangani apabila jendela perpindahan pemain dibuka.

Penyerang England berusia 20 tahun itu enggan melanjutkan kontraknya bersama Liverpool selepas hanya ditawarkan gaji sebanyak £100,000 seminggu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga menolak sebarang perbincangan mengenai kontrak diadakan sehingga Liga Perdana Inggeris musim ini berakhir.

Dalam usaha mendapatkan Sterling, City dilapor menawarkan gaji sebanyak £165,000 seminggu dan pemain itu akan menerima imbuhan jika berjaya membantu skuad berkenaan menjuarai liga serta memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber : mstar

Man United Dimalukan West Brom Di Old Trafford

Manchester United gagal memaksimumkan peluang keemasan bermain di kubu sendiri untuk meraih kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Kelab yang diberi gelaran The Red Devils itu terpaksa menerima kekalahan di tangan pasukan tetamu, West Bromwich Albion dengan 0-1 di Old Trafford.


Man United Dimalukan West Brom Di Old Trafford , info sukan, bola sepak, Liga Perdana Inggeris,

Walaupun mendominasi permainan, Wayne Rooney sering kali gagal untuk memanfaatkan peluang yang diraihnya.

Sebagai pasukan tetamu, West Bromwich Albion berjaya meraih satu jaringan menerusi aksi Jonas Olsson pada minit ke-63.

Kekalahan ini menjadi kekalahan ketiga Manchester United secara berturut-turut dalam tiga minggu.

Terdahulu, pasukan di bawah bimbingan pengurus Louis van Gaal ini ditewaskan oleh Chelsea dan Everton.

Keadaan ini membuatkan hasrat Manchester United untuk kembali menduduki posisi ketiga Liga Perdana Inggeris gagal.

Manchester United terus kekal pada kedudukan keempat dengan 65 mata.

Tangga ketiga diduduki Arsenal dengan 67 mata, hanya berbeza dua mata.

Sumber : mstar