Izara Aishah Letak Syarat Enggan Seksi Berlakon Filem


Aktres Izara Aishah menyatakan pendirian tegasnya iaitu enggan berimej seksi untuk melakonkan pelbagai watak di filem mahupun drama.


Izara Aishah Letak Syarat Enggan Seksi Berlakon Filem, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Keputusannya itu rata-rata disenangi oleh semua produksi dan sentiasa memberi kerjasama yang terbaik ketika berada di set penggambaran.

"Saya memang segan kalau berpakaian seksi untuk membawa watak lakonan, kalau terpaksa jua saya pastikan baju tersebut tidak terlalu menjolok mata dan masih lagi sopan," katanya kepada portal Murai.com.my di majlis tayangan media filem terbaru Pilot Cafe di ibu negara.

Ketika ditanya adakah keputusan tersebut dipengaruhi oleh teman lelakinya Adib Khalid dengan tersenyum Izara menjawab ia tidak melibatkan kekasihnya itu.

Malah Adib memahami kerjayanya sebagai pelakon dan sentiasa memberi sokongan terhadap kariernya yang penuh dengan pancaroba.

"Mengenai keputusan saya itu, hanya melibatkan saya seorang sahaja tidak ada pengaruh mana-mana pihak, apa yang saya harapkan keinginan saya itu dihormati oleh semua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Izara juga menangkis dakwaan yang kononnya sikapnya semakin sombong kerana berteman rapat dengan Adib sehingga mengubah personalitinya daripada seorang gadis peramah kepada yang sebaliknya.

"Mana ada, saya sama seperti dahulu kadang-kadang saya yang memanggil peminat untuk bergambar dengan saya disebabkan mereka malu untuk bertanya, jadi isu ini saya rasa tidak wajar diperbesarkan dan apa yang penting saya kenal diri saya yang sebenar," ujar Izara menamatkan perbualan.

Sumber : murai

Filled Under: