Pasukan Perubatan Bayern Munich Letak Jawatan


Pasukan perubatan Bayern Munich bertindak meletak jawatan serta-merta berikutan kekalahan mengejut 3-1 pasukan itu kepada Porto dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.


Pasukan Perubatan Bayern Munich Letak Jawatan, info sukan, bola sepak,

Laporan media Jerman mendakwa, Doktor Hans-Wilhelm Müller-Wohlfahrt yang telah berkhidmat selama 38 tahun di Bayern meletak jawatan bersama seluruh pasukannya pada Khamis.

Tindakan itu dilakukan sebagai langkah bertanggungjawab terhadap kekalahan berkenaan selepas pasukan perubatan gagal memulihkan pemain harapan untuk perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan di tempat lawan itu, Pep Guardiola kehilangan Arjen Robben, Franck Ribery, Mehdi Benatia, Bastian Schweinsteiger, David Alaba dan Javi Martinez.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Müller-Wohlfahrt mendakwa, pasukan perubatan yang dipimpinnya telah didesak untuk meletak jawatan berikutan kekalahan berkenaan.

Müller-Wohlfahrt, 72, menyertai Bayern Munich pada 1977 dan pernah berkerja untuk lagenda tenis Jerman Boris Becker; pelari pecut dunia, Usain Bolt dan pasukan kebangsaan Jerman.


Sumber : mstar online

Filled Under: