Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Ramona Zamzam kerana telah sah bergelar isteri kepada Rami Alashkar, jejaka kelahiran Palestin pada pukul 3.48 petang tadi di Kayangan Heights, dengan sekali lafaz.


Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, Ramona Zamzam

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seadanya. Oleh kerana adik Rami akan mengadakan majlis kahwin bulan Ogos di Qatar maka kami disyorkan untuk menganjak perancangan itu sebulan selepas itu”

“Oleh kerana terlalu lama jarak menanti, kami putuskan untuk bernikah lebih awal dan mempercepatkan apa yang patut,” kata Ramona yang menerima hantaran mas kahwin RM300, bagaimana pun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Ramona yang sudah bercinta hampir dua tahun dengan Rami menyifatkan suaminya itu sebagai seorang yang pandai memujuknya serta sangat memahami personalitinya. Selain itu pasangan ini juga merancang untuk berbulan madu di Bali mahu pun Lombok.

“Ikutkan tak fikir lagi nak berbulan madu di mana. Tapi semestinya kami nak ke destinasi yang ada pulau dan cahaya matahari kerana kami berdua suka dengan persekitaran sebegitu. Saya ada mencadangkan ke Lombok dan Bali. Kalau suami beri lampu hijau, maka mungkin kami berdua akan jejak ke situ”

“Buat sementara waktu, kami hanya boleh fikirkan destinasi yang dekat-dekat dahulu kerana bulan September ada resepsi kami. Nak pakai duit macam-macam, lalu fikirkan yang terdekat sahaja,” katanya.


Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Ramona Zamzam Selamat Begelar Isteri

Sumber : rotikaya

Hamil 4 Bulan, Peminat Kutuk Erin Malek Gemuk

Aktres drama bersiri Misiku Kuza, Erin Malek atau nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek mendedahkan ada peminat yang memberikan komen berunsur negatif di laman sosialnya dengan mengatakan dia gemuk. Erin yang kini hamil empat bulan melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan, Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014.

Hamil 4 Bulan, Peminat Kutuk Erin Malek Gemuk, info, terkini, hiburan, sensasi, Erin Malek

“Terdapat segelintir pihak yang suka memberikan komen negatif terhadap artis-artis Malaysia, terutamanya di laman Instagram. Saya pun pernah melalui perkara tersebut. Walaupun saya kini sedang mengandung, ada yang memberikan komen dan mengatakan saya gemuk. Apa yang saya boleh buat hanyalah menyekat mereka sahaja. Saya malas mahu memikirkan perkara-perkara negatif seperti itu,” kata Erin memulakan bicara

Tambah Erin, suaminya agak marah dengan sikap segelintir pihak yang suka meninggalkan komen negatif di laman Instagram, namun begitu, lama kelamaan suaminya telah terbiasa dengan perkara itu.

“Suami saya okay sahaja. Dia sudah bersedia dan aware dengan keadaan ini kerana status saya yang merupakan seorang selebriti. Dia kadang-kadang marah juga pada mulanya, tetapi selepas itu saya katakan padanya agar dia menenangkan fikiran dan tidak melayan perkara tersebut. Lama kelamaan, suami saya telah terbiasa,” kata Erin yang ditemui di Majlis Suaikenal Paranormal Studios.

Mengulas mengenai keadaan kandungan, Erin menyatakan yang pada awal trimester pertama, dia mengalami alahan yang teruk dan sering memuntahkan apa yang dia makan.

“Di awal kehamilan, keadaan saya agak teruk. Bila saya makan sahaja, saya akan muntahkan semula makanan saya. Kini apabila kandungan telah memasuki trimester kedua, semuanya beransur pulih. Saya boleh menikmati makanan semula. Alhamdulillah, saya tidak mengidam perkara yang pelik-pelik buat masa ini,” ujarnya lagi.

Disebabkan dia merupakan jenis orang yang tidak gemarkan sayur sebagai makanan harian, Erin akan memastikan dirinya mengambil vitamin sebagai pengganti khasiat sayur-sayuran sepanjang dia hamil.

“Saya orang yang tidak gemar makan sayur. Menyedari hakikat itu, saya memastikan yang saya akan makan vitamin sebagai pengganti sayur untuk kesihatan kandungan saya. Saya juga tidak lupa untuk minum susu setiap malam sebelum tidur,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber : murai

Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa

Ini bukan sebarangan tajuk yang hanya gimik semata-mata, tetapi inilah hakikat yang telah terjadi pada sebuah band berkonsepkan busking/rock yang berasal dari utara tanahair yang hanya bermain di jemputan majlis kenduri perkahwinan dan fakta yang perlu anda tahu, studio latihan mereka hanyalah di dalam pondok yang di bina sendiri di hujung kampung, faham-faham saja la hujung kampung tu, mesti bersemak sedikit kan.


Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band

Kini secara eksklusif, Bingit membongkar rahsia Kelembai Band yang tidak pernah di ketahui umum atau mana-mana media sempena persembahan mereka di pentas Bingit International Bike Festival 2015 Kota Tinggi pada Mei ini.

Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band


Sejarah Awal Kelembai Band

Kelembai Band yang bertapak di utara tanahair di tubuhkan seawal Februari 2013 bergenrekan rock musical comedy seperti yang kita lihat sekarang.

Di anggotai oleh empat orang anak muda yang berasal dari utara tanahair iaitu Kadok selaku vokalist, Buang selaku guitarist juga ketua kumpulan, Raof a.k.a Abang Baldi selaku drummer dan Baharom selaku bassist. Menurut saudara Buang, nama dan imej Kelembai Band ketika ini hanyalah di gunakan untuk persembahan mainstream dan antara nama terawal di gunakan kumpulan ini adalah *******kers (nama sebenar Kelembai Band kami rahsiakan) berkonsepkan busking/rock yang banyak menerima dan masih lagi membuat persembahan undangan di majlis keraian.

Ini bermakna Kelembai Band mempunyai dua imej identiti di dua pentas berlainan, mungkin ada antara pembaca artikal dari utara tanahair pernah melihat aksi kumpulan ini di majlis kenduri baru-baru ini, siapa tahu kan?

Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band


Simbolik Dari Nama Kelembai Band

Mungkin tidak ramai yang tahu dan menyangka nama Kelembai Band bukanlah nama tangkap muat atau sekadar suka-suka di guna pakai.

Menurut ketua kumpulan Kelembai Band iaitu saudara Buang, nama Kelembai cukup simbolik bagi mengambarkan watak kumpulan itu sendiri. Ilham untuk nama kumpulan ini bermula apabila Buang yang sangat meminati penyanyi dan komposer terkenal tanahair iaitu M Nasir sangat tertarik dengan nama studio milik komposer itu iaitu Luncai Emas yang pada fikirannya nama itu pasti simbolik mengambarkan imej dan maksud sifat pemilik studio itu sama seperti watak dari riwayat penglipur lara iaitu Si Luncai.

Penemuan Nama Kelembai Band Hasil Dari Kajian Profesor?

Buang yang juga merupakan peminat dari riwayat penglipur lara akhirnya telah menemui satu kajian dari seorang Profesor tempatan yang mengkaji sejarah Sang Kelembai yang pada hemat Buang, sifat watak dan asal usul Sang Kelembai yang di rungkai oleh Profesor itu sama seperti anggota Kelembai Band tika ini. Menurut Buang, antara persamaan asal usul dan sifat anggota Kelembai Band dengan sejarah Sang Kelembai itu ialah kedua-duanya berasal dari sebuah kampung di utara tanahair dan kemudianya keluar untuk menetap di sebuah hujung penempatan di sebuah kampung lain.

Unik mengenai persamaan sifat anggota Kelembai Band dengan Sang Kelembai hasil dari kajian Profesor itu, sifat Sang Kelembai lebih suka menyendiri dalam rumah di kampung sama seperti anggota Kelembai Band yang juga lebih suka menghabiskan masa dan membuat hal sendiri di pondok hujung kampung tempat mereka menjalankan latihan muzik. Tetapi apabila keluar ke kampung pasti akan berlaku onar dan perkara di buat Sang Kelembai yang menarik perhatian orang kampung. Inilah persamaan sifat Sang Kelembai dan anggota Kelembai Band itu sendiri, apabila keluar membuat persembahan di mana-mana majlis undangan bukanlah onar atau kacau bilau yang di buat band ini menarik perhatian seperti yang di lakukan Sang Kelembai, tetapi muzik dan persembahan yang di tampilkan Kelembai Band inilah yang menjadi tumpuan dan mendapat sambutan tiap kali dan di mana saja Kelembai Band beraksi secara live di utara tanahair.

Kerana persamaan inilah akhirnya Buang mengabadikan nama Kelembai pada kumpulan yang kini di kenali sebagai Kelembai Band ketika ini. Sememangnya simbolik dan benar-benar onar di media sosial ketika ini.

Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band

Kisah Sebenar Video Parody Basikal Tua Yang Menjadi Hits

Pasti ramai yang tidak tahu di sebalik video parody pertama Kelembai Band yang bertajuk Basikal Tua itu sebenarnya bukanlah di rancang dan di arahkan, segalanya berlaku spontan dan bersahaja. Menurut Buang permulaan video parody sebelum di rakam, mereka terpaksa menjalankan latihan di bawah pokok manggis di sebelah pondok tempat biasa mereka jalankan latihan muzik kerana pondok itu sedang di ubahsuai akibat kerosakkan di makan anai-anai, memang melucukan tetapi inilah yang terjadi sebenarnya.

Seorang rakan dari anggota Kelembai Band spontan mengatakan dia mahu mencuba merakam latihan muzik Kelembai Band dari kamera yang baru di belinya, tanpa berfikir panjang dan setuju dengan cadangan itu, tanpa merancang dan di rancang bagaimana gaya persembahan video itu, Kelembai Band terus beraksi memainkan lagu Basikal Tua dan bergaya spontan mengunakan peralatan seperti kereta sorong, penyapu, baldi, topi keledar dan mask yang gunakan Buang untuk meracun anai-anai dan membaiki pondok mereka sebagai props video itu. Ya segalanya bermula secara spontan dan bersahaja dan bukan gimik yang di rancang…

Dan segala apa yang terjadi selepas itu adalah keajaiban, siapa sangka dari rakaman video parody pertama bertajuk Basikal Tua yang di rakam di bawah pokok manggis tepi pondok hujung kampung yang bersemak inilah menjadikan mereka viral di media sosial Malaysia, bayangkan follower mereka di kelembaistudiosazofficial FB dari permulaan 14 like semasa video parody itu di muatnaik, kini pengikut mereka mencecah 31081 like dalam masa hanya empat bulan tanpa mereka membuat apa pun sebarang promosi!

Kelembai Band – Dari Pondok Ke Pentas Antarabangsa, info, terkini, hiburan, sensasi, Kelembai Band

Penampilan Khas Kelembai Band Di Pentas Bingit Int Bike Festival

Sambutan hebat yang di terima Kelembai Band ketika ini adalah datang dari seni yang jujur, ikhlas dan bakat yang di tampilkan dengan niat untuk menghiburkan bukan semata-mata keuntungan…. Dari utara ke selatan, dari pondok ke pentas antarabangsa, kami bawakan khas Kelembai Band yang bakal beraksi secara live menampilkan 5 lagu cover version yang hits di FB, dan yang istimewa mereka akal mempersembahkan lagu cover version dan lagu ciptaan sendiri yang masih belum di muat naik dan di pertontonkan di mana-mana media termasuk di FanPage mereka sendiri. Kepada peminat Kelembai Band di selatan tanah air, jangan lepaskan peluang sesi bersama mereka. Segalanya eksklusif Kelembai Band bawakan hanya di Bingit International Bike Festival 2015 Kota Tinggi Pada Mei ini.


Sumber : bingit

Marsha Kini Bergelar Usahawan

Bergelar artis popular tidak menghalang untuk Marsha terlibat dengan bidang perniagaan. Kini ramai selebriti yang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan contohnya penyanyi Siti Nurhaliza, Hanis Zalikha, Nora Danish dan ramai lagi.


Marsha Kini Bergelar Usahawan, info, terkini, hiburan, sensasi, Marsha Milan Londoh

Bagi penulis tidak selamanya selebriti tersebut kekal diatas, jadi ada baiknya sediakan payung sebelum hujan. Tak gitu?, sekurangnya masa depan terjamin jika tidak menerima apa-apa tawaran dan sekurangnya telah bersedia dari sekarang.

Bukan nak cakap karier artis tidak punyai masa depan, tetapi bergantung pada caranya. Kalau dah selalu dihimpit kontroversi sudah pasti peminat naik muak. Jadi elok lah hidup dalam sederhana yang bebas dari gosip.

Marsha Kini Bergelar Usahawan, info, terkini, hiburan, sensasi, Marsha Milan Londoh

Tahniah buat Marsha kerana berfikiran matang dengan membuka restoran di kampung halamannya di Tampuruli, Sabah. Maklum lah sekarang kan pergi restoran mana-mana pun pasti laris kerana ianya makanan keperluan harian.



Marsha Kini Bergelar Usahawan, info, terkini, hiburan, sensasi, Marsha Milan Londoh



Marsha Milan Londoh juga dikatakan telah menjamu selera kesemua pelanggannnya dengan makanan yang lazat pada hari tersebut. Tahniah Marsha!

Sumber : gosipmalaysia

Impian Sebenar Najwa Latif

Penyanyi popular remaja Najwa Latif kini sedang menuntut di sebuah universiti tempatan kerana itu lah kita jarang melihatnya aktif dalam bidang seni. Walaupun timbul gosip ‘Populariti Najwa Latif Makin Menurun?‘ ianya tidak mematahkan semangatnya untuk terus bergiat dalam bidang seni walaupun terpaksa memperlahankan kariernya sebagai penyanyi bagi menumpukan perhatain kepada pengajiannya.


Impian Sebenar Najwa Latif , info, terkini, hiburan, sensasi, Najwa Latiff

Tetapi ada perkara yang kita tidak tahu tentang gadis comel ini yang telah lama menyimpan hasrat dan cita-cita untuk bergelar seorang pensyarah. Kalau dilihat kepada keyakinan Najwa Latif, penulis yakin suatu hari nanti cita-citanya akan tercapai seperti mana Fazley Yaakob menjadi inspirasi kepada mereka yang lain untuk berjaya.


Impian Sebenar Najwa Latif , info, terkini, hiburan, sensasi, Najwa Latiff

    “Saya menyanyi sebagai hobi yang menjadi sumber pendapatan secara tak sengaja. Jika ditanya apakah cita-cita sebenar, saya memang mahu menjadi pendidik. Saya ada baki dua tahun lagi untuk menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

    “Jika ada rezeki, saya akan menyambung pengajian hingga peringkat sarjana untuk melayakkan saya menjadi pensyarah. Itulah matlamat hidup saya sejak dulu. Pada lima tahun akan datang saya merancang menjadikan kerjaya sebagai pensyarah sebagai kerja utama dan menyanyi secara sampingan,”



Kalau nak jadi pensyarah harus lah dari sekarang belajar rajin-rajin, buktikan kepada semua bergelar seorang penghibur mampu juga bergelar sebagai seorang pensyarah. Penulis doakan semoga impian dan cita-cita Najwa Latif akan tercapai. Oh ya! lagu terbarunya berjudul Suatu Hari Nanti yang dicipta oleh Aliff dari kumpulan Sleeq best sangat.

Sumber : gosipmalaysia

Kantoi! Fadzil Zahari Ialah Amran Fans?

Pada 26 April yang lalu Amran Fans telah mengadakan perasmian sebuah buku berjudul ‘Amran Fans’ di PWTC. Apa yang peliknya Fadzil Zahari dan Yana Samsudin turut hadir pada majlis perasmian tersebut. 


Kantoi! Fadzil Zahari Ialah Amran Fans?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Amran Fans, Fadzil Zahari


Dek kerana itu juga ramai peminat Amran Fans hadir untuk bertemu Amran Fans yang sebenar tetapi sehingga kini siapakan Amran Fans yang sebenar masih belum didedahkan.

Kantoi! Fadzil Zahari Ialah Amran Fans?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Amran Fans, Fadzil Zahari


A photo posted by Amran Fans (@amran_fans77) on



Tetapi……… saspek yang disyaki ‘Amran Fans’ ialah Fadzil Zahari sendiri kerana hadir di majlis pelancaran buku ‘Amran Fans’ sedangkan pelbagai krisis yang menimpa antara isterinya dan pemilik Amran Fans. Nak tahu contohnya apa boleh lihat artikel ini ‘Amran Fans Tulis Surat Jemputan Kepada Yana Samsudin‘. Lagipun rata-rata peminat Amran Fans telah meneka Fadzil Zahari ialah Amran Fans tersebut.


Kantoi! Fadzil Zahari Ialah Amran Fans?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Amran Fans, Fadzil Zahari

Agak-agak logik tak suami pelakon Yana Samsudin yang dikatakan sebagai Amran Fans? Penulis rasa ada logiknya apabila melihat post dari Amran Fans dan Fadzil Zahari yang hampir sama. Maknanya rajin bebenor Fadzil Zahari melayan Amran Fans punya post. Paling penting komen yang paling pertama pula tu.

Kantoi! Fadzil Zahari Ialah Amran Fans?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Amran Fans, Fadzil Zahari

Agaknya apa yang korang rasa? Memang betul-betul misteri pemilik ‘Amran Fans’ ni. Ramai yang dah tidak sabar ingin ketahui hal sebenar. Amran Fans yang boleh dikatakan agak bernas pemikiran, kelakar, dan bla bla. Haishh siapakah ‘Amran Fans’yang sebenar?


Sumber : gosipmalaysia

David Mckienzie Gemar Selfie Bersama Bakal Isteri

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi, David Mckienzie@Daud bakal bergelar suami kepada pelakon terkenal iaitu Lana Nodin yang kecil molek itu.


David Mckienzie Gemar Selfie Bersama Bakal Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, Lana Nordin

Intai-intai Instagram milik David menunjukkan dia ni sebenarnya gemar selfie, tidak kira secara bersendirian mahupun bersama Lana.

Kemesraan yang ditonjolkan oleh David boleh membuatkan anak-anak gadis makan hati melihat gambar mereka yang begitu ‘loving couple’.

David  yang memiliki lesung pipit di pipi menambahkan lagi kemanisan wajahnya yang mempunyai darah kacukan Amerika-Asia.

Apa-apa pun jom kita lihat gambar selfie David dan Lana yang diketik menerusi kamera fon mereka, anda pasti tersenyum.


David Mckienzie Gemar Selfie Bersama Bakal Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, Lana Nordin










Sumber : murai

Fiza Halim Keguguran Selepas Hamil Tujuh Minggu

Penyanyi Adam (AF) memberitahu isterinya, aktres Fiza Halim mengalami keguguran anak pertama mereka pada penghujung Mac lalu selepas disahkan hamil tujuh minggu.


Fiza Halim Keguguran Selepas Hamil Tujuh Minggu, info, terkini, hiburan, sensasi, Fiza Halim

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 32, berkata, biarpun sedih namun mereka reda dengan ketentuan Illahi selain menganggap masih belum rezeki memiliki cahaya mata untuk perkahwinan berkenaan.

"Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran.

"Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu," katanya kepada mStar Online.

Adam ditemui pada sidang media program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436 Hijrah yang diadakan di Hotel Royale Chulan The Curve di sini, Isnin.

Acara tersebut bakal menampilkan lebih 25 ulama agama terkenal dan berpengaruh dari seluruh dunia di ketuai Habib Umar Hafidz dari Yaman itu akan berlangsung di Dataran Putra, Presint 3, Putrajaya pada 8 Mei depan.

Dalam pada itu, Adam berkata, kontroversi yang melanda rumah tangganya sebelum ini membuatkan mereka lebih rukun dalam melayari kehidupan sebagai suami-isteri.

Jelas Adam, dia tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi sebaliknya memberitahu kejadian tersebut mematangkan dan mengeratkan lagi kasih sayang di antara mereka.

"Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami sebelum ini ada hikmah disebaliknya selain ia menjadi pengajaran buat kami berdua.

"Alhamdulillah kami kini lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai suami-isteri dan berharap semua dapat mendoakan kebahagian kami," katanya.

Adam dan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 34, bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Namun pada 28 April 2014 iaitu selepas tujuh bulan bergelar suami-isteri, kedua-dua mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Bagaimanapun, selepas menyedari kesilapan masing-masing, pasangan itu akhirnya sepakat untuk kembali rujuk pada 17 Julai 2014.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.


Fiza Halim Keguguran Selepas Hamil Tujuh Minggu, info, terkini, hiburan, sensasi, Fiza Halim
Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam.


Sementara itu, bercakap mengenai kariernya, Adam berkata, dia bakal melancarkan single terbaharu berjudul Berani Berjaya hasil ciptaannya sendiri.

Jelas Adam, lagu berkenaan menampilkan konsep pembakar semangat dan kerohanian namun masih mengekalkan muzik pop sesuai dengan cita rasa pendengar.

"Selain lagu berkenaan saya juga kembali bekerjasama dengan Edry Abdul Halim menerusi lagu Tahan Lama dan kedua-dua lagu ini memberi satu dimensi lain dalam karier sejajar dengan peningkatan usia saya.

"Insya-Allah ia akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti dan berharap ia dapat diterima baik oleh peminat," katanya.


Sumber : mstar online