Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Dalam Seniman


Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebelum ini pernah kecoh dengan kemelut dalaman persatuan melibatkan aktres jelita, Vanidah Imran.


Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Dalam Seniman, info, terkini, berita, sensasi, kontroversi, SENIMAN, Vanidah IMran

Terbaharu, Vanidah selaku bendahari Seniman telah dilucutkan jawatan selepas didakwa melarikan buku cek milik persatuan tersebut.

Menurut Presiden Seniman Zed Zaidi, keputusan itu diputuskan selepas mesyuarat jawatankuasa bersidang pada Mac lalu dan mendapat undi majoriti daripada Ahli Jawatankuasa untuk melucutkan jawatan Vanidah sebagai bendahari.

“Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.

“Jawatan tersebut kini diambil alih oleh pelakon Zarina (Raja Lawak),” katanya.

Konflik bermula apabila AJK Seniman mendakwa Vanidah melarikan buku cek dan enggan memberi kerjasama apabila diminta untuk mengeluarkan wang bagi menjalankan operasi dan membayar gaji pekerja.

Permasalahan ini juga mengakibatkan persatuan itu sukar untuk menjalankan aktiviti dan melakukan sumbangan kebajikan.

Ekoran itu, Zed Zaidi telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember lalu.

Sumber : mynewshub

Filled Under: