Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe

Isu tidak berhijab pelakon Neelofa dalam filem terbaru Pilot Cafe sekali lagi mendapat perhatian peminat dunia hiburam tempatan kerana secara jelasnya Neelofa yang dikenali kini sememangnya menjaga batas dan auratnya itu.


Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa, Pilot Cafe

Bertemunya di majlis tayangan filem Pilot Café kelmarin, dia menjelaskan bahawa filem lakonannya itu telah menjalani penggambaran pada tahun 2013. Seperti yang telah kita ketahui pula, Neelofa mula berhijrah sekitar Julai tahun lepas.

“Bila saya memuat naik poster filem ke Instagram saya, ada peminat yang bercakap kenapa nak letak gambar saya yang tak bertudung di situ. Hari ini saya akan jelaskan yang pertama ialah penggambaran filem Pilot Café dijalankan pada tahun 2013″


Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa, Pilot Cafe

“Manakala yang kedua filem ini juga melibatkan banyak pihak & yang ketiga saya bersyukur filem ini keluar sekarang, sebab orang boleh tengok saya di dua sisi yang berbeza,” katanya.

Menurutnya lagi, tidak adil bagi seseorang itu untuk menghukum orang lain, sebagai manusia biasa seseorang itu tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

“Dua tahun lepas saya cukup berbeza dengan yang sekarang ini dan sebagai manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan tidak adil untuk orang itu mengkritik, menghukum atau menghakimi sesiapa. Sesiapa sahaja boleh berubah bila-bila masa sahaja”

“Untuk peminat-peminat semua kalau saya boleh edit perkara yang lepas sudah tentu saya akan lakukannya sekarang. Apa yang boleh saya lakukan sekarang ialah belajar daripada pengalaman yang lepas,” tambahnya.


Neelofa Jelaskan Isu Tak Bertudung Dalam Filem Terbaru, Pilot Cafe, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa, Pilot Cafe

Jangan lupa untuk saksikan filem Pilot Café, arahan Osman Ali yang turut dibintangi nama besar seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Remy Ishak dan ramai lagi yang akan ditayangkan pada 30 April ini. Amaran, bawa tisu sebanyak mungkin heh.

Sumber : rotikaya

Hans Isaac Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang

Kehadiran Hans Isaac dalam rancangan MeleTOP baru-baru ini ternyata membuatkan hati yang pernah bertaut sebelum ini kembali bertemu namun Hans semahunya mahu mengelak bertentang mata dengan Neelofa dan bersikap profesional dalam rancangan tersebut.


Hans Isaac Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Hans Isaac

Menurut Hans, punca utama dia kelihatan kekok dalam rancangan tersebut adalah kerana dia seboleh-bolehnya tidak mahu bertentang mata dengan Neelofa kerana mahu mengelak menjadi bahan usikan Nabil dan rakan-rakan yang lain ketika di rancangan tersebut

“Sepanjang temubual tempoh hari saya selesa cuma mungkin saya nampak seperti mengelak daripada memandang dia kerana setiap kali saya pandangnya, tak semena-mena saya rasa mahu ketawa”


Hans Isaac Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Hans Isaac

“Lagipun, sebenarnya saya mahu mengelak daripada jadi bahan usikan Nabil, sebab saya dapat rasa Nabil dan teman lain yang ada di situ ketika itu mesti cari peluang nak mengusik kami,” katanya yang kini sibuk dengan pementasan Lawak Ke Der 2015.

Lebih menarik lagi, Hans juga mengakui kini dirinya sedang mengenali seseorang namun masih ingin berahsia terlebih dahulu sebelum mendedahkan kepada orang ramai mengenai perkara tersebut.


Hans Isaac Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Hans Isaac

“Saya sedang mengenali seseorang. Itu saja yang saya boleh katakan selebihnya saya tidak mahu dedahkan. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu lagi terlalu berkongsi mengenai hubungan cinta. Saya tidak berbohong dan benar saya sedang kenali seseorang,” katanya.

Sumber : rotikaya

Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?

Teka teki mengenai jejaka bernama ‘MH’ yang berjaya memiliki hati Shila Amzah mungkin bakal terjawab melalui beberapa keping foto yang bakal kami kongsikan ini.

Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Malah hasil penelitian kami berdasarkan beberapa sumber, Shila Amzah mula mengenali lelaki bernama Haikal ini semasa merakamkan musik video terbarunya.
Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Menurut sumber kami lagi, sejak dari itu hubungan mereka semakin rapat dan kerap bertemu. Malah beberapa screenshoot komen daripada pelbagai sumber hasil carian kami ini menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta.


Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Hasil pencarian kami, jejaka bernama Haikal ini pernah beberapa kali meninggalkan komen di Instagram Shila Amzah namun tidak disedari umum. Boleh jadi peminat setia memandangkan dia turut ‘like’ fanpage Shila Amzah di Facebook.

Apa-apa pun andai benar jejaka ini teman lelaki terbaru Shila Amzah, kami doakan yang terbaik. Peminat pastinya dah lama mahu mengetahui siapa jejaka yang berjaya menambat hati penyanyi kesayangan mereka. Peace!


Sumber : ohbulan

Izara Aishah Letak Syarat Enggan Seksi Berlakon Filem

Aktres Izara Aishah menyatakan pendirian tegasnya iaitu enggan berimej seksi untuk melakonkan pelbagai watak di filem mahupun drama.


Izara Aishah Letak Syarat Enggan Seksi Berlakon Filem, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Keputusannya itu rata-rata disenangi oleh semua produksi dan sentiasa memberi kerjasama yang terbaik ketika berada di set penggambaran.

"Saya memang segan kalau berpakaian seksi untuk membawa watak lakonan, kalau terpaksa jua saya pastikan baju tersebut tidak terlalu menjolok mata dan masih lagi sopan," katanya kepada portal Murai.com.my di majlis tayangan media filem terbaru Pilot Cafe di ibu negara.

Ketika ditanya adakah keputusan tersebut dipengaruhi oleh teman lelakinya Adib Khalid dengan tersenyum Izara menjawab ia tidak melibatkan kekasihnya itu.

Malah Adib memahami kerjayanya sebagai pelakon dan sentiasa memberi sokongan terhadap kariernya yang penuh dengan pancaroba.

"Mengenai keputusan saya itu, hanya melibatkan saya seorang sahaja tidak ada pengaruh mana-mana pihak, apa yang saya harapkan keinginan saya itu dihormati oleh semua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Izara juga menangkis dakwaan yang kononnya sikapnya semakin sombong kerana berteman rapat dengan Adib sehingga mengubah personalitinya daripada seorang gadis peramah kepada yang sebaliknya.

"Mana ada, saya sama seperti dahulu kadang-kadang saya yang memanggil peminat untuk bergambar dengan saya disebabkan mereka malu untuk bertanya, jadi isu ini saya rasa tidak wajar diperbesarkan dan apa yang penting saya kenal diri saya yang sebenar," ujar Izara menamatkan perbualan.

Sumber : murai

Klopp Perlu Ganti Pellegrini - Hamann

Bekas  pemain tengah Manchester City, Didi Hamann mencadangkan Jurgen Klopp digantikan dengan Manuel Pellegrini selepas jurulatih Borussia Dortmund itu mengumumkan untuk meninggalkan kelab tersebut.


Klopp Perlu Ganti Pellegrini - Hamann, info sukan, bola sepak, Jurgen Klopp, Man city,


Pengendali City, Pellegrini bakal berdepan pemecatan pada akhir musim ini selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Hamann selain itu turut menimbulkan kemarahan Pellegrini apabila menyifatkan jurulatih terbabit tidak sebaik Klopp dari segi taktikal dan kemodenan.

"Namanya (Klopp) kini telah disenarai pendek di City. Saya rasa dia adalah individu yang tepat untuk menggantikan Pellegrini.

"Gayanya dalam pengurusan dan permainan sangat sesuai di England, malah lebih baik berbanding di Sepanyol dan Itali.

"Dia sangat dihormati, dia boleh bercakap Inggeris dengan baik dan dia seorang yang lurus," jelas Hamann.

Sumber : mstar online

Pasukan Perubatan Bayern Munich Letak Jawatan

Pasukan perubatan Bayern Munich bertindak meletak jawatan serta-merta berikutan kekalahan mengejut 3-1 pasukan itu kepada Porto dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.


Pasukan Perubatan Bayern Munich Letak Jawatan, info sukan, bola sepak,

Laporan media Jerman mendakwa, Doktor Hans-Wilhelm Müller-Wohlfahrt yang telah berkhidmat selama 38 tahun di Bayern meletak jawatan bersama seluruh pasukannya pada Khamis.

Tindakan itu dilakukan sebagai langkah bertanggungjawab terhadap kekalahan berkenaan selepas pasukan perubatan gagal memulihkan pemain harapan untuk perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan di tempat lawan itu, Pep Guardiola kehilangan Arjen Robben, Franck Ribery, Mehdi Benatia, Bastian Schweinsteiger, David Alaba dan Javi Martinez.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Müller-Wohlfahrt mendakwa, pasukan perubatan yang dipimpinnya telah didesak untuk meletak jawatan berikutan kekalahan berkenaan.

Müller-Wohlfahrt, 72, menyertai Bayern Munich pada 1977 dan pernah berkerja untuk lagenda tenis Jerman Boris Becker; pelari pecut dunia, Usain Bolt dan pasukan kebangsaan Jerman.


Sumber : mstar online

Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Dalam Seniman

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebelum ini pernah kecoh dengan kemelut dalaman persatuan melibatkan aktres jelita, Vanidah Imran.


Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Dalam Seniman, info, terkini, berita, sensasi, kontroversi, SENIMAN, Vanidah IMran

Terbaharu, Vanidah selaku bendahari Seniman telah dilucutkan jawatan selepas didakwa melarikan buku cek milik persatuan tersebut.

Menurut Presiden Seniman Zed Zaidi, keputusan itu diputuskan selepas mesyuarat jawatankuasa bersidang pada Mac lalu dan mendapat undi majoriti daripada Ahli Jawatankuasa untuk melucutkan jawatan Vanidah sebagai bendahari.

“Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.

“Jawatan tersebut kini diambil alih oleh pelakon Zarina (Raja Lawak),” katanya.

Konflik bermula apabila AJK Seniman mendakwa Vanidah melarikan buku cek dan enggan memberi kerjasama apabila diminta untuk mengeluarkan wang bagi menjalankan operasi dan membayar gaji pekerja.

Permasalahan ini juga mengakibatkan persatuan itu sukar untuk menjalankan aktiviti dan melakukan sumbangan kebajikan.

Ekoran itu, Zed Zaidi telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember lalu.

Sumber : mynewshub

Peminat Kesal Zul Ariffin Sombong Tak Layan Peminat

Memang payah jadi public figure ni, ke mana-mana sahaja pasti ada yang mengenali mereka. Itulah harga yang perlu dibayar sekiranya menempa nama dalam bidang glamor.


Peminat Kesal Zul Ariffin Sombong Tak Layan Peminat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Sebagai selebriti memang menjadi salah satu skop kerja tak rasmi adalah melayani peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap hasil kerja mereka.

Namun, peminat pun perlulah memberi ruang privasi secukupnya untuk selebriti yang diminati.

Kalau nak approach ambil gambar pun tengoklah masa dan keadaan artis itu macam mana pulak kan.

Perkara ini penulis nak linkkan kepada pengalaman seorang peminat yang terserempak dengan artis berbadan sado popular, Zul Ariffin baru-baru ini.

Melalui luahan manusiahalimunan ini dapat disimpulkan tahap bengangnya terhadap aktor itu yang dikatakan bersikap sombong ketika mahu diminta mengambil gambar bersama.

Nah, anda bacalah sendiri..

Peminat Kesal Zul Ariffin Sombong Tak Layan Peminat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Mungkin atas faktor kepenatan baru touch down, tu yang Zul terlepas cakap kot.

Biasalah manusia, tiada satu pun yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Diharapkan Zul dapat memberikan jawapan balas mengenai isu ini agar peminat di luar sana tidak terus-terusan melabelkannya sebagai artis sombong dan kaduk naik junjung gara-gara sudah popular tahap 200 peratus sekarang.


Sumber : mynewshub