Dikutuk Kerana Suara Tak Sedap, Apa Kata Fazura?


Ramai peminatnya tahu, aktres cantik yang juga seorang ahli perniagaan ini turut terjun dalam arena nyanyian apabila muncul dengan single pertamanya, Sayangi Dirimu.


Dikutuk Kerana Suara Tak Sedap, Apa Kata Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fazura

Namun, ada segelintir pihak mengkritik mutu vokal yang dimiliki empunya nama Nur Fazura Sharifuddin, 32.


Melalui laman Youtube, ada pengguna yang menasihati Fazura untuk terus kekal dalam bidang lakonan kerana bakatnya lebih menyerlah berbanding nyanyian.

Dikutuk Kerana Suara Tak Sedap, Apa Kata Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fazura

Namun, bagi Fazura sendiri, dia enggan mempedulikan kritikan-kritikan tersebut dan akan terus melakukan sesuatu yang menggembirakan hatinya.

Memetik kenyataannya dalam portal MStar, “Terpulang, jika itu pendapat mereka dan orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang kata kerana paling penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan hanya mahu memandang positif seperti mana mesej dalam Sayangi Dirimu.

“Sejak kecil lagi saya memasang impian untuk bergelar penyanyi tetapi rezeki terlebih dahulu dalam bidang lakonan.

“Bagaimanapun syukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan biarpun mengambil masa untuk muncul dengan single pertama tetapi saya anggap ia ketentuan daripada-Nya.”



Tak mengapalah, mungkin Fazura ingin mencuba sesuatu luar dari normalitinya dan mencabar bakat yang dimiliki. Tak salah rasanya peminat tempatan memberi peluang kepadanya kan?


Sumber : mynewshub


Filled Under: