Dilahirkan Dengan Empat Tangan Dan Empat Kaki

Ribuan penganut Hindu seluruh India telah berkunjung ke bandar kecil ini di negeri Jharkand, timur India, untuk melihat sendiri seorang bayi yang dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki. Mereka yakin bahawa bayi itu sebagai jelmaan Dewa Ganesha.


Dilahirkan Dengan Empat Tangan Dan Empat Kaki, info, terkini, berita, sensasi, gempar

Dewa Ganesha merupakan salah satu dewa ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan dalam agama Hindu. Dewa Ganesha dijelmakan dalam susuk berkepala gajah dan bertangan empat.

Menurut doktor bayi tersebut adalah pasangan kembar siam yang tidak menjadi yang mempunyai masalah dalam pertumbuhan semasa di dalam kandungan.

Seorang pengunjung Kuntalesh Pandey yang datang melawat bayi ini memberitahu media tempatan, dia datang sejauh 115 kilometer untuk melihat bayi itu.


Dilahirkan Dengan Empat Tangan Dan Empat Kaki, info, terkini, berita, sensasi, gempar

“Apabila saya menerima gambar bayi berkenaan daripada seorang rakan, saya tidak mempercayainya dan mungkin ia adalah muslihat photoshop. Tetapi apabila dia mengesahkan ia benar, saya terus datang,” katanya kepada Mirror.

Hingga kini, keadaan ibu dari bayi tersebut, Ureda Khatun, belum diketahui. Bayi itu bukan yang pertama dilahirkan demikian.

Tahun lalu, seorang budak yang lahir dengan ‘ekor’ sepanjang suku meter mengumumkan dia mahu menjalani pembedahan membuangnya, walaupun disembah sebagai Tuhan.

Sumber : Siakapkeli.my

Hanez Suraya Kini Bertudung, Harap Doa Dari Peminat

Hari ini Hanez Suraya telah memuatnaik sekeping gambarnya berhijab di laman Instagram miliknya dengan caption Semoga penghijrahan saya ini berkekalan.. Amin sekaligus memberi gambaran bahawa pelakon ini sudah menetapkan niatnya untuk berhijrah.

hanez suraya, Hanez Suraya Kini Bertudung, Harap Doa Dari Peminat, hiburan, info, sensasi, terkini,

Hanez sebelum ini baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah (sejak 14 April lalu) bersama suaminya, Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah. Memetik daripada laporan Berita Harian, Hanez mengakui memang berniat untuk berhijab sejak ketika mengerjakan umrah lagi.

“Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini”


hanez suraya, Hanez Suraya Kini Bertudung, Harap Doa Dari Peminat, hiburan, info, sensasi, terkini,

“Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet. Cuaca di sana kalau musim panas sama macam Malaysia, jadi bukan alasan untuk saya tidak melakukan yang sama jika sudah berada di Malaysia. Semuanya berbalik kepada soal hati,” jelasnya

Selain itu, ketika disoal mengenai adakah Hanez sudah bersedia bertudung, Hanez mengharapkan doa daripada peminat dan dalam masa yang sama mengakui akan perlahan-lahan mengikut rentak baru di dalam kehidupannya itu.

“Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak. Biar saya perlahan-perlahan mengikut ‘rentak’ baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung”

“Cuma saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu…nampaklah,” katanya sambil berharap jodoh perkahwinannya kekal hingga ke jannah. Tahniah diucapkan kepada Hanez di atas keputusan ingin berhijab dan kami pasti ramai peminat yang sentiasa doakan anda.













Sumber : rotikaya

Dikutuk Kerana Suara Tak Sedap, Apa Kata Fazura?

Ramai peminatnya tahu, aktres cantik yang juga seorang ahli perniagaan ini turut terjun dalam arena nyanyian apabila muncul dengan single pertamanya, Sayangi Dirimu.


Dikutuk Kerana Suara Tak Sedap, Apa Kata Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fazura

Namun, ada segelintir pihak mengkritik mutu vokal yang dimiliki empunya nama Nur Fazura Sharifuddin, 32.


Melalui laman Youtube, ada pengguna yang menasihati Fazura untuk terus kekal dalam bidang lakonan kerana bakatnya lebih menyerlah berbanding nyanyian.

Dikutuk Kerana Suara Tak Sedap, Apa Kata Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fazura

Namun, bagi Fazura sendiri, dia enggan mempedulikan kritikan-kritikan tersebut dan akan terus melakukan sesuatu yang menggembirakan hatinya.

Memetik kenyataannya dalam portal MStar, “Terpulang, jika itu pendapat mereka dan orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang kata kerana paling penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan hanya mahu memandang positif seperti mana mesej dalam Sayangi Dirimu.

“Sejak kecil lagi saya memasang impian untuk bergelar penyanyi tetapi rezeki terlebih dahulu dalam bidang lakonan.

“Bagaimanapun syukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan biarpun mengambil masa untuk muncul dengan single pertama tetapi saya anggap ia ketentuan daripada-Nya.”



Tak mengapalah, mungkin Fazura ingin mencuba sesuatu luar dari normalitinya dan mencabar bakat yang dimiliki. Tak salah rasanya peminat tempatan memberi peluang kepadanya kan?


Sumber : mynewshub


Selfie ini Bukti Anis Nabilah Lagi Hot Dari Farah Quinn

Jika di Indonesia Farah Quinn terkenal sebagai chef selebriti yang hot. Kita di Malaysia  juga patut berbangga dengan chef selebriti Anis Nabilah.

Sering ke luar negara mempromosi makanan Malaysia, Anis patut diangkat setaraf dengan chef-chef lain seperti Chef Wan.

Beperwatakan cantik dan pandai menjaga kesihatan, membuatkan kami tertarik untuk berkongsi foto-foto menarik Anis Nabilah.
Selfie ini Bukti Anis Nabilah Lagi Hot Dari Farah Quinn, info, terkini, hiburan, sensasi, Anis Nabilah

Selfie ini Bukti Anis Nabilah Lagi Hot Dari Farah Quinn, info, terkini, hiburan, sensasi, Anis Nabilah

Selfie ini Bukti Anis Nabilah Lagi Hot Dari Farah Quinn, info, terkini, hiburan, sensasi, Anis Nabilah

Selfie ini Bukti Anis Nabilah Lagi Hot Dari Farah Quinn, info, terkini, hiburan, sensasi, Anis Nabilah

Selfie ini Bukti Anis Nabilah Lagi Hot Dari Farah Quinn, info, terkini, hiburan, sensasi, Anis Nabilah

Selfie ini Bukti Anis Nabilah Lagi Hot Dari Farah Quinn, info, terkini, hiburan, sensasi, Anis Nabilah

Selfie ini Bukti Anis Nabilah Lagi Hot Dari Farah Quinn, info, terkini, hiburan, sensasi, Anis Nabilah


Sumber : thethumbpost.blogspot.com

Superhero Captain America Buat Apa Di Johor Bahru?

Semua tahu, salah satu watak superhero yang dicipta dalam siri komik Marvel, Captain America merupakan individu yang bersedia mempertahankan negaranya, Amerika dari rancangan jahat musuh.


Superhero Captain America Buat Apa Di Johor Bahru?, info, terkini, sensasi, viral. lawak,

Malah, dalam filem terbaru Avengers – Age Of Ultron yang mula menjengah panggung minggu lalu, Captain America dan rakannya seperti Thor, Iron Man, Black Widow dan Hulk berganding bersama-sama berhadapan dengan lawan mereka.

Tapi yang peliknya, ramai individu telah melihat watak tersebut menaiki motosikal di sekitar Johor Bharu. Eh, apa pula yang dibuat si Captain America di sini?

Tak percaya, nah tengoklah sendiri…

Superhero Captain America Buat Apa Di Johor Bahru?, info, terkini, sensasi, viral. lawak,

Superhero Captain America Buat Apa Di Johor Bahru?, info, terkini, sensasi, viral. lawak,

Superhero Captain America Buat Apa Di Johor Bahru?, info, terkini, sensasi, viral. lawak,

Nampaknya, individu yang mengenakan sut superhero tersebut berjaya menarik perhatian ramai pihak sekitar bandar Johor Bharu.

Ada segelintir pihak yang membuat andaian bahawa si empunya diri mungkin seorang pekerja Universal Studios yang terletak di negara seberang, Singapura.

Atau, mungkin juga si empunya diri sememangnya muncul di Johor bagi menghapuskan musuh di situ, siapa tahu kan…

Sumber : mynewshub

Kurang Ajar! Pakcik Diterajang Oleh Seorang Pemuda

Satu rakaman video memaparkan seorang pakcik dibelasah oleh seorang remaja lelaki di sebuah gerai makan kini menjadi viral dan mengejutkan masyarakat nitizen.


Kurang Ajar! Pakcik Diterajang Oleh Seorang Pemuda, info, terkini, sensasi, video, viral

Lelaki warga emas itu dipukul dan diterajang beberapa kali oleh pemuda berjersi Arsenal terbabit sehingga membuatkan mangsa tersungkur dan tidak mampu untuk mempertahankan diri.

Video berdurasi 1.09 minit itu telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Anna Rubysha dengan status yang bertulis ‘kesian pakcik tu yang tak bersalah apa-apa pun’.

Tidak tahu apakah puncanya, dia dipukul sejurus saja mereka mengalami sedikit perselisihan faham.

info, Kurang Ajar! Pakcik Diterajang Oleh Seorang Pemuda, sensasi, terkini, video, viral,

Melalui status Anna, dikatakan pakcik tersebut kebiasaannya akan mengunjungi kedai makannya namun disebabkan pada hari itu dia membuka kedai makannya agak lewat, pakcik tersebut telah mengunjungi sebuah kedai makan yang lain di mana di situlah insiden mangsa dipukul berlaku.

Namun sebelum video kejadian tersebar luas, satu lagi video dimana sipelaku telah memuatnaik video permohonan maafnya kepada mangsa.


Kurang Ajar! Pakcik Diterajang Oleh Seorang Pemuda, info, terkini, sensasi, video, viral
 

Sumber : mynewshub

Chong Wei Digantung Lapan Bulan

Difahamkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei digantung lapan bulan berhubung kes doping.

Namun, berita baiknya apabila hukuman itu diambil kira bermula dari 30 Ogos dan beliau layak bermain semula pada 1 Mei.


Chong Wei Digantung Lapan Bulan, info, terkini, sukan, badminta, Lee Chong Wei, berita.

Oleh itu, Chong Wei dapat bersaing dalam tiga kejohanan utama yang akan datang iaitu Piala Sudirman di Dongguan dari 10-17 Mei, Sukan SEA di Singapura pada Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada Ogos.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman rasmi pada 3 petang Isnin di pejabat beliau di Putrajaya.

Pada 11 April lalu, Chong Wei terbang ke Asmterdam bersama peguannya Mike Morgan dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagi sesi pendengaran rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama tiga ahli panel bebas.

Bagaimanapun selepas lapan jam sesi pendengaran itu, BWF gagal membuat keputusan pada hari yang sama.

Bekas pemain No.1 dunia ini berdepan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana gagal melepasi ujian doping sewaktu menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu.

Sampel air kencing Chong Wei didapati positif menggunakan bahan terlarang, dexamethasone.

Sumber : mstar online

Firman Kesal Kemiskinan Keluarga Dijadikan Jenaka, Hinaan

Juara program Akademi Fantasia 2014, Firman kesal apabila latar belakang keluarganya dijadikan bahan jenaka dan hinaan pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial.


Firman Kesal Kemiskinan Keluarga Dijadikan Jenaka, Hinaan , info, hiburan, sensasi, gosip, Firman AF2014

Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir, 26, berkata, tindakan sesetengah pengikut lama sosial mempersendakan keluarganya golongan miskin adalah sama sekali tidak wajar.

"Mengatakan keluarga saya miskin dan mempersoalkan tentang asal usul kami adalah kritikan paling teruk saya terima sejak bergelar anak seni.

"Saya tidak tahu mengapa perlu melibatkan keluarga sekiranya saya ada membuat sebarang kesalahan dan kenapa pula menjadikannya bahan jenaka," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata penyanyi berasal dari Sabah ini, meskipun kecewa namun dia sedar satu-satunya jalan untuk menghentikan perkara itu dengan berusaha keras bagi meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga.

"Saya tidak terfikir untuk ambil tindakan dengan apa mereka katakan kerana ia tidak akan membuatkan saya menjadi lebih baik.

Firman bakal muncul dengan album pertamanya.

"Saya kena kuat menghadapi cabaran sebagai anak seni dan perlu berusaha mengubah kehidupan saya tambahan pula saya bukan berasal dari keluarga senang," ujarnya.

Dalam pada itu, Firman berkata, sejak bergelar artis dia mula sedar bahawa industri hiburan bukan seperti mana disangkakan sebelum dia bergelar penyanyi.

Jelas Firman, status juara AF 2014 bukan batu loncatan buatnya untuk mudah mengukir nama sebaliknya perlu berusaha keras agar bakatnya menyinar.

"Sebelum ini saya sering anggap kerjaya sebagai penyanyi ini cukup indah selain tetapi realitinya bukan begitu.

"Saya sedar menjadi penyanyi memerlukan saya sentiasa meningkatkan diri agar tidak ketinggalan kerana persaingan cukup hebat," jelasnya.

Sementara itu, Firman berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan album sulungnya yang bakal berada di pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Kata Firman, pihak pengurusan turut memberikannya kepercayaan untuk menentukan hala tuju album berkenaan selain mencipta sebuah lagu berjudul Kau Yang Satu.

"Album itu nanti akan memuatkan tujuh buah lagu dan ia masih mengekalkan konsep pop rock dan berharap peminat akan menyukainya," katanya.

Sumber : mstar online